banner

DDR BANTU MANGSA RIBUT

“Badan saya menggigil dan sebak sebaik diberitahu oleh anak saya bahawa Dr Rozmey akan datang ke rumah saya untuk memberi bantuan.
Sebelum ini saya berdoa dan berhajat untuk berjumpa dengannya untuk memohon sumbangan bagi membaiki rumah ini yang rosak teruk
akibat ribut yang berlaku Jumaat lalu,” kata Rusnah Embi, 52, dari Kampung Sungai Mati, Langgar yang masih dalam keadaan terkejut
apabila menerima kunjungan daripada Presiden dR Rozmey Group (dRG) Datuk Dr Che Rozmey Che Din semalam.

Rusnah berkata selepas melihat Dr Rozmey memberi bantuan kepada salah seorang mangsa ribut yang tersiar di akhbar Harian Metro, dia berhajat
untuk bertemu dengannya di pejabat dRG di Jitra.

Menurutnya, disebabkan faktor masa, dia terpaksa menangguhkan hasratnya itu dan hanya berdoa kepada Allah agar ada individu atau pihak yang terbabit
tampil untuk memberi bantuan bagi membaiki rumah pusaka keluarganya yang sudah dua kali di landa ribut.

“Syukur kerana doa saya dimakbul dan hari ini Dr Rozmey datang ke rumah saya untuk menghulurkan bantuan. Saya masih dalam keadaan terkejut dan tidak percaya
apa yang ditakdir berlaku hari ini.
“Terima kasih kepada Dr Rozmey yang sudi menghulurkan bantuan untuk membaiki rumah keluarga saya yang rosak teruk akibat dilanda angin kencang sehingga menyebabkan
alang rumah diterbangkan angin kencang,” katanya.

Sementara itu, Datuk Dr Che Rozmey berkata dia terpanggil untuk membantu keluarga Rusnah selepas terbaca di dalam akhbar Harian Metro mengenai musibah yang melanda keluarga berkenaan.

Menurutnya, sumbangan sebanyak RM20,000 itu adalah bagi membaiki keadaan rumah pusaka itu yang rosak teruk selain struktur asalnya yang dimakai anai-anai.

“Ini adalah sebahagian kecil sumbangan yang ddr mampu berikan kepada keluarga ini yang jelas amat memerlukan bantuan segera bagi membaiki rumah ini. Kontraktor akan memulakan kerja baik pulih dalam masa terdekat memandang keadaan cuaca yang tidak menentu,” katanya ketika ditemui di rumah Rusnah semalam.

Comments

comments

0 commentsback to post

Add your comment

Nickname:
E-mail:
Website:
Comment:

Other articlesgo to homepage


Diet Cara Biasa v.s Diet Dengan Jus Mate 5(0)

Kali ini doc ingin mendedahkan. Mengapa diet dengan Jus Mate 5 membantu anda untuk kurus dengan lebih cepat berbanding diet cara biasa. Jus Mate 5, adalah sebagai supplement, yang membantu anda untuk kurus dalam masa yang cepat disamping anda menjaga diet dan mengamalkan senaman ringan. Mari lihat infografik di bawah ini untuk lebih maklumat:- Comments


7 Amalan Sunnah yang Doc lakukan Sehingga Mencapai Jualan Ratusan Juta Ringgit.(0)

Seperti yang dijanjikan dalam artikel yang lepas, doc akan kongsikan kepada anda secara ringkas, amalan-amalan sunnah yang doc lakukan bermula dari 2004 sehingga sekarang. Namun doc perlu tegaskan di sini, niat untuk membuat sesuatu amalan itu akan terbatal jika kita lakukan semata untuk mengharapkan balasan. Bagi doc, keikhlasan amalan akan mudah kita dapat jika amalan


RM200,000,000 dalam 5 tahun. Rahsia Dr Rozmey kepada mereka yang berniaga.(1)

Menjadi jutawan adalah impian setiap orang. Khususnya yang bergelar usahawan. Bagi doc, orang yang bergelar usahawan ini adalah orang yang ingin berusaha sehingga menjadi jutawan. Menjadi jutawan boleh tercapai dengan platform perniagaan. Jarang orang yang bekerja mampu memegang status jutawan. Bukan tidak ada. Tetapi jarang. Seperti doc dulu yang berkhidmat sebagai pakar perunding perbidanan dan


PROGRAM KONVOI RIDE 1 MILION FOR GAZA(0)

MAPIM dengan kerjasama Kelab Moto Berkuasa Tinggi Northern Wingers melawat HQ dR ROZMEY GROUP dalam jelajah Konvoi Ride 1Million For Gaza. Program ini untuk mengumpul dana bagi menyalurkan bantuan kepada rakyat GAZA serta membina semula keperluan mereka disana. Sebanyak 30 buah moto yang melibatkan 45 orang peserta yang menyertai program ini. Dalam lawatan berkenaan, dRG


YAYASAN dR ROZMEY SUMBANG RM200,000(0)

Yayasan dR Rozmey membuktikan keprihatinan apabila menyumbang dana berjumlah RM200,000 untuk disalurkan kepada penduduk Palestin di Semenanjung Gaza yang ditimpa kesengsaraan akibat kekejaman rejim Zionis sejak lebih sebulan lalu. Pengerusinya, Datuk Dr Che Rozmey Che Din berkata, pihaknya sudah menyerahkan bantuan awal RM50,000 sebelum ini dan baki RM150,000 dijangka diserahkan kepada Majlis Perundingan Pertubuhan Islam

read more
banner

Contacts and information

Social networks

Most popular categories