banner

PELAJAR UNIVERSITI MENANG MYVI

Hadiah utama berupa sebuah kereta Myvi menjadi milik Siti Aisyah Mat Ali@Omar, 22, dari Kemaman, Terengganu apabila terpilih sebagai pemenang di tempat kedua Peraduan Beli dan Menang anjuran dR Rozmey Group (dRG) yang diumumkan pada Isnin lalu.

Pelajar dari Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang itu nyata terkejut sebaik dihubungi kakitangan dRG bagi memaklumkan beliau terpilih memenangi hadiah kereta terbabit.

Menurutnya, kemenangan yang diperolehi amat berbaloi kerana hanya bermodalkan RM480 dengan membeli produk dR-II setelah puas mencuba pelbagai produk di pasaran untuk masalah kulit yang dihidapinya telah melayakkannya menyertai peraduan itu sekali gus menjadi ahli dRG.

“Saya tidak pernah mengharap untuk memenangi peraduan itu kerana pada masa itu hanya fikirkan untuk pulih daripada masalah kulit yang dialami setelah menggunakan produk dR-II, tetapi hanya mengesahkan belian melalui talian sekadar untuk melayakkan saya menyertai peraduan berkenaan apabila terbaca arahan yang terdapat di kupon peraduan.

“Namun, saya langsung tidak menyangka berpeluang untuk memenangi hadiah utama kereta Myvi kerana saya penah bercadang untuk memiliki kereta setelah berbincang dengan keluarga bagi memudahkan saya semasa mengikuti pengajian di universiti, akhirnya impian saya menjadi kenyataan untuk memiliki kereta,” katanya.

Katanya, beliau berasa begitu gembira apabila menerima hadiah berkenaan malah bersyukur kerana masalah kesihatan pulih di samping menikmati hadiah lumayan setelah menjadi pengguna dRG.

DSC_0259

0 commentsback to post

Add your comment

Nickname:
E-mail:
Website:
Comment:

Other articlesgo to homepage

konvoi mapim

PROGRAM KONVOI RIDE 1 MILION FOR GAZA(0)

MAPIM dengan kerjasama Kelab Moto Berkuasa Tinggi Northern Wingers melawat HQ dR ROZMEY GROUP dalam jelajah Konvoi Ride 1Million For Gaza. Program ini untuk mengumpul dana bagi menyalurkan bantuan kepada rakyat GAZA serta membina semula keperluan mereka disana. Sebanyak 30 buah moto yang melibatkan 45 orang peserta yang menyertai program ini. Dalam lawatan berkenaan, dRG


YAYASAN dR ROZMEY SUMBANG RM200,000(0)

Yayasan dR Rozmey membuktikan keprihatinan apabila menyumbang dana berjumlah RM200,000 untuk disalurkan kepada penduduk Palestin di Semenanjung Gaza yang ditimpa kesengsaraan akibat kekejaman rejim Zionis sejak lebih sebulan lalu. Pengerusinya, Datuk Dr Che Rozmey Che Din berkata, pihaknya sudah menyerahkan bantuan awal RM50,000 sebelum ini dan baki RM150,000 dijangka diserahkan kepada Majlis Perundingan Pertubuhan Islam

10455168_10152228306001517_5287867229914797979_n

DDR CERIAKAN SAMBUTAN AIDILFITRI 9 BERADIK YATIM PIATU(0)

Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, selepas ibu meninggal dunia 10 tahun lalu, kini giliran ayah pula dipanggil mengadap Ilahi. Menurut Suziana Mat Said, 22, ibunya Mazni Nordin meninggal dunia kira-kira 10 tahun lalu akibat penyakit kanser. Manakala bapanya, Mat Said Mat Tahir, 63, meninggal dunia pada 1 Ramadan lalu akibat serangan jantung. Begitulah nasib yang


TIGA IMAM SYRIA SERIKAN MAJIS IFTAR(0)

Kehadiran tiga orang iman dari negara bergolak Syria   telah menyerikan majlis iftar yang dianjurkan oleh Yayasan Dr Rozmey pada 20 Julai lalu. Syeikh Abu Muaz, Syeikh Khalid Abu Walid dan Syeikh Misri Adnan adalah antara 10 imam dari Syira yang telah dibawa oleh Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) ke Malaysia  untuk menjadi imam solat

10257985_10152083930456517_7857488350924408266_n

dR ROZMEY HOTEL PROMOSI RAMADHAN(0)

Promosi Ramadhan serendah RM110 sahaja untuk sebilik di Rozmey Hotel berbanding harga biasa RM140 sebilik. Menurut pemiliknya, Datuk Dr Che Rozmey Che Din berkata, promosi terbabit adalah sebagai penghargaan kepada pelanggan sempena bulan mulia sekaligus memberikan penjimatan kepada pengguna yang memilih dR Rozmey Hotel sebagai tempat penginapan. Beliau juga turut mengucapkan selamat berpuasa kepada semua

read more
banner

Contacts and information

Social networks

Most popular categories