banner

PENAJA UTAMA KONSERT PRELUDE REBUILD GAZA DI ALOR SETAR

dR Rozmey Group menjadi penaja utama bagi Konsert Prelude Rebuild Gaza For A Nation sempena Karnival Bandaraya Sejahtera di perkarangan Stadium Darulaman dari 21 Mac hingga 31 mac 2013.

Sebagai penaja utama bagi konsert itu, pendekatan konsert  hiburan secara islamik ditekankan selama 11 hari di mana barisan artis   yang ditampilkan seperti kumpulan nasyid Rabbani, Al Mawlid, Saujana, Nash dan Mawi.

Presiden, Datuk Dr Che Rozmey Che Din berkata selain itu program yang disusun juga mampu memberi impak kepada masyarakat khususya mereka yang hadir dalam program yang dirancang.

Beliau berkata, sebagai penaja utama, pihak syarikat turut menyusun  pelbagai program di pentas utama dan di khemah pameran dalam usaha untuk memeriahkan karnival berkenaan.

“Kita akan mengadakan forum usahawan muslim yang akan dikendalikan oleh seorang moderator dan saya sendiri akan menjadi tetamu pada forum itu untuk berkongsi pengalaman dan rahsia disebalik kejayaan luar biasa sebagai seorang muslim.

“Pihak dRG juga akan mengadakan program Gema Cinta Rasul  yang akan dihadiri oleh pewaris Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, Habib Ahmad Mohammed Al Haddar dari Yaman yang merupakan pewaris generasi ke 36′ katanya.

Beliau berharap orang ramai khususnya di negeri Kedah untuk hadir beramai-ramai ke karnival berkenaan dan dalam masa yang sama menderma untuk Tabung Bina Semula

karnival

Gaza.

Comments

comments

2 commentsback to post

#1mummy_glam12/04/2013, 12:05 pm

Semoga misi Gaza ini berjaya demi saudara islam yang sangat memerlukan. sangat terharu bla dengar ddr sumbangkan untuk Gaza.

#2drrozmey12/04/2013, 3:18 pm

Sumbangan yang tak seberapa ini tidak dapat ditandingi dengan pengorbanan para syahid yang terkorban di Gaza demi mempertahankan Islam.

Add your comment

Nickname:
E-mail:
Website:
Comment:

Other articlesgo to homepage


Diet Cara Biasa v.s Diet Dengan Jus Mate 5(0)

Kali ini doc ingin mendedahkan. Mengapa diet dengan Jus Mate 5 membantu anda untuk kurus dengan lebih cepat berbanding diet cara biasa. Jus Mate 5, adalah sebagai supplement, yang membantu anda untuk kurus dalam masa yang cepat disamping anda menjaga diet dan mengamalkan senaman ringan. Mari lihat infografik di bawah ini untuk lebih maklumat:- Comments


7 Amalan Sunnah yang Doc lakukan Sehingga Mencapai Jualan Ratusan Juta Ringgit.(0)

Seperti yang dijanjikan dalam artikel yang lepas, doc akan kongsikan kepada anda secara ringkas, amalan-amalan sunnah yang doc lakukan bermula dari 2004 sehingga sekarang. Namun doc perlu tegaskan di sini, niat untuk membuat sesuatu amalan itu akan terbatal jika kita lakukan semata untuk mengharapkan balasan. Bagi doc, keikhlasan amalan akan mudah kita dapat jika amalan


RM200,000,000 dalam 5 tahun. Rahsia Dr Rozmey kepada mereka yang berniaga.(1)

Menjadi jutawan adalah impian setiap orang. Khususnya yang bergelar usahawan. Bagi doc, orang yang bergelar usahawan ini adalah orang yang ingin berusaha sehingga menjadi jutawan. Menjadi jutawan boleh tercapai dengan platform perniagaan. Jarang orang yang bekerja mampu memegang status jutawan. Bukan tidak ada. Tetapi jarang. Seperti doc dulu yang berkhidmat sebagai pakar perunding perbidanan dan


PROGRAM KONVOI RIDE 1 MILION FOR GAZA(0)

MAPIM dengan kerjasama Kelab Moto Berkuasa Tinggi Northern Wingers melawat HQ dR ROZMEY GROUP dalam jelajah Konvoi Ride 1Million For Gaza. Program ini untuk mengumpul dana bagi menyalurkan bantuan kepada rakyat GAZA serta membina semula keperluan mereka disana. Sebanyak 30 buah moto yang melibatkan 45 orang peserta yang menyertai program ini. Dalam lawatan berkenaan, dRG


YAYASAN dR ROZMEY SUMBANG RM200,000(0)

Yayasan dR Rozmey membuktikan keprihatinan apabila menyumbang dana berjumlah RM200,000 untuk disalurkan kepada penduduk Palestin di Semenanjung Gaza yang ditimpa kesengsaraan akibat kekejaman rejim Zionis sejak lebih sebulan lalu. Pengerusinya, Datuk Dr Che Rozmey Che Din berkata, pihaknya sudah menyerahkan bantuan awal RM50,000 sebelum ini dan baki RM150,000 dijangka diserahkan kepada Majlis Perundingan Pertubuhan Islam

read more
banner

Contacts and information

Social networks

Most popular categories