banner

Berita back to homepage

MATA TIDAK LAGI KABUR(0)

“Sebelum ini, saya sukar untuk memandu kereta pada waktu malam kerana penglihatan kurang jelas dan silau malah mata saya sering berair jika letih,” kata Sugiyo.

Sugiyo, dari Jakarta, berkata dia mengalami masalah mata kabur sehingga menyukarkan dia untuk bertugas sebagai pekerja kontrak di tapak pembinaan.

Menurutnya, dia mengetahui mengenai produk dR8 kerana sering terbaca kisah testimoni dR Rozmey Group (dRG) yang berjaya menggunakan produk dR8 di akhbar Harian Metro setiap minggu.

“Saya berminat untuk mencuba produk ini kerana yakin dengan keberkesanannya setelah mengikuti kisah testimoni-testimoni dRG yang berjaya.

“Saya terus pergi ke ibupejabat dRG di Jitra untuk mendapatkan produk, setelah mendapat keterangan lanjut oleh kakitangan dRG saya terus membeli tiga kotak produk dR8 pada harga ahli RM480 dan mengamalkan produk itu selama 3 bulan.

“Setelah menggunakan dR8 selama tiga kotak, saya mengalami perubahan apabila masalah mata kabur berkurangan dan saya tidak lagi mengalami masalah silau dan mata berair malah dapat melakukan tugas dengan baik.

“Saya terus mengamalkan produk dR8 untuk membantu penjagaan mata dan memberi keselesaan serta tenaga berpanjangan ,” katanya.

PAKEJ UMRAH HADIAH PERADUAN(0)

Pemenang hadiah utama di tempat kelima Peraduan Beli & Menang dR Rozmey Group (dRG) teruja apabila dimaklumkan oleh kakitangan dRG bahawa mereka terpilih memenangi hadiah berupa pakej umrah.

Nama yang diumumkan sebagai pemenang di tempat kelima adalah Siti Fatimah Muhamad, Rosnani Norrdin dan Abdul Samad Jaffar.

Kesemua pemenang melahirkan rasa syukur kerana bakal menjadi tetamu di tanah suci dan tidak pernah bermimpi akan mengunjunginya dalam masa terdekat ini.

“ Hanya dengan pembelian tiga kotak produk berharga RM480, saya layak menyertai peraduan ini dan berbaloi kerana berpeluang tunaikan umrah,” kata Rosnani Norrdin.

Sementara itu, presiden dRG, Datuk Dr Che Rozmey Che Din menyatakan hadiah pakej umrah adalah sebagai penghargaan beliau kepada pengguna yang sentiasa memberikan sokongan kepada perniagaan dRG.

“Ini merupakan penghargaan dRG kepada pengguna yang sentiasa memberikan sokongan terhadap penggunaan produk kesihatan kita dan tiada yang mustahil dengan dRG,” katanya ketika ditemui di ibu pejabat dRG.

HADIAH MOTOSIKAL KEPADA ANAK KETIGA(0)

“Motosikal Yamaha LC ini  saya hadiahkan kepada anak ketiga yang masih lagi menuntut di universiti,” kata Ramlah Ramli,47, dari Telok Mas, Melaka yang merupakan pemenang tempat keempat Peraduan Beli dan Menang dR Rozmey Group (dRG).

Beliau yang nyata gembira dengan kemenangan itu pada mulanya merasa terkejut selepas dimaklumkan sebagai pemenang tempat keempat yang membawa hadiah sebuah motosikal Yamaha LC.

Katanya, selepas membeli produk perawatan kulit dR11 dan produk perawatan sendi doc-K, untuk ibunya dan diri sendiri, dia tidak meletakkan harapan tinggi untuk  memenagi hadiah dalam peraduan berkenaan.

“Saya pun dah terlupa mengenai peraduan ini dan apabila mendapat panggilan telefon daripada staf dRG yang memaklumkan saya sebagai pemenang, memang sukar untuk percaya kerana sebelum

ini tidak pernah memenangi sebarang hadiah untuk peraduan sebegini.

“Terima kasih yang tidak terhingga kepada Datuk  yang menyediakan hadiah terbaik kepada kami dan saya doakan bisnes dRG akan terus maju kehadapan dan berjaya ke tahap yang lebih jauh,” katanya ketika ditemui di ibu pejabat dRG baru-baru ini.

Selain Ramlah, dua pemenang iaitu Noridah Rahim dan Norazliza Adzmi turut memenangi motosikal Yamaha LC sebagai pemenang hadiah tempat keempat.

 

 

dR GROUP UTAMAKAN MASALAH PENGGUNA(0)

Masalah anda keutamaan kami.” Inilah yang menjadi konsep dR Rozmey Group (dRG) dalam usaha memberikan perkhidmatan terbaik untuk golongan yang memerlukan,” ujar Datuk Dr Che Rozmey Che Din ketika ditemui hari ini.

Penghasilan produk yang berkualiti dan bermutu tinggi keluaran dRG dilihat menepati citarasa kehendak masyarakat yang mempunyai permasalahan penyakit kronik yang semakin menular kini.

Menurut Presidennya, pihak dRG merupakan sebuah organisasi yang menekankan sikap keprihatinan terhadap masyarakat yang terdedah dengan pelbagai penyakit kronik.

“Menjadi tanggungjawab pihak dRG dalam memastikan tahap kesihatan terhadap masyarakat berada di dalam keadaan baik kerana pihak dRG merupakan sebuah organisasi yang menghasilkan produk kesihatan untuk setiap masalah penyakit.

“Penyakit tidak mengenal umur mahupun jantina dan merebak disebabkan oleh kecuaian seseorang itu terhadap kesihatan tubuh badan,” katanya.

Datuk Dr Che Rozmey berkata lagi, menyedari hakikat bahawa masyarakat kini mengendahkan tahap kesihatan tubuh badan mereka beliau menjalankan kajian dalam menghasilkan produk kesihatan yang dirumuskan dari herba demi membantu merawat segala penyakit.

“Namun, segala usaha itu membuahkan hasil kerana kesemua produk kesihatan yang dihasilkan boleh dilihat dan dikongsikan kepada khalayak umum menerusi testimoni-testimoni yang telah berjaya.

“Bermulanya dari produk pelangsingan badan Jus Mate 5 (JM5) yang dirumuskan khas demi membantu golongan obesiti mendapatkan bentuk tubuh yang dingini.

“Kini kesemua produk yang diciptakan menerusi fenomena label dRG menjadi tarikan dan igauan pengguna kerana kemujaraban produk itu memberikan nafas baru kepada khalayak untuk kembali normal,” katanya lagi.

Tambahnya lagi, beliau berpesan kepada seluruh rakyat Malaysia sekiranya menginginkan produk dRG yang asli mereka boleh melayari www.herbaprima.com untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai produk supaya tidak terjebak dengan produk tiruan yang mendatangkan kemudaratan kelak.

MAJLIS PENYERAHAN HADIAH UTAMA MERIAH(0)

Majlis Penyerahan Hadiah Utama Peraduan Beli dan Menang  dR Rozmey Group (dRG) yang berlangsung semalam meriah apabila  pemenang  dari seluruh negara termasuk dari Kuching, Sarawak yang memenangi

hadiah tempat ketiga hadir untuk menerima hadiah masing-masing.

Wajah kegembiraan jelas terpancar di kalangan pemenang hadiah berkenaan yang hadir bersama keluarga mereka untuk menerima hadiah yang cukup bernilai itu.

Presiden dRG, Datuk Dr Che Rozmey Che Din dalam ucapan aluannya berkata, peraduan yang dianjurkan itu adalah sebagai tanda penghargaan kepada pengguna

yang memberi sokongan kepada perkembangan perniagaan dRG.

“Ini juga adalah untuk membuktikan kepada masyarakat bahawa bisnes dRG terus berdiri kukuh  dan stabil serta mampu memberi ganjaran yang terbaik kepada pengguna.

“Tahniah yang menang pada hari ini dan saya harap anda dapat membantu dalam menyampaikan mesej kepada pengguna di luar sana bahawa bisnes dRG terus berkembang dan berjalan seperti biasa,”

katanya.

 

 

 

 

 

 

NIAT BANTU IBU BERBALOI(0)

“Saya runsing memikirkan jalan penyelesaian bagi membantu menangani masalah kesihatan ibu, saya akhirnya tekad mencuba produk dR Rozmey Group (dRG) setelah mendapat nasihat dari rakan-rakan berkenaan keberkesanan produk dRG.

“Saya langsung tidak mengharap untuk memenangi hadiah peraduan anjuran dRG itu kerana pada masa itu hanya fikir untuk pulihkan kesihatan ibu sahaja, namun terkejut setelah dihubungi oleh kakitangan dRG yang memaklumkan saya berjaya memenangi hadiah peraduan beli & menang,” kata Jessephine.

Jessephine anak Dacco,  30, dari Kuching, Sarawak adalah pemenang hadiah utama Peraduan Beli dan Menang anjuran dRG di tempat ketiga berupa sebuah motosikal Kawasaki yang menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM1.5 juta apabila nama pengguna dan pengedar aktif dRG bertuah diumumkan, Isnin lalu.

Menurutnya, dia membuat pembelian secara dalam talian di kaunter dRG buat ibunya yang mengalami masalah kesihatan setelah sekian lama.

Katanya, dengan hanya mengeluarkan modal RM480 dia layak menjadi ahli dRG sekali gus berpeluang menyertai peraduan yang bermula sejak Ogos tahun lalu.

“Saya sangat gembira kerana menjadi pembeli bertuah dan berjaya membawa pulang sebuah motosikal berkuasa tinggi Kawasaki, niat saya untuk membantu memulihkan kesihatan ibu akhirnya berbaloi,” katanya.

SAMBUTAN MENGGALAKKAN IMPAK POSITIF(0)

Sambutan menggalakkan daripada rakyat Malaysia terhadap fenomena dR Rozmey Group (dRG) kini dilihat begitu memberikan impak positif yang memberangsangkan.

Hal ini berlaku kerana sikap pemiliknya yang namanya kini gah dipersada negara iaitu Datuk Dr Che Rozmey Che Din yang begitu prihatin terhadap fanatiknya.

Menurutnya, sikap keprihatinan begitu penting kerana ianya adalah satu faktor yang membolehkan seseorang menjadi ikon serta contoh yang baik terhadap khalayak.

“Jadi, keprihatinan dalam memberikan manfaat terhadap sesuatu yang dihasilkan membolehkan pengguna merasakan diri mereka dihargai dengan segala pengorbanan yang dicurahkan,” katanya.

Katanya lagi, ini adalah bertujuan untuk mengajak rakyat supaya bersama beliau untuk berkongsi rahsia kejayaan yang dikecapi oleh beliau kini.

“Bukan itu sahaja malah keinginan dihati kita untuk melihat bangsa sendiri memperoleh kejayaan memberikan dorongan untuk kita memberikan nasihat dan juga pandangan tanpa sebarang bayaran.

“Jelaslah segala hasil usaha yang ditunjukkan oleh kita memberikan manfaat yang berguna terhadap masyarakat untuk lebih bersemangat mengubah kehidupan mereka,” kata Presiden dRG itu.

Beliau berkata lagi, bukti keprihatinannya terhadap masyarakat sudah ditunjukkan menerusi penghasilan produk kesihatan dan kecantikan untuk memastikan masyarakat sentiasa berkeadaan baik.

USAHAWAN dRG HADIR MEMERIAHKAN ACARA(0)

“Saya sanggup hadir ke ibupejabat dR Rozmey Group (dRG) setelah dimaklumkan cabutan hadiah utama Peraduan Beli & Menang anjuran dRG bakal tiba kemuncaknya pada Isnin lepas bagi memberi semangat dan turut sama memeriahkan acara yang ditunggu-tunggu itu,” kata Azah Aziz.

Azah Aziz, 43, yang  juga merupakan usahawan aktif dRG berkata, dia hadir bersama usahawan lain yang tidak sabar untuk mengetahui pemenang yang bakal membawa pulang hadiah mewah sebuah kereta BMW 320i dan turut berharap bakal membawa salah satu daripada hadiah utama.

Lebih 50 usahawan hadir bagi turut sama merasai debaran kemuncak Peraduan Beli & Menang untuk menyaksikan pemenang bertuah yang bakal membawa pulang hadiah utama termasuk sebuah kereta BMW320i.

Usahawan aktif Rozie Md Zain dari Selayang, Selangor turut tidak melepaskan peluang bersama usahawan lain untuk hadir ke ibupejabat dRG kerana merasakan acara ini merupakan hari yang ditunggu-tunggu sejak peraduan bermula pada Ogos tahun lalu.

“Sebaik sahaja mendapat tahu acara kemuncak bagi cabutan hadiah utama Peraduan Beli & Menang anjuran dRG bakal diumumkan pada Isnin lepas, saya terus terbang ke Jitra, Kedah kerana tidak mahu ketinggalan untuk menyaksikan nama-nama pemenang bertuah setelah sekian lama menunggu,”katanya.

Menurutnya, walaupun tidak bertuah memenangi mana-mana hadiah utama tetapi beliau tetap teruja kerana dapat menyertai peraduan ini malah berasa dihargai oleh Presiden dRG, Datuk Dr Che Rozmey Che Din yang menganjurkan peraduan bernilai RM1.5 juta ini serta berharap berpeluang untuk menang di peraduan akan datang.

 

PELAJAR UNIVERSITI MENANG MYVI(0)

Hadiah utama berupa sebuah kereta Myvi menjadi milik Siti Aisyah Mat Ali@Omar, 22, dari Kemaman, Terengganu apabila terpilih sebagai pemenang di tempat kedua Peraduan Beli dan Menang anjuran dR Rozmey Group (dRG) yang diumumkan pada Isnin lalu.

Pelajar dari Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang itu nyata terkejut sebaik dihubungi kakitangan dRG bagi memaklumkan beliau terpilih memenangi hadiah kereta terbabit.

Menurutnya, kemenangan yang diperolehi amat berbaloi kerana hanya bermodalkan RM480 dengan membeli produk dR-II setelah puas mencuba pelbagai produk di pasaran untuk masalah kulit yang dihidapinya telah melayakkannya menyertai peraduan itu sekali gus menjadi ahli dRG.

“Saya tidak pernah mengharap untuk memenangi peraduan itu kerana pada masa itu hanya fikirkan untuk pulih daripada masalah kulit yang dialami setelah menggunakan produk dR-II, tetapi hanya mengesahkan belian melalui talian sekadar untuk melayakkan saya menyertai peraduan berkenaan apabila terbaca arahan yang terdapat di kupon peraduan.

“Namun, saya langsung tidak menyangka berpeluang untuk memenangi hadiah utama kereta Myvi kerana saya penah bercadang untuk memiliki kereta setelah berbincang dengan keluarga bagi memudahkan saya semasa mengikuti pengajian di universiti, akhirnya impian saya menjadi kenyataan untuk memiliki kereta,” katanya.

Katanya, beliau berasa begitu gembira apabila menerima hadiah berkenaan malah bersyukur kerana masalah kesihatan pulih di samping menikmati hadiah lumayan setelah menjadi pengguna dRG.

PEMENANG TIDAK PERCAYA DAPAT BMW(0)

“Saya masih tidak percaya sehingga kini dan rasa bagaikan mimpi apabila dimaklumkan memenangi hadiah utama kereta BMW 320i kerana sebelum ini saya langsung tidak mengetahui  ada Peraduan Beli dan Menang anjuran syarikat dR Rozmey Group (dRG).

“Namun, saya bersyukur kerana kereta BMW 320i yang dimenangi adalah hadiah sempena ulang tahun perkahwinan saya dan suami, Norzaifudin Abdul Rahman, 30,” kata Zamzurina Razali yang bertugas sebagai Pembantu Perpustakaan di Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Selangor.

Zamzurina, 30, dari Selayang, Selangor adalah pemenang hadiah utama Peraduan Beli dan Menang anjuran dRG yang menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM1.5 juta apabila nama pengguna dan pengedar aktif dRG bertuah, petang kelmarin.

Menurutnya, dia membuat pembelian secara dalam talian di kaunter dRG untuk produk Gain 5 buat kakak iparnya, Norani Abdul Rahman, 32, yang mahu menambah berat badan.

Katanya, dengan hanya mengeluarkan modal RM480 dia layak menjadi ahli dRG sekali gus berpeluang menyertai peraduan yang bermula sejak Ogos tahun lalu.

“Saya terkejut apabila dihubungi kakitangan dRG petang semalam yang memaklumkan memenangi hadiah utama dan pada mulanya memang tidak percaya sehinggalah ternampak nama saya pada senarai pemenang dalam laman sosial Facebook dRG.

“Syukur kepada Tuhan dan saya berterima kasih kepada Presiden dRG Datuk Dr Che Rozmey Che Din kerana memberi peluang untuk menyertai peraduan itu dan tuah menyebelahi,” katanya.

Contacts and information

Social networks

Most popular categories