banner

7 Amalan Sunnah yang Doc lakukan Sehingga Mencapai Jualan Ratusan Juta Ringgit.

Seperti yang dijanjikan dalam artikel yang lepas, doc akan kongsikan kepada anda secara ringkas, amalan-amalan sunnah yang doc lakukan bermula dari 2004 sehingga sekarang.

Namun doc perlu tegaskan di sini, niat untuk membuat sesuatu amalan itu akan terbatal jika kita lakukan semata untuk mengharapkan balasan. Bagi doc, keikhlasan amalan akan mudah kita dapat jika amalan yang dilakukan kerana Allah dan tidak mengharapkan sebarang balasan.

Baik, sebelum tu, ada satu kisah doc nak share sebelum  doc mendedahkan 7 amalan sunnah yang dilakukan.

Pada 2004, bermula pengalaman ngeri dalam dunia bisnes doc, bila pesakit yang mendapat rawatan bersalin di Pusat Pakar Jitra, yg doc tubuhkan pada jan 2003, dari 50 kes sebulan, merosot ke hanya 10 kes sahaja sebulan.

Ini disebab kan persaingan tidak sihat dari satu lagi pusat rawatan bersalin yg di kendali oleh anak tempatan yang sudah beroperasi 8 tahun dan di upgrade kepada pusar pakar bersalin yg sama standard dengan apa yg Pusat Pakar Jitra yg doc miliki beri khidmat.

Kemerosotan pesakit yg mendadak, fitnah yg berluasa, staff mahir berpindah kerja ke pusat rawatan yg baru dengan tawaran gaji yg lebih bagus, nyata beri kesan kemerosotan dan hilang keyakinan penguna kepada doc dan Pusat Pakar Jitra

Bermula era doc menanggung kerugian setiap bulan, bila jualan tidak lepas overhead bulanan. Setiap bulan selama 26 bulan bermula disember 2003. Pusat Pakar Jitra @ doc rugi RM25,000 ke RM35,000 sebulan.

Semasa hadapi getir kerugian kemerosotan jualan Pusat Pakar Jitra, tanpa wang utk modal , malah hutang dgn pihak bank dan kreditor, ni mengajar doc, pengalaman luarbiasa dan teknik teknik survival bisness saat getir menghadapi kerugian.

Teknik-teknik survival bisnes ni, doc akan share. Next.

Tidak cukup dengan tingkatkan usaha secara smart, bersungguh, untuk menarik minat pesakit kembali dapat rawatan di Pusat Pakar Jitra.  Doc juga, rasai petunjuk kerohanian, yang membawa doc tekun mengamal 7 sunnah utama rasul saw. Belajar dan melalui sendiri dengan tekun, yakin , istiqamah, sabar dengan setiap keajiaban pertolongan Allah bagi doc dengan amalan 7 sunnah rasul saw.

Promosi harga, servis yg pelbagai, disiplin, kepakaran , pastikan mutu dan tahap kesembuhan dan puas hati penguna pada tahap yang tinggi, telah beransur-ansur pulih dengan disulami ketekunan amalan 7 sunnah rasul saw. Membuah comeback dan pertolongan luarbiasa Allah selepas atasi saat getir selama 26 bulan dgn kerugian cecah RM880,000 dan hutang bank lebih RM1,000,000.

Pada jun 2005 , sale mula lepasi overhead bulanan RM70,000 sebulan. Dengan suntikan modal dari rakan kongsi baru untuk buka satu lagi medical centre. Jitra Medical Centre. Synergi dengan Allah pulihkan jualan poli-klinik dan klinik pakar serta kes kes in patient medical, kanak kanak, orthopedic, sugeri yang di kendali sepenuhnya oleh doc dan rakan rakan pakar perunding yang doc jemput untuk beri khidmat.  Walaupun sambutan kes bersalin dan sakit puan tidak meningkat langsung selepas di fitnah pesaing pada akhir 2003. Jualan bulanan mula cecah lebih RM100,000. Selepas jun 2005

Pada feb 2006, doc mula buat kajian utk formulasi jus lansing mate 5 , dan kolagen Dr ii. Hanya pada ogos 2006, baru formulasi ni di kilangkan dengan rakan kongsi doc dan jm5 dan dr ii doc perkenalkan pertama kali kepada public pada 25 disember 2006.

Beserta usaha tekun, sanggup susah, memaafkan mereka yg khianat, fokus pada perjuangan, sedia belajar dan baiki kelemahan diri dan bisnes, adalah asas zahir yg merupa aset besar kejayaan doc. Di sulami dengan kesungguhan meraih pertolongan Allah, dengan belajar jadi hamba yg taat dan memberi manafaat pada orang lain.

Kejayaan yg luarbiasa Allah anugerahi pada feb 2008 . Bila jus lansing mate 5, berjaya merubah penguna nya yg berat 215 kg ke 115 kg hanya dlm 7 bulan. Begitu, kehendak Allah memberi rezeki pada doc. Dan menjadikan doc seorang jutawan.

Apa 7 sunnah utama rasul saw yg doc amal bersungguh sungguh dan tekun…dari jan 2004 .. hingga kini…

1- Tahajud

2- Baca quran

3- Solat berjemaah

4- Dhuha

5- Sedekah

6- Istigfar

7- Puasa sunat

Semoga perkongsian ini memberikan rangsangan kepada anda untuk lebih kuat berusaha dan tidak mudah berputus asa. Doc sentiasa mendoakan kejayaan pada muslimin dan muslimat yang lain dalam kerjaya masing-masing, serta perniagaan masing-masing.

Kongsikan artikel ini untuk manfaat lebih ramai orang di luar sana.

Comments

comments

0 commentsback to post

Add your comment

Nickname:
E-mail:
Website:
Comment:

Other articlesgo to homepage


Diet Cara Biasa v.s Diet Dengan Jus Mate 5(0)

Kali ini doc ingin mendedahkan. Mengapa diet dengan Jus Mate 5 membantu anda untuk kurus dengan lebih cepat berbanding diet cara biasa. Jus Mate 5, adalah sebagai supplement, yang membantu anda untuk kurus dalam masa yang cepat disamping anda menjaga diet dan mengamalkan senaman ringan. Mari lihat infografik di bawah ini untuk lebih maklumat:- Comments


7 Amalan Sunnah yang Doc lakukan Sehingga Mencapai Jualan Ratusan Juta Ringgit.(0)

Seperti yang dijanjikan dalam artikel yang lepas, doc akan kongsikan kepada anda secara ringkas, amalan-amalan sunnah yang doc lakukan bermula dari 2004 sehingga sekarang. Namun doc perlu tegaskan di sini, niat untuk membuat sesuatu amalan itu akan terbatal jika kita lakukan semata untuk mengharapkan balasan. Bagi doc, keikhlasan amalan akan mudah kita dapat jika amalan


RM200,000,000 dalam 5 tahun. Rahsia Dr Rozmey kepada mereka yang berniaga.(1)

Menjadi jutawan adalah impian setiap orang. Khususnya yang bergelar usahawan. Bagi doc, orang yang bergelar usahawan ini adalah orang yang ingin berusaha sehingga menjadi jutawan. Menjadi jutawan boleh tercapai dengan platform perniagaan. Jarang orang yang bekerja mampu memegang status jutawan. Bukan tidak ada. Tetapi jarang. Seperti doc dulu yang berkhidmat sebagai pakar perunding perbidanan dan


PROGRAM KONVOI RIDE 1 MILION FOR GAZA(0)

MAPIM dengan kerjasama Kelab Moto Berkuasa Tinggi Northern Wingers melawat HQ dR ROZMEY GROUP dalam jelajah Konvoi Ride 1Million For Gaza. Program ini untuk mengumpul dana bagi menyalurkan bantuan kepada rakyat GAZA serta membina semula keperluan mereka disana. Sebanyak 30 buah moto yang melibatkan 45 orang peserta yang menyertai program ini. Dalam lawatan berkenaan, dRG


YAYASAN dR ROZMEY SUMBANG RM200,000(0)

Yayasan dR Rozmey membuktikan keprihatinan apabila menyumbang dana berjumlah RM200,000 untuk disalurkan kepada penduduk Palestin di Semenanjung Gaza yang ditimpa kesengsaraan akibat kekejaman rejim Zionis sejak lebih sebulan lalu. Pengerusinya, Datuk Dr Che Rozmey Che Din berkata, pihaknya sudah menyerahkan bantuan awal RM50,000 sebelum ini dan baki RM150,000 dijangka diserahkan kepada Majlis Perundingan Pertubuhan Islam

read more
banner

Contacts and information

Social networks

Most popular categories