banner

Berita back to homepage

RABBANI GUNA PRODUK dR ROZMEY GROUP(0)

dR ROZMEY GROUP (dRG) menerima kunjungan istimewa daripada kumpulan nasyid terkenal negara iaitu Rabbani  yang berkunjung ke ibu pejabat dRG di Jitra bertujuan untuk mengenali dengan lebih mendalam berkenaan perniagaan produk kesihatan dRG.

Kunjungan kumpulan berkenaan adalah  hasil kesinambungan daripada Konsert Prelude Rebuild Gaza For A Nation di Stadium Darulaman lalu yang  telah berjaya menarik minat mereka  untuk mencuba produk  kesihatan keluaran dRG.

Kehadiran kumpulan nasyid popular itu diketuai oleh Pengarah Urusan Rabbani Production, Ustaz Mohd Asri Ubaidullah, Ustaz Nazrul Azhar Tumari @ Tamrin, Ustaz Azadan Abdul Aziz, Ustaz Mohammad Rithauddeen  Yaakob, Ustaz Muhammad Loqman Abdul Aziz, Ustaz Mohamad Afandi  Shahbudin, Ustaz Zulkiflee  Azman, Ustaz Ahmad Shafie termasuk krew Rabbani Production iaitu Ismail Kasim dan Muhamad Jamil Shamsudin.

Dalam pertemuan selama satu jam itu, pihak pengurusan syarikat telah memberi taklimat ringkas mengenai latar belakang syarikat dan pengetahuan produk kepada kumpulan berkenaan yang begitu teruja untuk menggunakan produk dRG

Pengarah Urusan, Rafidah Radzi amat berbesar hati menerima kunjungan itu  dan menghargai kepercayaan daripada kumpulan Rabbani  kerana berminat untuk mencuba keberkesanan produk dRG.

“Kita sangat berbangga kerana kumpulan nasyid terkenal juga menyedari tentang khasiat produk kesihatan keluaran dRG dan kita percaya mereka juga akan mengalami transformasi kesihatan hasil daripada penggunaan produk dRG seperti testimoni kita yang telah berjaya,” katanya selepas menyerahkan produk kepada anggota Rabbani.

Daripada sepuluh anggota kumpulan Rabbani, seramai tujuh orang telah memilih untuk menggunakan produk Jus Mate 5 iaitu produk khusus untuk pelangsingan badan manakala dua lagi  menggunakan produk Espresso XY, produk khusus untuk menambah stamina lelaki dan seorang daripadanya memilih menggunakan produk Doc-K iaitu produk perawatan urat dan sendi.

FORUM KEUSAHAWANAN MUSLIM(2)

Forum Keusahawanan Muslim yang diadakan pada 28 Mac 2013, bertempat di Perkarangan Stadium Darulaman, Alor Setar sempena Karnival Bandaraya Sejahtera telah menjemput Presiden dR Rozmey Group yang juga penaja utama Konsert Prelude Rebuild Gaza iaitu Datuk Dr Che Rozmey Che Din sebagai tetamu khas untuk berkongsi rahsia kejayaan beliau sebagai usahawan muslim berjaya.

Pelbagai tips yang telah dikongsi oleh beliau sepanjang forum tersebut berlangsung. Beliau berkata, perkara utama yang perlu ada bagi setiap usahawan adalah, jaminan dan keberanian.

“Sebagai usahawan, kita perlu pastikan ada jaminan kepada pengguna, peribadi dan Allah. Jaga hak pengguna, sekiranya pengguna mendapat jaminan daripada keberkesanan produk dan produk kita selamat digunakan, pasti pengguna akan lebih yakin dengan perniagaan kita. Nawaitu kita kepada Allah juga perlu dihisab semula, setiap perniagaan ada jatuh dan bangun. Jika jatuh, perlu bangun semula dan istiqomah serta tunaikan suruhanNya”, katanya.

Selain itu, antara tips lain yang turut dikongsi untuk menjadi usahawan muslim berjaya adalah perlu menunaikan amalan-amalan sunat di samping tidak lalai dalam melaksanakan suruhanNya. Sebagai seorang usahawan juga, perlu bersedia dari segi ilmu, tubuh badan yang sihat, serta otak yang cerdas. Komitmen, fokus, matlamat kepakaran terhadap perniagaan juga merupakan aspek yang turut diberi penekanan bagi memastikan perniagaan yang diceburi dapat mencapai kejayaan luar biasa.

Antara amalan sunat yang sering diamalkan Datuk Dr Che Rozmey adalah solat dhuha, tahajud, bersedekah yang telah dijadikan amalan harian dalam kehidupan beliau.

 

 

 

 

 

 

 

PENAJA UTAMA KONSERT PRELUDE REBUILD GAZA DI ALOR SETAR(2)

dR Rozmey Group menjadi penaja utama bagi Konsert Prelude Rebuild Gaza For A Nation sempena Karnival Bandaraya Sejahtera di perkarangan Stadium Darulaman dari 21 Mac hingga 31 mac 2013.

Sebagai penaja utama bagi konsert itu, pendekatan konsert  hiburan secara islamik ditekankan selama 11 hari di mana barisan artis   yang ditampilkan seperti kumpulan nasyid Rabbani, Al Mawlid, Saujana, Nash dan Mawi.

Presiden, Datuk Dr Che Rozmey Che Din berkata selain itu program yang disusun juga mampu memberi impak kepada masyarakat khususya mereka yang hadir dalam program yang dirancang.

Beliau berkata, sebagai penaja utama, pihak syarikat turut menyusun  pelbagai program di pentas utama dan di khemah pameran dalam usaha untuk memeriahkan karnival berkenaan.

“Kita akan mengadakan forum usahawan muslim yang akan dikendalikan oleh seorang moderator dan saya sendiri akan menjadi tetamu pada forum itu untuk berkongsi pengalaman dan rahsia disebalik kejayaan luar biasa sebagai seorang muslim.

“Pihak dRG juga akan mengadakan program Gema Cinta Rasul  yang akan dihadiri oleh pewaris Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, Habib Ahmad Mohammed Al Haddar dari Yaman yang merupakan pewaris generasi ke 36′ katanya.

Beliau berharap orang ramai khususnya di negeri Kedah untuk hadir beramai-ramai ke karnival berkenaan dan dalam masa yang sama menderma untuk Tabung Bina Semula Gaza.

TABUNG GAZA dR ROZMEY GROUP(0)

YAYASAN  dR Rozmey melancarkan Tabung Gaza dR Rozmey Group  dalam misi membina semua Gaza melalui empat teras pejuangan iaitu penajaan anak syuhada dan yatim, pembangunan  perumahan dan infrastruktur, pembangunan masjid dan pembangunan hospital.
Melalui Tabung Gaza dRG itu, Presidennya,  Datuk Dr Che Rozmey Che Din komitet secara peribadi menyumbangkan RM10,000 setiap bulan untuk Tabung Gaza dRG dan komitmen itu sudah bermula pada Disember lalu.

Beliau berkata selain itu pihak turut menyumbang sebanyak  1 Peratus (%) jualan syarikat untuk dimasukkan dalam tabung berkenaan.

“Kita menjemput semua warga dRG termasuk usahawan, staf dan pengguna untuk menyalurkan sumbangan untuk tabung  ini secara terus ke dalam akaun syarikat atau melalui tabung yang disediakan.

“Kita juga akan menganjurkan pelbagai aktiviti yang berkaitan bagi mengumpul dana  untuk tabung ini dan kita bersedia bekerjasama dengan mana-mana NGO yang berkaitan untuk misi membangunkan Gaza,” katanya.

LANCAR DANA UNTUKMU ROSNANI(0)

YAYASAN dR Rozmey  melancarkan tabung Dana Untuk Mu Rusnani bagi menambung kos pembedahan kosmetik Rusnani Hussin, 47, yang menjadi mangsa simbah asid dalam kejadian samun dua tahun lalu.

Guru tadika itu melecur pada bahagian muka, leher, mata, tangan dan dada  selepas disimbah asid oleh dua orang lelaki dalam kejadian samun di Guar Chempedak  selepas bersama suami keluar membeli belah untuk  persiapan Aidilfitri.

Presiden, Datuk Dr Che Rozmey Che Din berkata pelancaran tabung itu adalah bagi menampung kos pembedahan kosmetik yang dianggarkan berjumlah RM60,000 dan akan dilakukan di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian pada pertengahan tahun ini.

Beliau berkata, pembedahan itu bukanlah untuk mencantikkan wajahnya tetapi untuk memberi peluang kepada wanita cekal itu menjalani kehidupan seperti insan yang lain tanpa perlu memakai topeng pada wajahnya.

“Pembedahan ini akan dilakukan oleh Profesor Ahmad Shukari yang merupakan salah seorang pakar yang terbaik dan berpengalaman di Malaysia. Pembedahan pertama dilakukan di bahagian bibir dan menelan kos hampir RM10,000.

“Yayasan dR Rozmey akan menampung sebahagian jumlah kos rawatan ini dan meringankan beban yang ditanggung keluarga Rusnani dan kita merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan,” katanya ketika melancarkan Tabung Dana Untuk Mu di Taman Ria Jaya, Sungai Petani, Kedah baru-baru ini.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun CIMB bernombor 0203-1331-1655-25 atas nama Rusnani Hussin atau boleh juga mengunjunginya di alamat No 3830, Jalan Inang, Taman Ria Jaya, Sungai Petani.

SUMBANG RM150,000 UNTUK SYUHADA PDRM(0)

dR ROZMEY GROUP (dRG) melalui Yayasan dR Rozmey memperuntukkan sebanyak RM150,000 untuk  membantu keluarga wira negara Asisten Superitendan Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabarudin Daud yang terbunuh dalam serangan pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.

Presiden dRG, Datuk Dr Che Rozmey Che Din berkata, dia terpanggil untuk membantu keluarga wira negara itu selepas mereka terkorban mempertahankan kedaulatan negara daripada serangan penceroboh.

Beliau berkata sumbangan yang tidak seberapa  itu adalah bagi meringankan beban keluarga terbabit selain sebagai tanda  sokongan dan kasih rakyat warga dRG dan rakyat Malaysia terhadap pengorbanan anggota keselamatan negara.

“Sumbangan itu tiada nilai jika hendak dibandingkan dengan jasa dan pergorbanan pasukan keselamatan negara yang bertarung nyawa mempertahankan kedaulatan negara khususnya kepada kedua wira negara yang terkorban.

“Kita tidak setuju dengan kenyataan pihak tertentu yang menganggap peristiwa yang berlaku ini adalah gimik politik. Pihak terbabit tidak perlu membuat kenyataan sensitif berkenaan yang bukan sahaja melukakan hati keluarga wira negara terbabit malah perasaan rakyat negara ini yang sayangkan kedaulatan negara.

“Sebanyak RM15,000 diberikan setiap seorang secara tunai kepada kedua-dua keluarga wira negara itu dan sebanyak RM5,000  setiap seorang kepada tiga anggota komando polis yang tercedera dalam pertempuran itu iaitu Koperal MohdTarmizi Hashim, Koperal Azman Ampong dan Konstabel Mohd Qaiyum Aigal Zulkifli,” katanya ketika ditemui di majlis penyerahan sumbangan kepada Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim di ibu pejabat Kontijen Kedah (IPK) di sini, hari ini.

Datuk Dr Che Rozmey berkata polisi insurans pendidikan dengan pembiayaan bulanan sebanyak RM200 sebulan sehingga mereka berumur 18 tahunbernilai RM75,000 turut disediakan kepada kedua-dua anak Allahyarham Asisten Superitendan Zulkifli Mamat.

Selain itu, bagi menunaikan hasrat Allahyarham Sarjan Sabarudin  yang ingin menunaikan fardu haji bersama keluarganya , pihak dRG  turut membiayai Upah Haji kepada arwah dengan kos bernilai RM2,000 selepas beliau menyampaikan hasrat itu kepada ibunya, Som Md Salleh, 72, pada tahun lalu. (Mingguan Malaysia, ms 5)

Tambahnya lagi, pihaknya turut menawarkan satu pakej umrah dan ziarah kepada isteri Allahyarham Inspektor Zulkifli Mamat,   dan isteri Koperal Sabarudin Daud, Nurul Nisah Abu bagi mereka mengerjakan umrah bagi membolehkan mereka mencari redha dan rahmat Allah.

SUMBANG RM20 JUTA UNTUK GAZA(0)

dR Rozmey Group (dRG) melalui Yayasan dR Rozmey memperuntukkan sebanyak  RM20 juta untuk  misi membina semula Gaza yang musnah akibat  serangan rejim Zionis.

Presiden dRG, Datuk Dr Che Rozmey Che Din berkata pelan dana untuk tempoh lima tahun itu adalah hasil komitmen peribadinya bagi membina semula Gaza melalui empat teras pejuangan iaitu penajaan anak syuhada dan yatim, pembangunan  perumahan dan infrastruktur, pembangunan masjid dan pembangunan hospital.

Beliau berkata daripada jumlah itu, sebanyak RM2 juta diperuntukkan pada tahun ini  untuk membina sebuah Masjid Nour  Ar Rozmey di Khan Yunis, Gaza yang menelan kos RM1.5 juta.

“Kita sudah mengenal pasti dan akan membina semula sebuah masjid yang runtuh akibat serangan rejim Zionis pada 2009 lalu di tengah-tengah pusat  bandar Gaza dengan kos yang ditanggung sepenuhnya oleh dRG.

“Kerja pembinaan masjid dua tingkat  yang dapat menampung 4,000 jemaah itu dijadual bermula pada Februari ini dan masjid ini dijangka siap sepenuhnya pada Julai.

Dr Rozmey berkata, pihaknya bekerjasama dengan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) bagi misi membina semula Gaza itu.

Beliau sendiri akan turut menyertai misi ke Gaza bersama deligasi Mapim yang dijadualkan pada 19 Februari depan.

“Semasa di Gaza, saya akan cuba mengenal pasti bentuk bantuan lain yang boleh diberikan kepada penduduk Gaza bagi meringan beban mereka dalam usaha membina semula Gaza.

“Melalui pelan pembangunan untuk tempoh lima tahun ini, kita akan cuba membina semula Gaza melalui empat teras perjuangan yang pastinya akan memberi impak besar kepada pembangunan Gaza,” katanya.

Sebelum itu,dRG melancarkan  tabung Gaza dan sumbangan sebanyak RM10,000 sebulan  dan 1 peratus jualan syarikat juga akan dimasukkan ke dalam tabung berkenaan.

GENERASI AL QURAN PERLU DILAHIRKAN(0)

Generasi Al Quran perlu dilahirkan  dalam usaha untuk menangani dan mengimbangi krisis keruntuhan akhlak remaja yang semakin membimbangkan masyarakat.

Presiden dR Rozmey Group (dRG), Datuk Dr Dr Che Rozmey Che Din berkata ibu bapa perlu memainkan peranan utama agar anak mereka menjadi generasi Al Quran dan menjadikannya sebagai satu-satunya sumber rujukan dalam kehidupan.

Beliau berkata tiada jalan yang terbaik melainkan semua pihak terutama ibu bapa mendidik anak di awal usia muda dan  menjadikan Al-Quran sebagai panduan, rujukan dan pembentuk jiwa.

“Dalam kegelisahan kita mencari ramuan terbaik untuk menangani masalah sosial yang semakin kritikal hari ini, kita perlu kembali kepada asas agama dan mengisi jiwa anak-anak dengan program kerohanian.

“Masyarakat juga harus memainkan peranan dan memanfaatkan kewujudan  masjid atau surau dengan mengadakan program atau aktiviti yang boleh menarik minat anak muda untuk mengikuti program keagamaan atau kemasyarakatan,” katanya ketika merasmikan dewan Surau Alawiyah,Taman Setia, pada 11 Oktober lalu.

Pengasas produk pelansingan Jus Mate 5 itu menyumbang sebanyak RM30,000  bagi pembinaan dewan surau berkenaan bagi kegunaan kelas keagamaan dan program kemasyarakatan.

ISU PERGANTUNGAN TIADA KAITAN DENGAN PRODUK dRG(0)

JITRA – Presiden dR Rozmey Group (dRG), Datuk Dr. Che Rozmey Che Din  menegaskan isu penggantungan keanggotaannya selama dua tahun dalam Majlis Perubatan Malaysia (MMC) tiada kaitan dengan perniagaan kerana penghasilan produk kesihatan dRG mengikut prosedur yang ditetapkan Kementerian Kesihatan melalui Bahagian Makanan dan Farmasi.

Beliau berkata penggantungan itu  tidak memberi kesan kepada perniagaannya atau menghilangkan kepercayaan pengguna terhadap produk kesihatan yang dihasilkannya kerana katanya, produk kesihatan syarikatnya sudah terbukti berkesan dan selamat serta memberi manfaat kesihatan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Menurutnya, penggantungan itu tidak membawa sebarang makna kerana beliau tidak lagi mempraktiskan amalan perubatan sejak tahun 2008 sebaliknya menceburkan diri dalam bidang perniagaan dan  apa yang penting pengguna perlu diberi fakta yang jelas, malah saya berterima kasih kepada MMC kerana memberi info yang tepat berhubung penggantunga terbabit.

“Saya akur dengan keputusan ini dan menjalani penggantungan dengan hati terbuka. Soal merayu tiada makna untuk saya memohon tempoh penggantungan dipercepat atau dimansuhkan kerana apa yang penting saya tidak lagi pratis (amalan perubatan) sejak empat tahun lalu sebaliknya menjadi usahawan sepenuh masa.

“Namun sekiranya MMC ingin memendekkan (tempoh penggantungan) saya menerimanya dengan senang hati,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya Bandar Darulaman Jaya, di sini semalam.

Akhbar semalam melaporkan Dr. Rozmey digantung keanggotaan MMC selama dua tahun mulai 14 Mac lalu hingga 14 Mac 2014.

Presiden MMC, Datuk Seri Dr. Hasan Abdul Rahman yang juga Ketua Pengarah Kesihatan berkata, inkuiri pada 16 Januari lepas mendapati Dr. Rozmey bersalah atas tuduhan terlibat dalam penjualan bahan didakwa mampu menurunkan berat badan, membungkus serta menyimpan bahan berkenaan yang melanggar Seksyen 3.4 kod itu.

Dr. Rozmey juga didapati bersalah mengiklan diri sendiri sama ada secara langsung atau tidak langsung bagi mempromosi kelebihan sendiri serta membabitkan diri dengan perusahaan komersial yang melanggar Bahagian 4.1 dan 3.4 Kod Etika Profesional.

Tambahnya, sebagai seorang ahli perniagaan beliau melakukan perkara yang sama seperti usahawan lain dalam mempromosi produk.

“Saya tidak merasakan membuat kesalahan besar tetapi memperkenalkan diri dan produk. Saya tidak terkilan dengan penggantungan ini kerana saya tidak menipu sesiapa.

“Malah produk saya diterima pengguna sejak empat tahun lalu, malah dari segi ekonomi saya menyahut saranan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) untuk menjadi usahawan berdaya saing bagi membangunkan ekonomi rakyat dan negara,” katanya.

KEPUTUSAN PEMENANG HADIAH BULANAN CABUTAN BELI DAN MENANG dR ROZMEY GROUP-BULAN OGOS(0)

TAHNIAH diucapkan kepada semua pemenang. Hadiah berupa 20 buah Kamera Nikon DSLR D300 & TV Samsung 32″ LED berjaya dibawa pulang pemenang bertuah. Kepada yang tidak berjaya anda boleh mencuba lagi untuk bulan seterusnya. Jika tidak berjaya untuk hadiah bulanan, anda mungkin berpeluang untuk memenangi hadiah utama. Jangan putus asa dan berusaha lagi.

Contacts and information

Social networks

Most popular categories