banner

BELIAN ONLINE MENINGKAT PENGGUNA YAKIN SELAMAT

KESUNGGUHAN Presiden dR Group (dRG) Datuk Dr Che Rozmey Che Din dalam membanteras lanun produk tiruan jelas menampakkan hasil apabila pengguna tidak lagi berani untuk membeli produk di premis yang bersekongkol dengan lanun terbabit.

Peningkatan yang ketara terhadap statistik belian secara online dan maklum balas yang diterima melalui email dan laman sosial menunjukkan mesej yang disampaikan oleh pemilik label dR Rozmey itu sudah diterima oleh pengguna.


Selepas mengetahui lanun sudah meniru produk dRG terutama produk pelangsingan Jus Mate5 (JM5) dan berlaku lambakan di pasaran terutama di kedai ubat, toko jamu, farmasi, salun kecantikan dan kioks di pasar raya, Datuk Dr Che Rozmey terus mengambil langkah drastik bagi memerangi lanun tiruan demi kepentingan pengguna.

Pendedahan secara berterusan di media massa, penggunaan pelekat anti tiruan dan pelancaran kotak baru produk JM5 dan produk perawatan kulit, dR-II adalah bukti komitmen beliau dalam memastikan lanun produk tiruan terus terkubur.

“DDR harus menjaga kepentingan pengguna. Risiko pengambilan produk tiruan ini amat tinggi. Ia mengandungi bahan kimia dan tepung yang amat merbahaya kepada kesihatan termasuk kesan kanser dan buah pinggang.

“Ramai pengguna yang sudah membeli di lima tempat tadi dan mereka tidak mengalami apa-apa perubahan berat badan. Malah ada antara mereka yang terpaksa mendapat rawatan di hospital selepas berlaku pendarahan usus dan muntah yang berterusan,” katanya.

Menurutnya, selepas setahun membuat pendedahan secara berterusan, pengguna kini memilih untuk membuat belian secara terus melalui ibu pejabat dRG dan usahawan aktif yang sah.

“Kita akan terus memberi informasi kepada pengguna mengenai bahaya membeli produk tiruan di pasaran. Pengguna perlu bijak dan sokong usaha yang dilakukan ini bagi memastikan kesihatan terjamin dan hasrat untuk meningkatkan tahap kesihatan tercapai,” katanya.

Comments

comments

0 commentsback to post

Add your comment

Nickname:
E-mail:
Website:
Comment:

Other articlesgo to homepage


Diet Cara Biasa v.s Diet Dengan Jus Mate 5(0)

Kali ini doc ingin mendedahkan. Mengapa diet dengan Jus Mate 5 membantu anda untuk kurus dengan lebih cepat berbanding diet cara biasa. Jus Mate 5, adalah sebagai supplement, yang membantu anda untuk kurus dalam masa yang cepat disamping anda menjaga diet dan mengamalkan senaman ringan. Mari lihat infografik di bawah ini untuk lebih maklumat:- Comments


7 Amalan Sunnah yang Doc lakukan Sehingga Mencapai Jualan Ratusan Juta Ringgit.(0)

Seperti yang dijanjikan dalam artikel yang lepas, doc akan kongsikan kepada anda secara ringkas, amalan-amalan sunnah yang doc lakukan bermula dari 2004 sehingga sekarang. Namun doc perlu tegaskan di sini, niat untuk membuat sesuatu amalan itu akan terbatal jika kita lakukan semata untuk mengharapkan balasan. Bagi doc, keikhlasan amalan akan mudah kita dapat jika amalan


RM200,000,000 dalam 5 tahun. Rahsia Dr Rozmey kepada mereka yang berniaga.(1)

Menjadi jutawan adalah impian setiap orang. Khususnya yang bergelar usahawan. Bagi doc, orang yang bergelar usahawan ini adalah orang yang ingin berusaha sehingga menjadi jutawan. Menjadi jutawan boleh tercapai dengan platform perniagaan. Jarang orang yang bekerja mampu memegang status jutawan. Bukan tidak ada. Tetapi jarang. Seperti doc dulu yang berkhidmat sebagai pakar perunding perbidanan dan


PROGRAM KONVOI RIDE 1 MILION FOR GAZA(0)

MAPIM dengan kerjasama Kelab Moto Berkuasa Tinggi Northern Wingers melawat HQ dR ROZMEY GROUP dalam jelajah Konvoi Ride 1Million For Gaza. Program ini untuk mengumpul dana bagi menyalurkan bantuan kepada rakyat GAZA serta membina semula keperluan mereka disana. Sebanyak 30 buah moto yang melibatkan 45 orang peserta yang menyertai program ini. Dalam lawatan berkenaan, dRG


YAYASAN dR ROZMEY SUMBANG RM200,000(0)

Yayasan dR Rozmey membuktikan keprihatinan apabila menyumbang dana berjumlah RM200,000 untuk disalurkan kepada penduduk Palestin di Semenanjung Gaza yang ditimpa kesengsaraan akibat kekejaman rejim Zionis sejak lebih sebulan lalu. Pengerusinya, Datuk Dr Che Rozmey Che Din berkata, pihaknya sudah menyerahkan bantuan awal RM50,000 sebelum ini dan baki RM150,000 dijangka diserahkan kepada Majlis Perundingan Pertubuhan Islam

read more
banner

Contacts and information

Social networks

Most popular categories