banner

PEMENANG TIDAK PERCAYA DAPAT BMW

“Saya masih tidak percaya sehingga kini dan rasa bagaikan mimpi apabila dimaklumkan memenangi hadiah utama kereta BMW 320i kerana sebelum ini saya langsung tidak mengetahui  ada Peraduan Beli dan Menang anjuran syarikat dR Rozmey Group (dRG).

“Namun, saya bersyukur kerana kereta BMW 320i yang dimenangi adalah hadiah sempena ulang tahun perkahwinan saya dan suami, Norzaifudin Abdul Rahman, 30,” kata Zamzurina Razali yang bertugas sebagai Pembantu Perpustakaan di Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Selangor.

Zamzurina, 30, dari Selayang, Selangor adalah pemenang hadiah utama Peraduan Beli dan Menang anjuran dRG yang menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM1.5 juta apabila nama pengguna dan pengedar aktif dRG bertuah, petang kelmarin.

Menurutnya, dia membuat pembelian secara dalam talian di kaunter dRG untuk produk Gain 5 buat kakak iparnya, Norani Abdul Rahman, 32, yang mahu menambah berat badan.

Katanya, dengan hanya mengeluarkan modal RM480 dia layak menjadi ahli dRG sekali gus berpeluang menyertai peraduan yang bermula sejak Ogos tahun lalu.

“Saya terkejut apabila dihubungi kakitangan dRG petang semalam yang memaklumkan memenangi hadiah utama dan pada mulanya memang tidak percaya sehinggalah ternampak nama saya pada senarai pemenang dalam laman sosial Facebook dRG.

“Syukur kepada Tuhan dan saya berterima kasih kepada Presiden dRG Datuk Dr Che Rozmey Che Din kerana memberi peluang untuk menyertai peraduan itu dan tuah menyebelahi,” katanya.

486689_10151426272986517_435981439_n

0 commentsback to post

Add your comment

Nickname:
E-mail:
Website:
Comment:

Other articlesgo to homepage

konvoi mapim

PROGRAM KONVOI RIDE 1 MILION FOR GAZA(0)

MAPIM dengan kerjasama Kelab Moto Berkuasa Tinggi Northern Wingers melawat HQ dR ROZMEY GROUP dalam jelajah Konvoi Ride 1Million For Gaza. Program ini untuk mengumpul dana bagi menyalurkan bantuan kepada rakyat GAZA serta membina semula keperluan mereka disana. Sebanyak 30 buah moto yang melibatkan 45 orang peserta yang menyertai program ini. Dalam lawatan berkenaan, dRG


YAYASAN dR ROZMEY SUMBANG RM200,000(0)

Yayasan dR Rozmey membuktikan keprihatinan apabila menyumbang dana berjumlah RM200,000 untuk disalurkan kepada penduduk Palestin di Semenanjung Gaza yang ditimpa kesengsaraan akibat kekejaman rejim Zionis sejak lebih sebulan lalu. Pengerusinya, Datuk Dr Che Rozmey Che Din berkata, pihaknya sudah menyerahkan bantuan awal RM50,000 sebelum ini dan baki RM150,000 dijangka diserahkan kepada Majlis Perundingan Pertubuhan Islam

10455168_10152228306001517_5287867229914797979_n

DDR CERIAKAN SAMBUTAN AIDILFITRI 9 BERADIK YATIM PIATU(0)

Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, selepas ibu meninggal dunia 10 tahun lalu, kini giliran ayah pula dipanggil mengadap Ilahi. Menurut Suziana Mat Said, 22, ibunya Mazni Nordin meninggal dunia kira-kira 10 tahun lalu akibat penyakit kanser. Manakala bapanya, Mat Said Mat Tahir, 63, meninggal dunia pada 1 Ramadan lalu akibat serangan jantung. Begitulah nasib yang


TIGA IMAM SYRIA SERIKAN MAJIS IFTAR(0)

Kehadiran tiga orang iman dari negara bergolak Syria   telah menyerikan majlis iftar yang dianjurkan oleh Yayasan Dr Rozmey pada 20 Julai lalu. Syeikh Abu Muaz, Syeikh Khalid Abu Walid dan Syeikh Misri Adnan adalah antara 10 imam dari Syira yang telah dibawa oleh Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) ke Malaysia  untuk menjadi imam solat

10257985_10152083930456517_7857488350924408266_n

dR ROZMEY HOTEL PROMOSI RAMADHAN(0)

Promosi Ramadhan serendah RM110 sahaja untuk sebilik di Rozmey Hotel berbanding harga biasa RM140 sebilik. Menurut pemiliknya, Datuk Dr Che Rozmey Che Din berkata, promosi terbabit adalah sebagai penghargaan kepada pelanggan sempena bulan mulia sekaligus memberikan penjimatan kepada pengguna yang memilih dR Rozmey Hotel sebagai tempat penginapan. Beliau juga turut mengucapkan selamat berpuasa kepada semua

read more
banner

Contacts and information

Social networks

Most popular categories