banner

Berita back to homepage

konvoi mapim PROGRAM KONVOI RIDE 1 MILION FOR GAZA(0)

MAPIM dengan kerjasama Kelab Moto Berkuasa Tinggi Northern Wingers melawat HQ dR ROZMEY GROUP dalam jelajah Konvoi Ride 1Million For Gaza.

Program ini untuk mengumpul dana bagi menyalurkan bantuan kepada rakyat GAZA serta membina semula keperluan mereka disana. Sebanyak 30 buah moto yang melibatkan 45 orang peserta yang menyertai program ini.

Dalam lawatan berkenaan, dRG berbesar hati menyerahkan sumbangan hasil kutipan staff dan pihak pengurusan sebanyak RM200.

Kesempatan itu turut diambil oleh pihak Kelab Motor Berkuasa Tinggi Northern Wingers menyebarkan risalah kutipan dana untuk Gaza.

YAYASAN dR ROZMEY SUMBANG RM200,000(0)

Yayasan dR Rozmey membuktikan keprihatinan apabila menyumbang dana berjumlah RM200,000 untuk disalurkan kepada penduduk Palestin di Semenanjung Gaza yang ditimpa kesengsaraan akibat kekejaman rejim Zionis sejak lebih sebulan lalu.

Pengerusinya, Datuk Dr Che Rozmey Che Din berkata, pihaknya sudah menyerahkan bantuan awal RM50,000 sebelum ini dan baki RM150,000 dijangka diserahkan kepada Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dalam tempoh terdekat.

Beliau berkata, sumbangan itu untuk kegunaan penduduk Gaza mendapatkan makanan, ubat-ubatan, pakaian dan membina semula penempatan yang musnah akibat kekejaman rejim Zionis yang melancarkan serangan ketika Ramadan lalu.

“Dalam tempoh dua tahun ini, Yayasan dR Rozmey sudah menghulurkan dana RM4 juta untuk membantu penduduk Gaza sejak Januari tahun lalu dan kita menyasarkan RM20 juta akan disalurkan secara berperingkat untuk tempoh lima tahun bagi membantu penduduk terbabit yang menderita akibat peperangan itu,” katanya.

10455168_10152228306001517_5287867229914797979_n DDR CERIAKAN SAMBUTAN AIDILFITRI 9 BERADIK YATIM PIATU(0)

Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, selepas ibu meninggal dunia 10 tahun lalu, kini giliran ayah pula dipanggil mengadap Ilahi.

Menurut Suziana Mat Said, 22, ibunya Mazni Nordin meninggal dunia kira-kira 10 tahun lalu akibat penyakit kanser. Manakala bapanya, Mat Said Mat Tahir, 63, meninggal dunia pada 1 Ramadan lalu akibat serangan jantung.

Begitulah nasib yang menimpa 9 beradik di Keda Kampung Bukit, Pokok Sena yang kini bergelar yatim piatu.

Selain kesempitan wang, mereka dihimpit kemiskinan selepas hilang tempat bergantung sekaligus menjadikan Aidilfitri yang bakal tiba seakan tiada makna.

Presiden dR Rozmey Group, Datuk Dr Che Rozmey Che Din terpanggil untuk membantu 9 beradik malang ini dengan melawat kediaman mereka bagi melihat sendiri kesempitan hidup yang dialami.

“Kita terpanggil untuk mambantu anak-anak ini, dan ddr berbesar hati menyampaikan sumbangan duit raya untuk mereka membeli kelengkapan aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi memandangkan anak-anak ini masih tiada sebarang persiapan,” katanya.

Datuk Dr Che Rozmey berharap, dengan sedikit bantuan yang dihulurkan sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban yang ditanggung sekaligus menceriakan mereka sempena menyambut aidilfitri.

TIGA IMAM SYRIA SERIKAN MAJIS IFTAR(0)

Kehadiran tiga orang iman dari negara bergolak Syria   telah menyerikan majlis iftar yang dianjurkan oleh Yayasan Dr Rozmey pada 20 Julai lalu.

Syeikh Abu Muaz, Syeikh Khalid Abu Walid dan Syeikh Misri Adnan adalah antara 10 imam dari Syira yang telah dibawa oleh Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) ke Malaysia  untuk menjadi imam solat terawih di masjid di seluruh negara.

Pengerusi Yayasan  Dr Rozmey, Datuk Dr Haji Che Rozmey Che Din sendiri menjemput imam berkenaan untuk diraikan di majlis iftar berkenaan.

Pada majlis itu, Syeikh Muaz  berkongsi kisah penderitaan rakyat Syira yang sedang berhadapan dengan krisis perang saudara dan kemelut politik yang dilakukan oleh rejim Bashar.

Koflik di Syiria menyebabkan ramai rakyat yang tidak berdosa dibunuh oleh tentera Bashar dan ramai yang menjadi pelarian di negara jiran.

Sementara itu beliau bersama 100 tetamu lain menunaikan solat magrib, isyak dan solat terawih berjemaah di surau Darul Rozmey Maahad Tahfiz.

DDR menerima cenderahati daripada Syeikh Muaz

10257985_10152083930456517_7857488350924408266_n dR ROZMEY HOTEL PROMOSI RAMADHAN(0)

Promosi Ramadhan serendah RM110 sahaja untuk sebilik di Rozmey Hotel berbanding harga biasa RM140 sebilik.

Menurut pemiliknya, Datuk Dr Che Rozmey Che Din berkata, promosi terbabit adalah sebagai penghargaan kepada pelanggan sempena bulan mulia sekaligus memberikan penjimatan kepada pengguna yang memilih dR Rozmey Hotel sebagai tempat penginapan.

Beliau juga turut mengucapkan selamat berpuasa kepada semua umat Islam di seluruh negara yang menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak.

Untuk tempahan, boleh hubungi dR Rozmey Hotel di talian 04-7142433 yang beralamat di No 2, Jalan Kolej Heights Utara Commercial Square, Kolej Heights Utara, 06000 Jitra, Kedah.

DSC_0239 MAJLIS PELANCARAN PRODUK TERBARU dR ROZMEY GROUP(0)

dR Rozmey Group (dRG) meluaskan rangkaian produk perniagaan dengan nmemperkenalkan tiga rangkaian produk terbaru di bawah Rozmey Healthcare iaitu Rozmey Whiteglow Collagen Drink, Rozmey Detox Drink dan Rozmey Firming & Booster Bust Up.

Presiden dRG, Datuk Dr Che Rozmey Che Din berkata, sebagai permulaan, pihaknya memasarkan produk Rozmey Whiteglow Collagen Drink mulai 15 Jun lalu dan dua lagi produk akan dipasarkan secara berperingkat bermula 28 Jun ini untuk memenuhi permintaan pengguna yang mementingkan aspek kesihatan.

“Rozmey Whiteglow Collagen Drink adalah produk dimensi baru yang diformulasikan dengan ramuan semulajadi terpilih seperti Collagen, Grape stemcell, Aloe Vera dan kandungan aktif lain yang cukup efektif untuk mengekalkan keremajaan kulit, membersih, memutihkan serta mencerahkan kulit.

“Dalam tempoh sebulan pertama ini, kita mensasarkan sebanyak 5,000 set produk ini akan terjual selaras dengan permintaan di pasaran dan jenama dR Rozmey yang sudah diterima pengguna di negara ini,” katanya ketika ditemui selepas pelancaran produk itu, di Bandar Darulaman, baru-baru ini.

271d18c2185b46e1880151530ab8adbe DDR PRIHATIN NASIB 5 BERADIK YATIM PIATU(0)

Presiden dR Rozmey Group (dRG), Datuk Dr Che Rozmey Che Din berhasrat mengambil anak-anak mangsa kemalangan ngeri sebagai anak angkat beliau bagi meringankan beban mereka sekaligus menjamin masa depan anak-anak itu.

Satu kemalangan ngeri berlaku kira-kira pukul 8 pagi 24 Mei lalu di susur Jalan Cheras yang meragut nyawa pasangan suami isteri Jefri Mohd Zain, 50, dan Noorsalawati Ibrahim, 40, yang maut di tempat kejadian.

Pasangan itu meninggalkan lima orang anak berusia antara dua hingga 16 tahun.

Datuk Che Rozmey berkata, beliau bersimpati dengan nasib malang lima beradik terbabit yang kehilangan kedua ibu sekaligus.

“Sangat sedih bila mengenangkan anak-anak yang masih kecil hilang tempat bergantung serentak apabila kematian ibu bapa dalam kemalangan ngeri yang tidak disangka.

“Kita berhajat untuk mengambil lima beradik ini sebagai anak-anak angkat ddr dengan memperuntukkan mereka wang perbelanjaan sebanyak RM500 iaitu RM100 seorang,” katanya.

Menurutnya, semoga infak tersebut sedikit sebanyak dapat meringankan penderitaan yang ditanggung mereka dan beban yang bakal dihadapi bagi meneruskan hidup tanpa kedua ibu bapa.

216797_438805839504589_2131798088_n FORMULASI DDR BANTU PENGGUNA(0)

PENGALAMAN sebagai seorang doktor Pakar Sakit Puan dan Perbidanan memberi kelebihan kepada Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) dalam memformulasikan produk makanan kesihatan mengikut keperluan pengguna.

Kini pemilik label dR Rozmey itu boleh berbangga apabila formulasinya berjaya membantu jutaan pengguna di negara ini yang mengalami permasalahan kesihatan termasuk mereka yang mengalami masalah obesiti.

Bermula dengan produk pelangsingan Jus Mate 5 (JM5), Datuk Dr Che Rozmey terus mengorak langkah dengan begitu pantas apabila produk yang digelar anak emas itu berjaya memberi keputusan yang luar biasa kepada seorang pengguna pada tahun 2008.

“Wanita itu mempunyai berat badan sebanyak 210 kilogram (kg) dan berjaya menurunkan berat badan sebanyak 100 kg selepas menggunakan JM5.

“Selepas berita kejayaan wanita ini disiarkan dalam akhbar, berlaku satu fenomena luar biasa terhadap bisnes dan keyakinan orang ramai terhadap produk JM5 terus bertambah,” katanya Datuk Dr Che Rozmey.

Kejayaan luar biasa membuktikan formulasi yang dihasilkan oleh anak jati Kuala Krai, Kelantan itu terbukti berkesan dan mampu memberi ganjaran kesihatan terbaik kepada pengguna.

Kini 11 barisan produk dRG terus mendapat sambutan luar biasa daripada pengguna di negara ini yang begitu yakin dengan keberkesanan produk terbabit.

iklan_produkbaru PRODUK HOT dR ROZMEY GROUP(0)

Tiga produk ‘hot’ dR Rozmey Group (dRG) kini hangat di pasaran iaitu Rozmey Whiteglow Collagen Drink, Rozmey Body Detox Drink dan Breast Set.

Rozmey Whiteglow Collagen Drink merupakan produk kecantikan dan penjagaan kulit dalam bentuk minuman dapat memberi perubahan pada kulit supaya lebih cantik, cerah, putih, gebu dan anjal secara semulajadi dalam masa hanya lima hari sahaja.

Manakala Rozmey Body Detox Drink merupakan minuman kesihatan yang mampu membantu meningkatkan kesihatan dan paras detokfikasi badan ke tahap optimum  melalui tujuh sistem utama iaitu paru-paru, hati, buah pinggang, kolon, kulit, sistem peredaran darah dan limfa.

Bagi wanita yang inginkan payudara besar, mantap, pejal  dan tegang secara semulajadi dRG menampilkan produk Breast Set dalam bentuk kapsul dan serum iaitu Firming & Enlargement dan Breast Serum and Capsules.

Ketiga-tiga produk ini boleh didapati secara terus dari HQ dRG melalui talian faks,  email atau online serta pengedar sah dRG yang berdekatan.

BANNER_v5 dR ROZMEY HOTEL KINI DIBUKA(0)

dR Rozmey Hotel kini dibuka dengan harga promosi serendah RM90 sahaja berbanding harga biasa RM140.

Pemiliknya, Datuk Dr Che Rozmey Che Din berkata, hotel itu yang berkapasiti 5 bilik telah mula beroperasi dan menerima pelanggan terawal.

“Kedudukan hotel ini di bandar Jitra adalah strategik kepada pelancong dan menjadi tumpuan umum dan ia diyakini menjadi tempat penginapan pilihan utama kepada orang ramai yang berkunjung ke Kedah,” katanya.

Untuk tempahan, boleh hubungi dR Rozmey Hotel di talian 04-7142433 yang beralamat di No 2, Jalan Kolej Heights Utara Commercial Square, Kolej Heights Utara, 06000 Jitra, Kedah.

Contacts and information

Social networks

Most popular categories