banner

ACARA SUKAN DITUNDA BERIKUTAN PRU 13

Beberapa lagi acara sukan yang sepatutnya berlangsung pada hujung bulan ini dan Mei depan ditunda untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), 5 Mei ini.

Kejohanan badminton Grand Prix Emas Terbuka Malaysia yang dijadual berlangsung di Stadium Juara, Bukit Kiara dari 30 April hingga 4 Mei tunda ke satu tarikh yang belum dikenal pasti.

Pekara itu disahkan oleh Setiausaha Kehormat Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Ng Chin Chai yang mengakui pindaan tarikh dilakukan untuk membolehkan pemain dan penyokong tempatan mengundi pada 5 Mei.

Terdahulu, Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) menunda pusingan pembukaan Siri Super Dunia yang dijadual berlangsung di Seremban dari 16-19 Mei.

Badan sepak takraw dunia itu memilih Malaysia untuk menganjurkan dua peringkat dalam kalendar Siri Super Dunia 2013, di mana kejohanan pembuka tirai dijadual berlangsung di Negeri Sembilan, diikuti peringkat keempat dan terakhir di Kota Kinabalu pada 31 Oktober hingga 3 November.

“Oleh kerana keadaan yang tidak dijangka, kami akan menjadualkan semula tempat dan tarikh Siri Super ISTAF 2013.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Persatuan sepak takraw Malaysia (PSM) kerana memahami perkara ini. Kami akan mengumumkan tarikh peringkat di Malaysia dalam masa terdekat,” kata Setiausaha Agung ISTAF, Datuk Abdul Halim Kader.

Presiden PSM Datuk Ahmad Ismail mengalu-alukan keputusan ISTAF menukar jadual untuk memberi laluan kepada PRU-13.

0 commentsback to post

Add your comment

Nickname:
E-mail:
Website:
Comment:

Other articlesgo to homepage

konvoi mapim

PROGRAM KONVOI RIDE 1 MILION FOR GAZA(0)

MAPIM dengan kerjasama Kelab Moto Berkuasa Tinggi Northern Wingers melawat HQ dR ROZMEY GROUP dalam jelajah Konvoi Ride 1Million For Gaza. Program ini untuk mengumpul dana bagi menyalurkan bantuan kepada rakyat GAZA serta membina semula keperluan mereka disana. Sebanyak 30 buah moto yang melibatkan 45 orang peserta yang menyertai program ini. Dalam lawatan berkenaan, dRG


YAYASAN dR ROZMEY SUMBANG RM200,000(0)

Yayasan dR Rozmey membuktikan keprihatinan apabila menyumbang dana berjumlah RM200,000 untuk disalurkan kepada penduduk Palestin di Semenanjung Gaza yang ditimpa kesengsaraan akibat kekejaman rejim Zionis sejak lebih sebulan lalu. Pengerusinya, Datuk Dr Che Rozmey Che Din berkata, pihaknya sudah menyerahkan bantuan awal RM50,000 sebelum ini dan baki RM150,000 dijangka diserahkan kepada Majlis Perundingan Pertubuhan Islam

10455168_10152228306001517_5287867229914797979_n

DDR CERIAKAN SAMBUTAN AIDILFITRI 9 BERADIK YATIM PIATU(0)

Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, selepas ibu meninggal dunia 10 tahun lalu, kini giliran ayah pula dipanggil mengadap Ilahi. Menurut Suziana Mat Said, 22, ibunya Mazni Nordin meninggal dunia kira-kira 10 tahun lalu akibat penyakit kanser. Manakala bapanya, Mat Said Mat Tahir, 63, meninggal dunia pada 1 Ramadan lalu akibat serangan jantung. Begitulah nasib yang


TIGA IMAM SYRIA SERIKAN MAJIS IFTAR(0)

Kehadiran tiga orang iman dari negara bergolak Syria   telah menyerikan majlis iftar yang dianjurkan oleh Yayasan Dr Rozmey pada 20 Julai lalu. Syeikh Abu Muaz, Syeikh Khalid Abu Walid dan Syeikh Misri Adnan adalah antara 10 imam dari Syira yang telah dibawa oleh Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) ke Malaysia  untuk menjadi imam solat

10257985_10152083930456517_7857488350924408266_n

dR ROZMEY HOTEL PROMOSI RAMADHAN(0)

Promosi Ramadhan serendah RM110 sahaja untuk sebilik di Rozmey Hotel berbanding harga biasa RM140 sebilik. Menurut pemiliknya, Datuk Dr Che Rozmey Che Din berkata, promosi terbabit adalah sebagai penghargaan kepada pelanggan sempena bulan mulia sekaligus memberikan penjimatan kepada pengguna yang memilih dR Rozmey Hotel sebagai tempat penginapan. Beliau juga turut mengucapkan selamat berpuasa kepada semua

read more
banner

Contacts and information

Social networks

Most popular categories