banner

MANGSA SIMBAH ASID BAKAL JALANI PEMBEDAHAN PERTAMA

“ Alhamdulillah, Dana Untukmu Rosnani yang dilancarkan pihak dR Rozmey Group berjaya mendapat perhatian ramai apabila tabung dana yang terkumpul setakat ini mencecah sehingga RM13,500 sejak ianya dilancarkan,” kata mangsa simbah asid, Rosnani Hussin.

Rosnani, 47, berkata, hasil kutipan dana itu telah membolehkan beliau menjalani pembedahan pertama bagi memulihkan wajah selain membolehkan keadaannya pulih daripada penyakit.

Menurutnya, pembedahan itu akan diadakan pada 14 Jun 2013 nanti di Hospital Universiti Sains Malaysia.

“ Saya sangat menghargai sikap prihatin orang ramai yang telah menghulurkan bantuan bagi mengisi dana ini dan terima kasih saya ucapkan kepada rakyat Malaysia termasuk pihak dRG serta presidennya, Datuk Dr Che Rozmey Che Din yang banyak membantu untuk menjayakan pembedahan yang bakal saya jalani nanti,” katanya.

Sementara itu, Datuk Dr Che Rozmey berkata, pembedahan wajah Rosnani yang akan dilakukan itu diharap berjalan dengan lancar dan jayanya serta dapat meringankan penderitaan yang ditanggung beliau selama ini.

“Pembedahan yang akan dikendali Prof. Dr. Ahmad Shukri itu diharap dapat membantu Rosnani kembali bernafas dan makan seperti biasa, kos keseluruhan yang diperlukan ialah sekitar RM60,000,” katanya.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun CIMB bernombor 0203-1331-1655-25 atas nama Rusnani Hussin atau boleh juga mengunjunginya di alamat No 3830, Jalan Inang, Taman Ria Jaya, Sungai Petani.

934026_456063274477153_575616311_n

Comments

comments

0 commentsback to post

Add your comment

Nickname:
E-mail:
Website:
Comment:

Other articlesgo to homepage


Diet Cara Biasa v.s Diet Dengan Jus Mate 5(0)

Kali ini doc ingin mendedahkan. Mengapa diet dengan Jus Mate 5 membantu anda untuk kurus dengan lebih cepat berbanding diet cara biasa. Jus Mate 5, adalah sebagai supplement, yang membantu anda untuk kurus dalam masa yang cepat disamping anda menjaga diet dan mengamalkan senaman ringan. Mari lihat infografik di bawah ini untuk lebih maklumat:- Comments


7 Amalan Sunnah yang Doc lakukan Sehingga Mencapai Jualan Ratusan Juta Ringgit.(0)

Seperti yang dijanjikan dalam artikel yang lepas, doc akan kongsikan kepada anda secara ringkas, amalan-amalan sunnah yang doc lakukan bermula dari 2004 sehingga sekarang. Namun doc perlu tegaskan di sini, niat untuk membuat sesuatu amalan itu akan terbatal jika kita lakukan semata untuk mengharapkan balasan. Bagi doc, keikhlasan amalan akan mudah kita dapat jika amalan


RM200,000,000 dalam 5 tahun. Rahsia Dr Rozmey kepada mereka yang berniaga.(1)

Menjadi jutawan adalah impian setiap orang. Khususnya yang bergelar usahawan. Bagi doc, orang yang bergelar usahawan ini adalah orang yang ingin berusaha sehingga menjadi jutawan. Menjadi jutawan boleh tercapai dengan platform perniagaan. Jarang orang yang bekerja mampu memegang status jutawan. Bukan tidak ada. Tetapi jarang. Seperti doc dulu yang berkhidmat sebagai pakar perunding perbidanan dan


PROGRAM KONVOI RIDE 1 MILION FOR GAZA(0)

MAPIM dengan kerjasama Kelab Moto Berkuasa Tinggi Northern Wingers melawat HQ dR ROZMEY GROUP dalam jelajah Konvoi Ride 1Million For Gaza. Program ini untuk mengumpul dana bagi menyalurkan bantuan kepada rakyat GAZA serta membina semula keperluan mereka disana. Sebanyak 30 buah moto yang melibatkan 45 orang peserta yang menyertai program ini. Dalam lawatan berkenaan, dRG


YAYASAN dR ROZMEY SUMBANG RM200,000(0)

Yayasan dR Rozmey membuktikan keprihatinan apabila menyumbang dana berjumlah RM200,000 untuk disalurkan kepada penduduk Palestin di Semenanjung Gaza yang ditimpa kesengsaraan akibat kekejaman rejim Zionis sejak lebih sebulan lalu. Pengerusinya, Datuk Dr Che Rozmey Che Din berkata, pihaknya sudah menyerahkan bantuan awal RM50,000 sebelum ini dan baki RM150,000 dijangka diserahkan kepada Majlis Perundingan Pertubuhan Islam

read more
banner

Contacts and information

Social networks

Most popular categories