banner

PRODUK dRG KEMBALI DI PASARAN 15 ME1

SEMUA produk keluaran dR Rozmey Group (dRG) akan berada semula di pasaran selewat-lewatnya pada 15 Mei depan berikutan ketiadaan bekalan sejak hampir sebulan lalu akibat permintaan yang tinggi dari pengguna.
Presiden dRG, Datuk Dr Che Rozmey Che Din berkata, pihaknya yakin kesemua sebelas produk keluaran dRG iaitu Jus Mate 5 (JM5), dR-II, Kopi Espresso xy, Gain 5, dR-Silky, Doc-K, dR101, dRQ10, dR-Hepar, dR8 dan dR-Betes kembali pulih pada tarikh berkenaan dan beliau berterima kasih kepada pengedarnya kerana sanggup menunggu disebabkan ketiadaan stok.
“Ketiadaan produk sepanjang sebulan ini adalah disebabkan permintaan yang tinggi dari pengguna terhadap produk keluaran dRG Group yang luar biasa serta kenaikan bahan mentah utama untuk kesemua produk dRG.
“Kita memperoleh bekalan bahan mentah berkenaan daripada pembekal yang beroperasi di Amerika Syarikat dan benua Eropah,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Bandar Darulaman, dekat sini, semalam.
Dr Che Rozmey berkata, masalah ketiadaan stok produknya juga tidak menyebabkan kenaikan harga baru bagi setiap produk malah semua harga masih dikekalkan iaitu pada harga ahli RM160 sekotak manakala bukan ahli RM210.
Beliau berkata, usaha syarikat untuk mengekalkan harga asal produk keluaran dRG juga adalah satu penghargaan kepada pengguna yang masih memberi keyakinan terhadap produk dRG.
“Bagaimanapun, saya menasihatkan pengguna supaya tidak tertipu dengan produk tiruan yang menyerupai produk asli keluaran dRG kerana ia membahayakan kesihatan pengguna kerana tidak diketahui ramuan penggunaannya yang dikhuatiri dicampur bahan kimia berlebihan untuk memberi kesan yang lebih cepat tetapi merbahaya terhadap kesihatan,” katanya.

0 commentsback to post

Add your comment

Nickname:
E-mail:
Website:
Comment:

Other articlesgo to homepage

konvoi mapim

PROGRAM KONVOI RIDE 1 MILION FOR GAZA(0)

MAPIM dengan kerjasama Kelab Moto Berkuasa Tinggi Northern Wingers melawat HQ dR ROZMEY GROUP dalam jelajah Konvoi Ride 1Million For Gaza. Program ini untuk mengumpul dana bagi menyalurkan bantuan kepada rakyat GAZA serta membina semula keperluan mereka disana. Sebanyak 30 buah moto yang melibatkan 45 orang peserta yang menyertai program ini. Dalam lawatan berkenaan, dRG


YAYASAN dR ROZMEY SUMBANG RM200,000(0)

Yayasan dR Rozmey membuktikan keprihatinan apabila menyumbang dana berjumlah RM200,000 untuk disalurkan kepada penduduk Palestin di Semenanjung Gaza yang ditimpa kesengsaraan akibat kekejaman rejim Zionis sejak lebih sebulan lalu. Pengerusinya, Datuk Dr Che Rozmey Che Din berkata, pihaknya sudah menyerahkan bantuan awal RM50,000 sebelum ini dan baki RM150,000 dijangka diserahkan kepada Majlis Perundingan Pertubuhan Islam

10455168_10152228306001517_5287867229914797979_n

DDR CERIAKAN SAMBUTAN AIDILFITRI 9 BERADIK YATIM PIATU(0)

Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, selepas ibu meninggal dunia 10 tahun lalu, kini giliran ayah pula dipanggil mengadap Ilahi. Menurut Suziana Mat Said, 22, ibunya Mazni Nordin meninggal dunia kira-kira 10 tahun lalu akibat penyakit kanser. Manakala bapanya, Mat Said Mat Tahir, 63, meninggal dunia pada 1 Ramadan lalu akibat serangan jantung. Begitulah nasib yang


TIGA IMAM SYRIA SERIKAN MAJIS IFTAR(0)

Kehadiran tiga orang iman dari negara bergolak Syria   telah menyerikan majlis iftar yang dianjurkan oleh Yayasan Dr Rozmey pada 20 Julai lalu. Syeikh Abu Muaz, Syeikh Khalid Abu Walid dan Syeikh Misri Adnan adalah antara 10 imam dari Syira yang telah dibawa oleh Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) ke Malaysia  untuk menjadi imam solat

10257985_10152083930456517_7857488350924408266_n

dR ROZMEY HOTEL PROMOSI RAMADHAN(0)

Promosi Ramadhan serendah RM110 sahaja untuk sebilik di Rozmey Hotel berbanding harga biasa RM140 sebilik. Menurut pemiliknya, Datuk Dr Che Rozmey Che Din berkata, promosi terbabit adalah sebagai penghargaan kepada pelanggan sempena bulan mulia sekaligus memberikan penjimatan kepada pengguna yang memilih dR Rozmey Hotel sebagai tempat penginapan. Beliau juga turut mengucapkan selamat berpuasa kepada semua

read more
banner

Contacts and information

Social networks

Most popular categories