banner

BERFIKIR DI LUAR KOTAK

Presiden dR Rozmey Group (dRG), Datuk Dr Che Rozmey Che Din mengajak pelajar, ibu bapa dan guru-guru untuk berfikir di diluar kotak pemikiran dalam usaha untuk meraih kejayaan luar biasa.

Beliau berkata jika kita ingin meraihkan kejayan luar biasa terutama kejayaan pelajar, kita mesti kembali kepada agama Islam secara total dengan mengamalkan perintah Allah.

“Jika kita mengamalkan  secara luar biasa, pasti ganjaran yang diperolehi juga akan menjadi luar biasa dengan izin Yang Maha Pencipta,” katanya ketika berucap di majlis Perasmian  Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Darulaman Height 1, Jitra baru-baru ini.

Beliau berkata sudah tiba masa semua pihak harus kembali mengamalkan perintah Allah secara total dan mendidik anak seawal usia untuk mengenal Allah Maha Pencipta. Mengimbas kembali kejayaannya menjadi jutawan dalam tempoh yang singkat, Datuk Che Rozmey yakin apa yang dikecapi itu adalah hasil kurnia Yang Maha Pencita.

Dalam majlis sama, beliau melancarkan tabung pembinaan  surau sekolah itu dan mengajak waris pelajar untuk bersedekah.

DSC_0301

“Tahun 2004, doktor mula mencari Allah dan istiqamah dalam melaksanakan segala perintah Allah termasuk melakukan tujuh sunah Rasul yakni tahajud, solat dhuha, berpuasa, bersedekah, solat berjemaah dan bertasbih memuji Allah. “Kita mesti berani untuk berubah dan  mengamal ilmu yang kita perolehi. Kita mesti yakin dan terus berusaha serta berdoa kepada Allah,’ katanya.

DDR berucap di majlis Mesyuarat PIBG SMK Darulaman Height 1, Jitra

DDR berucap di majlis Mesyuarat PIBG SMK Darulaman Height 1, Jitra

Comments

comments

0 commentsback to post

Add your comment

Nickname:
E-mail:
Website:
Comment:

Other articlesgo to homepage


RM200,000,000 dalam 5 tahun. Rahsia Dr Rozmey kepada mereka yang berniaga.(0)

Menjadi jutawan adalah impian setiap orang. Khususnya yang bergelar usahawan. Bagi doc, orang yang bergelar usahawan ini adalah orang yang ingin berusaha sehingga menjadi jutawan. Menjadi jutawan boleh tercapai dengan platform perniagaan. Jarang orang yang bekerja mampu memegang status jutawan. Bukan tidak ada. Tetapi jarang. Seperti doc dulu yang berkhidmat sebagai pakar perunding perbidanan dan


PROGRAM KONVOI RIDE 1 MILION FOR GAZA(0)

MAPIM dengan kerjasama Kelab Moto Berkuasa Tinggi Northern Wingers melawat HQ dR ROZMEY GROUP dalam jelajah Konvoi Ride 1Million For Gaza. Program ini untuk mengumpul dana bagi menyalurkan bantuan kepada rakyat GAZA serta membina semula keperluan mereka disana. Sebanyak 30 buah moto yang melibatkan 45 orang peserta yang menyertai program ini. Dalam lawatan berkenaan, dRG


YAYASAN dR ROZMEY SUMBANG RM200,000(0)

Yayasan dR Rozmey membuktikan keprihatinan apabila menyumbang dana berjumlah RM200,000 untuk disalurkan kepada penduduk Palestin di Semenanjung Gaza yang ditimpa kesengsaraan akibat kekejaman rejim Zionis sejak lebih sebulan lalu. Pengerusinya, Datuk Dr Che Rozmey Che Din berkata, pihaknya sudah menyerahkan bantuan awal RM50,000 sebelum ini dan baki RM150,000 dijangka diserahkan kepada Majlis Perundingan Pertubuhan Islam


DDR CERIAKAN SAMBUTAN AIDILFITRI 9 BERADIK YATIM PIATU(0)

Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, selepas ibu meninggal dunia 10 tahun lalu, kini giliran ayah pula dipanggil mengadap Ilahi. Menurut Suziana Mat Said, 22, ibunya Mazni Nordin meninggal dunia kira-kira 10 tahun lalu akibat penyakit kanser. Manakala bapanya, Mat Said Mat Tahir, 63, meninggal dunia pada 1 Ramadan lalu akibat serangan jantung. Begitulah nasib yang


TIGA IMAM SYRIA SERIKAN MAJIS IFTAR(0)

Kehadiran tiga orang iman dari negara bergolak Syria   telah menyerikan majlis iftar yang dianjurkan oleh Yayasan Dr Rozmey pada 20 Julai lalu. Syeikh Abu Muaz, Syeikh Khalid Abu Walid dan Syeikh Misri Adnan adalah antara 10 imam dari Syira yang telah dibawa oleh Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) ke Malaysia  untuk menjadi imam solat

read more
banner

Contacts and information

Social networks

Most popular categories