banner

KOMITMEN DDR MENERUSI YAYASAN DR ROZMEY

Keprihatinan dan komitmen Presiden dR Rozmey Group (dRG), Datuk Dr Che Rozmey Che Din dalam membantu masyarakat sama ada secara individu dan berkumpulan dari dalam dan luar negara telah mendorong beliau untuk menubuhkan yayasannya sendiri yang diberi Yayasan Dr Rozmey.

Datuk Che Rozmey turut melancarkan Tabung Selamatkan Syria dan Mesir sebanyak RM350,000 dana diperuntukkan untuk misi bantuan kemanusiaan akibat krisis politik yang berlaku di negara berkenaan menerusi Pertubuhan Islam Malaysia (IKRAM).

Datuk Che Rozmey berkata, sebelum ini sumbangan sebanyak RM1.5 juta untuk membina Masjid Nour Ar-Rozmey di Khan Yunis, Gaza yang boleh menempatkan 4,000 jemaah dalam satu masa turut diperuntukkan.

“Kita juga akan membina sebuah pondok atau ribat di Makam Imam Al-Muhajir, Hadralmaut, yaan bernilai RM1.3 juta, salah satu kota tertua dan terkenal di dunia,” katanya.

Menurutnya, komitmen untuk membantu masyarakat bukanlah satu perkara baru baginya malah ia sudah bermula sejak memulakan bisnes produk kesihatan sejak 2006 dan membelanjakan lebih RM1 juta untuk kerja kebajikan.

“Kita mengambil sekolah angkat dan pondok angkat, membantu perbelanjaan rumah anak yatim, masyarakat setempat dari masa ke semasa yang mengalami masalah bencana alam dan pelbagai bentuk bantuan lain termasuk memberi produk percuma kepada mereka yang mengalami masalah kesihatan.

“Terbaru, yayasan turut membantu membina sebuah surau di sebuah sekolah di Jitra dan membaik pulih asrama pondok dan masjid di beberapa tempat di sini bagi memberi kemudahan yang terbaik kepada pelajar dan penduduk setempat,” katanya.


Comments

comments

0 commentsback to post

Add your comment

Nickname:
E-mail:
Website:
Comment:

Other articlesgo to homepage


RM200,000,000 dalam 5 tahun. Rahsia Dr Rozmey kepada mereka yang berniaga.(0)

Menjadi jutawan adalah impian setiap orang. Khususnya yang bergelar usahawan. Bagi doc, orang yang bergelar usahawan ini adalah orang yang ingin berusaha sehingga menjadi jutawan. Menjadi jutawan boleh tercapai dengan platform perniagaan. Jarang orang yang bekerja mampu memegang status jutawan. Bukan tidak ada. Tetapi jarang. Seperti doc dulu yang berkhidmat sebagai pakar perunding perbidanan dan


PROGRAM KONVOI RIDE 1 MILION FOR GAZA(0)

MAPIM dengan kerjasama Kelab Moto Berkuasa Tinggi Northern Wingers melawat HQ dR ROZMEY GROUP dalam jelajah Konvoi Ride 1Million For Gaza. Program ini untuk mengumpul dana bagi menyalurkan bantuan kepada rakyat GAZA serta membina semula keperluan mereka disana. Sebanyak 30 buah moto yang melibatkan 45 orang peserta yang menyertai program ini. Dalam lawatan berkenaan, dRG


YAYASAN dR ROZMEY SUMBANG RM200,000(0)

Yayasan dR Rozmey membuktikan keprihatinan apabila menyumbang dana berjumlah RM200,000 untuk disalurkan kepada penduduk Palestin di Semenanjung Gaza yang ditimpa kesengsaraan akibat kekejaman rejim Zionis sejak lebih sebulan lalu. Pengerusinya, Datuk Dr Che Rozmey Che Din berkata, pihaknya sudah menyerahkan bantuan awal RM50,000 sebelum ini dan baki RM150,000 dijangka diserahkan kepada Majlis Perundingan Pertubuhan Islam


DDR CERIAKAN SAMBUTAN AIDILFITRI 9 BERADIK YATIM PIATU(0)

Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, selepas ibu meninggal dunia 10 tahun lalu, kini giliran ayah pula dipanggil mengadap Ilahi. Menurut Suziana Mat Said, 22, ibunya Mazni Nordin meninggal dunia kira-kira 10 tahun lalu akibat penyakit kanser. Manakala bapanya, Mat Said Mat Tahir, 63, meninggal dunia pada 1 Ramadan lalu akibat serangan jantung. Begitulah nasib yang


TIGA IMAM SYRIA SERIKAN MAJIS IFTAR(0)

Kehadiran tiga orang iman dari negara bergolak Syria   telah menyerikan majlis iftar yang dianjurkan oleh Yayasan Dr Rozmey pada 20 Julai lalu. Syeikh Abu Muaz, Syeikh Khalid Abu Walid dan Syeikh Misri Adnan adalah antara 10 imam dari Syira yang telah dibawa oleh Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) ke Malaysia  untuk menjadi imam solat

read more
banner

Contacts and information

Social networks

Most popular categories