banner

dR PLACES MEDIUM PENGIKLANAN TERBAIK

“Medium enjin carian dR Places adalah perkhidmatan rangkaian pengiklanan yang terbaik di arena 2013 ini,” jawab Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) ketika ditanya mengenai penubuhan dR Places yang menyediakan ruangan pengiklanan untuk khalayak umum.

Beliau kini memberi tumpuan sepenuhnya terhadap bisnes online yang dicipta demi memperluaskan empayar dR Rozmey keseluruh dunia.

Menurut Presiden dR Rozmey Group (dRG) ini, pelbagai kelebihan yang bakal diperoleh dengan menggunakan servis dR Places.

“Dengan penggunaan dR Places pelanggan boleh menjimatkan masa, modal, tenaga dan idea dalam usaha untuk mempromosikan bisnes yang dianjurkan oleh mereka.

“Bukan itu sahaja malah servis yang ditawarkan lebih sistematik dan berkesan melalui proses pengurusan pengiklanan secara automatic berbanding rangkaian pengiklanan yang lain,” katanya.

Datuk Dr Che Rozmey berkata lagi, dR Places juga mempunyai keunikannya tersendiri dalam memberikan servis yang terbaik untuk pelanggan yang ingin melakar kejayaan yang berlipat ganda.

“Keunikan yang terdapat dalam sistem dR Places adalah menyediakan integrasi peta dunia semasa membolehkan pelanggan-pelanggan melihat kawasan yang diiklankan secara terus melalui pembentangan GoogleMap.

“Selain itu, dR Places juga menawarkan ruang iklan berbayar dan tidak berbayar yang sudah dimuatkan di laman sesawang www.dRPlaces.com mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.

“Disamping itu, dR Places juga menyediakan sistem penyelenggaraan akau dan rekod pengiklanan bagi memudahkan pelanggan-pelanggan untuk membuat rujukan mengenai pengiklanan yang telah dibuat.

“Jadi, inilah kelebihan Unit Media dan ICT yang menjadi tulang belakang ddr bersama-sama usaha untuk menyebarkan fenomena dR Rozmey untuk kepentingan bersama,” katanya ketika ditemuramah di ibu pejabat dRG.

Comments

comments

0 commentsback to post

Add your comment

Nickname:
E-mail:
Website:
Comment:

Other articlesgo to homepage


RM200,000,000 dalam 5 tahun. Rahsia Dr Rozmey kepada mereka yang berniaga.(0)

Menjadi jutawan adalah impian setiap orang. Khususnya yang bergelar usahawan. Bagi doc, orang yang bergelar usahawan ini adalah orang yang ingin berusaha sehingga menjadi jutawan. Menjadi jutawan boleh tercapai dengan platform perniagaan. Jarang orang yang bekerja mampu memegang status jutawan. Bukan tidak ada. Tetapi jarang. Seperti doc dulu yang berkhidmat sebagai pakar perunding perbidanan dan


PROGRAM KONVOI RIDE 1 MILION FOR GAZA(0)

MAPIM dengan kerjasama Kelab Moto Berkuasa Tinggi Northern Wingers melawat HQ dR ROZMEY GROUP dalam jelajah Konvoi Ride 1Million For Gaza. Program ini untuk mengumpul dana bagi menyalurkan bantuan kepada rakyat GAZA serta membina semula keperluan mereka disana. Sebanyak 30 buah moto yang melibatkan 45 orang peserta yang menyertai program ini. Dalam lawatan berkenaan, dRG


YAYASAN dR ROZMEY SUMBANG RM200,000(0)

Yayasan dR Rozmey membuktikan keprihatinan apabila menyumbang dana berjumlah RM200,000 untuk disalurkan kepada penduduk Palestin di Semenanjung Gaza yang ditimpa kesengsaraan akibat kekejaman rejim Zionis sejak lebih sebulan lalu. Pengerusinya, Datuk Dr Che Rozmey Che Din berkata, pihaknya sudah menyerahkan bantuan awal RM50,000 sebelum ini dan baki RM150,000 dijangka diserahkan kepada Majlis Perundingan Pertubuhan Islam


DDR CERIAKAN SAMBUTAN AIDILFITRI 9 BERADIK YATIM PIATU(0)

Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, selepas ibu meninggal dunia 10 tahun lalu, kini giliran ayah pula dipanggil mengadap Ilahi. Menurut Suziana Mat Said, 22, ibunya Mazni Nordin meninggal dunia kira-kira 10 tahun lalu akibat penyakit kanser. Manakala bapanya, Mat Said Mat Tahir, 63, meninggal dunia pada 1 Ramadan lalu akibat serangan jantung. Begitulah nasib yang


TIGA IMAM SYRIA SERIKAN MAJIS IFTAR(0)

Kehadiran tiga orang iman dari negara bergolak Syria   telah menyerikan majlis iftar yang dianjurkan oleh Yayasan Dr Rozmey pada 20 Julai lalu. Syeikh Abu Muaz, Syeikh Khalid Abu Walid dan Syeikh Misri Adnan adalah antara 10 imam dari Syira yang telah dibawa oleh Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) ke Malaysia  untuk menjadi imam solat

read more
banner

Contacts and information

Social networks

Most popular categories