banner

DIARI KEJAYAAN 2011

Tahun 2011 bakal melabuh tirai dalam tempoh beberapa hari lagi dan tahun 2012 bakal membuka lembaran baru kepada bisnes dR Rozmey Group (dRG) yang mencatatkan kejayaan cemerlang sepanjang tahun ini.

Deretan kejayaan dan keyakinan pengguna terdapat label dR Rozmey adalah hasil komitmen dan usaha gigih pemiliknya iaitu Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR)

yang sentiasa memberi imbak terbaik dan luar biasa bagi memastikan kesinambungan dan keterujaan terhadap labelnya sejak empat tahun lalu berterusan dan memberi impak posiif kepada bisnesnya.

Bermula dengan kejayaan produk perawatan kulit, dRII meneroka pasaran pada awal 2011, strategi yang direncakan oleh Presiden dRG itu terus memberi impak besar kepada bisnesnya apabila empat lagi produk dRG iaitu produk perawatan sendi, doc-K; produk minda dan saraf, dR101; produk kencing manis, dR Betes dan produk jantung, dR Q10 terus mendapat sambutan yang hebat daripada pengguna di negara ini.

Keupayaan menghasilkan testimoni pengguna melalui konsep guna dulu baru jual jelas memberi keyakinan pengguna untuk mendapatkan produk keluaran dRG bagi membantu meningkatkan tahap kesihatan yang dialami oleh mereka.

Pendedahan berterusan di akhbar Harian Metro setiap hari mengenai kejayaan testimoni dan tumpuan sepenuhnya melalui platform teknologi kominikasi dan maklumat (ICT) terutamanya medium laman sosial seperti Facebook memudahkan pengguna untuk bertindak dan mendapatkan informasi yang tepat mengenai produk dan bisnes dRG.

Selain itu, ikon usahawan itu terus mencetuskan fenomena baru apabila melancarkan laman sosial milik sendiri iaitu dRBuku.com pada September lalu dan mendapatkan sambutan menggalakkan daripada pengguna terutama remaja.

Sebagai seorang tokoh usahawan berjaya di Malaysia, DDR turut dijemput untuk menyertai perbarisan dan perarakan bersama tokoh negara lain sempena Hari Malaysia pada 16 September lalu. Ini adalah satu penghormatan yang cukup besar yang diberikan oleh kerajaan Malaysia di atas sumbangan yang diberikan oleh pemilik label dR Rozmey itu.

Selaras dengan kejayaan yang dikecapinya, beliau turut memberi fokus kepada perkembangan institusi pendidikan agama apabila sSekolah Menengah Agama Makarimul Akhlak, di Langgar, Kedah dan pondok agama Maahad Sya’tirie di Sungai Depap, Yan Kedah, dijadikan sebagai sekolah dan pondok angkat.

Ini adalah satu tanggungjawab besar yang dilakukan oleh DDR bagi memastikan institusi yang menjadi teras dan asas kepada perkembangan agama Islam sejak turun temurun mampu berdaya saing dan memberi impak besar dalam membangunkan ummah.

Comments

comments

1 commentback to post

#1lalalaala20/01/2012, 11:40 am

tahniah ddr…teruskan perjuangan ddr untuk anak bangsa sendri..sy sentiasa menyokong ddr..

Add your comment

Nickname:
E-mail:
Website:
Comment:

Other articlesgo to homepage


Diet Cara Biasa v.s Diet Dengan Jus Mate 5(0)

Kali ini doc ingin mendedahkan. Mengapa diet dengan Jus Mate 5 membantu anda untuk kurus dengan lebih cepat berbanding diet cara biasa. Jus Mate 5, adalah sebagai supplement, yang membantu anda untuk kurus dalam masa yang cepat disamping anda menjaga diet dan mengamalkan senaman ringan. Mari lihat infografik di bawah ini untuk lebih maklumat:- Comments


7 Amalan Sunnah yang Doc lakukan Sehingga Mencapai Jualan Ratusan Juta Ringgit.(0)

Seperti yang dijanjikan dalam artikel yang lepas, doc akan kongsikan kepada anda secara ringkas, amalan-amalan sunnah yang doc lakukan bermula dari 2004 sehingga sekarang. Namun doc perlu tegaskan di sini, niat untuk membuat sesuatu amalan itu akan terbatal jika kita lakukan semata untuk mengharapkan balasan. Bagi doc, keikhlasan amalan akan mudah kita dapat jika amalan


RM200,000,000 dalam 5 tahun. Rahsia Dr Rozmey kepada mereka yang berniaga.(1)

Menjadi jutawan adalah impian setiap orang. Khususnya yang bergelar usahawan. Bagi doc, orang yang bergelar usahawan ini adalah orang yang ingin berusaha sehingga menjadi jutawan. Menjadi jutawan boleh tercapai dengan platform perniagaan. Jarang orang yang bekerja mampu memegang status jutawan. Bukan tidak ada. Tetapi jarang. Seperti doc dulu yang berkhidmat sebagai pakar perunding perbidanan dan


PROGRAM KONVOI RIDE 1 MILION FOR GAZA(0)

MAPIM dengan kerjasama Kelab Moto Berkuasa Tinggi Northern Wingers melawat HQ dR ROZMEY GROUP dalam jelajah Konvoi Ride 1Million For Gaza. Program ini untuk mengumpul dana bagi menyalurkan bantuan kepada rakyat GAZA serta membina semula keperluan mereka disana. Sebanyak 30 buah moto yang melibatkan 45 orang peserta yang menyertai program ini. Dalam lawatan berkenaan, dRG


YAYASAN dR ROZMEY SUMBANG RM200,000(0)

Yayasan dR Rozmey membuktikan keprihatinan apabila menyumbang dana berjumlah RM200,000 untuk disalurkan kepada penduduk Palestin di Semenanjung Gaza yang ditimpa kesengsaraan akibat kekejaman rejim Zionis sejak lebih sebulan lalu. Pengerusinya, Datuk Dr Che Rozmey Che Din berkata, pihaknya sudah menyerahkan bantuan awal RM50,000 sebelum ini dan baki RM150,000 dijangka diserahkan kepada Majlis Perundingan Pertubuhan Islam

read more
banner

Contacts and information

Social networks

Most popular categories