banner

Berita back to homepage

PERLUASKAN EMPAYAR BISNES MENERUSI PLATFORM ICT(0)

“Era globalisasi hari ini merupakan dunia yang terdedah terhadap kecanggihan teknologi maklumat yang berperanan penting untuk mendapatkan maklumat dengan lebih pantas,” ujar Datuk Dr Che Rozmey Che Din ketika ditemui.

Jadi, dengan segala kepentingan teknologi maklumat yang ada, Presiden dR Rozmey Group (dRG) telah memanfaatkan sepenuhnya tentang kemudahan ICT dalam melancarkan bisnes secara online.

Menurut beliau, bisnes online mampu mencapai sasaran jualan berbilion ringgit sebulan jika ianya dikembangkan mengikut acuan dR Rozmey demi membangunkan dRG untuk berdiri lebih kukuh dan bertambah maju dari sebelumnya.

Beliau berkata lagi, bisnes secara online yang dihasilkan oleh beliau adalah bertujuan untuk memudahkan pengedar berurusan dengan pihak dRG hanya dari rumah bagi mendapatkan produk-produk dR Rozmey Group,” katanya.

“Jadi, berpandukan acuan dR Rozmey menerusi bisnes secara online yang dilancarkan dilihat ianya mampu memberikan segala maklumat yang dingini dengan cepat dan pantas.

“Selain itu, ianya juga dapat melahirkan usahawan yang berjaya dari rumah dan menambahkan bilangan pengguna sekaligus menjadikan dRG sebuah organisasi contoh terhadap organisasi lain ,” ujarnya lagi.

REBUT PELUANG BISNES dRG(0)

Organisasi gergasi dR Rozmey Group (dRG) kini tampak semakin maju dan popular di seluruh Malaysia akibat daripada fenomena yang telah dicetuskan oleh pemiliknya sendiri iaitu Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR).
Ini adalah kerana label dR Rozmey yang menjadi kegilaan golongan ahli perniagaan dan keberkesanan serta keajaiban produknya yang begitu mujarab memberikan kesan yang amat positif terhadap pengguna.
Menurut presiden dRG, pengguna bukan sahaja memperoleh manfaat kesihatan hasil penggunaan produk malahan boleh mengambil peluang tersebut untuk menyertai perniagaan dRG dengan menggunakan konsep ‘Guna Dulu Baru Jual’ yang diperkenalkan DDR.
“ Kita telah membuktikan bahawa perniagaan dRG ini menjanjikan pendapatan yang lumayan kepada usahawan-usahawan aktif lama termasuk yang baru bergiat dalam menjual produk kesihatan dRG apabila mereka berjaya memperoleh pendapatan sehingga lima angka sebulan.
“ Pengguna hanya perlu mempraktikkan konsep ‘Guna Dulu Baru Jual’ iaitu bermula sebagai pengguna yang mempunyai pelbagai masalah kesihatan, kemudian setelah sembuh dari masalah penyakit terbabit mereka boleh tampil sebagai testimoni dengan berkongsi pengalaman kepada masyarakat seterusnya boleh menjual produk kepada pengguna baru yang berminat.
“ Kita sentiasa mengalu-alukan orang ramai yang berminat menyertai perniagaan dRG ini, hanya perlu menjadi ahli dengan pembelian tiga kotak produk berharga RM480, mereka boleh aktif sebagai usahawan dRG,” katanya ketika ditemui di ibu pejabat dRG semalam.

 

JUALAN AMAL BANTU PALESTIN(0)

Satu jualan amal bagi mengisi Tabung Gaza dR Rozmey Group (dRG) telah diadakan melalui Yayasan dR Rozmey.

Pemilik label dRG, Datuk Dr Che Rozmey Che Din berkata, jualan amal ini telah dijalankan sejak pelancaran Misi Membina Semula Gaza yang bertujuan menggerakkan tabung Gaza untuk mengumpul dana bagi membantu mangsa Palestin akibat kekejaman rejim Zionis.

“ Kita memilih untuk mengadakan satu jualan amal bagi mengisi tabung Gaza yang telah dilancarkan Mac lalu dan kita yakin jualan amal ini akan mendapat sambutan dari orang ramai yang berminat dengan cenderahati khas dari Yayasan dR Rozmey.

“ Semoga dengan sikap prihatin masyarakat terhadap penderitaan rakyat Palestin ini, kita dapat membantu membina semula negara mereka yang musnah,” katanya.

Menurutnya, cenderahati yang boleh didapati daripada jualan amal ini adalah T-shirt, Mug, Key-chain dan Pen khas dari Yayasan dR Rozmey.

Bagi yang berminat untuk membantu menjayakan jualan amal ini boleh menghubungi terus ke ibu pejabat dRG di talian 04-9178026 / 04-9174366 untuk pertanyaan lanjut.

PRODUK dRG TERUS MENDAPAT SAMBUTAN LUAR BIASA(0)

Sebelas produk kesihatan keluaran dR Rozmey Group (dRG) yang diformulasikan sendiri oleh presidennya, Datuk Dr Che Rozmey Che Din sentiasa mendapat sambutan luar biasa oleh pengguna yang mempercayai keberkesanan produk dRG sejak perniagaan ini di awal operasi.

Ini terbukti apabila peningkatan jumlah penjualan produk-produk yang dihasilkan setiap bulan menerusi aktiviti promosi dan pengiklanan yang sentiasa dilihat pengguna samada di kaca televisyen mahupun di dada akhbar.

Mengulas mengenai fenomena yang berlaku itu, Datuk Dr Che Rozmey berkata keyakinan pengguna adalah disebabkan oleh kejayaan produk dRG menghasil testimoni pengguna yang terbaik.

Beliau berkata pendedahan dalam akhbar Harian Metro mengenai kejayaan testimoni setiap hari turut memberi impak besar kepada keyakinan pengguna terhadap produk dRG.

“ Keberkesanannya sudah ternyata jelas ditunjukkan menerusi testimoni-testimoni yang menggunakan produk keluaran dRG ini yang kembali pulih seperti sedia kala.

“ Selain itu, kebaikan sampingan juga diperolehi oleh mereka (testimoni) selepas menggunakan produk yang dianggap berkualiti dan mujarab.

“ Syukur kepada Allah kerana dengan izin dan rahmatNya, produk ini mampu memberi ganjaran kesihatan yang baik kepada pengguna, terima kasih kepada semua yang terus memberi sokongan kepada bisnes dRG,” katanya ketika ditemui di pejabat dRG semalam.

DANA UNTUKMU ROSNANI MENDAPAT PERHATIAN RAMAI(0)

Dana Untukmu Rosnani yang dilancarkan di bawah Yayasan dR Rozmey bagi menampung kos pembedahan kosmetik Rosnani Hussin, 47, yang menjadi mangsa simbah asid dalam kejadian samun dua tahun lalu mendapat perhatian masyarakat yang prihatin dengan keadaannya.

Sejak dilancarkan pada Mac lalu, hasil kutipan dana yang diperoleh daripada tabung beliau telah berjaya mengumpul kutipan sebanyak lebih RM12,000 sehingga kini.

Dana yang berjaya dikumpul atas keprihatinan rakyat Malaysia itu telah membolehkan Rosnani membuat rawatan pertama beliau dalam tarikh yang akan ditetapkan.

Menurutnya, dia tidak menjangka dapat mengumpul wang sejumlah itu hanya dalam masa lebih satu bulan atas sikap prihatin rakyat Malaysia terhadap musibah yang dtimpanya serta melahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada Presiden dR Rozmey Group (dRG), Datuk Dr Che Rozmey Che Din termasuk semua rakyat Malaysia yang telah membantu.

“ Syukur alhamdulillah, saya sangat terharu dengan sambutan yang diberikan melalui tabung ini atas sikap prihatin masyarakat dan tidak menjangkakan dapat mengumpul wang sebanyak itu.

“ Terima kasih saya ucapkan kepada Datuk Che Rozmey dan semua yang membantu, hasil dari kutipan ini saya dapat menjalankan pembedahan yang pertama akan datang nanti,” katanya ketika dihubungi dari ibu pejabat dRG.

Sementara itu, presiden dRG berkata, dana ini bertujuan untuk membantu Rosnani memulihkan wajah selain membolehkan keadaannya pulih daripada penyakit.

“ Pembedahan yang akan dikendali Prof. Dr. Ahmad Shukri itu diharap dapat membantu Rosnani kembali bernafas dan makan seperti biasa, kos yang diperlukan ialah sekitar RM60,000,” katanya.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun CIMB bernombor 0203-1331-1655-25 atas nama Rusnani Hussin atau boleh juga mengunjunginya di alamat No 3830, Jalan Inang, Taman Ria Jaya, Sungai Petani.

KEAJAIBAN PRODUK DR-II(0)

“ Saya disahkan menghidap masalah kulit iaitu ekzema, malah tidak boleh memakan makanan laut atau telur yang boleh menyebabkan gatal di badan bertambah teruk.

“ Sejak menggunakan produk dR-II keluaran dR Rozmey Group (dRG), kulit badan saya kini semakin halus malah tidak lagi mengalami masalah alahan,” kata Adibah Mohd Noor yang berasal dari Johor.

Kata pelajar berusia 25 tahun ini, dia pernah mencuba pelbagai cara untuk mengurangkan masalah kulit yang dialaminya kerana tidak tahan gatal, terutama pada waktu malam, tetapi tiada perubahan.

Menurutnya, setelah melayari Internet dan berbual dengan pengedar aktif dRG iaitu Za Zauyah untuk bertanyakan produk sesuai bagi merawat masalahnya kerana pernah terbaca dalam Internet mengenai produk keluaran dRG dan Zauyah mengesyorkan dia menggunakan produk dR-II untuk mengurangkan kegatalan di seluruh badan, malah memberitahu produk itu juga mampu menghilangkan parut serta biji halus akibat gatal.

Adibah berkata, walaupun sudah lama berhenti mengambil produk dR-II, masalah gatal di badannya tidak kembali malah kulit wajahnya semakin cerah dan dia sangat berpuas hati dengan produk dRG itu.

PENGGUNA MASIH ADA PELUANG(0)

Peluang untuk pengguna merebut hadiah utama berupa sebuah kereta mewah BMW 3 siri dengan menyertai Peraduan Beli dan Menang anjuran dR Rozmey Group (dRG) kini hanya tinggal lebih dua bulan sahaja lagi.

Presiden dRG, Datuk Dr Che Rozmey Che Din berkata, peraduan yang dilancarkan pada Ogos tahun lalu mendapat sambutan hebat dari kalangan pengguna yang tidak melepaskan peluang untuk merebut hadiah utama termasuk sebuah kereta Myvi, sebuah motosikal berkuasa tinggi Kawasaki, tiga buah motosikal Yamaha LC, dan tiga pakej Umrah dan Ziarah.

“ Semua penyertaan yang diterima setakat ini telah melebihi 200,000 kupon sejak penyertaan mula dibuka Ogos tahun lalu sehingga Mac lalu dan ini membuktikan sambutan yang diterima di kalangan pengguna begitu menggalakkan.

“ Pengguna masih berpeluang untuk merebut hadiah utama kerana tinggal lebih dua bulan sahaja untuk mereka menyertai Peraduan Beli dan Menang ini dan kita akan mengadakan cabutan pada Julai 2013 akan datang,” katanya.

Menurutnya, pengguna yang berminat boleh membeli tiga kotak produk dRG dan perlu mengisi borang penyertaan yang disertakan bersama ketika pembelian di ibu pejabat dRG atau pembelian secara pos.

DDR BANTU REMAJA BERBANGSA CINA CAPAI BERAT BADAN IDAMAN(0)

Keinginan memiliki berat badan idaman telah mendorong seorang remaja, Chah Ai Ling, untuk menjejakkan kaki ibu pejabat dR Rozmey Group (dRG), Jitra bagi bertemu Presiden dRG Datuk Dr Che Rozmey Che Din.

Pertemuan tersebut telah mendapat perhatian Datuk Dr Che Rozmey apabila beliau bersetuju untuk membantu remaja berbangsa Cina itu  yang mempunyai berat badan 116.5 kilogram (kg) dengan memberi penajaan produk Jus Mate 5 (JM5).

Beliau berharap dengan bantuan produk pelangsingan badan JM5, masalah obesiti yang dialami Ai Ling akan dapat diselesaikan dalam tempoh tertentu dengan syarat remaja itu perlu mengikut diet saranan seperti yang telah disediakan oleh dRG.

“ Ribuan pengguna yang mempunyai masalah obesiti telah berjaya menurunkan berat badan mereka hasil daripada mengamalkan produk JM5 dan tiada yang mustahil sekiranya remaja ini mampu mendapatkan berat badan yang diidamkan.

“ Kita akan membantu Chah Ai Ling juga untuk mendapatkan berat badan seperti yang diimpikan dan kita yakin JM5 dapat membantu, kita juga akan sentiasa memantau perkembangannya dari masa ke semasa,” katanya.

Sementara itu, Chah Ai Ling ketika ditemui merasa  terharu dengan penajaan produk JM5 yang diberikan kepadanya secara percuma dan dia berjanji akan mengikuti pelan diet yang disyorkan untuk memastikan impian untuk menurunkan berat badan tercapai.

PELUANG KERJAYA DI dR ROZMEY GROUP(0)

dR Rozmey Group (dRG) menawarkan lebihbanyak peluang pekerjaan kepada mereka yang mempunyai kelayakan dalam pelbagai bidang yang ditawarkan.

Presiden dRG, Datuk Dr Che Rozmey Che Din mengalu-alukan orang ramai yang berminat untuk menjadi warga dRG  khususnya bagi pelajar lepasan SPM dan graduan daripada IPTA/IPTS untuk merebut peluang kerjaya yang ditawarkan ini.

“ Kita sangat mengalu-alukan mereka yang berminat untuk menjadi warga dRG dan kepada orang ramai yang masih lagi tercari-cari pekerjaan, di sini kita menyediakan platform untuk mereka mencipta kerjaya dalam bidang yang ditawarkan berdasarkan kelayakan mereka.

“Antara peluang kerjaya yang ditawarkan termasuk di Herba Prima Manufacturing adalah seperti Pengurus Pentadbiran, Ahli Kimia, Teknologi Makanan, Pegawai Akaun, Programmer (PHP), Programmer (VB), Pereka Grafik & Animasi dan lain-lain,” katanya.

Datuk Che Rozmey berkata, kepada sesiapa yang berminat boleh menghantar maklumat peribadi lengkap melalui emel hr@herbaprima.com.my atau hubungi bahagian sumber manusia 04-9178144 atau pos ke alamat

Bahagian Sumber Manusia,

Herba Prima Marketing,

Lot 70, Bandar Darulaman Jaya,

06000 Jitra, Kedah

DDR TAJA KANAK-KANAK DERITA PENYAKIT KULIT SERIUS(0)

Penderitaan seorang kanak-kanak yang berusia enam tahun dari Kampung Siput, Baling, Kedah yang mengidap penyakit kulit  mendapat perhatian daripada Presiden dR Rozmey Group (dRG), Datuk Dr Che Rozmey Che Din semalam.

ddr menaja produk dR11 kepada adik Muhammad Irsyad Azizan,6, yang menderita penyakit kulit serius.

Adik Mohammad Irsyad Azizan yang menderita penyakit kulit sejak berusia enam bulan jelas begitu gembira bersama keluarganya apabila berpeluang untuk bertemu dan mendapat penajaan produk perawatan kulit, dR11.

Seluruh anggota badannya termasuk di bahagian kepala dan kaki dipenuhi dengan kulit yang kering seperti bersisik dan keadaan itu begitu mengganggu kehidupan harian kanak-kanak berkenaan.

Datuk Dr Che Rozmey berkata selepas melihat keadaan adik Mohammad Irsyad yang menderita sejenis penyakit kulit yang serius, kanak-kanak itu disyorkan untuk menggunakan produk perawatan kulit dR11.

“Kita terharu dengan kesanggupan keluarga adik Mohammad Irsyad yang sanggup datang dari jauh semata-mata untuk mendapat khidmat nasihat dan keinginan untuk mencuba produk dRG”

“Sebagai tanda penghargaan, kita memberi produk dR11 secara percuma untuk adik ini mencuba selama 10 hari mengikut sukatan yang ditetapkan. Moga keadaan kesihatan adik ini akan cepat sembuh dengan izin Yang Maha Kuasa,” katanya ketika ditemui di ibu pejabat dRG, semalam.

tangan adik Mohammad Irsyad yang menderita penyakit kulit.

Contacts and information

Social networks

Most popular categories