banner

HARAPAN BARU ROSNANI HUSSIN

“Alhamdulillah, selepas pembedahan keadaan kesihatan saya dalaman dan luaran bertambah baik berbanding sebelum ini dan sekarang saya sudah mampu menjalani kehidupan seperti biasa dengan baik bersama keluarga,” kata Rosnani.

Mangsa simbah asid, Rosnani Hussin, 47, bersyukur setelah berjaya menjalani pembedahan pertama yang melibatkan bahagian mulut dan hidung pada Jun lalu dengan kos mencecah RM8,500 atas bantuan orang ramai yang prihatin menghulurkan sumbangan dana Untukmu Rosnani yang dilancarkan pihak dR Rozmey Group (dRG) sejak Mac lalu.

Menurutnya, pembedahan terbabit telah memberi satu harapan baru buatnya jika sebelum ini dia hanya memikirkan nasib hidupnya yang tiada kesudahan akibat menjadi mangsa jenayah perompak sehingga meninggalkan kesan kepadanya seumur hidup.

“Atas sokongan orang ramai, keluarga dan rakan-rakan yang sentiasa memberikan sokongan kepada saya, impian saya untuk kembali pulih akhirnya tercapai melalui pembedahan ini dan mereka turut bersyukur melihat perubahan pada diri saya yang bertambah baik berbanding sebelum ini,” katanya.

Rosnani berkata, pembedahan seterusnya dijangka selepas hari raya nanti iaitu pada bulan Ogos yang melibatkan bahagian leher dengan anggaran kos pembedahan sebanyak RM8,000 hingga RM10,000.

Pembedahan yang akan dikendali Prof. Dr. Ahmad Shukri itu diharap dapat membantu Rosnani kembali bernafas dan makan seperti biasa, kos yang diperlukan ialah sekitar RM60,000.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun CIMB bernombor 0203-1331-1655-25 atas nama Rusnani Hussin atau boleh juga mengunjunginya di alamat No 3830, Jalan Inang, Taman Ria Jaya, Sungai Petani.

dana rusnani

0 commentsback to post

Add your comment

Nickname:
E-mail:
Website:
Comment:

Other articlesgo to homepage

konvoi mapim

PROGRAM KONVOI RIDE 1 MILION FOR GAZA(0)

MAPIM dengan kerjasama Kelab Moto Berkuasa Tinggi Northern Wingers melawat HQ dR ROZMEY GROUP dalam jelajah Konvoi Ride 1Million For Gaza. Program ini untuk mengumpul dana bagi menyalurkan bantuan kepada rakyat GAZA serta membina semula keperluan mereka disana. Sebanyak 30 buah moto yang melibatkan 45 orang peserta yang menyertai program ini. Dalam lawatan berkenaan, dRG


YAYASAN dR ROZMEY SUMBANG RM200,000(0)

Yayasan dR Rozmey membuktikan keprihatinan apabila menyumbang dana berjumlah RM200,000 untuk disalurkan kepada penduduk Palestin di Semenanjung Gaza yang ditimpa kesengsaraan akibat kekejaman rejim Zionis sejak lebih sebulan lalu. Pengerusinya, Datuk Dr Che Rozmey Che Din berkata, pihaknya sudah menyerahkan bantuan awal RM50,000 sebelum ini dan baki RM150,000 dijangka diserahkan kepada Majlis Perundingan Pertubuhan Islam

10455168_10152228306001517_5287867229914797979_n

DDR CERIAKAN SAMBUTAN AIDILFITRI 9 BERADIK YATIM PIATU(0)

Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, selepas ibu meninggal dunia 10 tahun lalu, kini giliran ayah pula dipanggil mengadap Ilahi. Menurut Suziana Mat Said, 22, ibunya Mazni Nordin meninggal dunia kira-kira 10 tahun lalu akibat penyakit kanser. Manakala bapanya, Mat Said Mat Tahir, 63, meninggal dunia pada 1 Ramadan lalu akibat serangan jantung. Begitulah nasib yang


TIGA IMAM SYRIA SERIKAN MAJIS IFTAR(0)

Kehadiran tiga orang iman dari negara bergolak Syria   telah menyerikan majlis iftar yang dianjurkan oleh Yayasan Dr Rozmey pada 20 Julai lalu. Syeikh Abu Muaz, Syeikh Khalid Abu Walid dan Syeikh Misri Adnan adalah antara 10 imam dari Syira yang telah dibawa oleh Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) ke Malaysia  untuk menjadi imam solat

10257985_10152083930456517_7857488350924408266_n

dR ROZMEY HOTEL PROMOSI RAMADHAN(0)

Promosi Ramadhan serendah RM110 sahaja untuk sebilik di Rozmey Hotel berbanding harga biasa RM140 sebilik. Menurut pemiliknya, Datuk Dr Che Rozmey Che Din berkata, promosi terbabit adalah sebagai penghargaan kepada pelanggan sempena bulan mulia sekaligus memberikan penjimatan kepada pengguna yang memilih dR Rozmey Hotel sebagai tempat penginapan. Beliau juga turut mengucapkan selamat berpuasa kepada semua

read more
banner

Contacts and information

Social networks

Most popular categories