banner

HAJAT DUA WARGA EMAS KE UMRAH TERCAPAI

HAJAT seorang warga emas yang mengalami masalah penglihatan untuk memohon doa di hadapan Kaabah bagi menyembuhkan penyakitnya tercapai apabila Datuk Dr Che Rozmey Che Din menghadiahkan pakej ke umrah pada Februari 2012 nanti.

Yom Morat, 64 dari Perumahan Keda, Jabi, yang mengalami masalah penglihatan sejak 10 tahun lalu ditemani oleh rakan karibnya Che Lat Abd Hamid, 62, yang turut menerima hadiah pakej umrah daripada Presiden dR Rozmey Group (dRG) itu.

Kedua-dua sahabat karib itu terkejut apabila menerima berita gembira itu ketika berkunjung ke rumah Datuk Dr Che Rozmey untuk menerima bantuan bulanan bulan lalu.

Yom berkata dia bersyukur dan tidak menyangka akan menerima hadiah ke umrah pada Februari tahun hadapan bersama rakannya.

“Makcik sentiasa berdoa dan bangun malam untuk menyembuhkan penyakit mata yang berlaku sejak sekian lama. Memang makcik memasang hasrat untuk ke Mekah bagi berdoa di hadapan Kaabah,” katanya.

Sementara itu, Datuk Dr Che Rozmey berkata dia bersyukur kerana Allah memilihnya untuk menunaikan hajat kedua-dua warga emas itu yang sering berkunjung ke rumahnya untuk menerima bantuan.

Beliau berkata hadiah pakej umrah itu adalah sumbangan ikhlas selepas mendengar hasrat Yom untuk menunaikan umrah bagi memohon doa kepada Allah bagi menyembuhkan masalah penglihatannya.

Comments

comments

0 commentsback to post

Add your comment

Nickname:
E-mail:
Website:
Comment:

Other articlesgo to homepage


Diet Cara Biasa v.s Diet Dengan Jus Mate 5(0)

Kali ini doc ingin mendedahkan. Mengapa diet dengan Jus Mate 5 membantu anda untuk kurus dengan lebih cepat berbanding diet cara biasa. Jus Mate 5, adalah sebagai supplement, yang membantu anda untuk kurus dalam masa yang cepat disamping anda menjaga diet dan mengamalkan senaman ringan. Mari lihat infografik di bawah ini untuk lebih maklumat:- Comments


7 Amalan Sunnah yang Doc lakukan Sehingga Mencapai Jualan Ratusan Juta Ringgit.(0)

Seperti yang dijanjikan dalam artikel yang lepas, doc akan kongsikan kepada anda secara ringkas, amalan-amalan sunnah yang doc lakukan bermula dari 2004 sehingga sekarang. Namun doc perlu tegaskan di sini, niat untuk membuat sesuatu amalan itu akan terbatal jika kita lakukan semata untuk mengharapkan balasan. Bagi doc, keikhlasan amalan akan mudah kita dapat jika amalan


RM200,000,000 dalam 5 tahun. Rahsia Dr Rozmey kepada mereka yang berniaga.(1)

Menjadi jutawan adalah impian setiap orang. Khususnya yang bergelar usahawan. Bagi doc, orang yang bergelar usahawan ini adalah orang yang ingin berusaha sehingga menjadi jutawan. Menjadi jutawan boleh tercapai dengan platform perniagaan. Jarang orang yang bekerja mampu memegang status jutawan. Bukan tidak ada. Tetapi jarang. Seperti doc dulu yang berkhidmat sebagai pakar perunding perbidanan dan


PROGRAM KONVOI RIDE 1 MILION FOR GAZA(0)

MAPIM dengan kerjasama Kelab Moto Berkuasa Tinggi Northern Wingers melawat HQ dR ROZMEY GROUP dalam jelajah Konvoi Ride 1Million For Gaza. Program ini untuk mengumpul dana bagi menyalurkan bantuan kepada rakyat GAZA serta membina semula keperluan mereka disana. Sebanyak 30 buah moto yang melibatkan 45 orang peserta yang menyertai program ini. Dalam lawatan berkenaan, dRG


YAYASAN dR ROZMEY SUMBANG RM200,000(0)

Yayasan dR Rozmey membuktikan keprihatinan apabila menyumbang dana berjumlah RM200,000 untuk disalurkan kepada penduduk Palestin di Semenanjung Gaza yang ditimpa kesengsaraan akibat kekejaman rejim Zionis sejak lebih sebulan lalu. Pengerusinya, Datuk Dr Che Rozmey Che Din berkata, pihaknya sudah menyerahkan bantuan awal RM50,000 sebelum ini dan baki RM150,000 dijangka diserahkan kepada Majlis Perundingan Pertubuhan Islam

read more
banner

Contacts and information

Social networks

Most popular categories