banner

Berita back to homepage

info_majlisberbuka MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA ANAK YATIM(0)

dR Rozmey Group (dRG) melalui Yayasan dR Rozmey bakal mengadakan majlis berbuka puasa bersama anak yatim Pusat Penjagaan Rumah Hembusan Kasih, Arau pada 20 Julai 2013 akan datang sempena menyambut Ramadhan yang mulia.

Presiden dRG, Datuk Dr Che Rozmey Che Din berkata, aktiviti itu merupakan program tahunan yang melibatkan anak-anak yatim dan ibu tunggal daripada masyarakat setempat.

“Antara pengisian aktiviti sepanjang majlis terbabit berlangsung adalah kita akan bergotong-royong memasak bubur lambuk dan mengedarkan kepada orang ramai di sebelah petang, pemberian duit raya dan juga baju raya kepada anak-anak yatim daripada rumah Hembusan Kasih seterusnya majlis berbuka puasa.

“Aktiviti seperti ini merupakan satu tanggungjawab sosial kita sebagai muslim di samping menikmati keindahan Ramadhan dengan pelbagai kemudahan dan nikmat rezeki, kita juga perlu ingat golongan yang kurang berkemampuan dan anak-anak yatim yang ketiadaan ibu bapa,” katanya.

1026275_10151490371181517_986952722_o DDR KONGSI NIKMAT DI MUSIM BUAH(0)

Memiliki dusun buah-buahan tempatan memberi kelebihan kepada presiden dR Rozmey Group (dRG), Datuk Dr Che Rozmey Che Din apabila tiba musimnya.

Nikmat ini tidak dirasai sendiri oleh beliau malah turut berkongsi dengan warga dRG termasuk sekolah angkat milik Datuk Dr Che Rozmey iaitu SMA Makarimul Akhlak, Langgar.

“DDR begitu teruja kerana pada musim buah-buahan tahun ini tidak sangka buah durian begitu menjadi di dusun milik ddr, dan hasil ini ddr dapat sama-sama berkongsi dengan orang lain di sekeliling ddr.

“Alhamdulillah, nikmat ini jika dikongsi bersama ianya pasti lebih diberkati oleh Allah swt,” katanya.

Menurut Pengetua SMA Makarimul Akhlak, Ustaz Mumtaz Juhdi, beliau berasa gembira ketika menerima kunjungan daripada Pengurus Ict, Media, dan Pemasaran, En.Ridzuan Ahmad semalam untuk memberi buah dan tidak sabar untuk menikmatinya beramai-ramai bersama warga SMA Makarimul Akhlak.

“Buah durian merupakan kegemaran ramai termasuk semua warga SMA Makarimul Akhlak, dan apabila dimaklumkan Datuk Dr Che Rozmey akan memberi buah daripada dusunnya sendiri kami berasa sangat bersyukur.

“Terima kasih diucapkan kepada presiden dRG kerana sentiasa tidak lupa kepada masyarakat sekeliling dalam apa jua yang dinikmati oleh beliau kerana pasti akan dikongsikan bersama semua.

1053203_10151486358081517_1517588183_o DDR TERUJA BERADA DI BUMI YAMAN(0)

Kepulangan Presiden dR Rozmey Group (dRG), Datuk Dr Che Rozmey Che Din ke negara tercinta membawa seribu makna apabila beliau yang baru pulang daripada mengerjakan ibadah umrah pada Jun lalu merasakan kunjungannya ke tanah suci baru-baru ini lebih istimewa berbanding sebelumnya setelah ditemani pewaris nabi generasi ke-36, Habib Ahmed Al Hadar.

Menurutnya, perasaan teruja juga tidak dapat digambarkan apabila berpeluang menziarahi ulama terkenal iaitu Habib Umar di kediamannya, Tareem , Yaman pada kunjungannya ke Makam Nabi Hud dan Darul Mustafa pada 14-22 jun lepas.

 “InsyaAllah ddr akan bina sebuah Ribat / pondok agama di Kawasan Makam Imam Muhajir, Syukur Ya Rabb yang bawa ddr ke sini dan beri peluang ddr utk bersama dakwah agama MU,” katanya ketika ditemui di ibu pejabat dRG semalam.

Datuk Che Rozmey juga tidak melepaskan peluang mengunjungi Makam Imam Muhajir, keturunan baginda Rasul SAW yg pertama hijrah dari Bagdad ke Hadramaut , Yaman,  700 tahun yg lepas.

DSC_1168 DDR INFAK SURAU DI SK.BANDAR DARULAMAN(0)

Keperluan sebuah surau yang selesa di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Darulaman, Jitra, Kedah telah mendorong Presiden dR Rozmey Group (dRG), Datuk Dr Che Rozmey Che Din turut serta membantu dalam memberi sumbangan untuk pembinaan surau yang dianggarkan bernilai RM122,000.

Pembinaan surau berkenaan merupakan kerjasama Yayasan dR Rozmey bersama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah terbabit yang masih dalam proses pembinaan dan dijangka siap pada akhir tahun 2013.

Datuk Dr Che Rozmey berkata, selepas mengadakan perbincangan dengan pihak PIBG sekolah terbabit, beliau bersetuju untuk mengendalikan projek pembinaan surau itu menggunakan kontraktor sendiri kerana lebih yakin dengan hasil kerja mereka.

Menurutnya juga, beliau bersyukur kerana menjadi sebahagian daripada mereka yang memberikan sumbangan dalam menjayakan projek pembinaan surau di sekolah terbabit dan berharap projek itu berjalan dengan lancar.

“Tiada yang lebih menggembirakan apabila dengan izin Allah, ddr mampu memberi infak kepada surau ini dan ini adalah satu tanggungjawab sebagai seorang usawahan muslim untuk membantu secara berhemah selepas mendapat nikmat dan limpahan rezeki daripada Yang Maha Esa,” katanya ketika ditemui di ibu pejabat dRG semalam.

216797_438805839504589_2131798088_n dR ROZMEY RANCAK PERLUAS EMPAYAR(0)

KEJAYAAN yang dicipta dR Rozmey Group (dRG) sehingga mampu membina empayar sendiri dalam tempoh hanya lima tahun adalah kerana keberkesanan setiap produk yang diformulasi sendiri pengasasnya sehingga mampu menarik minat pengguna untuk mencuba selain peluang perniagaan yang menjanjikan pendapatan bulanan menguntungkan.

Presiden dR Rozmey Group (dRG), Datuk Dr Che Rozmey Che Din, berkata kelainan yang terdapat dalam produk keluarannya kerana formulasi pakar oleh beliau yang ternyata berkesan,  selamat dan menawarkan perniagaan ‘trading’ berimbuhan secara online kepada pengguna yang mampu menjana pendapatan lumayan terutama kepada suri rumah.

Beliau berkata, dengan hanya berbekalkan Internet, ahli dRG mampu melakukan transaksi di mana jua tanpa mengira masa dan waktu.

“Sepanjang lima tahun menjadi peneraju perniagaan kesihatan Malaysia, saya berpuas hati kerana berjaya melahirkan ramai testimoni berjaya, sekali gus membuktikan penjenamaan dR Rozmey terus berkembang maju,”katanya.

Datuk Dr Che Rozmey berkata, hanya dalam tempoh setahun, legasi dR Rozmey sudah bertakhta di hati pengguna dengan lonjakan berganda.

DSC_1178 DDR TERIMA ANUGERAH SANJUNGAN BUDI(0)

Presiden dR Rozmey Group (dRG), Datuk Dr Che Rozmey Che Din menerima Anugerah Sanjungan Budi sempena Hari Guru peringkat daerah Kubang Pasu baru-baru ini.

Penganugerahan  itu adalah hasil komitmen dan sumbangan beliau terhadap perkembangan serta pembangunan  pendidikan di daerah berkenaan.

Lebih 1,000 warga pendidik di daerah itu diraikan  dalam majlis yang diadakan  di Dewan Utama Komplek Pentadbiran Daerah Kubang Pasu, baru-baru ini.

Dato Dr Che Rozmey ketika ditemui berkata beliau amat terharu dengan penganugerahan yang diberikan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Kubang Pasu itu memandangkan sumbangan yang diberikan itu adalah terlalu sedikit dalam usaha untuk membantu pembangunan instituti pendidikan di negara ini.

Beliau berkata program motivasi waris dan jaya pelajar yang dijalankan secara percuma di peringkat zon utara sejak tahun lalu
mendapat sambutan dan maklumat balas yang begitu menggalakkan.

 

“Terima kasih kepada pihak sekolah yang sudi menerima program ini untuk dijalankan disekolah masing-masing dan sehingga hari ini program ini terus berjalan,” katanya selepas menerima anugerah berkenaan.

IMG_9546 PELUANG JANA PENDAPATAN BERSAMA BISNES dRG(0)

KEJAYAAN  bisnes dR Rozmey Group (dRG) berorientasikan produk berkesan, selamat, berkualiti dan murah. 

Menurut presiden dRG, label dR Rozmey yang menjadi kegilaan golongan ahli perniagaan dan keberkesanan serta keajaiban produknya yang begitu mujarab memberikan kesan yang amat positif terhadap pengguna.

 “Kita telah membuktikan bahawa perniagaan dRG ini menjanjikan pendapatan yang lumayan kepada usahawan-usahawan aktif lama termasuk yang baru bergiat dalam menjual produk kesihatan dRG apabila mereka berjaya memperoleh pendapatan sehingga lima angka sebulan.

 “Pengguna hanya perlu mempraktikkan konsep ‘Guna Dulu Baru Jual’ iaitu bermula sebagai pengguna yang mempunyai pelbagai masalah kesihatan, kemudian setelah sembuh dari masalah penyakit terbabit mereka boleh tampil sebagai testimoni dengan berkongsi pengalaman kepada masyarakat seterusnya boleh menjual produk kepada pengguna baru yang berminat.

 “Kita sentiasa mengalu-alukan orang ramai yang berminat menyertai perniagaan dRG ini, hanya perlu menjadi ahli dengan pembelian tiga kotak produk berharga RM480, mereka boleh aktif sebagai usahawan dRG,” katanya ketika ditemui di ibu pejabat dRG semalam.

380594_10150688319021517_178952656516_9760770_993474375_n KEJUJURAN TENTUKAN KEJAYAAN(0)

“Sifat kejujuran di dalam diri merupakan faktor penting dalam menentukan kejayaan individu dalam kehidupan dan organisasi,” kata Presiden dR Rozmey Group (dRG) ketika ditemui di ibu pejabat hari ini.

Sifat ini merupakan pegangan utama Datuk Dr Che Rozmey dalam merencanakan bisnesnya untuk mencipta lebih kejayaan menerusi label dRG.

Menurutnya, sifat kejujuran adalah asas penting yang perlu ada dalam diri sebelum individu itu melangkah dengan lebih jauh dalam menghasilkan pelbagai kejayaan yang dingini.

“Oleh itu, dengan memiliki dan mengekalkan di dalam diri individu mengenai sifat keperibadian iaitu kejujuran dapat meyakinkan pengguna terhadap pelbagai pekerjaan yang dilakukan.

“Kepercayaan adalah faktor utama dalam melakukan setiap perniagaan yang melibatkan khalayak umum sekaligus dapat menjana sumber rezeki didalam kehidupan,” katanya.

Tambahnya lagi, dengan memiliki keperibadian yang mulia ini segala urusan yang dilakukan melibatkan pihak kedua mahupun ketiga akan dilakukan dengan lancar tanpa menimbulkan sebarang kesulitan dan kesan buruk terhadap diri sendiri mahupun organisasi.

“Selain itu, ianya juga membantu seseorang individu itu lebih berdisiplin dan melakukan sesuatu perbuatan itu dengan telus serta tidak bercanggah dengan mana-mana pendapat.

“Jadi, sifat sebegini seharusnya menjadi pegangan utama terhadap seseorang individu terutamanya golongan ahli perniagaan seperti ddr dan perlu dikekalkan bagi membantu mereka menempa kejayaan yang tidak ternilai harganya,” katanya lagi.

dR Rozmey MegaMall BELIAN ONLINE MENINGKAT(0)

Aktiviti jual beli secara online di Malaysia mencatatkan perkembangan yang memberangsangkan dari semasa ke semasa.

“Pada hari ini membeli produk melalui internet telah menjadi satu gaya hidup yang biasa oleh pengguna internet di Malaysia ini,” kata Datuk Dr Che Rozmey Che Din.

Datuk Dr Che Rozmey  yang juga presiden dR Rozmey Group (dRG) berkata, ianya turut dibantu dengan kehadiran megamall online yang mampu meningkatkan lagi serta mendorong kepada peningkatan aktiviti jual beli secara online di internet ini iaitu menerusi mall.drrozmey.my.  

“Kita telah memanfaatkan platform ICT sejak di awal penubuhan syarikat lagi dan ternyata ia mendapat sambutan sehingga kini kerana pengguna lebih gemarkan pembelian online yang terbukti lebih mudah dan cepat.

“Pengguna boleh memilih kaedah pembayaran secara atas talian seperti Debit Transfer, MOLPay/FBX Payment dan Paypal  yang disediakan di mall drrozmey”, katanya.

Menurut beliau, pembelian mudah ini berjaya meraih keuntungan lumayan dari hari ke hari menerusi medium online yang disediakan dRG kerana  pengguna internet di Malaysia rata-ratanya tidak kisah berbelanja beratus wang untuk membeli-belah di internet.

IMG_9725 AMALAN PEMAKANAN SIHAT(0)

Pengambilan makanan yang sihat dapat memastikan bahawa tubuh badan dan otak kita dapat menerima semua nutrien yang mencukupi bagi membolehkan ianya berfungsi dengan baik.

Untuk menyediakan hidangan yang sihat, kita perlulah merancang jenis makanan yang ingin dimakan dan memastikan bahawa makanan tersebut adalah pilihan yang baik, contohnya seperti adakah makanan tersebut mengandungi mineral dan vitamin yang penting untuk kesihatan badan serta diet yang seimbang.

Jangan makan atau minum sambil berdiri, berjalan atau baring. Amalkan berpuasa (Isnin dan Khamis) bagi menjaga sistem pencernaan anda. Kurangkan memakan makanan yang terlalu panas atau sejuk. Selain daripada itu, kurangkan makan makanan berminyak (bergoreng), berlemak dan berkolestrol. Kurangkan mengambil makanan yang mengandungi garam dan gula yang tinggi serta kurangkan juga mengambil minuman manis, yang mengandungi kafein dan gas.

Amalkan meminum jus buah atau memakan buah-buahan pada waktu pagi. Biasakan diri anda dengan memakan atau meminum yang berasaskan kacang dan bijirin kerana ia adalah sumber protein dan bahan baik untuk kecerdasan minda.

Selain daripada membuat perancangan, kita juga perlu tahu bagaimana cara untuk menyediakan hidangan yang berkhasiat.

Terdapat beberapa kaedah memasak yang sesuai digunakan contohnya memasak dengan kaedah membakar, mengukus dan mereneh.

Walaupun makanan itu berkhasiat dan cara penyediaannya juga tertib, tetapi yang paling penting adalah kawalan dan cara pengambilan makanan itu. Jangan terlebih dan jangan terkurang demi mendapatkan tubuh badan yang sihat.

Contacts and information

Social networks

Most popular categories