banner

Berita back to homepage

KEJUJURAN TENTUKAN KEJAYAAN(0)

“Sifat kejujuran di dalam diri merupakan faktor penting dalam menentukan kejayaan individu dalam kehidupan dan organisasi,” kata Presiden dR Rozmey Group (dRG) ketika ditemui di ibu pejabat hari ini.

Sifat ini merupakan pegangan utama Datuk Dr Che Rozmey dalam merencanakan bisnesnya untuk mencipta lebih kejayaan menerusi label dRG.

Menurutnya, sifat kejujuran adalah asas penting yang perlu ada dalam diri sebelum individu itu melangkah dengan lebih jauh dalam menghasilkan pelbagai kejayaan yang dingini.

“Oleh itu, dengan memiliki dan mengekalkan di dalam diri individu mengenai sifat keperibadian iaitu kejujuran dapat meyakinkan pengguna terhadap pelbagai pekerjaan yang dilakukan.

“Kepercayaan adalah faktor utama dalam melakukan setiap perniagaan yang melibatkan khalayak umum sekaligus dapat menjana sumber rezeki didalam kehidupan,” katanya.

Tambahnya lagi, dengan memiliki keperibadian yang mulia ini segala urusan yang dilakukan melibatkan pihak kedua mahupun ketiga akan dilakukan dengan lancar tanpa menimbulkan sebarang kesulitan dan kesan buruk terhadap diri sendiri mahupun organisasi.

“Selain itu, ianya juga membantu seseorang individu itu lebih berdisiplin dan melakukan sesuatu perbuatan itu dengan telus serta tidak bercanggah dengan mana-mana pendapat.

“Jadi, sifat sebegini seharusnya menjadi pegangan utama terhadap seseorang individu terutamanya golongan ahli perniagaan seperti ddr dan perlu dikekalkan bagi membantu mereka menempa kejayaan yang tidak ternilai harganya,” katanya lagi.

BELIAN ONLINE MENINGKAT(0)

Aktiviti jual beli secara online di Malaysia mencatatkan perkembangan yang memberangsangkan dari semasa ke semasa.

“Pada hari ini membeli produk melalui internet telah menjadi satu gaya hidup yang biasa oleh pengguna internet di Malaysia ini,” kata Datuk Dr Che Rozmey Che Din.

Datuk Dr Che Rozmey  yang juga presiden dR Rozmey Group (dRG) berkata, ianya turut dibantu dengan kehadiran megamall online yang mampu meningkatkan lagi serta mendorong kepada peningkatan aktiviti jual beli secara online di internet ini iaitu menerusi mall.drrozmey.my.  

“Kita telah memanfaatkan platform ICT sejak di awal penubuhan syarikat lagi dan ternyata ia mendapat sambutan sehingga kini kerana pengguna lebih gemarkan pembelian online yang terbukti lebih mudah dan cepat.

“Pengguna boleh memilih kaedah pembayaran secara atas talian seperti Debit Transfer, MOLPay/FBX Payment dan Paypal  yang disediakan di mall drrozmey”, katanya.

Menurut beliau, pembelian mudah ini berjaya meraih keuntungan lumayan dari hari ke hari menerusi medium online yang disediakan dRG kerana  pengguna internet di Malaysia rata-ratanya tidak kisah berbelanja beratus wang untuk membeli-belah di internet.

AMALAN PEMAKANAN SIHAT(0)

Pengambilan makanan yang sihat dapat memastikan bahawa tubuh badan dan otak kita dapat menerima semua nutrien yang mencukupi bagi membolehkan ianya berfungsi dengan baik.

Untuk menyediakan hidangan yang sihat, kita perlulah merancang jenis makanan yang ingin dimakan dan memastikan bahawa makanan tersebut adalah pilihan yang baik, contohnya seperti adakah makanan tersebut mengandungi mineral dan vitamin yang penting untuk kesihatan badan serta diet yang seimbang.

Jangan makan atau minum sambil berdiri, berjalan atau baring. Amalkan berpuasa (Isnin dan Khamis) bagi menjaga sistem pencernaan anda. Kurangkan memakan makanan yang terlalu panas atau sejuk. Selain daripada itu, kurangkan makan makanan berminyak (bergoreng), berlemak dan berkolestrol. Kurangkan mengambil makanan yang mengandungi garam dan gula yang tinggi serta kurangkan juga mengambil minuman manis, yang mengandungi kafein dan gas.

Amalkan meminum jus buah atau memakan buah-buahan pada waktu pagi. Biasakan diri anda dengan memakan atau meminum yang berasaskan kacang dan bijirin kerana ia adalah sumber protein dan bahan baik untuk kecerdasan minda.

Selain daripada membuat perancangan, kita juga perlu tahu bagaimana cara untuk menyediakan hidangan yang berkhasiat.

Terdapat beberapa kaedah memasak yang sesuai digunakan contohnya memasak dengan kaedah membakar, mengukus dan mereneh.

Walaupun makanan itu berkhasiat dan cara penyediaannya juga tertib, tetapi yang paling penting adalah kawalan dan cara pengambilan makanan itu. Jangan terlebih dan jangan terkurang demi mendapatkan tubuh badan yang sihat.

dR101 BANTU RANSANG MINDA(0)

Siti Nurhaizatul Elia Mohd Daud, 16, merupakan murid yang selalu ketinggalan pelajaran di sekolah akibat masalah kesihatan dan membimbangkan ibunya, Salmah Abg Hassan, 43, kerana dia bakal menduduki Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) pada tahun itu.

Salmah berkata, akibat masalah kesihatan yang dialami, anaknya itu selalu ponteng sekolah dan cuti sakit jika penyakitnya datang menyebabkannya bimbang pelajaran anaknya akan tergugat.

“Sebelum ini, anak saya kurang aktif serta tidak menunjukkan sikap untuk belajar kerana asyik demam dan tambahan pula anak saya ada mengalami penyakit kulit iaitu SLE menyebabkan tumpuannya terhadap pelajaran terganggu lalu dia mudah stress,” kata Salmah.

Menurutnya, kerana memikirkan masa depan Nurhaizatul, dia membelikan produk dR101 keluaran dR Rozmey Group (dRG) untuk membantu meningkatkan kecerdasan minda anaknya.

“Selepas mengambil produk ini selama empat bulan, anak saya menunjukkan sikap positif apabila dia semakin rajin ke sekolah walaupun terpaksa menempuh jadual harian yang padat.

“Nurhaizatul akhirnya berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam PMR iaitu 6A, dan saya tak sangka dia berjaya dalam peperiksaan memandangkan sebelum ini anak saya selalu ponteng sekolah akibat masalah kesihatan,” katanya.

YAYASAN dR ROZMEY SUMBANG VAN KEPADA PUSAT JAGAAN RUMAH ANAK YATIM HEMBUSAN KASIH(0)

“Penyerahan van kepada Pusat Jagaan Rumah Anak Yatim Hembusan Kasih, Arau ini merupakan sebahagian daripada aktiviti Yayasan dR Rozmey,” kata Pengurus Besar dR Rozmey Group (dRG).

Menurut Puan Rafidah Radzi, dRG melalui Yayasan dR Rozmey terdorong untuk memberi sumbangan van kepada pusat jagaan itu setelah melihat kesukaran mereka untuk bergerak ke sesuatu tempat akibat kenderaan yang dimiliki sekarang telah uzur dan tidak mencukupi untuk menampung bilangan penghuni pusat jagaan terbabit yang semakin bertambah dari hari ke hari.

Penyerahan van terbabit diadakan dalam majlis ringkas pada 22 Jun 2013 iaitu Khamis lalu, yang turut dihadiri Pengurus pusat jagaan terbabit termasuk anak-anak yatim yang menjadi penghuni di situ.

 Menurut Pengurus Pusat Jagaan itu, Asnida Abdullah, beliau sangat bertuah kerana terpilih untuk menerima sumbangan van dari dRG dan sumbangan itu akan dimanfaatkan dengan sebaiknya.

“Sumbangan van ini sangat dihargai oleh saya termasuk semua penghuni Rumah Hembusan Kasih kerana kami sememangnya memerlukan sebuah lagi kenderaan bagi memudahkan pengangkutan anak-anak ini memandangkan sebelum ini kami hanya mempunyai sebuah van yang sudah uzur.

“Dengan adanya van ini, ianya akan lebih memudahkan aktiviti yang bakal dijalankan, jika sebelum ini kami hanya dapat bergerak dalam kawasan terdekat sahaja, selepas ini mungkin dapat membawa anak-anak ini ke tempat luar yang lebih menarik,” katanya ketika ditemui di ibu pejabat dRG.

Katanya, beliau sangat berterima kasih kepada presiden dRG, Datuk Dr Che Rozmey Che Din atas sikap keprihatinan yang sentiasa dihulurkan kepada pusat jagaan di bawah pengurusannya itu.

 

KEINDAHAN SUSAH DAN DERITA(0)

Kesusahan dan derita itu indah..

Jika ia kerana ALLAH.. kerana derita dan kesusahan itu akan sampai kepada ALLAH dahulu, kemudian barulah kepada apa sahaja yang membuat kamu susah dan derita..maka, niatlah segala perasaan kita hanya untuk Allah.. hanya untuk mendapatkan keredhaan Allah…

Jujurlah kepada Allah.. atas segala yang menimpa kamu… atas segala yang diperbuatkan oleh kamu.. dan kembalikanlah segala perasaan itu kepada Allah kembali.. kerana Allah jua lah yang memberi segala perasaan itu..

Jika ia memberi kebaikan dan menghapuskan dosa-dosa untuk kamu, menyempunakan diri kamu di kemudian hari, maka redhalah dengan perasaan itu..mohonlah, berdoalah agar Allah perbaiki diri kamu… dan berusaha lah untuk muhasabah diri..cari di mana kelalaian kamu selama ini… dan berusahalah memperbaiki diri.

Jika perasaan itu menambahkan dosa-dosa kamu, maka mohonlah dihilangkan . hanya kerana takut akan murka, azab allah di ‘sana’ nanti..

Serahlah diri kepada Allah dalam apa sahaja yang berlaku kepada kamu. insyaallah, Allah akan mengembalikan kembali perasaan-perasaan kamu itu mengikut apa yang terbaik untuk kamu.

Percayalah, Allah tidak pernah menyiksa kamu, kerana bukan itu tujuan kamu diciptakan. Allah sentiasa merindui dan mencintai kamu, hamba-hambanya ,lebih dari segala manusia yang ada di muka bumi ini…

Allah memberi perasaan-perasaan itu untuk memberi ‘isyarat’ cinta dan kasih sayangnya untuk kamu kembali kepada nya… kembali tenang hanya jika bersamanya.

Jika masih belum ketemui ‘keindahan’ itu, sekurang-kurangnya kamu mendapat redha Allah.. kerana kamu mengingati dia dan berniat hanya kerana dia di setiap apa sahaja yang menimpa kamu…

Apakah yang lebih bernilai dari REDHA ALLAH? dari RAHMAT ALLAH? dari KETENANGAN daripada ALLAH? dari perasaan KEINDAHAN hanya dengan ‘BERSAMA’ ALLAH?

InsyaALLAH, kamu, kita dan semua makhluk akan ketemu ‘keindahan’ itu sekiranya setiap peruatan yang dijalankan adalah semata-mata kerana Allah S.W.T

DDR TINGKATKAN STRATEGI PEMASARAN ONLINE(0)

Setelah pelbagai strategi yang diteroka oleh presiden dR Rozmey Group (dRG), Datuk Dr Che Rozmey Che Din, beliau masih tidak berhenti setakat ini malah terus mencari lebih banyak medium yang dapat digunakan bagi tujuan mempromosi dan menyampaikan maklumat kepada pengguna berkenaan perniagaan produk kesihatan milik beliau sendiri.

Menurut Datuk Dr Che Rozmey, dengan segala kepentingan teknologi maklumat yang ada beliau telah memanfaatkan sepenuhnya tentang kemudahan ICT dalam melancarkan bisnes secara online.

“ Kita bakal melancarkan satu bentuk pemasaran video menerusi teknik video “green screen” yang merupakan strategi terbaru digunakan dRG untuk menyampaikan maklumat penting kepada pengguna di samping mempromosikan produk kesihatan dRG”, katanya.

Katanya, bisnes online mampu mencapai sasaran jualan berbilion ringgit sebulan jika ianya dikembangkan mengikut acuan dRG demi membangunkannya untuk berdiri lebih kukuh dan bertambah maju dari sebelumnya.

PERADUAN BELI & MENANG dRG MUSIM KEDUA(0)

“Tidak mustahil kita akan adakan Peraduan Beli & Menang dR Rozmey Group (dRG) musim kedua setelah melihat sambutan hebat yang diterima menerusi peraduan yang dianjurkan tahun lalu,” kata Datuk Dr Che Rozmey Che Din.

 Menurut Presiden dRG itu, Peraduan Beli & Menang yang julung kali dianjurkan oleh dRG adalah bertujuan memberi penghargaan kepada pengguna yang sentiasa menyokong produk kesihatan syarikat itu.

“Kita telah membuktikan kepada pengguna bahawa sokongan mereka kepada dRG dihargai dengan hanya pembelian berbaloi produk dRG berharga RM480 mereka berjaya membawa pulang hadiah mewah sebuah kereta termasuk motosikal.

“Pengguna yang tidak berpeluang memenangi peraduan ini tidak perlu bersedih kerana berikutan permintaan ramai dan sambutan menggalakkan, tidak mustahil kita akan mengadakan peraduan beli & menang musim kedua,”katanya.

Datuk Dr Che Rozmey berkata, hadiah yang lebih menarik dan lumayan bakal menanti pengguna setia untuk peraduan musim kedua akan datang nanti.

DDR TUNAI UMRAH BERSAMA PEWARIS NABI(0)

Kunjungan Presiden dR Rozmey Group (dRG), Datuk Dr Che Rozmey Che Din ke Tanah Suci Madinah dan Mekah untuk menunaikan ibadah  umrah pada kali ini cukup istimewa apabila ditemani oleh pewaris nabi generasi ke-36, Habib Ahmed Al Hadar.

Malah bapa Habib Ahmed Al Hadar yang tinggal di Yaman turut bersama dalam mengerjakan ibadah umrah itu selama dua minggu itu.

“Syukur kerana  ddr dipilih untuk dapat bersama dengan keluarga pewaris Nabi Kekasih Allah dalam mengerjakan umrah bersama mereka.

“Tiada kata yang mampu dilafazkan apabila hajat untuk membawa keluarga Habib Ahmed Al Hadar dari Yaman dimakbulkan oleh Allah dan  ddr cukup teruja untuk bersama mereka di sana.

“Cuba bayangkan ddr akan bersama keluarga pewaris Rasullullah dan berdoa di Masjid Nabawi, Madinah yang menempatkan makam Kekasih Allah yang kita semua sayangi,” katanya.

 

 

MANGSA ASID SELAMAT JALANI PEMBEDAHAN PERTAMA(0)

Pembedahan pertama mangsa asid, Rosnani Husin telah berjalan dengan lancar dan jayanya pada 14 Jun 2013 iaitu Jumaat lalu bertempat di Hospital Universiti Sains Malaysia.

Pembedahan yang mengambil masa selama lima jam itu melibatkan bahagian mata, hidung dan mulut.

Menurut suami mangsa, Rosnani yang baru sedar setelah selesai menjalani pembedahan berada dalam keadaan sihat malah sudah boleh bercakap, makan dan minum seperti biasa.

“ Alhamdulillah, berkat doa dan bantuan masyarakat yang prihatin isteri saya akhirnya berjaya menjalani pembedahan pertama dan sekarang masih berada di hospital untuk tujuan pemeriksaan lanjut,” katanya.

Menurutnya, Rosnani bersyukur kerana hasil bantuan orang ramai beliau dapat menjalani kehidupan dengan sempurna selepas ini setelah sekian lama menderita akibat menjadi mangsa asid dan berharap kesihatannya bertambah baik.

Contacts and information

Social networks

Most popular categories