banner

Berita back to homepage

DSC_5321.edit DDR BINA MAAHAD TAHFIZ ‘DARUL ROZMEY’(0)

Pemilik label dR Rozmey Group (dRG) Datuk Dr Che Rozmey Che Din bakal membina sebuah Maahad Tahfiz ‘Darul Rozmey’ yang dijangka pada penghujung tahun 2012.

Maahad berkenaan yang bakal beroperasi di Country Height, Jenan, Kedah boleh menempatkan lebih 40 pelajar dan pengambilan terbaru itu hanya membabitkan pelajar lelaki yang berumur antara 10 tahun hingga 18 tahun sahaja.

Datuk Dr Che Rozmey berkata rancangannya membina Maahad tersebut adalah sebagai perjuangan dan satu sumbangan kepada agama Islam yang dicintainya.

Beliau berkata Maahad Tahfiz akan memberi peluang kepada anak yatim dan fakir miskin bagi mendapatkan pendidikan secara percuma di situ.

“DDR yakin dengan membina Maahad Tahfiz ini, usaha  untuk menaikkan generasi yang bertaqwa pada masa akan datang dapat dilahirkan di sini.

“Ini adalah salah satu tanggungjawab ddr sebagai seorang usahawan muslim untuk menjadikan akhlak sebagai asas kehidupan generasi akan datang,” katanya.

Menurutnya, orang ramai yang berminat boleh menghubungi pihak syarikat di talian atau mengambil terus borang permohonan di kaunter pejabat dRG.

 

 

PERADUAN BELI DAN MENANG BMW 3 SIRI HADIAH UTAMA PERADUAN BELI DAN MENANG(3)

HADIAH lumayan berupa sebuah kereta mewah BMW 3 siri bakal dimenangi oleh pemenang bertuah dalam peraduan Beli dan Menang
anjuran dR Rozmey Group (dRG).

Dengan jumlah hadiah keseluruhan bernilai lebih RM1.5 juta, peraduan yang bakal dilancarkan dalam tempoh terdekat itu mampu
memberi impak besar kepada perniagaan dRG.

Presidennya, Datuk Che Rozmey Che Din berkata peraduan yang julung kali dianjurkan itu turut menawarkan hadiah menarik seperti dua buah
kereta Myvi, sebuah motosikal berkuasa tingg Kawasasi, 20 motosikal Yamaha LC dan 20 pakej Umrah dan Ziarah.

Beliau berkata peraduan selama enam bulan itu akan memberi peluang kepada pengguna untuk mencuba produk dRG dan seterusnya layak untuk menyertai peraduan berkenaan,

“Dengan pembelian tiga kotak produk dRG dalam satu resit pembelian, mereka sudah layak untuk menyertai peraduan ini untuk hadiah bulanan dan hadiah utama. Setiap bulan kita akan membuat
cabutan dan sebanyak 1,000 hadiah berupa Kamera Nikon dan TV LED Samsung akan diberikan setiap bulan.

“Ini adalah sebagai tanda terima ddr kepada pengguna yang memberi sokongan padu sepangjang lima beroperasi di pasaran,” katanya ketika ditemui
di sini semalam.

DSC_0320 DDR BANTU MANGSA RIBUT(0)

“Badan saya menggigil dan sebak sebaik diberitahu oleh anak saya bahawa Dr Rozmey akan datang ke rumah saya untuk memberi bantuan.
Sebelum ini saya berdoa dan berhajat untuk berjumpa dengannya untuk memohon sumbangan bagi membaiki rumah ini yang rosak teruk
akibat ribut yang berlaku Jumaat lalu,” kata Rusnah Embi, 52, dari Kampung Sungai Mati, Langgar yang masih dalam keadaan terkejut
apabila menerima kunjungan daripada Presiden dR Rozmey Group (dRG) Datuk Dr Che Rozmey Che Din semalam.

Rusnah berkata selepas melihat Dr Rozmey memberi bantuan kepada salah seorang mangsa ribut yang tersiar di akhbar Harian Metro, dia berhajat
untuk bertemu dengannya di pejabat dRG di Jitra.

Menurutnya, disebabkan faktor masa, dia terpaksa menangguhkan hasratnya itu dan hanya berdoa kepada Allah agar ada individu atau pihak yang terbabit
tampil untuk memberi bantuan bagi membaiki rumah pusaka keluarganya yang sudah dua kali di landa ribut.

“Syukur kerana doa saya dimakbul dan hari ini Dr Rozmey datang ke rumah saya untuk menghulurkan bantuan. Saya masih dalam keadaan terkejut dan tidak percaya
apa yang ditakdir berlaku hari ini.
“Terima kasih kepada Dr Rozmey yang sudi menghulurkan bantuan untuk membaiki rumah keluarga saya yang rosak teruk akibat dilanda angin kencang sehingga menyebabkan
alang rumah diterbangkan angin kencang,” katanya.

Sementara itu, Datuk Dr Che Rozmey berkata dia terpanggil untuk membantu keluarga Rusnah selepas terbaca di dalam akhbar Harian Metro mengenai musibah yang melanda keluarga berkenaan.

Menurutnya, sumbangan sebanyak RM20,000 itu adalah bagi membaiki keadaan rumah pusaka itu yang rosak teruk selain struktur asalnya yang dimakai anai-anai.

“Ini adalah sebahagian kecil sumbangan yang ddr mampu berikan kepada keluarga ini yang jelas amat memerlukan bantuan segera bagi membaiki rumah ini. Kontraktor akan memulakan kerja baik pulih dalam masa terdekat memandang keadaan cuaca yang tidak menentu,” katanya ketika ditemui di rumah Rusnah semalam.

DSC_4547 PRODUK dRG KEMBALI DI PASARAN 15 ME1(0)

SEMUA produk keluaran dR Rozmey Group (dRG) akan berada semula di pasaran selewat-lewatnya pada 15 Mei depan berikutan ketiadaan bekalan sejak hampir sebulan lalu akibat permintaan yang tinggi dari pengguna.
Presiden dRG, Datuk Dr Che Rozmey Che Din berkata, pihaknya yakin kesemua sebelas produk keluaran dRG iaitu Jus Mate 5 (JM5), dR-II, Kopi Espresso xy, Gain 5, dR-Silky, Doc-K, dR101, dRQ10, dR-Hepar, dR8 dan dR-Betes kembali pulih pada tarikh berkenaan dan beliau berterima kasih kepada pengedarnya kerana sanggup menunggu disebabkan ketiadaan stok.
“Ketiadaan produk sepanjang sebulan ini adalah disebabkan permintaan yang tinggi dari pengguna terhadap produk keluaran dRG Group yang luar biasa serta kenaikan bahan mentah utama untuk kesemua produk dRG.
“Kita memperoleh bekalan bahan mentah berkenaan daripada pembekal yang beroperasi di Amerika Syarikat dan benua Eropah,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Bandar Darulaman, dekat sini, semalam.
Dr Che Rozmey berkata, masalah ketiadaan stok produknya juga tidak menyebabkan kenaikan harga baru bagi setiap produk malah semua harga masih dikekalkan iaitu pada harga ahli RM160 sekotak manakala bukan ahli RM210.
Beliau berkata, usaha syarikat untuk mengekalkan harga asal produk keluaran dRG juga adalah satu penghargaan kepada pengguna yang masih memberi keyakinan terhadap produk dRG.
“Bagaimanapun, saya menasihatkan pengguna supaya tidak tertipu dengan produk tiruan yang menyerupai produk asli keluaran dRG kerana ia membahayakan kesihatan pengguna kerana tidak diketahui ramuan penggunaannya yang dikhuatiri dicampur bahan kimia berlebihan untuk memberi kesan yang lebih cepat tetapi merbahaya terhadap kesihatan,” katanya.

DSC_5149 MAJLIS PRA-PELANCARAN PT ROZMEY INTERNASIONAL(0)

TANGGAL 23 April lalu mencatatkan sejarah apabila majlis pra-pelancaran PT Rozmey Internasional Indonesia (PTRI) berlangsung dengan semangat luar biasa di Hotel Harris, Jakarta Selatan.

Lebih 100 tetamu yang terdiri daripada usahawan Malaysia dan warga Jakarta hadir ke majlis berkenaan yang turut dihadiri oleh barisan pengurusan tertinggi PTRI iaitu pengasas, Dato Dr Che Rozmey Din dan Dato Seti Abdul Kadir Mohd Shariff.

Dalam ucapannya, Datuk Dr Che Rozmey yakin bisnes PTRI mampu mencatatkan kejayaan luar biasa dalam tempoh yang singkat memandangkan kombinasi beliau bersama dengan rakan kongsinga yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang pemasaran jaringan.

Beliau berkata acuan kejayaan bisnes dR Rozmey Group (dRG) di Malaysia akan digunakan pakai di sini terutama yang membabitkan strategi pemasaran yang menumpukan kepada pengiklanan di media elektronik dan media cetak.

“Kita akan menggunakan sepenuhnya pengalaman dan kejayaan di Malaysia untuk diaplikasikan di sini dan kita yakin dengan jumlah penduduk di Indonesia, bisnes PTRI akan mencatatkan kelayaan yang luar biasa pada suku pertama selepas dilancarkan pada Ogos ini.

“Kita berharap warga Indonesia dapat merebut peluang keemasan ini dengan harapan ia mampu memberi peluang pendapatan baru kepada mereka yang mempunyai semangat dan daya juang yang tinggi dalam kehidupan,” katanya.

DSC_3983 DDR SASAR JADI BILLIONAIR 2013(0)

Presiden dR Rozmey Group (dRG), Datuk Dr Che Rozmey Che Din mensasarkan untuk menjadi billionair pada 2013 dan optimis sasaran itu akan tercapai dengan pembangunan dan pertumbuhan perniagaan yang memberangsangkan.

Beliau berkata sambutan luar biasa pengguna di negara ini dan penerokaan pasaran Indonesia pada pertengahan tahun 2012 dan kerjasama dengan usahawan dari Timur Tengah bakal merealisasikan sasaran berkenaan.

“DDR yakin segalanya akan menjadi kenyataan dan banyak yang mampu dilakukan sekiranya kejayaan luar biasa ini diperolehi. Satu fenomema luar biasa akan terjadi sekiranya apa yang dirancan menjadi kenyataan,” katanya.

DSC_0725 DDR RASMI PROGRAM MOTIVASI WARIS PELAJAR(0)

Lebih 300 waris pelajar Sekolah Kebangsaan Bukit Tinggi, Kepala Batas, Kedah teruja apabila Presiden dR Rozmey Group (dRG), Datuk Che Rozmey Che Din hadir ke seolah itu untuk merasmikan program motivasi waris pelajar pada 11 Februari lalu.

Kesudian tokoh korporat dan usahawan berjaya untuk hadir ke sekolah itu mencatatkan satu sejarah besar kepada warga pelajar sekolah berkenaan yang turut berpeluang untuk mendengar amanatnya selain berkongsi kisah kejayaan sebagai seorang usahawan muslim.

“Kejayaan ddr pada hari ini adalah atas anugerah Yang Maha Berkuasa dan resepi kejayaan yang terbaik yang tidak memerlukan modal ialah kita kembali kepada Islam dan menjadi hamba Allah yang sentiasa bersyukur dan menjadikan Islam sebagai cara hidup yang terbaik.

“Semua orang Islam mampu berjaya dan mencapai kejayaan luar biasa. Apa yang penting ialah kita perlu berusaha, berdoa, taqwa dan jujur pada setiap pekerjaan yang dilakukan,” katanya ketika merasmikan program motivasi di sekolah berkenaan.


DSC_4075 dRG SASAR 500 SEKOLAH UNTUK PROGRAM MOTIVASI WARIS PELAJAR(0)

Presiden dR Rozmey Group (dRG), Datuk Dr Che RozmeyChe Din dR Rozmey Group mensasarkan 500 sekolah rendah dan menengah di Kedah, Perlis dan Pulau Pinang bagi menjalankan program Motivasi Waris Pelajar 2012 secara percuma

Beliau berkata program motivasi percuma itu adalah satu tanggungjawab sosial korporat bagi membantu pihak sekolah untuk menjalankan program motivasi yang membabitkan ibu bapa dan pelajar yang bakal menduduki peperiksaan pada tahun 2012.

Katanya, program itu amat penting bagi memberi kesedaran dan pendedahan kepada waris pelajar tentang tanggungjawab yang perlu dilaksanakan untuk memastikan anak mereka mendapat keputusan yang cemerlang .

“Kita melantik seorang pakar motivasi dari QSI Group of Companies, Dr Arif Mat Nor untuk menjelajah ke setiap sekolah bagi menjalankan program motivasi.

“Selain slot motivasi, penceramah juga akan mendedahkan kepada pelajar dan waris mengenai resepi kejayaan saya sendiri yang membawa kejayaan kepada bisnes dRG,” katanya ketika di sini semalam.

Beliau yakin program itu akan mencapat matlamatnya jika semua pihak terutama pelajar menghayati setiap mesej yang disampaikan dalam program berkenaan.

Tambah Che Rozmey, pihaknya juga akan menaja secara percuma produk minda, dR101 kepada pelajar yang terpilih dari setiap sekolah bagi membolehkan mereka mendapatkan sumber pemakanan kesihatan terbaik.

DSC_3347 SYUKUR DAPAT BANTU PENGGUNA(2)

Tiada yang lebih menggembirakan bagi Datuk Dr Che Rozmey Che Din apabila melihat produk dR Rozmey Group (dRG) berjaya membantu menyelesaikan permasalahan kesihatan pengguna yang sebelum itu menderita pelbagai jenis penyakit.

Sebagai seorang doktor pakar, formulasi yang dihasilakan untuk 11 produk makanan kesihatan benar-benar berkesan sehingga memberi impak besar kepada keyakinan pengguna untuk terus menggunakan produk yang berjaya menghasil jutaan testimoni berjaya.

“Syukur kerana produk yang formulasi oleh DDR mampu merawat dan menyelesaikan masalah kesihatan yang dihadapi oleh pengguna. Selepas empat tahun berada di pasaran, produk dRG kini sudah memberi impak besar kepada pengguna 1 Malaysia.

“Pada peringkat awal, ramai mengenali ddr dengan produk pelansingan Jus Mate 5 selepas berlaku fenomena luar biasa apabila testimoni JM5 seperti Lydiawani berjaya ditampilkan selepas dia berjaya mendapat berat badan yang ideal.

“Pada tahun awal 2011, produk kecantikan dan perawatan kulit, dR11 mula mendapat sambutan menggalakkan apabila Mohd Amir yang mengalami masalah psoriasis yang kritikal berjaya sembuh selepas menggunakan produk dR11,” katanya ketika ditemui di ibu pejabatnya semalam.

Datuk Dr Che Rozmey berkata kini kesemua barisan produknya berjaya memberi keyakinan pengguna untuk terus mencuba dan mengamalkan produk berkenaan selepas melihat kejayaan testimoni yang dipaparkan dalam akhbar Harian Metro.

Beliau yakin tahun 2012 bakal mencipta fenomena luar biasa selepas melihat sambutan luar biasa pengguna terhadap barisan produknya selain penerokaan ke pasaran Indonesia dan kerjasama dengan usahawan dari Timur Tengah.

ddr dRG KE PASARAN GLOBAL(2)

Selamat tahun baru 2012. Tirai 2011 sudah dilabuhkan dan pelbagai peristiwa penting tercatat dalam diari perniagaan dR Rozmey Group (dRG).
Pelbagai kejayaan yang diperlolehi oleh label dR Rozmey bermula dari perniagaan sehinggalah kepada pengiktirafan tertinggi yang diterima oleh Datuk Dr Che Rozmey Che Din.

Apa yang pasti tahun 2012 bakal memperlihatkan lebih banyak fenomema luar biasa yang akan dicetuskan oleh anak watan berjiwa besar itu yang cukup komitet dalam
memberikan yang terbaik kepada bisnesnya.

Penerokaan pasaran Indonesia pada awal Mac ini dengan lebih 2 juta rangkain usahawan siap sedia untuk menggempur pasaran bumi garuda itu adalah satu petanda positif yang bakal memberi impak besar kepada label dR Rozmey di peringkat global.

Kehadiran delegasi Qatar yang bakal menjalinkan kerjasama bagi membolehkan produk dRG bertapak di bumi Timur Tengah, Afrika Utara, Kesatuan Eropah dan India jelas satu durian runtuh yang berlaku kepada biznes dRG selepas empat tahun beroperasi di negara ini sehingga menarik minat usahawan asing untuk bekerjasama selepas tertarik dengan kualiti produk dRG yang berjaya membantu jutaan pengguna di negara ini.

Contacts and information

Social networks

Most popular categories