banner

Berita back to homepage

KEUNIKAN LAMAN SOSIAL DDR(0)

Laman sosial facebook  dr rozmey | herba prima marketing kini padat dengan pelbagai info berguna seperti  perkongsian berkenaan tips-tips kesihatan dan  hiburan menarik termasuk gambar-gambar unik dan lucu.

Seiring dengan perubahan laman sosial popular facebook yang berwajah baru, dR Rozmey Group (dRG) turut mengisi ruang di garis masa dengan isian padat mengikut selera pengguna masa kini.

Sebagai syarikat pengeluar produk kesihatan, Datuk Dr Che Rozmey Che Din selaku presiden dRG, bukan sahaja berkongsi tips kesihatan berkenaan produk keluarannya, malah turut menarik golongan remaja menerusi perkongsian gambar-gambar yang unik dan lucu.

Selain itu, kata-kata berunsur keagamaan dan motivasi tidak ketinggalan.

Perubahan ketara ini menyebabkan laman sosial ddr yang dimanfaatkan secara aktif berjaya menarik puluhan ribu ‘like’ hanya dalam masa singkat sahaja.

Layari laman sosial facebook dr rozmey | herba prima marketing untuk mengikuti info menarik, hanya klik link ini https://www.facebook.com/datukdrrozmeyhpm

APA KATA JUTAWAN dRG?(0)

Kejayaan bisnes dR Rozmey Group (dRG) berorientasikan produk berkesan, selamat, berkualiti dan murah dan terbukti apabila lebih 5 juta pengguna sihat dan mendapat manfaat daripada formulasi ajaib 11 produk kesihatan dRG.

Platform ICT dibangunkan secara menyeluruh selain sokongan sistem rangkaian, strategi pemasaran melalui penjenamaan dan fanatik label dR Rozmey yang agresif.

 dRG telah mencipta satu sistem pemasaran ‘trading berimbuhan’ yang pertama di dunia dan hasilnya dRG berjaya menukar insan biasa kepada usahawan berjaya.

 Ianya terbukti apabila seramai 20 jutawan berjaya dilahirkan dengan pendapatan enam angka sebulan melalui bisnes online dRG.

 Ikuti kisah jutawan dRG dan apa kata mereka di paparan akhbar Harian Metro bagi mengikuti kisah dan pengalaman mereka bergelar jutawan dRG.

 

PELUANG KERJAYA DI PTRI, INDONESIA(0)

dR Rozmey Group (dRG) menawarkan peluang pekerjaan di peringkat global bagi sesiapa sahaja yang berminat untuk mengisi kekosongan jawatan di PT Rozmey International (PTRI), Indonesia.

Presiden dRG mengalu-alukan orang ramai yang beminat untuk menjadi warga PTRI khususnya di kalangan pelajar lepasan SPM dan graduan daripada IPTA/IPTS untuk merebut peluang kerjaya ini.

“Peluang kerjaya ini terbuka kepada warganegara Malaysia dan juga Indonesia yang berkelayakan untuk mengisi pelbagai kekosongan jawatan di PTRI berdasarkan kelayakan masing-masing.

“Antara jawatan yang ditawarkan adalah seperti kerani am, pekerja stor dan banyak lagi, jadi jangan lepaskan peluang ini untuk menjadi salah seorang daripada warga PTRI,” katanya.

Menurutnya, kepada sesiapa yang berminat boleh menghantar maklumat peribadi lengkap melalui emel hr@herbaprima.com.my atau hubungi bahagian sumber manusia di talian 04-9178144 atau pos ke alamat :

Bahagian Sumber Manusia,

Herba Prima Marketing,

Lot 70, Bandar Darulaman Jaya,

06000 Jitra, Kedah

MANGSA SIMBAH ASID BAKAL JALANI PEMBEDAHAN PERTAMA(0)

“ Alhamdulillah, Dana Untukmu Rosnani yang dilancarkan pihak dR Rozmey Group berjaya mendapat perhatian ramai apabila tabung dana yang terkumpul setakat ini mencecah sehingga RM13,500 sejak ianya dilancarkan,” kata mangsa simbah asid, Rosnani Hussin.

Rosnani, 47, berkata, hasil kutipan dana itu telah membolehkan beliau menjalani pembedahan pertama bagi memulihkan wajah selain membolehkan keadaannya pulih daripada penyakit.

Menurutnya, pembedahan itu akan diadakan pada 14 Jun 2013 nanti di Hospital Universiti Sains Malaysia.

“ Saya sangat menghargai sikap prihatin orang ramai yang telah menghulurkan bantuan bagi mengisi dana ini dan terima kasih saya ucapkan kepada rakyat Malaysia termasuk pihak dRG serta presidennya, Datuk Dr Che Rozmey Che Din yang banyak membantu untuk menjayakan pembedahan yang bakal saya jalani nanti,” katanya.

Sementara itu, Datuk Dr Che Rozmey berkata, pembedahan wajah Rosnani yang akan dilakukan itu diharap berjalan dengan lancar dan jayanya serta dapat meringankan penderitaan yang ditanggung beliau selama ini.

“Pembedahan yang akan dikendali Prof. Dr. Ahmad Shukri itu diharap dapat membantu Rosnani kembali bernafas dan makan seperti biasa, kos keseluruhan yang diperlukan ialah sekitar RM60,000,” katanya.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun CIMB bernombor 0203-1331-1655-25 atas nama Rusnani Hussin atau boleh juga mengunjunginya di alamat No 3830, Jalan Inang, Taman Ria Jaya, Sungai Petani.

RAWATAN DARI DALAM DENGAN PENGGUNAAN PRODUK dRG(0)

“Rawat dari dalam dan tingkatkan kesihatan tubuh badan,” ujar Datuk Dr Che Rozmey Che Din mengenai produk kesihatan yang diformulasikan oleh beliau ketika ditemuramah.

Produk keluaran dRG sememangnya memberikan kelegaan terhadap permasalahan penyakit kronik yang semakin menular hari ini.

Menurut Presidennya, ramuan terpilih yang terkandung di dalam produk kesihatan dan kecantikan menerusi label dRG membantu menyembuhkan pelbagai penyakit.

“Usah risau mengenai kandungannya kerana doktor memberi jaminan sepenuhnya terhadap bahan dan ramuan produk-produk ini adalah selamat, halal dan berkesan,” katanya.

Beliau berkata lagi, kandungan herba dan vitamin yang terdapat di dalam kesemua produknya merupakan sumber tenaga yang diperlukan di dalam badan sekaligus meningkatkan tahap kesihatan menjadi lebih baik dari sebelumnya.

“Keberkesanannya terbukti menerusi testimoni-testimoni yang menggunakan produk keluaran dRG ini yang kembali pulih seperti sedia kala,” ujarnya lagi.

KREATIVITI dR GROUP(0)

Presiden dR Rozmey Group (dRG), Datuk Dr Che Rozmey Che Din sentiasa menyarankan stafnya menggunakan kreativiti yang ada untuk membina kerjaya di dRG.

“Pengalaman dan segala kemahiran yang dimiliki perlu diadaptasi dalam tugasan supaya kerja yang dihasilkan berkualiti dan menepati kehendak syarikat,” ujarnya.

Menurutnya, beliau juga sentiasa mengingatkan agar staf melontarkan idea yang bijak untuk membantu membangunkan syarikat dan menjadikan dRG sebagai satu syarikat yang terunggul.

“Beri fokus sepenuhnya terhadap kerja yang dilakukan dan sentiasa komited dengan tugasan untuk memastikan tugas yang dilakukan adalah sempurna.

“Sebagai majikan yang bertanggungjawab, kita akan sentiasa memastikan staf menjalankan kerja dengan baik  dan tidak melakukan kesilapan yang boleh memberi kesan kepada syarikat,” katanya.

Beliau berkata lagi, akibat pencetusan fenomena yang dilakukan telah menerusi label dRG ini beliau percaya ianya bakal memberikan impak positif terhadap warga dRG demi mempertingkatkan pengetahuan mengenai dunia perniagaan.

“Disamping itu, ianya dianggap usaha melahirkan aset untuk negara Malaysia yang mempunyai generasi muda berkualiti terhadap kerjaya yang diceburi mereka,” ujarnya ketika ditemui.

MOHON REZEKI DARI ALLAH(0)

“Mohonlah rezeki daripada Allah S.W.T kerana Dialah Maha Pemberi rezeki kepada manusia sekalian alam,” ujar Datuk Dr Che Rozmey Che Din, ketika ditemui semalam.

Menurut Presiden dR Rozmey Group (dRG) itu, pesanan ini sering dititikberatkan oleh beliau untuk semua warga dRG demi menerapkan nilai murni tersebut menjadi rutin seharian.

“Amalan sebegini sudah sememangnya perlu dididik di dalam kehidupan seharian bagi memastikan setiap perbuatan yang dilakukan adalah diredhai oleh Allah S.W.T.

“Kita juga telah menerapkan amalan bersedekah dan ibadah sunat seperti solat Dhuha di kalangan warga dRG sebagai rutin harian pada waktu bekerja,” katanya.

Beliau berkata lagi, warga dRG adalah tenaga kerja yang berkualiti setiap amanah yang diusulkan menjadi pegangan mereka untuk melangkah menjadi diri mereka yang baik menjadi lebih baik.

“Di dalam Al-Qur’an sudah jelas menyatakan bahawa mohonlah rezeki kepada Allah S.W.T kerana Dialah Maha Pemberi rezeki untuk makhluk sekalian alam dan janganlah sesekali kamu mengingkari ajarannya.

“Penerapan nilai murni ini dilihat bakal memberikan impak positif terhadap warga dRG yang bukan hanya ganjaranya diperolehi di dunia malahan ganjaran akhirat menanti mereka termasuk perniagaan dRG.

“Jadi, perolehan ganjaran yang lumayan menanti sekiranya kita senantiasa berusaha untuk mendekatkan diri dengan Allah S.W.T dan melakukan setiap perbuatan itu dengan hati jujur serta ikhlas,” ujarnya lagi.

KEPRIHATINAN dR ROZMEY GROUP(0)

“Keprihatinan dan tanggungjawab adalah menjadi kepentingan dR Rozmey Group (dRG) dalam bertindak membantu rakyat Malaysia mengurangkan penderitaan terhadap masalah yang dihadapi,” ujar presidennya ketika ditemuramah hari ini.

Sikap ini ditunjukkan menerusi penghasilan produk-produk kesihatan yang berkualiti tinggi dan kemujarabannya terhadap penyakit kronik yang melanda negara ini.

Menurut Datuk Dr Che Rozmey Che Din, penyelidikan yang dijalankan dahulunya sudahpun dilaksanakan dan dilihat ianya begitu memberikan impak positif terhadap masyarakat.

“Ini yang dimaksudkan kejujuran kita dalam memperjuangkan sesuatu produk bahawa apa yang diketengahkan adalah untuk membantu pengguna bukannya mengenai keuntungan semata-mata.

 “Ianya terbukti menerusi testimoni-testimoni yang telah berjaya mencipta fenomena produk kesihatan yang kita formulasikan bertujuan untuk membantu meningkatkan kualiti kesihatan pengguna.

 “Selain itu, dinasihatkan kepada pengguna agar mengikut saranan supaya mengelakkan daripada sebarang kekeliruan terhadap kemujaraban produk keluaran dRG ini,” katanya.

Tambahnya lagi, kesemua produk yang dihasilkan ini tiada sebarang ramuan terlarang dan ianya halal kerana formulasi yang beliau cipta adalah ramuan terpilih daripada bahan semulajadi sepeti herba.

MANFAATKAN TEKNOLOGI CANGGIH LANCAR BISNES(0)

“Era globalisasi hari ini merupakan dunia yang terdedah kepada kecanggihan teknologi maklumat yang berperanan penting untuk mendapatkan maklumat dengan lebih pantas,” ujar Datuk Dr Che Rozmey Che Din.

Jadi, dengan segala kepentingan teknologi maklumat yang ada beliau telah memanfaatkan sepenuhnya tentang kemudahan ICT dalam melancarkan bisnes secara online.

Beliau yang juga presiden dR Rozmey Group (dRG) berkata, bisnes online mampu mencapai sasaran jualan berbilion ringgit sebulan jika ianya dikembangkan mengikut acuan dRG demi membangunkannya untuk berdiri lebih kukuh dan bertambah maju dari sebelumnya.

“Tambahan pula fenomena jenama dRG diperluaskan menerusi dR Places yang menyediakan ruangan iklan untuk penggemar bisnes mempromosikan barangan mereka,” katanya.

Beliau berkata lagi, bisnes secara online yang dihasilkan oleh beliau adalah bertujuan untuk memudahkan pengedar berurusan dengan pihak dRG hanya dari rumah bagi mendapatkan produk-produk dRG.

 “Selain itu, ianya juga dapat melahirkan usahawan yang berjaya dari rumah dan menambahkan bilangan pengguna sekaligus menjadikan dRG sebuah organisasi contoh terhadap organisasi lain ,” ujarnya lagi.

USAHA PEROLEHI KEJAYAAN(0)

“Sesiapa sahaja yang berusaha pasti akan memperoleh kejayaan yang dingini,” kata Presiden dR Rozmey Group (dRG), Datuk Dr Che Rozmey Che Din.

Beliau kini sudahpun merasai kenikmatan sesebuah kejayaan yang dingini dengan titik peluhnya sendiri menghasilkan pelbagai fenomena yang mampu memberikan kepuasan untuk diri sendiri dan juga khalayak umum.

Seiring dengan visi dan misinya dalam membina empayar dRG iaitu “Mencetuskan fenomena baru melalui jenama dR Rozmey Group yang berprestij, impak dan mampu menjana pendapatan” serta “Berkongsi anugerah kesihatan, kesenangan, kebahagiaan dan kejayaan dengan semua masyarakat yang ingin perubahan dalam kehidupan.

Menurutnya, sebelum menikmati kejayaan yang bakal diperoleh sudah pasti ada kepahitannya kerana pelbagai cubaan dan dugaan harus ditempuhi untuk berjaya.

“Bukannya mudah untuk mengubah minda seseorang untuk menarik minat mereka meceburi bidang perniagaan kerana ianya memerlukan banyak kesabaran dan pengorbanan.

“Setiap perniagaan pasti ada pasang surutnya, apa yang penting ialah kesabaran yang tinggi disamping memiliki kekuatan dari segi mental serta fizikal untuk terus bertahan,” katanya ketika ditemui semalam.

Contacts and information

Social networks

Most popular categories