banner

Berita back to homepage

anakyatim RAMAI ANGGAP DDR BAKAL BERTANDING PRU-13(2)

Timbul tanda tanya apabila melihat kelibat Datuk Dr Che Rozmey Che Din sering terpampang di dada akhbar membantu golongan yang tidak berkemampuan termasuk keluarga yang dilanda bencana alam sejak dua bulan ini.

Tidak kurang yang beranggapan bahawa Presiden dR Rozmey Group (dRG) yang juga ikon usahawan itu akan bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 yang dijangka bakal diadakan pada awal tahun 2012 nanti.

Ini kerana tanggungjawab sosial yang dilakukan oleh Datuk Dr Che Rozmey itu adalah hampir sama dengan peranan yang dimainkan oleh pemimpin politik bagi membantu golongan terbabit.

Tambahan lagi bahang PRU-13 semakin hangat diperkatakan oleh orang ramai dan mereka kini menunggu saat untuk mengetahui calon yang bakal dipertandingkan pada pilihan raya itu.

Mengulas mengenai isu yang diperkatakan itu, Datuk Dr Che Rozmey berkata apa yang dilakukannya itu adalah sebagai salah satu tanggungjawab sosial dalam usaha membantu golongan terbabit.

“Apa yang berlaku adalah secara kebetulan dan ddr tidak berminat untuk menceburi bidang politik atau terbabit sebagai calon dalam PRU-13 nanti.

“DDR sentiasa mengikuti perkembangan politik tanah air negara dan apa dilakukan ini adalah niat ikhlas ddr untuk bantu golongan ini. DDR ingin tunjukkan betapa indah Islam yang penuh dengan kasih sayang apabila individu itu amalkannya,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

DDR-SYUKUR DIARI KEJAYAAN 2011(1)

Tahun 2011 bakal melabuh tirai dalam tempoh beberapa hari lagi dan tahun 2012 bakal membuka lembaran baru kepada bisnes dR Rozmey Group (dRG) yang mencatatkan kejayaan cemerlang sepanjang tahun ini.

Deretan kejayaan dan keyakinan pengguna terdapat label dR Rozmey adalah hasil komitmen dan usaha gigih pemiliknya iaitu Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) yang sentiasa memberi imbak terbaik dan luar biasa bagi memastikan kesinambungan dan keterujaan terhadap labelnya sejak empat tahun lalu berterusan dan memberi impak posiif kepada bisnesnya.

Bermula dengan kejayaan produk perawatan kulit, dRII meneroka pasaran pada awal 2011, strategi yang direncakan oleh Presiden dRG itu terus memberi impak besar kepada bisnesnya apabila empat lagi produk dRG iaitu produk perawatan sendi, doc-K; produk minda dan saraf, dR101; produk kencing manis, dR Betes dan produk jantung, dR Q10 terus mendapat sambutan yang hebat daripada pengguna di negara ini.

Keupayaan menghasilkan testimoni pengguna melalui konsep guna dulu baru jual jelas memberi keyakinan pengguna untuk mendapatkan produk keluaran dRG bagi membantu meningkatkan tahap kesihatan yang dialami oleh mereka.

Pendedahan berterusan di akhbar Harian Metro setiap hari mengenai kejayaan testimoni dan tumpuan sepenuhnya melalui platform teknologi kominikasi dan maklumat (ICT) terutamanya medium laman sosial seperti Facebook memudahkan pengguna untuk bertindak dan mendapatkan informasi yang tepat mengenai produk dan bisnes dRG.

Selain itu, ikon usahawan itu terus mencetuskan fenomena baru apabila melancarkan laman sosial milik sendiri iaitu dRBuku.com pada September lalu dan mendapatkan sambutan menggalakkan daripada pengguna terutama remaja.

Sebagai seorang tokoh usahawan berjaya di Malaysia, DDR turut dijemput untuk menyertai perbarisan dan perarakan bersama tokoh negara lain sempena Hari Malaysia pada 16 September lalu. Ini adalah satu penghormatan yang cukup besar yang diberikan oleh kerajaan Malaysia di atas sumbangan yang diberikan oleh pemilik label dR Rozmey itu.

Selaras dengan kejayaan yang dikecapinya, beliau turut memberi fokus kepada perkembangan institusi pendidikan agama apabila sSekolah Menengah Agama Makarimul Akhlak, di Langgar, Kedah dan pondok agama Maahad Sya’tirie di Sungai Depap, Yan Kedah, dijadikan sebagai sekolah dan pondok angkat.

Ini adalah satu tanggungjawab besar yang dilakukan oleh DDR bagi memastikan institusi yang menjadi teras dan asas kepada perkembangan agama Islam sejak turun temurun mampu berdaya saing dan memberi impak besar dalam membangunkan ummah.

DSC_3760 PENGGUNA SERBU IBU PEJABAT dRG(2)

Keyakinan terhadap label dR Rozmey dan kejayaan produk membantu menyelesaikan pelbagai permasalahan pengguna menyebabkan produk formulasi Datuk Dr Che Rozmey Che Din terus menjadi pilihan pengguna 1 Malaysia.

Ini terbukti apabila kaunter jualan di ibu pejabat dR ROzmey Group (dRG) tidak putus-putus menerima kunjungan pengguna yang ingin mendapatkan produk terbaik bagi membantu permasalahan kesihatan.

Kesempatan cuti persekolahan digunakan sepenuhnya oleh pengguna yang untuk datang terus ke ibu pejabat dRG untuk mendapatkan produk dRG yang asli.

Mengulas mengenai fenomena yang berlaku itu, Presiden dRG, Datuk Dr Che Rozmey berkata keyakinan pengguna adalah disebabkan oleh kejayaan produk dRG menghasil testimoni pengguna yang terbaik.

Beliau berkata pendedahan dalam akhbar Harian Metro mengenai kejayaan testimoni setiap hari turut memberi impak besar kepada keyakinan pengguna terhadap produk dRG.

“Syukur kepada Allah kerana dengan izin dan rahmatNya, produk ini mampu memberi ganjaran kesihatan terbaik kepada pengguna. Tiada yang lebih menggembirakan apabila mendengar berita kejayaan pengguna yang sembuh selepas menggunakan produk dRG.

“Terima kasih kepada semua yang terus memberi sokongan kepada bisnes dRG,” katanya ketika ditemui semalam.

DSC_3647 DDR BANTU MANGSA SIMBAH ASID(2)

Trajedi yang berlaku kepada seorang wanita mangsa simbah asid empat bulan lalu tidak sedikit pun melunturkan semangat untuk meneruskan kehidupannya malah dia bersyukur kerana mempunyai keluarga yang memberi sokongan padu kepadanya.

Semangat yang begitu tinggi itu dimiliki oleh ibu berjiwa kental, Rusnani Husin, 45 dari Taman Ria Jaya, Sungai Petani yang melecur pada badan dan muka selepas disimbah asid oleh sekumpulan lelaki tidak dikenali.
Kesungguhan dan semangat yang tinggi untuk menggunakan produk dR Rozmey Group (dRG) mendorong Datuk Dr Che Rozmey untuk turun ke padang bertemu dengan bekas guru tadika itu semalam.

“DDR kagum dengan semangat juang tinggi yang ditunjukkan oleh kak Rusnani dalam menghadapi ujian besar daripada Yang Maha Esa ini. Sifat pemaaf dan kasih saying yang ada pada wanita ini pasti dipandang mulia disisi Allah.
“Apa yang ditunjukkan oleh kak Rohani ini adalah satu nilai moral yang cukup tinggi dan kasih saying yang ditunjukkan oleh suami dan anak-anaknya adalah satu hadiah terbaik bagi mengubat duka yang dialaminya,’ kata Datuk Dr Che Rozmey ketika ditemui dirumah wanita itu semalam.

Beliau berkata, selepas mendapat berita mengenai hasrat wanita itu untuk berjumpanya, dia terus bergegas untuk bertemunya dan memberi konsultan terbaik mengenai produk yang diperlukan bagi membantu merawat permasalah kulit yang berlaku.
Katanya, dia akan terus memantau perkembangan yang berlaku kepada wanita itu selepas dia menggunakan produk perawatan kulit iaitu dRII dan produk kecantikan dalaman dR Silky.

ddrpondok DDR BINA SURAU DAN ASRAMA WANITA(0)

Ketiadaan asrama dan surau wanita di Pondok Angkat Maahad Syatirie, Sungai Dedap,Yan, Kedah mendorong Presiden dR Rozmey Group (dRG), Datuk Dr Che Rozmey Che Din untuk membina sebuah asrama dan dan surau dua tingkat bernilai RM500,000 yang dijangka siap menjelang pertengahan tahun 2012.

Pembinaan surau dan asrama wanita itu amat penting bagi memenuhi permintaan ibu bapa yang ingin menghantar anak mereka untuk mendapat pendidikan agama di pondok yang sehingga menempatkan lebi 100 pelajar lelaki dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Datuk Dr Che Rozmey berkata selepas mengadakan perbincangan dengan pengasas pondok, Ustaz Zulkifli, dia bersetuju untuk membina surau dan asrama wanita di situ yang boleh menempatkan lebih 100 pelajar wanita apabila siap kelak

“DDR terpanggil untuk terus membantu pondok angkat ini selepas melihat komitmen yang tinggi Ustaz Zulkifli dan tenaga pengajar untuk membangunkan pondok ini selain permintaan ibu bapa yang ingin menghantar anak perempuan mereka ke pondok ini. Ketiadaan asrama dan surau menghalang mereka untuk ke sini.

“Tiada yang lebih menggembirakan apabila dengan izin Allah, ddr mampu memberi infak kepada pondok ini dan ini adalah satu tanggungjawab sebagai seorang usawahan muslim untuk membantu secara berhemah selepas mendapat nikmat dan limpahan rezeki daripada Yang Maha Esa,” katanya ketika ditemui di ibu pejabat dRG semalam.

anakyatim DDR ZIARAH RUMAH ANAK YATIM SEMPENA 10 MUHARRAM(3)

Melihat wajah 30 penghuni Rumah Amal Hembusan Kasih, Arau yang berbaris untuk menerima sumbangan peribadi Presiden
dR Rozmey Group (dRG), Datuk Dr Che Rozmey Che Din sudah cukup untuk menggambarkan betapa gembiranya mereka menerima kunjungan daripada tokoh usahawan berkenaan.

Lengkap berbaju Melayu dan berbaju kurung serta bertudung, penghuni yang berumur antara empat hingga 15 tahun itu yang berasal sekitar negeri Perlis sudah bersedia untuk menerima kunjungan Datuk Dr Che Rozmey yang turut menjadikan rumah itu sebagai rumah angkatnya dengan membiayai sebahagian perbelanjaan bulanan pengurusan rumah terbabit.

“Sempena 10 Muharram, ddr ambil peluang ini untuk berjumpa dengan mereka sambil bersedekah dan mengusap kepala anak yatim yang mempunyai barakah yang cukup besar. Kita begitu kagum dengan komitmen yang diberikan oleh pengasas rumah amal ini dan tenaga pengurusan yang sanggup menjaga anak yatim ini seperti anak mereka sendiri.

“Selain sumbangan, ddr juga akan memberi satu set mesin perawatan air keluaran dRG iaitu dR Premier untuk ditempat di sini bagi memberikan kualiti air yang terbaik kepada penghuni di sini. Kita juga akan memberi peluang kepada pengurusan rumah amal ini untuk menjana ekonomi melalui produk dRG,” katanya ketika ditemui di rumah amal itu semalam.

DSC_3562 DDR TUNAI TANGGUNGJAWAB SOSIAL(1)

Seorang lelaki yang mengalami masalah jantung di Pekan Lama Sungai Petani tidak menyangka pertemuan singkatnya dengan Presiden dRG, Datuk Dr Che Rozmey Che Din membawa erti yang cukup bermakna buat dirinya.

Pertemuan yang spontan itu mendorong Datuk Dr Che Rozmey memberi sumbangan berupa produk makanan kesihatan untuk jantung dan saraf bagi membantu merawat permasalahan kesihatannya yang membelenggunya sejak tiga tahun lalu.

Abdul Halim Ismail, 43, terpaksa berhenti kerja dan terpaksa bergantung kepada isterinya, Che Sabariah, 40, yang terpaksa mengambil tugas sebagai ketua keluarga.

“Gaji sebagai seorang tukang cuci sebanyak RM500 hanya cukup untuk membawa sewa rumah dan sedikit belanja harian rumah.

“Keadaan kesihatan suami yang mengalami masalah jantung dan saraf menyebabkan kami terpaksa mengikat perut untuk berbelanja. Nasib baik anak sulong turut membantu bagi meringankan beban keluarga,” katanya ketika ditemui di rumahnya semalam.

Sementara itu Datuk Dr Che Rozmey berkata pihaknya akan memberi produk dRQ10 dan dR101 bagi membantu menyelesaikan masalah kesihatannya.

Beliau berkata sumbangannya itu adalah sebagai satu tanggungjawab sosial bagi meringankan beban kesihatan yang ditanggung oleh lelaki terbabit.

DSC_3551 DERITA WARGA EMAS TERUBAT(1)

Pendedahan akhbar Harian Metro mengenai kehidupan sepasang warga emas di Pekan Lama, Sungai Petani mendapat perhatian Presiden dR Rozmey Group (dRG), Datuk Dr Che Rozmey Che Din semalam.

Saad Othman, 81 dan isterinya Fatimah Ibrahim, 60, terpaksa tinggal dalam keadaan serba kekurangan dan bergantung harap kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan untuk menyara kehidupan mereka.

Pasangan warga emas itu terpaksa berteduh di rumah yang agar uzur dan terpaksa bermandikan hujan kerana sebahagian atap rumah yang berlubang.

“Sebagai seorang muslim, ddr terpanggil untuk membantu pasangan warga emas ini yang hidup dalam keadaan serba kekurangan. DDR akan memberi bantuan bulanan sebanyak RM300 bagi menampung perbelanjaan harian mereka berdua.

“Selepas melihat keadaan rumah yang atapnya sudah bocor,kita juga akan menggantikan atap baru dalam tempoh terdekat ini bagi memberi keselesaan kepada mereka berdua,” katanya ketika ditemui rumah pasangan warga emas itu semalam.

Datuk Dr Che Rozmey berkata sumbangan itu adalah satu tanggungjawab sosial dirinya yang ingin berkongsi nikmat kejayaan kepada masyarakat.

Beliau berharap sumbangan itu akan menjadi pemangkin kepada individu dan syarikat korporat lain dalam membantu masyarakat yang memerlukan bantuan.

aiman-apek DDR BANTU REALISASIKAN HAJAT ADIK AIMAN(1)

“DDR akan membawa adik Aiman bertemu dengan Apek sekiranya adik berjaya menurunkan berat badan,” kata Presiden dR Rozmey Group (dRG), Datuk Dr Che Rozmey Che Din ketika bertemu dengan Muhd Aiman Hakimi Hanafi, 11, yang menjadi perhatian apabila dia mempunyai berat badan 115 kilogram (kg) ketika menyertai majlis berkhatan di Baling baru-baru ini.

Datuk Dr Che Rozmey berkata, dia terpanggil untuk membantu kanak-kanak obesiti itu selepas membaca di akhbar mengenai keinginannya untuk menjadi seperti perjaga gol kebangsaan iaitu Mohd Khairul Fahmi Che Mat atau Apek.

Beliau berkata, melalui produk pelangsingan Jus Mate 5 (JM5), masalah obesiti yang dialami oleh kanak-kanak itu akan diselesaikan dalam tempoh tertentu dan apa yang penting Aiman menjaga pemakanan dan mengikuti program diet yang ditetapkan .

“Tiada yang mustahil. Produk JM5 sudah berjaya membantu ribuan pengguna yang mempunyai masalah berat badan dan keadaan yang sama juga akan berlaku kepada adik Aiman.

“Kita akan memantau perkembangan Aiman dan kita berharap hasratnya untuk menjadi seperti Apek akan tercapai. Apa yang penting Aiman perlu menurunkan berat badan,” kata ketika mengunjungi rumah kanak-kanak itu di Kampung Sadek, Mukim Kupang baru-baru ini.

DSC_3265 DDR BANTU PEMUDA OBESITI(0)

“DDR akan menjadikan Balagi sebagai ikon pengguna obesiti selepas dia mendapat berat badan ideal nanti,” kata Datuk Dr Che Rozmey Che Din.

Beliau berkata, perubahan yang berlaku selepas Balagi mengambil produk pelangsingan Jus Mate 5 (JM5) sejak 20 hari lalu adalah begitu hebat sehingga pemuda itu begitu teruja untuk menceritakan pengalamannya selepas menggunakan produk terbabit.

Menurutnya, berat badan semakin berkurangan dan ukur lilit pinggang dan dadanya juga menunjukkan satu penurunan yang begitu ketara.

“Kita akan terus membantu Balagi sehinggalah dia mendapat berat yang dimpikan. Balagi mempunyai semangat dan disiplin yang tinggi untuk menurunkan berat badannya.

“Kita yakin dia mampu mencapai berat yang diimpikan. Setiap bulan kita akan datang ke rumahnya untuk memantau perkembangan kesihatannya,” katanya ketika ditemui di rumah pemuda itu di Bandar Baru Ayer Hitam, Pulau Pinang.

Contacts and information

Social networks

Most popular categories