banner

Berita back to homepage

TINGKATKAN KUALITI KESIHATAN DENGAN PRODUK dRG(0)

“ Produk keluaran dR Rozmey Group (dRG) adalah produk yang terbaik dan memberikan impak positif terhadap permasalahan penyakit yang dihadapi oleh pengguna,” ujar Datuk Dr Che Rozmey Che Din ketika ditemui.

Seluruh rakyat Malaysia sudahpun mengetahui keajaiban produk yang dihasilkan oleh pemiliknya sendiri yang tenyata ianya memberikan keberkesanan yang ketara tanpa mewujudkan sebarang risiko terhadap penggunanya.

Presiden dRG, Datuk Dr Che Rozmey berkata, dRG terkenal dengan produk kesihatan yang telah memberikan kesan yang amat memberangsangkan iaitu Jus Mate 5 (JM5) dalam membantu pengguna yang mempunyai masalah berlebihan berat badan atau obesiti.

“Antara produk dRG lain yang dianggap mujarab selain daripada JM5 ialah seperti  dR101 membantu kecerdasan minda , dR-II produk perawatan dan penjagaan kulit, dR Betes berfungsi merawat masalah diabetes, Doc-K merawat sakit sendi,  dR Silky memberikan bentuk tubuh badan yang ideal dan kulit yang cantik,” katanya.

Manakala , Espresso xy  produk khusus untuk lelaki, Gain-5 membantu penambahan berat badan, dRQ10 merawat masalah lemah jantung dan stroke, dR8 produk penjagaan dan perawatan mata serta dR-Hepar berfungsi merawat masalah hati.

“Hanya ramuan yang terpilih iaitu berasaskan herba dan vitamin sahaja digunakan untuk menghasilkan kesemua produk dRG yang telah banyak membantu pengguna merawat pelbagai penyakit.

“ Produk yang mudah dan selamat adalah produk terbaik formuasi masa kini untuk pengguna produk dRG tanpa memberikan sebarang kesan sampingan,” ujarnya lagi.

DDR TUNAI UMRAH BERSAMA PEWARIS NABI(0)

Presiden dR Rozmey Group (dRG), Datuk Dr Che Rozmey Che Din bakal menunaikan ibadah Umrah bersama keturunan Rasulullah iaitu Habib Ahmed Al Haddar dan Mudir Maahad Tahfiz Al-Munir, Bukit Pinang, Syed Zainal Abidin.

Menurutnya, ibadah Umrah itu dijangkakan pada pertengahan Jun nanti dan akan berlepas ke Madinah untuk bertemu dengan Habib Ahmed serta keluarga.

“ Syukur alhamdulillah, saya terpilih bagi menunaikan Umrah pada kali ini bersama pewaris Nabi bagi generasi yang ke 36 dan dapat mengunjungi makam Rasulullah.

“ Walaupun sebelum ini sering menunaikan Umrah tetapi kali ini dirasakan sesuatu yang berbeza dan sangat besar nikmatnya kerana dapat beribadat bersama pewaris Nabi berbanding berseorangan sebelum ini.

“ Diharapkan, ibadah kali ini lebih diberkati Allah s.w.t dan semoga diberi peluang beribadah bersama beliau lagi di masa akan datang,” katanya ketika ditemui di pejabat dRG semalam.

LAYARI dR PLACES UNTUK RUANGAN IKLAN(0)

“ Medan pengiklanan percuma dR Places kini merupakan satu medium online yang menyediakan servis enjin carian berkenaan maklumat tempat-tempat penginapan, pelancongan dan sebagainya serta bisnes di seluruh dunia yang mampu mempromosikan produk serta jenama dR Rozmey sendiri melalui saluran media online,” kata Presiden dR Rozmey Group (dRG), Datuk Dr Che Rozmey Che Din.

Penubuhan enjin carian dR Places menerusi label dR Rozmey mampu memberikan perkhidmatan terbaik yang bertindak sebagai fungsi bagi mempromosikan barangan mahupun produk pelanggan.

Menurut Presiden dRG, pelan bisnes yang dicipta oleh beliau adalah bertujuan untuk memberikan peluang kepada pendatang ahli perniagaan baru untuk mencipta kejayaan melalui cara mereka tersendiri.

“Dengan penggunaannya yang sistematik ianya membolehkan pelanggan-pelanggan menggunakan ruangan dR Places untuk mempromosikan produk keluaran mereka secara percuma,” ujarnya.

Beliau berkata lagi, sistem dR Places merupakan suatu sistem pengiklanan yang berbeza daripada enjin carian lain kerana ianya lebih sistematik dan mempunyai kelebihan serta keunikannya tersendiri.

“ Kaedah yang mudah, cepat, menjimatkan modal dan tenaga membolehkan promosi yang dilakukan meliputi rangkaian seluruh dunia.

“ Selain itu, dR Places juga menyediakan integrasi Peta Dunia semasa, menyediakan ruang iklan percuma dan berbayar, menyediakan sistem penyelenggaraan akaun dan rekod pengiklanan.

“ Jadi, sekiranya anda berminat untuk mempromosikan segala barangan anda, anda hanya perlu melayari dan mendaftar di http://www.drplaces.com/ segala perincian maklumat pengiklanan boleh didapati di laman maya itu,” katanya lagi.

TEKAD KURUSKAN BADAN UNTUK MAJLIS PERKAHWINAN(0)

“ Saya mengalami masalah berat badan berlebihan sejak dari kecil lagi malah semua produk pengurusan badan di pasaran saya pernah cuba tetapi tetap tidak berhasil.

“ Saya nekad untuk mencuba Jus Mate 5 keluaran dR Rozmey Group (dRG) sebagai jalan terakhir untuk menurunkan berat badan kerana terlalu runsing memikirkan hari perkahwinan saya yang bakal tiba tidak lama lagi dan bimbang baju perkahwinan tidak mempunyai saiz yang sesuai untuk saya,” kata Rabiatul Adawiyah.

Rabiatul Adawiyah, 25, berkata selepas mengamalkan enam kotak produk JM5, dia merasai perubahan berlaku apabila berat badannya semakin berkurangan.

Menurutnya, dia sangat gembira apabila berat badannya mampu turun kepada 50 kilogram (kg) daripada berat asal iaitu 95kg dalam tempoh lebih empat bulan sahaja, malah ramai yang menyangka dia masih belum berkahwin kerana kelihatan muda dan berpenampilan menarik.

“ Semasa mengamalkan JM5, saya tetap dapat menikmati nasi ayam penyet yang merupakan makanan kegemaran saya sebanyak empat kali seminggu tetapi turut mengikuti saranan diet seperti yang disyorkan dRG dengan mengawal jumlah kalori yang tidak melebihi 800 sehari.

“ Saya sangat berterima kasih kepada Presiden dRG, Datuk Dr Che Rozmey kerana telah berjaya menghasilkan produk diet yang sangat terbaik ini dan kejayaan ini adalah kerana produk JM5 berbeza dari produk pasaran di luar yang pernah saya cuba,” katanya.

 

 

 

 

ACARA SUKAN DITUNDA BERIKUTAN PRU 13(0)

Beberapa lagi acara sukan yang sepatutnya berlangsung pada hujung bulan ini dan Mei depan ditunda untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), 5 Mei ini.

Kejohanan badminton Grand Prix Emas Terbuka Malaysia yang dijadual berlangsung di Stadium Juara, Bukit Kiara dari 30 April hingga 4 Mei tunda ke satu tarikh yang belum dikenal pasti.

Pekara itu disahkan oleh Setiausaha Kehormat Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Ng Chin Chai yang mengakui pindaan tarikh dilakukan untuk membolehkan pemain dan penyokong tempatan mengundi pada 5 Mei.

Terdahulu, Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) menunda pusingan pembukaan Siri Super Dunia yang dijadual berlangsung di Seremban dari 16-19 Mei.

Badan sepak takraw dunia itu memilih Malaysia untuk menganjurkan dua peringkat dalam kalendar Siri Super Dunia 2013, di mana kejohanan pembuka tirai dijadual berlangsung di Negeri Sembilan, diikuti peringkat keempat dan terakhir di Kota Kinabalu pada 31 Oktober hingga 3 November.

“Oleh kerana keadaan yang tidak dijangka, kami akan menjadualkan semula tempat dan tarikh Siri Super ISTAF 2013.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Persatuan sepak takraw Malaysia (PSM) kerana memahami perkara ini. Kami akan mengumumkan tarikh peringkat di Malaysia dalam masa terdekat,” kata Setiausaha Agung ISTAF, Datuk Abdul Halim Kader.

Presiden PSM Datuk Ahmad Ismail mengalu-alukan keputusan ISTAF menukar jadual untuk memberi laluan kepada PRU-13.

DDR JALIN KERJASAMA BERSAMA PENGASIH(0)

Presiden dR Rozmey Group (dRG), Datuk Dr Che Rozmey Che Din meletakkan harapan tinggi melalui Program Jalinan Kerjasama Bersama Pengasih untuk membantu penghuni rumah Pengasih dengan memberi produk percuma bagi membantu meningkatkan kualiti kesihatan mereka.

Mengulas lanjut berkenaan program itu, Datuk Che Rozmey menyatakan jalinan kerjasama terbabit adalah kerana beliau terpanggil bagi membantu penghuni rumah berkenaan kerana yakin dapat menyuntik semangat baru buat mereka setelah mendapat hasil positif kesan penggunaan produk kesihatan dRG.

“ Kita bersetuju memberi produk percuma kepada penghuni Pengasih ini iaitu produk dRQ10, dR-H dan Gain 5 atas rasa keprihatinan dan tanggungjawab sosial.

“ Sebagai usahawan muslim berjaya yang menghasilkan sendiri produk-produk kesihatan berkualiti kita terpanggil untuk membantu golongan seperti mereka ini kerana yakin dengan bantuan produk kesihatan dapat meningkatkan tahap kesihatan mereka seterusnya memberi semangat baru untuk mereka meneruskan kehidupan seperti masyarakat lain,” katanya.

Menurutnya, sepanjang program yang berlangsung selama tiga bulan ini, peserta akan dipantau oleh staff dRG bagi mengikuti perkembangan kesihatan mereka dan beliau turut berharap program ini bakal memberikan keputusan terbaik untuk kedua belah pihak.

“ Kita berharap peserta terbabit akan mendapat hasil yang positif setelah menggunakan produk dRG dan dapat kita tampilkan mereka sebagai testimoni syarikat supaya dapat dikongsikan dengan orang luar atau mereka yang mempunyai masalah sama,” ujarnya lagi.

SALAM TAKZIAH UNTUK KELUARGA MANGSA KEMALANGAN DI LEBUHRAYA PERSEKUTUAN(0)

SALAM TAKZIAH diucapkan kepada keluarga lima mangsa yang terbunuh dalam  kemalangan di Kilometer 10, Lebuhraya Persekutuan menghala Klang awal pagi semalam.

Dalam kemalangan jam tiga pagi itu, mangsa yang terbabit ialah penunggang dan pembonceng motosikal, Mohd Faridzuan  Mohd Aziz, 21, Amirul Afiq Zainuddin,22, Syahmie Farid izzat Samsudin, 21, pemandu kereta yang terbabas, Lee Wilson, 2, dan penumpang kereta BMW yang berhenti ditempat kejadian dipercayai mahu memberi bantuan, M Kalaycheven,50.

Kemalangan itu dipercayai berpunca daripada kereta Honda City yang terbabas lalu merempuh kumpulan remaja bermotosikal yang berhenti dilorong kecemasan bagi membantu rakan mangsa yang mengalami masalah kerosakan motosikal.

Semoga keluarga mangsa tabah menghadapai  ujian ini dan terima kasih kepada orang ramai yang membantu dan memberi pertolongan kepada mangsa lain yang turut terbabit dalam kemalangan berkenaan.

 

 

 

1 JUTA LAYARI dR ROZMEY CHANNEL(0)

dR ROZMEY GROUP terus mencipta sejarah  di Malaysia apabila lebih Lebih 1.2  pengunjung sudah melayari  paparan video  Youtube dalam dR Rozmey Channel.

Perkembangan ini adalah  satu kejayaan yang luar biasa apabila lebih 2000 video yang dihasilkan sendiri oleh Unit ICT, dRG berjaya menarik perhatian perhatian pengguna dari seluruh dunia untuk melihat aktiviti yang terdapat pada video terbabit.

Presiden dRG, Datuk Dr Che Rozmey Che Din berkata, fenomena yang berlaku  itu adalah hasil komitmennya dalam membangunkan platrorm ICT sebagai pemacu untuk perkembangan perniagaannya.

Beliau berkata,  media sosial termasuk You Tube menjadi medium utama untuk pangguna  mendapatkan maklumat terkini dan sumber pengiklanan  terbaik dan terpantas untuk memasarkan idea bisnes.

“Kita akan terus memberi fokus kepada pembangunan platform ICT dan pemasaran secara terus atau online yang kini menjadi trend baru dalam strategi pemasaran” katanya.

 

 

 

CAPAI CITA-CITA DENGAN dR101(0)

“ Alhamdulillah, sekali lagi anak lelaki saya mencipta sejarah setelah berjaya dalam peperiksaan besar iaitu penentuan untuk melayakkan diri ke German.

“ Mohd Tasyriq Zamri, 20, sekali lagi membanggakan saya dengan kejayaannya ini seperti kejayaan  11A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang pernah dikecapinya beberapa tahun lalu,” kata Marziah Mamat.

Marziah, 41, berkata, sebelum ini anaknya kerap mengalami tekanan apabila ingin membuat persediaan bagi menjawab peperiksaan penentuan ini kerana bimbang gagal.

Katanya, bimbang emosi anaknya terus diganggu, dia menyarankan Mohd Tasyriq supaya tidak berhenti daripada mengamalkan produk dR101 untuk memberikan keyakinan padanya.

“ Berkat usaha dan bantuan dR101 yang banyak membantunya menghilangkan tekanan dan membuatkan dirinya tenang semasa menghadapi peperiksaan berkenaan, anak saya akhirnya berjaya dalam peperiksaan besar terbabit dan sekarang telah melanjutkan pelajarannya di Universitat Regensburg German dalam bidang kejuruteraan,” ujarnya lagi.

Marziah yang juga pengedar aktif dRG berkata, anak ketiga daripada empat beradik itu masih mengamalkan produk dR101 menerusi pengambilan satu sachet sehari bagi membantu kecerdasan minda semasa mengikuti pelajaran di German.

JALINAN KERJASAMA BERSAMA PENGASIH(0)

Program Kerjasama Bersama Pengasih antara dR Rozmey Group (dRG) dan Persatuan Pengasih Malaysia terjalin atas keprihatinan Presiden dRG, Datuk Dr Che Rozmey Che Din untuk memberi produk percuma kepada penghuni rumah itu.

Pengasih merupakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah menempatkan seramai 20 peserta yang bakal menggunakan produk kesihatan dRG.

Program ini bakal berlangsung selama tiga bulan bermula awal Mei depan setelah dipersetujui menerusi perjumpaan kali ketiga baru-baru ini.

Produk kesihatan dRG yang akan diguna oleh peserta Pengasih adalah produk dR-H, dRQ10 dan Gain 5.

Presiden Pengasih, Datuk Mohd Yunus Pathi ketika ditemui menyatakan jalinan kerjasama ini adalah hasil pertemuan bersama Datuk Dr Che Rozmey pada awal tahun ini.

“ Pertemuan bersama presiden dRG ini memberikan satu kerjasama yang diharapkan bakal memberi kesan positif di antara kedua pihak.

“ Kita sangat berbesar hati menerima kerjasama ini dengan harapan program ini bakal berjalan dengan lancar dan jayanya serta berharap peserta Pengasih akan mendapat kesan positif hasil penggunaan produk kesihatan terbaik di Malaysia,” katanya.

Contacts and information

Social networks

Most popular categories