banner

Berita back to homepage

Gambar-kunci-kejayaan STRATEGI KEJAYAAN UNTUK KEKAYAAN(0)

1. Sikap

Jika hanya ada satu sahaja faktor penentu kejayaan dalam apa juga yang kita lakukan, ia adalah sikap. Einstein mengatakan bahawa sikap 99% adalah penentu kejayaan atau kegagalan seseorang. Kita mestilah mempunyai sikap yang positif dalam apa juga yang mahu dilakukan, jika mahukan sesuatu kejayaan.

Jika kita bersikap positif, semua perkara yang kita sedang lakukan akan menjadi lebih mudah. Jika ada perkara yang kita tidak suka lakukan, jangan biarkan sehingga pada saat akhir, bahkan lakukan perkara tersebut dahulu dan fikirkan “aku mahu menyiapkan kerja ini sehingga selesai kemudian aku boleh buat kerja yang aku suka !”. Cubalah teknik ini dan capailah perbezaannya.

2. Ambil tindakan

Jika kita mempunyai idea yang bagus tidak menjadi masalah, tetapi kita mesti dan perlu membuat tindakan. Kemudian apabila kita sudah mula melakukan sesuatu, haruslah bersedia untuk mengambil beberapa lagi langkah seterusnya sehinggalah mencapai kejayaan.

3. Tukar Bagaimana kita Diprogramkan

80% jutawan pada hari ini mencapai impian mereka dengan memulakan bisnes sendiri. Mungkin semua sudah sedia maklum, jika benar2 mahukan kebebasan kewangan, masa depannya ialah dengan memulakan perniagaan sendiri.

Sudah tentu bisnes sendiri harus menanggung risiko, dan boleh mengurangkan risiko tersebut dengan memulakannya secara sambilan, dan gunakan teknik yang mudah dengan modal yang kecil, tetapi ganjarannya amat banyak dan menguntungkan.

4. Tuliskan Apa Yang Sedang difikirkan

Jika sudah mempunyai idea – tuliskan.

 Jika mempunyai masalah sekalipun – tuliskan.

Apabila kita mula menulis sesuatu masalah, kita akan dapati bahawa kita boleh berfikir dengan lebih jelas, dan suatu masa nanti perkara tersebut dapat diselesaikan. Teknik ini nampak mudah, tapi jika kita mula menggunakannya, sudah pasti akan lihat perbezaannya kelak.

5. Tetapkan matlamat dan impian

Jika kita tidak mempunyai sasaran, ternyata kita tidak akan dapat apa pun. kita mesti mempunyai matlamat, kita perlu tahu kemana destinasi sebenar, berusaha untuk mencapainya dan sentiasa ingat akan impian sendiri.

Anda mesti mempunyai matlamat jangka panjang, untuk tempoh 5 tahun akan datang, kemudian kita sendiri perlu berusaha untuk mencapainya, kemudian tetapkan matlamat jangka pendek yang lebih mudah dicapai contohnya matlamat setahun, sebulan dan seminggu.

934959_10151387689456517_1242787936_n MASJID NOUR AR ROZMEY(0)

dR Rozmey Group (dRG) melalui Yayasan dR Rozmey memperuntukkan sebanyak RM2 juta pada tahun ini  untuk membina sebuah Masjid Nour  Ar Rozmey di Khan Yunis, Gaza yang menelan kos RM1.5 juta.

Presiden dR Rozmey Group (dRG), Datuk Dr Che Rozmey Che Din berkata pihaknya bekerjasama dengan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) bagi misi membina semula Gaza itu.

“Kita sudah mengenal pasti dan akan membina semula sebuah masjid yang runtuh akibat serangan rejim Zionis pada 2009 lalu di tengah-tengah pusat  bandar Gaza dengan kos yang ditanggung sepenuhnya oleh dRG.

“Kerja pembinaan masjid dua tingkat  yang dapat menampung 4,000 jemaah itu dijadual bermula pada Februari ini dan masjid ini dijangka siap sepenuhnya pada Julai,” katanya.

Menurutnya, beliau berharap dengan pembinaan masjid itu dapat menggembirakan rakyat Palestin kerana mereka dapat beribadat dengan sempurna dan selesa sekaligus membanggakan rakyat Malaysia.

Health-Care-21 KEPENTINGAN PENJAGAAN KESIHATAN(0)

Kesihatan yang baik merupakan anugerah dari Allah s.w.t yang tidak ternilai buat setiap manusia dan nikmat itu haruslah dijaga dengan sebaik mungkin sebelum ianya dicemar dengan penyakit yang tidak diingini.

Islam menetapkan tujuan kehadirannya adalah untuk memelihara agama, jiwa, akal, kesihatan dan harta benda umat manusia.

Manusia yang sihat ialah manusia yang sejahtera serta seimbang jasmani dan rohaninya dan sentiasa aktif.

Dengan kesihatan, manusia dapat meningkatkan kualiti hidupnya semaksima yang mungkin dan dapat meningkatkan pengabdiannya kepada Allah s.w.t serta sesama manusia.

Agama amat menekankan kepentingan penjagaan kesihatan serta pencegahan sesuatu penyakit. Malah kita diberikan petunjuk oleh Rasulullah s.a.w, supaya apabila ditimpa sesuatu penyakit, kita hendaklah segera mengubatinya kerana Allah tidak menurunkan penyakit kecuali diturunkan pula ubatnya.

Dalam usaha mengekalkan dan menjaga kesihatan, ia bukan hanya dilihat sebagai urusan perseorangan atau keluarga tetapi yang ditekankan juga ialah kepentingan pencegahan penyakit.

Beberapa contoh pencegahan serta pengamalan menyarankan agar kita menutupi hidangan, mencuci tangan sebelum makan, memberus gigi, larangan bernafas ketika minum, tidak membuang air di tempat yang tidak mengalir atau di bawah pohon, mengamalkan makanan yang berkhasiat, mengamalkan gaya hidup sihat seperti bersenam dan terdapat banyak lagi contoh dan praktik yang dituntut dalam konteks menjaga kesihatan.

Untitled-1 BELIAN ONLINE MUDAHKAN PENGGUNA(0)

Perniagaan produk kesihatan dR Rozmey Group (dRG) telah mula diperkenalkan dengan sistem perniagaan online sejak di awal operasi.

Presidennya, Datuk Dr Che Rozmey berkata belian online terbukti pilihan pengguna untuk mendapatkan produk dRG kerana ianya mudah dan diyakini asli.

“ Sejak awal syarikat kita beroperasi sehingga sekarang, terbukti pengguna lebih gemar memilih belian secara online kerana lebih mudah, hanya dari rumah sahaja mereka boleh mendapatkan produk kita.

“ Kita turut menawarkan khidmat penghantaran produk secara percuma dengan menggunakan skynet  ke seluruh Malaysia termasuk Singapore dan Brunei,” katanya.

Menurutnya, pengguna lebih yakin dengan pembelian online kerana bimbang terbeli produk tiruan yang dijual secara berleluasa di pasaran luar.

“ Pengguna kini lebih bijak membeli barangan bagi memastikan produk yang diterima tulen dan kita memastikan pengguna terima produk asli terus dari ibu pejabat dRG hanya dengan pembelian secara online,” ujarnya lagi.

Katanya, pengguna boleh melayari laman web dRG di http://www.herbaprima.com.my/index.php untuk membuat pembelian samada secara online, faks atau emel.

478807_10150828409686517_278426651_o DDR MANFAAT MEDIA SOSIAL(0)

“ Insan yang cemerlang di dalam bisnes adalah merupakan seseorang individu yang bijak dengan melahirkan kreativiti dalam usaha mempelbagai kejayaan yang dingininya,” kata Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR).

Arena globlalisasi kini adalah dunia yang diliputi dengan segala kemudahan seperti jalur lebar internet demi mempertingkatkan pengetahuan di dalam kehidupan seharian.

Menurut DDR, era globalisasi kini internet yang dikenali ramai tentang maklumat tanpa sempadan menjadi keutamaan kepada golongan yang menjalankan perniagaan untuk memajukan produk mereka dari semasa ke semasa.

“Jadi, kuasa ajaib disebalik kejayaan DDR kini adalah dengan cara memanfaatkan teknologi yang diperkenalkan di era ini dengan sepenuhnya,” katanya.

Beliau berkata lagi, teknologi ini digunakan untuk memperkenalkan kepada seluruh rakyat Malaysia termasuk luar negara tentang keajaiban produk kesihatan dR Rozmey Group (dRG).

“ Sehubungan itu, demi mempertingkatkan kualiti perkhidmatan dRG, DDR menggunakan platform ICT bagi membantu pengguna menyelesaikan segala masalah yang berkaitan dengan kesihatan dan kecantikan antaranya termasuk laman sosial facebook.

“ Medan ICT terbukti menjadi medan terbaik memasarkan jenama dRGdi kalangan pengguna dan kadar celik IT di negara ini turut meningkat berikutan presidennya, Datuk Dr Che Rozmey menjadikan laman maya untuk memasarkan produk dRG,” katanya lagi ketika ditemui.

IMG_0577 PEMILIK LABEL dR ROZMEY GROUP DITELADANI(0)

dR Rozmey Group (dRG) kini dikenali sebagai pengeluar produk kesihatan yang sedang berdiri gah menguasai pasaran negara dan global.

Pelbagai kejayaan yang berjaya diraih Presidennya, Datuk Dr Che Rozmey Che Din menerusi pencetusan fenomena label dRG dalam usaha mempertingkatkan bidang bisnes yang diceburi.

Kejayaan yang dirangkul ini adalah hasil daripada usaha dengan sifat semulajadi dan teristimewa yang terdapat pada pemilik nama dRG itu sendiri yang menghasilkan pelbagai fenomena kepada rakyat Malaysia.

Sikap prihatin yang ditonjolkan oleh Datuk Dr Che Rozmey sejak dari awal penglibatannya dalam bidang perniagaan telah membuka mata pengguna di negara ini bahawa beliau merupakan usahawan muslim yang patut dicontohi oleh usahawan di luar sana.

Beliau juga menanam visi untuk menjadi seorang billionaire yang disegani dan juga diteladani oleh masyarakat mengenai kejayaan yang dihasilkan.

Oleh itu, perkara sebegini merupakan sesuatu perkara yang mendatangkan kebaikan yang bukan sahaja untuk kepentingan syarikat malahan untuk mereka juga yang berada di bawah naungan dR Rozmey.

DSC_0106 DDR INFAK BINA PONDOK DI YAMAN(0)

“ Selesai sahaja menunaikan ibadah Umrah, kita akan bergerak ke Yaman untuk bertemu dengan bapa pewaris Nabi, Habib Ahmed Al-Haddar bagi urusan membina pondok di sana,” kata Datuk Dr Che Rozmey Che Din.

Presiden dR Rozmey Group (dRG) turut berkata pembinaan pondok terbabit adalah bertujuan membantu pelajar-pelajar di Yaman untuk mendapat kemudahan belajar yang lebih selesa dan lengkap.

Menurutnya, lawatan beliau ke sana juga bagi melawat tapak pembinaan dan mengenalpasti keperluan bagi kelengkapan pondok itu.

“ Kita sudah mengenalpasti sebidang tanah bagi membina pondok terbabit dan lawatan kali ini bagi melawat tapak pembinaan dan juga berbincang dengan keluarga Habib mengenai beberapa perkara.

“ Kita juga telah bersetuju untuk mendapatkan khidmat bapa Habib sebagai tenaga pengajar bagi mengajar pelajar di sana,” ujarnya lagi.

Katanya, di kesempatan itu beliau tidak melepaskan peluang menziarahi Habib Umar yang berada lebih kurang 500 meter (m) dari tapak pembinaan pondok terbabit.

 

34 TINGKATKAN KUALITI KESIHATAN DENGAN PRODUK dRG(0)

“ Produk keluaran dR Rozmey Group (dRG) adalah produk yang terbaik dan memberikan impak positif terhadap permasalahan penyakit yang dihadapi oleh pengguna,” ujar Datuk Dr Che Rozmey Che Din ketika ditemui.

Seluruh rakyat Malaysia sudahpun mengetahui keajaiban produk yang dihasilkan oleh pemiliknya sendiri yang tenyata ianya memberikan keberkesanan yang ketara tanpa mewujudkan sebarang risiko terhadap penggunanya.

Presiden dRG, Datuk Dr Che Rozmey berkata, dRG terkenal dengan produk kesihatan yang telah memberikan kesan yang amat memberangsangkan iaitu Jus Mate 5 (JM5) dalam membantu pengguna yang mempunyai masalah berlebihan berat badan atau obesiti.

“Antara produk dRG lain yang dianggap mujarab selain daripada JM5 ialah seperti  dR101 membantu kecerdasan minda , dR-II produk perawatan dan penjagaan kulit, dR Betes berfungsi merawat masalah diabetes, Doc-K merawat sakit sendi,  dR Silky memberikan bentuk tubuh badan yang ideal dan kulit yang cantik,” katanya.

Manakala , Espresso xy  produk khusus untuk lelaki, Gain-5 membantu penambahan berat badan, dRQ10 merawat masalah lemah jantung dan stroke, dR8 produk penjagaan dan perawatan mata serta dR-Hepar berfungsi merawat masalah hati.

“Hanya ramuan yang terpilih iaitu berasaskan herba dan vitamin sahaja digunakan untuk menghasilkan kesemua produk dRG yang telah banyak membantu pengguna merawat pelbagai penyakit.

“ Produk yang mudah dan selamat adalah produk terbaik formuasi masa kini untuk pengguna produk dRG tanpa memberikan sebarang kesan sampingan,” ujarnya lagi.

DSC_0067 DDR TUNAI UMRAH BERSAMA PEWARIS NABI(0)

Presiden dR Rozmey Group (dRG), Datuk Dr Che Rozmey Che Din bakal menunaikan ibadah Umrah bersama keturunan Rasulullah iaitu Habib Ahmed Al Haddar dan Mudir Maahad Tahfiz Al-Munir, Bukit Pinang, Syed Zainal Abidin.

Menurutnya, ibadah Umrah itu dijangkakan pada pertengahan Jun nanti dan akan berlepas ke Madinah untuk bertemu dengan Habib Ahmed serta keluarga.

“ Syukur alhamdulillah, saya terpilih bagi menunaikan Umrah pada kali ini bersama pewaris Nabi bagi generasi yang ke 36 dan dapat mengunjungi makam Rasulullah.

“ Walaupun sebelum ini sering menunaikan Umrah tetapi kali ini dirasakan sesuatu yang berbeza dan sangat besar nikmatnya kerana dapat beribadat bersama pewaris Nabi berbanding berseorangan sebelum ini.

“ Diharapkan, ibadah kali ini lebih diberkati Allah s.w.t dan semoga diberi peluang beribadah bersama beliau lagi di masa akan datang,” katanya ketika ditemui di pejabat dRG semalam.

logodrplaces LAYARI dR PLACES UNTUK RUANGAN IKLAN(0)

“ Medan pengiklanan percuma dR Places kini merupakan satu medium online yang menyediakan servis enjin carian berkenaan maklumat tempat-tempat penginapan, pelancongan dan sebagainya serta bisnes di seluruh dunia yang mampu mempromosikan produk serta jenama dR Rozmey sendiri melalui saluran media online,” kata Presiden dR Rozmey Group (dRG), Datuk Dr Che Rozmey Che Din.

Penubuhan enjin carian dR Places menerusi label dR Rozmey mampu memberikan perkhidmatan terbaik yang bertindak sebagai fungsi bagi mempromosikan barangan mahupun produk pelanggan.

Menurut Presiden dRG, pelan bisnes yang dicipta oleh beliau adalah bertujuan untuk memberikan peluang kepada pendatang ahli perniagaan baru untuk mencipta kejayaan melalui cara mereka tersendiri.

“Dengan penggunaannya yang sistematik ianya membolehkan pelanggan-pelanggan menggunakan ruangan dR Places untuk mempromosikan produk keluaran mereka secara percuma,” ujarnya.

Beliau berkata lagi, sistem dR Places merupakan suatu sistem pengiklanan yang berbeza daripada enjin carian lain kerana ianya lebih sistematik dan mempunyai kelebihan serta keunikannya tersendiri.

“ Kaedah yang mudah, cepat, menjimatkan modal dan tenaga membolehkan promosi yang dilakukan meliputi rangkaian seluruh dunia.

“ Selain itu, dR Places juga menyediakan integrasi Peta Dunia semasa, menyediakan ruang iklan percuma dan berbayar, menyediakan sistem penyelenggaraan akaun dan rekod pengiklanan.

“ Jadi, sekiranya anda berminat untuk mempromosikan segala barangan anda, anda hanya perlu melayari dan mendaftar di http://www.drplaces.com/ segala perincian maklumat pengiklanan boleh didapati di laman maya itu,” katanya lagi.

Contacts and information

Social networks

Most popular categories