banner

DANA UNTUKMU ROSNANI MENDAPAT PERHATIAN RAMAI

Dana Untukmu Rosnani yang dilancarkan di bawah Yayasan dR Rozmey bagi menampung kos pembedahan kosmetik Rosnani Hussin, 47, yang menjadi mangsa simbah asid dalam kejadian samun dua tahun lalu mendapat perhatian masyarakat yang prihatin dengan keadaannya.

Sejak dilancarkan pada Mac lalu, hasil kutipan dana yang diperoleh daripada tabung beliau telah berjaya mengumpul kutipan sebanyak lebih RM12,000 sehingga kini.

Dana yang berjaya dikumpul atas keprihatinan rakyat Malaysia itu telah membolehkan Rosnani membuat rawatan pertama beliau dalam tarikh yang akan ditetapkan.

Menurutnya, dia tidak menjangka dapat mengumpul wang sejumlah itu hanya dalam masa lebih satu bulan atas sikap prihatin rakyat Malaysia terhadap musibah yang dtimpanya serta melahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada Presiden dR Rozmey Group (dRG), Datuk Dr Che Rozmey Che Din termasuk semua rakyat Malaysia yang telah membantu.

“ Syukur alhamdulillah, saya sangat terharu dengan sambutan yang diberikan melalui tabung ini atas sikap prihatin masyarakat dan tidak menjangkakan dapat mengumpul wang sebanyak itu.

“ Terima kasih saya ucapkan kepada Datuk Che Rozmey dan semua yang membantu, hasil dari kutipan ini saya dapat menjalankan pembedahan yang pertama akan datang nanti,” katanya ketika dihubungi dari ibu pejabat dRG.

Sementara itu, presiden dRG berkata, dana ini bertujuan untuk membantu Rosnani memulihkan wajah selain membolehkan keadaannya pulih daripada penyakit.

“ Pembedahan yang akan dikendali Prof. Dr. Ahmad Shukri itu diharap dapat membantu Rosnani kembali bernafas dan makan seperti biasa, kos yang diperlukan ialah sekitar RM60,000,” katanya.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun CIMB bernombor 0203-1331-1655-25 atas nama Rusnani Hussin atau boleh juga mengunjunginya di alamat No 3830, Jalan Inang, Taman Ria Jaya, Sungai Petani.

dana rusnani

Comments

comments

0 commentsback to post

Add your comment

Nickname:
E-mail:
Website:
Comment:

Other articlesgo to homepage


Diet Cara Biasa v.s Diet Dengan Jus Mate 5(0)

Kali ini doc ingin mendedahkan. Mengapa diet dengan Jus Mate 5 membantu anda untuk kurus dengan lebih cepat berbanding diet cara biasa. Jus Mate 5, adalah sebagai supplement, yang membantu anda untuk kurus dalam masa yang cepat disamping anda menjaga diet dan mengamalkan senaman ringan. Mari lihat infografik di bawah ini untuk lebih maklumat:- Comments


7 Amalan Sunnah yang Doc lakukan Sehingga Mencapai Jualan Ratusan Juta Ringgit.(0)

Seperti yang dijanjikan dalam artikel yang lepas, doc akan kongsikan kepada anda secara ringkas, amalan-amalan sunnah yang doc lakukan bermula dari 2004 sehingga sekarang. Namun doc perlu tegaskan di sini, niat untuk membuat sesuatu amalan itu akan terbatal jika kita lakukan semata untuk mengharapkan balasan. Bagi doc, keikhlasan amalan akan mudah kita dapat jika amalan


RM200,000,000 dalam 5 tahun. Rahsia Dr Rozmey kepada mereka yang berniaga.(1)

Menjadi jutawan adalah impian setiap orang. Khususnya yang bergelar usahawan. Bagi doc, orang yang bergelar usahawan ini adalah orang yang ingin berusaha sehingga menjadi jutawan. Menjadi jutawan boleh tercapai dengan platform perniagaan. Jarang orang yang bekerja mampu memegang status jutawan. Bukan tidak ada. Tetapi jarang. Seperti doc dulu yang berkhidmat sebagai pakar perunding perbidanan dan


PROGRAM KONVOI RIDE 1 MILION FOR GAZA(0)

MAPIM dengan kerjasama Kelab Moto Berkuasa Tinggi Northern Wingers melawat HQ dR ROZMEY GROUP dalam jelajah Konvoi Ride 1Million For Gaza. Program ini untuk mengumpul dana bagi menyalurkan bantuan kepada rakyat GAZA serta membina semula keperluan mereka disana. Sebanyak 30 buah moto yang melibatkan 45 orang peserta yang menyertai program ini. Dalam lawatan berkenaan, dRG


YAYASAN dR ROZMEY SUMBANG RM200,000(0)

Yayasan dR Rozmey membuktikan keprihatinan apabila menyumbang dana berjumlah RM200,000 untuk disalurkan kepada penduduk Palestin di Semenanjung Gaza yang ditimpa kesengsaraan akibat kekejaman rejim Zionis sejak lebih sebulan lalu. Pengerusinya, Datuk Dr Che Rozmey Che Din berkata, pihaknya sudah menyerahkan bantuan awal RM50,000 sebelum ini dan baki RM150,000 dijangka diserahkan kepada Majlis Perundingan Pertubuhan Islam

read more
banner

Contacts and information

Social networks

Most popular categories