banner

Berita back to homepage

FORMULASI DDR BANTU PENGGUNA(0)

PENGALAMAN sebagai seorang doktor Pakar Sakit Puan dan Perbidanan memberi kelebihan kepada Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) dalam memformulasikan produk makanan kesihatan mengikut keperluan pengguna.

Kini pemilik label dR Rozmey itu boleh berbangga apabila formulasinya berjaya membantu jutaan pengguna di negara ini yang mengalami permasalahan kesihatan termasuk mereka yang mengalami masalah obesiti.

Bermula dengan produk pelangsingan Jus Mate 5 (JM5), Datuk Dr Che Rozmey terus mengorak langkah dengan begitu pantas apabila produk yang digelar anak emas itu berjaya memberi keputusan yang luar biasa kepada seorang pengguna pada tahun 2008.

“Wanita itu mempunyai berat badan sebanyak 210 kilogram (kg) dan berjaya menurunkan berat badan sebanyak 100 kg selepas menggunakan JM5.

“Selepas berita kejayaan wanita ini disiarkan dalam akhbar, berlaku satu fenomena luar biasa terhadap bisnes dan keyakinan orang ramai terhadap produk JM5 terus bertambah,” katanya Datuk Dr Che Rozmey.

Kejayaan luar biasa membuktikan formulasi yang dihasilkan oleh anak jati Kuala Krai, Kelantan itu terbukti berkesan dan mampu memberi ganjaran kesihatan terbaik kepada pengguna.

Kini 11 barisan produk dRG terus mendapat sambutan luar biasa daripada pengguna di negara ini yang begitu yakin dengan keberkesanan produk terbabit.

PRODUK HOT dR ROZMEY GROUP(0)

Tiga produk ‘hot’ dR Rozmey Group (dRG) kini hangat di pasaran iaitu Rozmey Whiteglow Collagen Drink, Rozmey Body Detox Drink dan Breast Set.

Rozmey Whiteglow Collagen Drink merupakan produk kecantikan dan penjagaan kulit dalam bentuk minuman dapat memberi perubahan pada kulit supaya lebih cantik, cerah, putih, gebu dan anjal secara semulajadi dalam masa hanya lima hari sahaja.

Manakala Rozmey Body Detox Drink merupakan minuman kesihatan yang mampu membantu meningkatkan kesihatan dan paras detokfikasi badan ke tahap optimum  melalui tujuh sistem utama iaitu paru-paru, hati, buah pinggang, kolon, kulit, sistem peredaran darah dan limfa.

Bagi wanita yang inginkan payudara besar, mantap, pejal  dan tegang secara semulajadi dRG menampilkan produk Breast Set dalam bentuk kapsul dan serum iaitu Firming & Enlargement dan Breast Serum and Capsules.

Ketiga-tiga produk ini boleh didapati secara terus dari HQ dRG melalui talian faks,  email atau online serta pengedar sah dRG yang berdekatan.

dR ROZMEY HOTEL KINI DIBUKA(0)

dR Rozmey Hotel kini dibuka dengan harga promosi serendah RM90 sahaja berbanding harga biasa RM140.

Pemiliknya, Datuk Dr Che Rozmey Che Din berkata, hotel itu yang berkapasiti 5 bilik telah mula beroperasi dan menerima pelanggan terawal.

“Kedudukan hotel ini di bandar Jitra adalah strategik kepada pelancong dan menjadi tumpuan umum dan ia diyakini menjadi tempat penginapan pilihan utama kepada orang ramai yang berkunjung ke Kedah,” katanya.

Untuk tempahan, boleh hubungi dR Rozmey Hotel di talian 04-7142433 yang beralamat di No 2, Jalan Kolej Heights Utara Commercial Square, Kolej Heights Utara, 06000 Jitra, Kedah.

BERJAYA DENGAN 7 SUNNAH RASUL(0)

Lebih 500 waris pelajar Sekolah Kebangsaan Tunku Bendahara, Kodiang terpegun  dengan ucapan yang sampaikan oleh Datuk Dr Che Rozmey Che Din pada majlis mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) pada 19 Mac lalu.

Malah ada antara waris yang hadir menitis air mata apabila mendengar kesungguhan Dato Dr Rozmey membaca doa ketika akhir ucapannya.

Dalam ucapannya, beliau mengajak semua yang hadir termasuk pelajar dan guru kembali kepada ajaran agama Islam sekiranya ingin berjaya dengan cemerlang.

“Kalau hendak berjaya secara luar biasa, kita sebagai hamba wajib bercakap tentang agama Islam.

“Jika kita mahu anak kita lebih berjaya, kita sebenarnya mempunyai alat untuk menjadikannya kenyataan. Hari ini doktor  berani beri jaminan 500 peratus bahawa anak kita semua boleh berjaya.

“Jaminan ini adalah jaminan daripada Allah Yang Maha Kuasa. Jadi hari ini doktor nak kongsi  bagaimana untuk berjaya dengan cemerlang sebagai seorang muslim di dunia dan diakhirat,” katanya

BERFIKIR DI LUAR KOTAK(0)

Presiden dR Rozmey Group (dRG), Datuk Dr Che Rozmey Che Din mengajak pelajar, ibu bapa dan guru-guru untuk berfikir di diluar kotak pemikiran dalam usaha untuk meraih kejayaan luar biasa.

Beliau berkata jika kita ingin meraihkan kejayan luar biasa terutama kejayaan pelajar, kita mesti kembali kepada agama Islam secara total dengan mengamalkan perintah Allah.

“Jika kita mengamalkan  secara luar biasa, pasti ganjaran yang diperolehi juga akan menjadi luar biasa dengan izin Yang Maha Pencipta,” katanya ketika berucap di majlis Perasmian  Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Darulaman Height 1, Jitra baru-baru ini.

Beliau berkata sudah tiba masa semua pihak harus kembali mengamalkan perintah Allah secara total dan mendidik anak seawal usia untuk mengenal Allah Maha Pencipta. Mengimbas kembali kejayaannya menjadi jutawan dalam tempoh yang singkat, Datuk Che Rozmey yakin apa yang dikecapi itu adalah hasil kurnia Yang Maha Pencita.

Dalam majlis sama, beliau melancarkan tabung pembinaan  surau sekolah itu dan mengajak waris pelajar untuk bersedekah.

“Tahun 2004, doktor mula mencari Allah dan istiqamah dalam melaksanakan segala perintah Allah termasuk melakukan tujuh sunah Rasul yakni tahajud, solat dhuha, berpuasa, bersedekah, solat berjemaah dan bertasbih memuji Allah. “Kita mesti berani untuk berubah dan  mengamal ilmu yang kita perolehi. Kita mesti yakin dan terus berusaha serta berdoa kepada Allah,’ katanya.

DDR berucap di majlis Mesyuarat PIBG SMK Darulaman Height 1, Jitra
IBU BAPA HARUS BERANI BUAT PERUBAHAN(0)

“Ibu bapa harus berani untuk buat perubahan kepada anak-anaK.  Jika ingin kejayaan yang luar biasa, kita harus mencari Allah dan menjadikan AL Quran dan hadis sebagai panduan dalam kehidupan kita ,” kata Datuk Dr Che Rozmey Che Din dalam majlis perasmian Mesyuarat Persatuan Ibu bapa Guru (PIBG) sekolah Kebangsaan Oran,  Mata Ayer, Perlis.

Beliau berkata semua pihak khususnya ibu bapa harus kembali mencari Yang Maha Pencipta khususnya melaksanakan tujuh sunnah Rasulullah.

Selain menunaikan kewajipan yang ditetapkan, ibu bapa dan semua yang hadir harus berani untuk membuat perkara-perkara sunat seperti solat Tahajud, solat dhuha, sedekah dan membaca Al Quran serta  solat berjemaah.

“Tidak ada orang lain yang boleh menolang kita di saat kita dilanda  kesulitan melainkan Allah Yang Maha Pengasih dan Pengayang.

Inilah yang berlaku kepada diri ddr  sehingga berjaya menjadi seorang jutawan dalam masa yang begitu pantas.
“Semuanya atas keizinan dan rahmat daripadaNya. Selepas mengamalkan tujuh sunnah rasul secara istiqamah, ddr yakin Allah dengar segala doa dan harapan yang dilontar kepadaNya dan sebagai Yang Maha Kaya dan Maha Pengasih, hasrat ddr ditunaikan,” katanya.

DDR KONGSI IDEA DI MAJLIS PEDULI UMMAH(0)

Sebagai Duta Peduli Ummah kepada   Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia ( MAPIM ), Pengerusi Yayasan Dr Rozmey, Datuk Dr Che Rozmey Che Din dijemput untuk berkongsi pengalamaan  dalam  Majlis Malam Peduli Mapim di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta  pada kelmarin.

Dalam ucapannya, Datuk Dr Che Rozmey mengajak semua masyarakat khusus individu korporat untuk membantu masyarakat Islam di luar negara khusus di Syria dan Palestin yang sedang dilanda krisis kemanusian yang amat dasyat sehingga menyebabkan ramai yang terkorban dan kelaparan.

“Menjadi tanggungjawab kita untuk memberi respon kepada apa yang berlaku kepada rakan seagama kita di sana  dengan menghulurkan sumbangan dalam apa cara sekalipun bagi memastikan mereka dapat meneruskan kehidupan walaupun dalan keadaan kekurangan”

“Rakyat kita memang terkenal dengan sikap pemurah dan penyayang. Kita tak boleh berhenti dalam membantu rakan seagama kita di sana,” katanya.

Dalam majlis itu, beliau menyerahkan replika cek sebanyak RM3 juta untuk pembinaan Hospital Syeikh Dr Rozmey di bandar Azza, Syira yang merupakan hospital pertama yang pernah didirikan di daerah berkenaan.

Majlis Peduli Ummah  itu   bertujuan untuk  mengenang jasa  penyumbang  penyumbang yang telah menyumbangkan dana kepada Tabung Rescue Syria yang telah dilancarkan baru baru ini.

SUMBANG KAKI PALSU KEPADA ANAK YATIM(0)

Sebaik mendapat berita bahawa seorang anak yatim dari Kuantan, Pahang amat memerlukan kaki palsu  baharu, Pengerusi  Yayasan Dr Rozmey,  Datuk Dr Che Rozmey Che Din terus  memberi respon dan komited untuk membantu membeli kaki palsu untuk diserahkan kepada anak yatim terbabit.

Mohamad Shazuan Aziq Mustaffar,9, mengalami kecacatan kaki kiri sejak lahir dan sejak tiga tahun lalu sudah menggunakan kaki palsu yang disumbangkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Anak bongsu daripada tujuh beradik  terpaksa menahan sakit semasa berjalan kerana bahagian peha mengalami bengkak dan lebam akibat keadaan kaki palsu itu yang pendek dan tidak berupaya untuk menampung pehanya yang semakin membesar.
Ibunya, Hasiah Zakaria yang merupakan ibu tunggal yang kematian suami sejak empat tahun lalu dan terpaksa berhenti kerja sebagai pembuat keropok kerana hendak memberi tumpuan untuk menjaga Shazuan.
Datuk Dr Rozmey berkata beliau  menangung sepenunhnya kos pembelian kaki palsu itu yang bernilai RM2300 dan berharap adik Shazuan akan gembira apabila menerima kaki palsu terbabit.

“Terima kasih kepada pihak yang terbabit yang menyampaikan berita keperluan adik  ini  dan sebagai seorang muslim, ddr rasa terpanggil untuk membantu sekadar yang  mampu untuk menceriakan dan menghilangkan  penderitaan yang dialami oleh adik ini,” katanya.

Adik Mohamad Shazuan Aziq Mustaffar

MASALAH PENGGUNA MENJADI KEUTAMAAN(0)

“Masalah anda keutamaan kami.” Inilah yang menjadi konsep dR Rozmey Group (dRG) dalam usaha memberikan perkhidmatan terbaik untuk golongan yang memerlukan,” ujar Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) ketika ditemui hari ini.

Penghasilan produk yang berkualiti dan bermutu tinggi keluaran dRG dilihat menepati citarasa kehendak masyarakat yang mempunyai permasalahan penyakit kronik yang semakin menular kini.

Menurut Presidennya, pihak dR Group merupakan sebuah organisasi yang menekankan sikap keprihatinan terhadap masyarakat yang terdedah dengan pelbagai penyakit kronik.

“Menjadi tanggungjawab pihak dRG dalam memastikan tahap kesihatan terhadap masyarakat berada di dalam keadaan baik kerana pihak dRG merupakan sebuah organisasi yang menghasilkan produk kesihatan untuk setiap masalah penyakit.

“Penyakit tidak mengenal umur mahupun jantina dan merebak disebabkan oleh kecuaian seseorang itu terhadap kesihatan tubuh badan,” katanya.

Datuk Dr Che Rozmey berkata lagi, menyedari hakikat bahawa masyarakat kini mengendahkan tahap kesihatan tubuh badan mereka beliau menjalankan kajian dalam menghasilkan produk kesihatan yang dirumuskan dari herba demi membantu merawat segala penyakit.

“Namun, segala usaha itu membuahkan hasil kerana kesemua produk kesihatan yang dihasilkan oleh ddr boleh dilihat dan dikongsikan kepada khalayak umum menerusi testimoni-testimoni yang telah berjaya.

“Bermulanya dari produk pelangsingan badan Jus Mate 5 (JM5) yang dirumuskan khas demi membantu golongan obesiti mendapatkan bentuk tubuh yang dingini.

“Kini kesemua produk yang diciptakan menerusi fenomena label dR Rozmey menjadi tarikan dan igauan untuk bangsa 1 Malaysia kerana kemujaraban produk itu memberikan nafas baru kepada khalayak untuk kembali normal,” katanya lagi di pejabat beliau.

Tambahnya lagi, beliau berpesan kepada seluruh rakyat Malaysia sekiranya menginginkan produk dRG yang asli mereka boleh melayari www.herbaprima.com untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai produk supaya tidak terjebak dengan produk tiruan yang mendatangkan kemudaratan kelak.

dR ROZMEY GROUP WORLD BRAND(0)

Label dR Rozmey Group (dRG) kini menghampiri matlamat dalam meluaskan empayarnya di mata dunia.

Menurut presiden dRG, Datuk Dr Che Rozmey Che Din, label dRG yang telah dikenali semua warga Malaysia kini juga semakin mendapat tempat di pasaran luar menerusi fenomena yang sering tercetus daripada keberkesanan produk kesihatan yang diakui oleh ribuan testimoni.

“ Kejayaan dRG terbukti apabila kita kini telah mula melangkah ke pasaran global dengan tertubuhnya PT Rozmey International (PTRI) yang bertapak di Indonesia.

“ Kita telah mencapai matlamat untuk membawa label dRG ini ke pasaran global apabila produk-produk kesihatan dRG telah mula diterima negara luar termasuk di pasaran Arab,” katanya.

Sementara itu, Datuk Dr Che Rozmey turut melahirkan rasa syukurnya di atas kejayaan yang berjaya diraih sehingga dapat membawa label dR Rozmey Group ke persada antarabangsa dan beliau yakin produk kesihatan dRG akan turut mencipta satu fenomena luar biasa di peringkat global.

Contacts and information

Social networks

Most popular categories