banner

RAMAI ANGGAP DDR BAKAL BERTANDING PRU-13

Timbul tanda tanya apabila melihat kelibat Datuk Dr Che Rozmey Che Din sering terpampang di dada akhbar membantu golongan yang tidak berkemampuan termasuk keluarga yang dilanda bencana alam sejak dua bulan ini.

Tidak kurang yang beranggapan bahawa Presiden dR Rozmey Group (dRG) yang juga ikon usahawan itu akan bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 yang dijangka bakal diadakan pada awal tahun 2012 nanti.

Ini kerana tanggungjawab sosial yang dilakukan oleh Datuk Dr Che Rozmey itu adalah hampir sama dengan peranan yang dimainkan oleh pemimpin politik bagi membantu golongan terbabit.


Tambahan lagi bahang PRU-13 semakin hangat diperkatakan oleh orang ramai dan mereka kini menunggu saat untuk mengetahui calon yang bakal dipertandingkan pada pilihan raya itu.

Mengulas mengenai isu yang diperkatakan itu, Datuk Dr Che Rozmey berkata apa yang dilakukannya itu adalah sebagai salah satu tanggungjawab sosial dalam usaha membantu golongan terbabit.

“Apa yang berlaku adalah secara kebetulan dan ddr tidak berminat untuk menceburi bidang politik atau terbabit sebagai calon dalam PRU-13 nanti.

“DDR sentiasa mengikuti perkembangan politik tanah air negara dan apa dilakukan ini adalah niat ikhlas ddr untuk bantu golongan ini. DDR ingin tunjukkan betapa indah Islam yang penuh dengan kasih sayang apabila individu itu amalkannya,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Comments

comments

2 commentsback to post

#1lalalaala20/01/2012, 11:38 am

semoga Allah murahkan lagi rezeki ddr..

#2lalalaala26/01/2012, 2:34 pm

contoh usahawan berjaya…ddr jalankan tanggungjawab sosial bukan sebab politik..rezeki ddr pasti akan lebih bertambah.

Add your comment

Nickname:
E-mail:
Website:
Comment:

Other articlesgo to homepage


Diet Cara Biasa v.s Diet Dengan Jus Mate 5(0)

Kali ini doc ingin mendedahkan. Mengapa diet dengan Jus Mate 5 membantu anda untuk kurus dengan lebih cepat berbanding diet cara biasa. Jus Mate 5, adalah sebagai supplement, yang membantu anda untuk kurus dalam masa yang cepat disamping anda menjaga diet dan mengamalkan senaman ringan. Mari lihat infografik di bawah ini untuk lebih maklumat:- Comments


7 Amalan Sunnah yang Doc lakukan Sehingga Mencapai Jualan Ratusan Juta Ringgit.(0)

Seperti yang dijanjikan dalam artikel yang lepas, doc akan kongsikan kepada anda secara ringkas, amalan-amalan sunnah yang doc lakukan bermula dari 2004 sehingga sekarang. Namun doc perlu tegaskan di sini, niat untuk membuat sesuatu amalan itu akan terbatal jika kita lakukan semata untuk mengharapkan balasan. Bagi doc, keikhlasan amalan akan mudah kita dapat jika amalan


RM200,000,000 dalam 5 tahun. Rahsia Dr Rozmey kepada mereka yang berniaga.(1)

Menjadi jutawan adalah impian setiap orang. Khususnya yang bergelar usahawan. Bagi doc, orang yang bergelar usahawan ini adalah orang yang ingin berusaha sehingga menjadi jutawan. Menjadi jutawan boleh tercapai dengan platform perniagaan. Jarang orang yang bekerja mampu memegang status jutawan. Bukan tidak ada. Tetapi jarang. Seperti doc dulu yang berkhidmat sebagai pakar perunding perbidanan dan


PROGRAM KONVOI RIDE 1 MILION FOR GAZA(0)

MAPIM dengan kerjasama Kelab Moto Berkuasa Tinggi Northern Wingers melawat HQ dR ROZMEY GROUP dalam jelajah Konvoi Ride 1Million For Gaza. Program ini untuk mengumpul dana bagi menyalurkan bantuan kepada rakyat GAZA serta membina semula keperluan mereka disana. Sebanyak 30 buah moto yang melibatkan 45 orang peserta yang menyertai program ini. Dalam lawatan berkenaan, dRG


YAYASAN dR ROZMEY SUMBANG RM200,000(0)

Yayasan dR Rozmey membuktikan keprihatinan apabila menyumbang dana berjumlah RM200,000 untuk disalurkan kepada penduduk Palestin di Semenanjung Gaza yang ditimpa kesengsaraan akibat kekejaman rejim Zionis sejak lebih sebulan lalu. Pengerusinya, Datuk Dr Che Rozmey Che Din berkata, pihaknya sudah menyerahkan bantuan awal RM50,000 sebelum ini dan baki RM150,000 dijangka diserahkan kepada Majlis Perundingan Pertubuhan Islam

read more
banner

Contacts and information

Social networks

Most popular categories