banner

DEKATKAN DIRI SERTA MOHONLAH REZEKI KEPADA ALLAH

“Dekatkan diri dengan Allah S.W.T dan biasakan dengan permulaan perbuatan dengan doa serta mohonlah rezeki daripada-Nya,” Datuk Dr Che Rozmey Che Din ketika ditemui semalam.

Menurut Presiden dR Rozmey Group (dRG) itu, pesanan yang sering dititikberatkan oleh beliau itu adalah untuk semua warga dRG demi menerapkan nilai murni tersebut menjadi rutin seharian.

“Amalan sebegini sudah sememangnya perlu dididik di dalam kehidupan seharian bagi memastikan setiap perbuatan yang dilakukan adalah diredhai oleh Allah S.W.T.

“Bukan itu sahaja malahan ianya juga memudahkan setiap urusan yang dilakukan berjalan lancar tanpa sebarang gangguan mahupun masalah yang tidak dingini,” katanya.

Beliau berkata lagi, warga dRG adalah tenaga kerja yang berkualiti setiap amanah yang diusulkan menjadi pegangan mereka untuk melangkah menjadi diri mereka yang baik menjadi lebih baik.

 “Di dalam Al-Quran sudah jelas menyatakan bahawa mohonlah rezeki kepada Allah S.W.T kerana Dialah Maha Pemberi rezeki untuk makhluk sekalian alam dan janganlah sesekali kamu mengingkari ajarannya.

“Penerapan nilai murni ini dilihat bakal memberikan impak positif terhadap warga dRG yang bukan hanya ganjarannya diperolehi di dunia malahan ganjaran akhirat menanti mereka.

“Jadi, perolehan ganjaran yang lumayan menanti sekiranya kita senantiasa berusaha untuk mendekatkan diri dengan Allah S.W.T dan melakukan setiap perbuatan itu dengan hati jujur serta ikhlas,” ujarnya lagi.

IMG_0627

Comments

comments

0 commentsback to post

Add your comment

Nickname:
E-mail:
Website:
Comment:

Other articlesgo to homepage


Diet Cara Biasa v.s Diet Dengan Jus Mate 5(0)

Kali ini doc ingin mendedahkan. Mengapa diet dengan Jus Mate 5 membantu anda untuk kurus dengan lebih cepat berbanding diet cara biasa. Jus Mate 5, adalah sebagai supplement, yang membantu anda untuk kurus dalam masa yang cepat disamping anda menjaga diet dan mengamalkan senaman ringan. Mari lihat infografik di bawah ini untuk lebih maklumat:- Comments


7 Amalan Sunnah yang Doc lakukan Sehingga Mencapai Jualan Ratusan Juta Ringgit.(0)

Seperti yang dijanjikan dalam artikel yang lepas, doc akan kongsikan kepada anda secara ringkas, amalan-amalan sunnah yang doc lakukan bermula dari 2004 sehingga sekarang. Namun doc perlu tegaskan di sini, niat untuk membuat sesuatu amalan itu akan terbatal jika kita lakukan semata untuk mengharapkan balasan. Bagi doc, keikhlasan amalan akan mudah kita dapat jika amalan


RM200,000,000 dalam 5 tahun. Rahsia Dr Rozmey kepada mereka yang berniaga.(1)

Menjadi jutawan adalah impian setiap orang. Khususnya yang bergelar usahawan. Bagi doc, orang yang bergelar usahawan ini adalah orang yang ingin berusaha sehingga menjadi jutawan. Menjadi jutawan boleh tercapai dengan platform perniagaan. Jarang orang yang bekerja mampu memegang status jutawan. Bukan tidak ada. Tetapi jarang. Seperti doc dulu yang berkhidmat sebagai pakar perunding perbidanan dan


PROGRAM KONVOI RIDE 1 MILION FOR GAZA(0)

MAPIM dengan kerjasama Kelab Moto Berkuasa Tinggi Northern Wingers melawat HQ dR ROZMEY GROUP dalam jelajah Konvoi Ride 1Million For Gaza. Program ini untuk mengumpul dana bagi menyalurkan bantuan kepada rakyat GAZA serta membina semula keperluan mereka disana. Sebanyak 30 buah moto yang melibatkan 45 orang peserta yang menyertai program ini. Dalam lawatan berkenaan, dRG


YAYASAN dR ROZMEY SUMBANG RM200,000(0)

Yayasan dR Rozmey membuktikan keprihatinan apabila menyumbang dana berjumlah RM200,000 untuk disalurkan kepada penduduk Palestin di Semenanjung Gaza yang ditimpa kesengsaraan akibat kekejaman rejim Zionis sejak lebih sebulan lalu. Pengerusinya, Datuk Dr Che Rozmey Che Din berkata, pihaknya sudah menyerahkan bantuan awal RM50,000 sebelum ini dan baki RM150,000 dijangka diserahkan kepada Majlis Perundingan Pertubuhan Islam

read more
banner

Contacts and information

Social networks

Most popular categories