banner

Berita back to homepage

DERITA WARGA EMAS TERUBAT(1)

Pendedahan akhbar Harian Metro mengenai kehidupan sepasang warga emas di Pekan Lama, Sungai Petani mendapat perhatian Presiden dR Rozmey Group (dRG), Datuk Dr Che Rozmey Che Din semalam.

Saad Othman, 81 dan isterinya Fatimah Ibrahim, 60, terpaksa tinggal dalam keadaan serba kekurangan dan bergantung harap kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan untuk menyara kehidupan mereka.

Pasangan warga emas itu terpaksa berteduh di rumah yang agar uzur dan terpaksa bermandikan hujan kerana sebahagian atap rumah yang berlubang.

“Sebagai seorang muslim, ddr terpanggil untuk membantu pasangan warga emas ini yang hidup dalam keadaan serba kekurangan. DDR akan memberi bantuan bulanan sebanyak RM300 bagi menampung perbelanjaan harian mereka berdua.

“Selepas melihat keadaan rumah yang atapnya sudah bocor,kita juga akan menggantikan atap baru dalam tempoh terdekat ini bagi memberi keselesaan kepada mereka berdua,” katanya ketika ditemui rumah pasangan warga emas itu semalam.

Datuk Dr Che Rozmey berkata sumbangan itu adalah satu tanggungjawab sosial dirinya yang ingin berkongsi nikmat kejayaan kepada masyarakat.

Beliau berharap sumbangan itu akan menjadi pemangkin kepada individu dan syarikat korporat lain dalam membantu masyarakat yang memerlukan bantuan.

DDR BANTU REALISASIKAN HAJAT ADIK AIMAN(1)

“DDR akan membawa adik Aiman bertemu dengan Apek sekiranya adik berjaya menurunkan berat badan,” kata Presiden dR Rozmey Group (dRG), Datuk Dr Che Rozmey Che Din ketika bertemu dengan Muhd Aiman Hakimi Hanafi, 11, yang menjadi perhatian apabila dia mempunyai berat badan 115 kilogram (kg) ketika menyertai majlis berkhatan di Baling baru-baru ini.

Datuk Dr Che Rozmey berkata, dia terpanggil untuk membantu kanak-kanak obesiti itu selepas membaca di akhbar mengenai keinginannya untuk menjadi seperti perjaga gol kebangsaan iaitu Mohd Khairul Fahmi Che Mat atau Apek.

Beliau berkata, melalui produk pelangsingan Jus Mate 5 (JM5), masalah obesiti yang dialami oleh kanak-kanak itu akan diselesaikan dalam tempoh tertentu dan apa yang penting Aiman menjaga pemakanan dan mengikuti program diet yang ditetapkan .

“Tiada yang mustahil. Produk JM5 sudah berjaya membantu ribuan pengguna yang mempunyai masalah berat badan dan keadaan yang sama juga akan berlaku kepada adik Aiman.

“Kita akan memantau perkembangan Aiman dan kita berharap hasratnya untuk menjadi seperti Apek akan tercapai. Apa yang penting Aiman perlu menurunkan berat badan,” kata ketika mengunjungi rumah kanak-kanak itu di Kampung Sadek, Mukim Kupang baru-baru ini.

DDR BANTU PEMUDA OBESITI(0)

“DDR akan menjadikan Balagi sebagai ikon pengguna obesiti selepas dia mendapat berat badan ideal nanti,” kata Datuk Dr Che Rozmey Che Din.

Beliau berkata, perubahan yang berlaku selepas Balagi mengambil produk pelangsingan Jus Mate 5 (JM5) sejak 20 hari lalu adalah begitu hebat sehingga pemuda itu begitu teruja untuk menceritakan pengalamannya selepas menggunakan produk terbabit.

Menurutnya, berat badan semakin berkurangan dan ukur lilit pinggang dan dadanya juga menunjukkan satu penurunan yang begitu ketara.

“Kita akan terus membantu Balagi sehinggalah dia mendapat berat yang dimpikan. Balagi mempunyai semangat dan disiplin yang tinggi untuk menurunkan berat badannya.

“Kita yakin dia mampu mencapai berat yang diimpikan. Setiap bulan kita akan datang ke rumahnya untuk memantau perkembangan kesihatannya,” katanya ketika ditemui di rumah pemuda itu di Bandar Baru Ayer Hitam, Pulau Pinang.

MANGSA RIBUT CERIA(1)

Sebuah keluarga di Kampung Kupang Pasu, di Changlun, Kedah yang kesedihan selepas rumah mereka ranap ditimpa pokok kekabu mampu tersenyum apabila Presiden dR Rozmey Group (dRG), Datuk Dr Che Rozmey Che Din tampil menghulurkan sumbangan peribadi.

Sebaik berita mengenai musibah keluarga Zainon Yahya, 57, itu tersiar dalam akhbar Harian Metro, beliau terus bergegas ke tempat kejadian untuk menghulurkan sumbangan.

Dalam kejadian jam 4 pagi itu, anak Zainon, Muhd Raqib,17, nyaris maut apabila pokok kekabu setinggi 20 meter menghempap bahagian tengah rumahnya ketika anak itu sedang tidur.

Datuk Che Rozmey berkata, sumbangan itu adalah bagi meringankan beban keluarga terbabit untuk membaiki rumah mereka yang ranap.

Beliau berharap keluarga terbabit bersabar dalam menghadapi ujian itu dan dapat meneruskan kehidupan seperti sedia kala apabila rumah mereka siap nanti.

DDR BANTU MANGSA RIBUT(2)

Kesulitan yang dialami oleh sebuah keluarga mangsa ribut di Kampung Belakang Masjid Tawar, Kuala Ketil, Kedah mendapat reaksi dan perhatian Datuk Dr Che Rozmey Che Din.

Selepas membaca laporan di akhbar kelmarin, beliau terus bergegas ke rumah Faridah Abdullah, 60, untuk melihat kesan kerosakan yang berlaku selepas angin kencang yang mengebabkan bumbung rumah warga emas itu diterbangkan angin sejauh 20 meter.

Datuk Dr Che Rozmey berkata kehadiranya ke rumah mangsa adalah untuk membantu meringan beban dan selepas melihat kerosakan, dia bersimpati untuk memberi sumbangan berjumlah RM3,500.

“Apa yang dilakukan ini adalah sebagai satu tanggungjawab sebagai seorang muslim yang membantu masyarakat yang dilanda musibah. Moga sumbangan ini dapat meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga ini.

“DDR harap kerja baik pulih bumbung dapat dilakukan dengan segera memandang keadaan cuaca yang tidak menginzinkan dan keluarga makcik ini dapat menjalani kehidupan harian seperti biasa,” katanya.

DDR BANTU TIGA BERADIK YATIM PIATU(0)

Kehilangan ibu tersayang yang maut dalam kemalangan di Kilometer 382, Lebuhraya Utara-Selatan dekat Behrang terubat apabila tiga beradik yatim piatu itu dijadikan anak angkat oleh Datuk Dr Che Rozmey Che Din.

Terpanggil untuk membantu tiga beradik berkenaan, beliau bergegas ke rumah bapa saudara tiga beradik itu iaitu Muhd iqmal Roslan,16; Muhd kamal Rizman,14; dan Muhd Kamil Radzuan,13, di Kampung Alor Semela, Jalan Datuk Kumbar, Alor Setar Kedah.

“DDR berhajat untuk mengambil tiga beradik ini sebagai anak angkat dan menyara kos perbelanjaan hidup setiap bulan termasuk menanggung kos pengajian jika mereka berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading.

“Inilah yang ddr mampu lakukan sebagai seorang usahawan apabila melihat kesedihan tiga beradik yatim piatu ini kehilangan ibu mereka dalam sekilip mata. DDR mahu mereka bertiga tabah hadapi ujian Allah ini dan memberi tumpuan kepada kehidupan mereka terutama dalam aspek pendidikan,” katanya.

Datuk Dr Che Rozmey berkata, beliau akan memikirkan jalan terbaik bagi membantu tiga beradik itu bagi memastikan mereka dapat meneruskan kehidupan dengan baik.

IBADAH KORBAN TANDA SYUKUR(0)

Kehadiran Aidiladha pada 10 Zulhijjah ini turut dimanfaatkan oleh Datuk Dr Che Rozmey Che Din untuk melakukan ibadah korban sebagai tanda syukur dan memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyembelih anak kesayangannya Nabi Ismail a.s kerana taat kepada perintah ALLAH.

Berkat kesabaran serta ketaatan kedua-dua ayah dan anak ini maka Allah telah menggantikannya dengan seekor binatang ketika Nabi Ibrahim sudah bersedia menyembelih anaknya itu.

“Tahun ini ddr akan korban dua ekor lembu dan daging ini akan diagihkan kepada kakitangan dan golongan anak yatim dan golongan fakir miskin. Seekor daripada lembu ini ddr akan serahkan kepada Ma’had Al Satirie di Sungai Dedap, Yan, Kedah yang merupakan pondok angkat ddr.

“Ibadah korban dapat membawa kebaikan dalam kehidupan bermasyarakat dengan mempereratkan hubungan kasih sayang antara golongan yang kurang bernasib baik seperti golongan fakir miskin, anak yatim, ibu tunggal dan seumpamanya dengan golongan yang bernasib baik melalui pengagihan daging-daging korban.

” Ibadah korban berupaya membentuk insan yang bersyukur melalui penyembelihan haiwan korban yang dilakukannya dengan menggunakan hasil rezeki tersebut dalam rangka beribadah dan mendekatkan diri kepada Allah,” katanya ketika ditemui di ibu pejabatnya hari ini.

LANUN TERKUBUR PENGGUNA PILIH BIZ ONLINE(0)

KESUNGGUHAN pemilik label dR Rozmey, Datuk Dr Che Rozmey Che Din membanteras produk tiruan membuahkan hasil apabila pengguna kini mula memilih belian secara terus daripada ibu pejabat dR Group (dRG) dan tidak lagi berkunjung ke presmis yang menjual produk tiruan.

Keadaan itu menyebabkan lanun yang bersekongkol dengan toko jamu, kedai ubat, farmasi, salun kecantikan dan kiosk di pasar raya mengalami kerugian selepas pengguna mula sedar tentang bahaya produk tiruan.

“Lanun kini kepanasan kerana pengguna sudah sedar dan enggan membeli di tempat yang bersekongkol dengan lanun ini. Ramai pengguna sudah tertipu dengan tawaran harga murah dan promosi yang ditawarkan untuk menarik minat pengguna.

“DDR tidak akan berhenti untuk membanteras produk tiruan ini kerana ia jelas memberi impak besar kepada pengguna dan bisnes dRG. Apa yang kita harapkan pengguna terus menyokong usaha berani ini yang menghalang pengguna untuk mendapatkan produk dipremis tadi,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Datuk Che Rozmey berkata produk yang ditempah melalui ibu pejabat dRG akan dihantar kepada pengguna secara pengguna dengan menggunakan agen penghantaran Skynet.

BELIAN ONLINE MENINGKAT PENGGUNA YAKIN SELAMAT(0)

KESUNGGUHAN Presiden dR Group (dRG) Datuk Dr Che Rozmey Che Din dalam membanteras lanun produk tiruan jelas menampakkan hasil apabila pengguna tidak lagi berani untuk membeli produk di premis yang bersekongkol dengan lanun terbabit.

Peningkatan yang ketara terhadap statistik belian secara online dan maklum balas yang diterima melalui email dan laman sosial menunjukkan mesej yang disampaikan oleh pemilik label dR Rozmey itu sudah diterima oleh pengguna.

Selepas mengetahui lanun sudah meniru produk dRG terutama produk pelangsingan Jus Mate5 (JM5) dan berlaku lambakan di pasaran terutama di kedai ubat, toko jamu, farmasi, salun kecantikan dan kioks di pasar raya, Datuk Dr Che Rozmey terus mengambil langkah drastik bagi memerangi lanun tiruan demi kepentingan pengguna.

Pendedahan secara berterusan di media massa, penggunaan pelekat anti tiruan dan pelancaran kotak baru produk JM5 dan produk perawatan kulit, dR-II adalah bukti komitmen beliau dalam memastikan lanun produk tiruan terus terkubur.

“DDR harus menjaga kepentingan pengguna. Risiko pengambilan produk tiruan ini amat tinggi. Ia mengandungi bahan kimia dan tepung yang amat merbahaya kepada kesihatan termasuk kesan kanser dan buah pinggang.

“Ramai pengguna yang sudah membeli di lima tempat tadi dan mereka tidak mengalami apa-apa perubahan berat badan. Malah ada antara mereka yang terpaksa mendapat rawatan di hospital selepas berlaku pendarahan usus dan muntah yang berterusan,” katanya.

Menurutnya, selepas setahun membuat pendedahan secara berterusan, pengguna kini memilih untuk membuat belian secara terus melalui ibu pejabat dRG dan usahawan aktif yang sah.

“Kita akan terus memberi informasi kepada pengguna mengenai bahaya membeli produk tiruan di pasaran. Pengguna perlu bijak dan sokong usaha yang dilakukan ini bagi memastikan kesihatan terjamin dan hasrat untuk meningkatkan tahap kesihatan tercapai,” katanya.

FORMULASI DDR BANTU PENGGUNA(0)

PENGALAMAN sebagai seorang doktor Pakar Sakit Puan dan Perbidanan memberi kelebihan kepada Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) dalam memformulasikan produk makanan kesihatan mengikut keperluan pengguna.

Kini pemilik label dR Rozmey itu boleh berbangga apabila formulasinya berjaya membantu jutaan pengguna di negara ini yang mengalami permasalahan kesihatan termasuk mereka yang mengalami masalah obesiti.

Bermula dengan produk pelangsingan Jus Mate 5 (JM5), Datuk Dr Che Rozmey terus mengorak langkah dengan begitu pantas apabila produk yang digelar anak emas itu berjaya memberi keputusan yang luar biasa kepada seorang pengguna pada tahun 2008.

“Wanita itu mempunyai berat badan sebanyak 210 kilogram (kg) dan berjaya menurunkan berat badan sebanyak 100 kg selepas menggunakan JM5.

“Selepas berita kejayaan wanita ini disiarkan dalam akhbar, berlaku satu fenomena luar biasa terhadap bisnes dan keyakinan orang ramai terhadap produk JM5 terus bertambah,” katanya Datuk Dr Che Rozmey.

Kejayaan luar biasa membuktikan formulasi yang dihasilkan oleh anak jati Kuala Krai, Kelantan itu terbukti berkesan dan mampu memberi ganjaran kesihatan terbaik kepada pengguna.

Kini 11 barisan produk dRG terus mendapat sambutan luar biasa daripada pengguna di negara ini yang begitu yakin dengan keberkesanan produk terbabit.

Contacts and information

Social networks

Most popular categories