banner

DDR SELAMI DUNIA ANIMASI

Pelbagai strategi promosi dan pengiklanan yang digunakan oleh Presiden dR Rozmey Group (dRG), Datuk Dr Che Rozmey Che Din dalam mencetuskan fenomena perniagaan produk kesihatan di kalangan pengguna.

Strategi yang diambil biasanya memberikan impak positif kepada perniagaan dRG apabila produknya kini telah berjaya mendominasi pasaran produk kesihatan.

Beliau berkata, setelah melihat bukti kejayaan dRG melalui platform ICT dan medium laman sosial yang dibangunkan secara menyeluruh, ianya masih belum mencukupi dan dari masa ke semasa beliau sentiasa mengintai sesuatu idea baru seiring dengan era globalisasi masa kini.

“ Kita masih tidak berpuas hati dengan apa yang dicapai pada hari ini dan akan sentiasa mencari sesuatu yang baru untuk diteroka kerana dunia sentiasa berubah-ubah, teknologi semakin canggih dan citarasa pengguna turut menginginkan kelainan dari masa ke semasa.

“ Oleh itu, kita berani mencuba idea baru seperti mencuba watak animasi samada dalam bentuk video dan komik,” katanya.

Menurutnya, setakat ini beberapa video animasi pendek telah berjaya dihasilkan yang menceritakan manfaat produk kesihatan dRG termasuk komik strip karya staff dari unit ICT.

“ Hasilnya sangat luar biasa kerana kita mendapat maklumbalas yang positif dari segi permintaan produk dan ini membuktikan pengguna sukakan kreativiti dalam mempromosikan sesuatu produk,” ujarnya lagi.

Katanya, sekiranya terdapat penambahan idea dalam menghasilkan sesuatu yang baru sebagai mempromosikan produk dRG tidak mustahil beliau akan mencuba.

551308_10151280946441517_385335114_n

Comments

comments

0 commentsback to post

Add your comment

Nickname:
E-mail:
Website:
Comment:

Other articlesgo to homepage


Diet Cara Biasa v.s Diet Dengan Jus Mate 5(0)

Kali ini doc ingin mendedahkan. Mengapa diet dengan Jus Mate 5 membantu anda untuk kurus dengan lebih cepat berbanding diet cara biasa. Jus Mate 5, adalah sebagai supplement, yang membantu anda untuk kurus dalam masa yang cepat disamping anda menjaga diet dan mengamalkan senaman ringan. Mari lihat infografik di bawah ini untuk lebih maklumat:- Comments


7 Amalan Sunnah yang Doc lakukan Sehingga Mencapai Jualan Ratusan Juta Ringgit.(0)

Seperti yang dijanjikan dalam artikel yang lepas, doc akan kongsikan kepada anda secara ringkas, amalan-amalan sunnah yang doc lakukan bermula dari 2004 sehingga sekarang. Namun doc perlu tegaskan di sini, niat untuk membuat sesuatu amalan itu akan terbatal jika kita lakukan semata untuk mengharapkan balasan. Bagi doc, keikhlasan amalan akan mudah kita dapat jika amalan


RM200,000,000 dalam 5 tahun. Rahsia Dr Rozmey kepada mereka yang berniaga.(1)

Menjadi jutawan adalah impian setiap orang. Khususnya yang bergelar usahawan. Bagi doc, orang yang bergelar usahawan ini adalah orang yang ingin berusaha sehingga menjadi jutawan. Menjadi jutawan boleh tercapai dengan platform perniagaan. Jarang orang yang bekerja mampu memegang status jutawan. Bukan tidak ada. Tetapi jarang. Seperti doc dulu yang berkhidmat sebagai pakar perunding perbidanan dan


PROGRAM KONVOI RIDE 1 MILION FOR GAZA(0)

MAPIM dengan kerjasama Kelab Moto Berkuasa Tinggi Northern Wingers melawat HQ dR ROZMEY GROUP dalam jelajah Konvoi Ride 1Million For Gaza. Program ini untuk mengumpul dana bagi menyalurkan bantuan kepada rakyat GAZA serta membina semula keperluan mereka disana. Sebanyak 30 buah moto yang melibatkan 45 orang peserta yang menyertai program ini. Dalam lawatan berkenaan, dRG


YAYASAN dR ROZMEY SUMBANG RM200,000(0)

Yayasan dR Rozmey membuktikan keprihatinan apabila menyumbang dana berjumlah RM200,000 untuk disalurkan kepada penduduk Palestin di Semenanjung Gaza yang ditimpa kesengsaraan akibat kekejaman rejim Zionis sejak lebih sebulan lalu. Pengerusinya, Datuk Dr Che Rozmey Che Din berkata, pihaknya sudah menyerahkan bantuan awal RM50,000 sebelum ini dan baki RM150,000 dijangka diserahkan kepada Majlis Perundingan Pertubuhan Islam

read more
banner

Contacts and information

Social networks

Most popular categories