banner

STRATEGI KEJAYAAN UNTUK KEKAYAAN

1. Sikap

Jika hanya ada satu sahaja faktor penentu kejayaan dalam apa juga yang kita lakukan, ia adalah sikap. Einstein mengatakan bahawa sikap 99% adalah penentu kejayaan atau kegagalan seseorang. Kita mestilah mempunyai sikap yang positif dalam apa juga yang mahu dilakukan, jika mahukan sesuatu kejayaan.

Jika kita bersikap positif, semua perkara yang kita sedang lakukan akan menjadi lebih mudah. Jika ada perkara yang kita tidak suka lakukan, jangan biarkan sehingga pada saat akhir, bahkan lakukan perkara tersebut dahulu dan fikirkan “aku mahu menyiapkan kerja ini sehingga selesai kemudian aku boleh buat kerja yang aku suka !”. Cubalah teknik ini dan capailah perbezaannya.

2. Ambil tindakan

Jika kita mempunyai idea yang bagus tidak menjadi masalah, tetapi kita mesti dan perlu membuat tindakan. Kemudian apabila kita sudah mula melakukan sesuatu, haruslah bersedia untuk mengambil beberapa lagi langkah seterusnya sehinggalah mencapai kejayaan.

3. Tukar Bagaimana kita Diprogramkan

80% jutawan pada hari ini mencapai impian mereka dengan memulakan bisnes sendiri. Mungkin semua sudah sedia maklum, jika benar2 mahukan kebebasan kewangan, masa depannya ialah dengan memulakan perniagaan sendiri.

Sudah tentu bisnes sendiri harus menanggung risiko, dan boleh mengurangkan risiko tersebut dengan memulakannya secara sambilan, dan gunakan teknik yang mudah dengan modal yang kecil, tetapi ganjarannya amat banyak dan menguntungkan.

4. Tuliskan Apa Yang Sedang difikirkan

Jika sudah mempunyai idea – tuliskan.

 Jika mempunyai masalah sekalipun – tuliskan.

Apabila kita mula menulis sesuatu masalah, kita akan dapati bahawa kita boleh berfikir dengan lebih jelas, dan suatu masa nanti perkara tersebut dapat diselesaikan. Teknik ini nampak mudah, tapi jika kita mula menggunakannya, sudah pasti akan lihat perbezaannya kelak.

5. Tetapkan matlamat dan impian

Jika kita tidak mempunyai sasaran, ternyata kita tidak akan dapat apa pun. kita mesti mempunyai matlamat, kita perlu tahu kemana destinasi sebenar, berusaha untuk mencapainya dan sentiasa ingat akan impian sendiri.

Anda mesti mempunyai matlamat jangka panjang, untuk tempoh 5 tahun akan datang, kemudian kita sendiri perlu berusaha untuk mencapainya, kemudian tetapkan matlamat jangka pendek yang lebih mudah dicapai contohnya matlamat setahun, sebulan dan seminggu.

Gambar-kunci-kejayaan

Comments

comments

0 commentsback to post

Add your comment

Nickname:
E-mail:
Website:
Comment:

Other articlesgo to homepage


Diet Cara Biasa v.s Diet Dengan Jus Mate 5(0)

Kali ini doc ingin mendedahkan. Mengapa diet dengan Jus Mate 5 membantu anda untuk kurus dengan lebih cepat berbanding diet cara biasa. Jus Mate 5, adalah sebagai supplement, yang membantu anda untuk kurus dalam masa yang cepat disamping anda menjaga diet dan mengamalkan senaman ringan. Mari lihat infografik di bawah ini untuk lebih maklumat:- Comments


7 Amalan Sunnah yang Doc lakukan Sehingga Mencapai Jualan Ratusan Juta Ringgit.(0)

Seperti yang dijanjikan dalam artikel yang lepas, doc akan kongsikan kepada anda secara ringkas, amalan-amalan sunnah yang doc lakukan bermula dari 2004 sehingga sekarang. Namun doc perlu tegaskan di sini, niat untuk membuat sesuatu amalan itu akan terbatal jika kita lakukan semata untuk mengharapkan balasan. Bagi doc, keikhlasan amalan akan mudah kita dapat jika amalan


RM200,000,000 dalam 5 tahun. Rahsia Dr Rozmey kepada mereka yang berniaga.(1)

Menjadi jutawan adalah impian setiap orang. Khususnya yang bergelar usahawan. Bagi doc, orang yang bergelar usahawan ini adalah orang yang ingin berusaha sehingga menjadi jutawan. Menjadi jutawan boleh tercapai dengan platform perniagaan. Jarang orang yang bekerja mampu memegang status jutawan. Bukan tidak ada. Tetapi jarang. Seperti doc dulu yang berkhidmat sebagai pakar perunding perbidanan dan


PROGRAM KONVOI RIDE 1 MILION FOR GAZA(0)

MAPIM dengan kerjasama Kelab Moto Berkuasa Tinggi Northern Wingers melawat HQ dR ROZMEY GROUP dalam jelajah Konvoi Ride 1Million For Gaza. Program ini untuk mengumpul dana bagi menyalurkan bantuan kepada rakyat GAZA serta membina semula keperluan mereka disana. Sebanyak 30 buah moto yang melibatkan 45 orang peserta yang menyertai program ini. Dalam lawatan berkenaan, dRG


YAYASAN dR ROZMEY SUMBANG RM200,000(0)

Yayasan dR Rozmey membuktikan keprihatinan apabila menyumbang dana berjumlah RM200,000 untuk disalurkan kepada penduduk Palestin di Semenanjung Gaza yang ditimpa kesengsaraan akibat kekejaman rejim Zionis sejak lebih sebulan lalu. Pengerusinya, Datuk Dr Che Rozmey Che Din berkata, pihaknya sudah menyerahkan bantuan awal RM50,000 sebelum ini dan baki RM150,000 dijangka diserahkan kepada Majlis Perundingan Pertubuhan Islam

read more
banner

Contacts and information

Social networks

Most popular categories