banner

KEPENTINGAN PENJAGAAN KESIHATAN

Kesihatan yang baik merupakan anugerah dari Allah s.w.t yang tidak ternilai buat setiap manusia dan nikmat itu haruslah dijaga dengan sebaik mungkin sebelum ianya dicemar dengan penyakit yang tidak diingini.

Islam menetapkan tujuan kehadirannya adalah untuk memelihara agama, jiwa, akal, kesihatan dan harta benda umat manusia.

Manusia yang sihat ialah manusia yang sejahtera serta seimbang jasmani dan rohaninya dan sentiasa aktif.

Dengan kesihatan, manusia dapat meningkatkan kualiti hidupnya semaksima yang mungkin dan dapat meningkatkan pengabdiannya kepada Allah s.w.t serta sesama manusia.

Agama amat menekankan kepentingan penjagaan kesihatan serta pencegahan sesuatu penyakit. Malah kita diberikan petunjuk oleh Rasulullah s.a.w, supaya apabila ditimpa sesuatu penyakit, kita hendaklah segera mengubatinya kerana Allah tidak menurunkan penyakit kecuali diturunkan pula ubatnya.

Dalam usaha mengekalkan dan menjaga kesihatan, ia bukan hanya dilihat sebagai urusan perseorangan atau keluarga tetapi yang ditekankan juga ialah kepentingan pencegahan penyakit.

Beberapa contoh pencegahan serta pengamalan menyarankan agar kita menutupi hidangan, mencuci tangan sebelum makan, memberus gigi, larangan bernafas ketika minum, tidak membuang air di tempat yang tidak mengalir atau di bawah pohon, mengamalkan makanan yang berkhasiat, mengamalkan gaya hidup sihat seperti bersenam dan terdapat banyak lagi contoh dan praktik yang dituntut dalam konteks menjaga kesihatan.

Health-Care-21

Comments

comments

0 commentsback to post

Add your comment

Nickname:
E-mail:
Website:
Comment:

Other articlesgo to homepage


RM200,000,000 dalam 5 tahun. Rahsia Dr Rozmey kepada mereka yang berniaga.(0)

Menjadi jutawan adalah impian setiap orang. Khususnya yang bergelar usahawan. Bagi doc, orang yang bergelar usahawan ini adalah orang yang ingin berusaha sehingga menjadi jutawan. Menjadi jutawan boleh tercapai dengan platform perniagaan. Jarang orang yang bekerja mampu memegang status jutawan. Bukan tidak ada. Tetapi jarang. Seperti doc dulu yang berkhidmat sebagai pakar perunding perbidanan dan


PROGRAM KONVOI RIDE 1 MILION FOR GAZA(0)

MAPIM dengan kerjasama Kelab Moto Berkuasa Tinggi Northern Wingers melawat HQ dR ROZMEY GROUP dalam jelajah Konvoi Ride 1Million For Gaza. Program ini untuk mengumpul dana bagi menyalurkan bantuan kepada rakyat GAZA serta membina semula keperluan mereka disana. Sebanyak 30 buah moto yang melibatkan 45 orang peserta yang menyertai program ini. Dalam lawatan berkenaan, dRG


YAYASAN dR ROZMEY SUMBANG RM200,000(0)

Yayasan dR Rozmey membuktikan keprihatinan apabila menyumbang dana berjumlah RM200,000 untuk disalurkan kepada penduduk Palestin di Semenanjung Gaza yang ditimpa kesengsaraan akibat kekejaman rejim Zionis sejak lebih sebulan lalu. Pengerusinya, Datuk Dr Che Rozmey Che Din berkata, pihaknya sudah menyerahkan bantuan awal RM50,000 sebelum ini dan baki RM150,000 dijangka diserahkan kepada Majlis Perundingan Pertubuhan Islam


DDR CERIAKAN SAMBUTAN AIDILFITRI 9 BERADIK YATIM PIATU(0)

Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, selepas ibu meninggal dunia 10 tahun lalu, kini giliran ayah pula dipanggil mengadap Ilahi. Menurut Suziana Mat Said, 22, ibunya Mazni Nordin meninggal dunia kira-kira 10 tahun lalu akibat penyakit kanser. Manakala bapanya, Mat Said Mat Tahir, 63, meninggal dunia pada 1 Ramadan lalu akibat serangan jantung. Begitulah nasib yang


TIGA IMAM SYRIA SERIKAN MAJIS IFTAR(0)

Kehadiran tiga orang iman dari negara bergolak Syria   telah menyerikan majlis iftar yang dianjurkan oleh Yayasan Dr Rozmey pada 20 Julai lalu. Syeikh Abu Muaz, Syeikh Khalid Abu Walid dan Syeikh Misri Adnan adalah antara 10 imam dari Syira yang telah dibawa oleh Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) ke Malaysia  untuk menjadi imam solat

read more
banner

Contacts and information

Social networks

Most popular categories