banner

Berita back to homepage

DSC_2575 DDR BANGUN MODAL INSAN(1)

Kejayaan yang dikecapi terus memberi semangat kepada Presiden dR Rozmey Group (dRG), Datuk Dr Che Rozmey Che Din untuk tumpuan kepada pembangunan insan terutama yang membabitkan institusi agama.

Pemilihan Sekolah Menengah Agama Makarimul Akhlak di Langgar, Kedah dan pondok agama Ma’had As’Syatirin, di Sungai Dedap, Yan, Kedah sebagai sekolah dan pondok angkat adalah komitmen tinggi pemilik label dR Rozmey itu dalam usaha untuk membangunkan modal insan di peringkat akal umbi.

“Apa yang ddr lakukan ini adalah sebahagian daripada infak dan perjuangan untuk mengangkat institusi agama seperti sekolah agama dan pondok yang menjadi medan untuk melahirkan generasi berilmu sejak zaman berzaman.

“Syukur kerana Allah memberi limpahan rahmat kepada perniagaan dRG dan ganjaran yang diterima ini akan dikongsi secara bijak kepada masyarat termasuk sekolah dan pondok angkat ini.

“Dengan sedikit pertolongan ini, ddr harap pihak pengurusan sekolah dan pondok mampu memberi fokus kepada pembangunan ilmu pelajar dalam usaha melahirkan produk yang terbaik demi membangunkan Islam,” katanya.

IMG_9692 dRBook VS Facebook(1)

dR Rozmey Group (dRG) mewujudkan laman sosial baru dikenali sebagai dRBook.biz yang memberi peluang kepada pengguna untuk berinteraksi selain memberi tumpuan kepada maklumat perniagaan.

Presidennya, Datuk Dr Che Rozmey Che Din berkata idea membina laman berkenaan wujud selepas meleihat sambutan dariapada pengguna di Malaysia yang berkaitan laman sosial.

Beliau berkata pembangunan dan perkembangan pesat medium pemasaran secara talian (online) dan pengggunaan laman sosial terbabit untuk bisnes mendorongnya untuk memiliki laman sosial sendiri.

“Pengguna kini memilih laman sosial seperti facebook, Tagged, Myspace dan sebagainya sebagai medium utama untuk berenteraksi selain untuk tujuan pemasaran produk dan bisnes.

“Laman sosial milik label dR Rozmey ini adalah satu altenatif kepada pengguna di negara ini untuk berinteraksi selain sebagai medium untuk pemasaran secara terus. Kita yakin dRBook akan menjadi platform terbaik kepada pengguna,”katanya ketika ditemui di ibu pejabatnya di Jitra, semalam.

Datuk Dr Che Rozmey berkata, sejak dilancarkan, sambutan yang diterima adalah luar biasa dan keadaan itu sudah dijangkakan memandang label dR Rozmey sudah dikenali oleh pengguna.

Katanya, laman sosial itu adalah satu dimensi baru kepada perniagaannya yang sebelum itu memberi tumpuan kepada bisnes produk kesihatan.

“Oleh itu, melalui dRBook.biz, kita akan memberikan kebebasan kepada pengguna berbincang dan berinteraksi tetapi dengan pengawasan moderator.Pengguna perlu bijak manfaatkan kewujudan laman sosial ini tanpa perlu melontarkan pandangan yang boleh menjejaskan sensiviti pengguna lain,” katanya.

IMG_7080 MENYAMAR SEBAGAI DDR DI LAMAN FACEBOOK(0)

Pengguna perlu berhati-hati apabila terdapat individu tidak bertanggungjawab menyamar serta menggunakan nama Datuk Dr Che Rozmey Che Din di laman sosial Facebook.

Presiden dR Rozmey Group (dRG) itu berkata, kegiatan individu yang dikesan menggunakan gambar dan identiti sejak sebulan lalu itu boleh menyebabkan pengguna menjadi keliru apabila ingin mendapatkan informasi mengenai produk dan syarikatnya.

Beliau berkata individu terbabit perlu menghentikan segera tindakan yang dilakukan itu bagi mengelakkan pengguna tertipu dan tersalah mendapat maklumat.

“Fenomena yang DDR cetuskan dalam mengangkat label dR Rozmey menyebabkan ada pihak yang teruja dan terpanggil untuk bersama-sama berkongsi informasi kepada pengguna.

“Tindakan yang dilakukan ini adalah salah disisi undang-undang negara dan kita sentiasa memantau perkembangan yang berlaku sebelum mengambil sebarang tindakan,” katanya ketika ditemui selepas kembalinya dari sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia kelmarin.

Mengulas mengenai sambutan Hari Malaysia,Datuk Dr Che Rozmey berkata pengiktirafan sebagai tokoh generasi muda oleh kerajaan Malaysia adalah satu perhormatan yang tertinggi yang menjadi pemangkin kepadanya untuk terus memberi yang terbaik kepada pengguna.

“Syukur kerana apa yang dilakukan oleh DDR kepada pengguna 1 Malaysia mendapat perhatian dan pengiktirafan oleh kerajaan Malaysia. Pengalaman menaiki kenderaan klasik sambil mengibarkan Jalur Gemilang adalah satu kenangan yang cukup berharga,” katanya.

ada individu tidak bertanggungjawab menyamar serta menggunakan nama Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim di laman sosial Facebook.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, pihaknya menerima satu laporan polis berkaitan penggunaan nama Tunku Ismail, kelmarin.

Kelmarin, satu laporan polis berkaitan penyalahgunaan nama Tunku Ismail dalam laman sosial Facebook dibuat dan siasatan terus dijalankan.

IMG_9601 DDR TERPILIH SEBAGAI TOKOH NEGARA SEMPENA HARI KEMERDEKAAN(3)

Presiden dR Rozmey Group (dRG), Datuk Dr Che Rozmey Che Din terpilih sebagai Tokoh Negara (pelbagai etnik) yang menyumbang kepada perpaduan dan kejayaan negara bagi menyertai perbarisan hari kemerdekaan negara dan Hari Malaysia 16 September ini.

Pemilihian yang dibuat oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia itu, Dato Seri Dr Rais Yatim adalah berdasarkan kepada sumbangan ke arah perpaduan dan kejayaan tranformasi negara dan tokoh terbabit akan dibawa menaiki kenderaan khas yang disediakan.

Mengulas mengenai pemilihan itu, Datuk Dr Che Rozmey berkata pengiktirafan itu adalah satu penghormatan yang cukup besar daripada pihak kerajaan selepas melihat kejayaannya mencipta label dR Rozmey sehingga ke tahap tertinggi.

“Syukur kerana ada pihak yang melihat dan mengiktiraf sumbangan yang diberikan dalam membangunkan ekonomi negara terutama dalam meningkatkan taraf hidup masyarakat selain melahirkan usahawan berjaya.

“DDR akan bersama tokoh-tokoh lain pada hari sambutan ini dan bersama rakyat Malaysia meraikan hari kemerdekaan dan hari Malaysia,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, semua warga dRG perlu lebih bersemangat dan komitet dalam menjalankan bisnes dRG memandang semua pihak termasuk pengguna sendiri semakin yakin tentang barisan produk dan label dR Rozmey itu sendiri.

WARTWAN PERGORBANAN SEORANG WARTAWAN(2)

Salam takziah buat jurukamera Bernama TV, Noramfaizul Mohd Nor, 41 yang mati terkena tembakan curi ketika bertugas membuat liputan misi kemanusian Malaysia di Somalia jam 11.15 malam tadi.

Dalam kejadian serang hendap itu, jurukamera TV3 turut cedera di tangan apabila terkena tembakam rambang dipercayai dilepaskan oleh kumpulan pemberontak ketika dalam perjalanan pulang ke sebuah pusat komersial untuk menghantar laporan berita selepas melawat kem penempatan di situ.

TintaDDR dan seluruh rakyat Malaysia mendoakan agar keluarga Allahyarham Noramfaizul terus tabah menerima takdir dan ketentuan Yang Maha Pencipta ini dan pihak yang bertanggung jawab perlu menjaga kebajikan keluarganya.

safiq SAFIQ KE CARDIFF CITY(2)

Selepas tiga pemain skuad Olimpik negara sah menjadi pemain pinjaman untuk kelab Liga Corgan Slovakia, kini giliran kapten skuad kebangsaan Safiq Rahim untuk bermain di Liga Divisyen Dua England bersama kelab Cardiff City.

Jika melepasi ujian percubaan selama tiga minggu di sana, pemain itu bakal menjadi pemain pertama Malaysia yang bermain untuk Liga Inggeris dan seterus membuka lembaran baru buat pemain bola sepak negara.

TintaDDR mengucapkan tahniah kepada pemilik kelab Cardiff City yang juga jutawan Malaysia, Datuk Tien Ghee yang membuka ruang kepada pemain Malaysia untuk mengembangkan bakat mereka di peringkat antarabangsa.

Moga lebih ramai lagi pemain berbakat negara akan terpilih bermain di luar negara terutama untuk kelab yang dimiliki oleh jutawan Malaysia termasuk Tony Fernandes yang baru sahaja memiliki kelab Queen Park Rangers (QPR) dan seterus pengalaman yang diperolehi itu dapat membantu negara untuk pertandingan akan datang.

TintaDDR juga berharap FAM sebagai badan induk bola sepak negara dapat terus menggilap bakat pemain kebangsaan dengan memberi lebih banyak pendedahan dan pengalaman bermain dalam perlawanan persahabatan peringkat antarabangsa.

Moga perkembangan terbaru itu akan memberi suntikan semangat pemain lain untuk terus beraksi cemerlang dalam skuad kebangsaan dan Liga Super nanti.

ETO GAJI SAMUAL ETO’O RM1.7 JUTA SEMINGGU(0)

Mungkin ramai juga peminat bola sepak terkejut dengan gaji yang bakal diterima oleh penyerang Cameroon, Samual Eto’o selepas mengikat kontrak dengan kelab Rusia, Anzhi Makhachkala.

Penyerang yang bermain dengan pasukan Inter Milan akan menjadi pemain yang menerima gaji yang termahal di dunia dengan jumlah RM1.7 juta seminggu.

Inilah yang berlaku dalam kancah bola sepak dunia apabila setiap kelab yang mempunyai dana kewangan yang kukuh sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan pemain kesukaan mereka bagi memantapkan pasukan.

Jika di Liga Inggeris kelab seperti Chelsea dan Manchester City terus membeli pemain terbaik dunia bagi memastikan pasukan mereka mempunyai barisan bintang yang boleh membawa kejayaan dalam usaha merangkul kejuaraan.

Kini nama jutawan Rusia Suleyman Kerimov pasti menjadi tumpuan apabila beliau membuat pelaburan besar untuk membeli Eto’o dari Inter Milan.

Yang pasti selepas ini kelab dari Russia itu pasti akan memikat lebih ramai pemain terbaik dunia untuk berada di kelab itu yang sebelum sudah pun mempunyai bintang seperti Roberto Carlos dan Yuri Zhirkov.

kembar SIKAP PASANGAN KEMBAR PERLU DICONTOHI(0)

Jika sembilan tahun lalu, ibu mereka memberi harapan sepenuhnya ketika menjalani rawatan pemisahan kembar siam di Hospital King Fahd Notional Guard, Bandar Perubatan King Abdul Aziz, Riyard, Arab Saudi, kini tiba giliran pasangan Ahmad dan Muhammad Rosli untuk menjaga ibu mereka yang menderita kanser payu dara.

Pasangan kembar siam yang kini berusia 13 tahun itu membantu melakukan kerja rumah termasuk menjaga ibunya, Aisah Kanda, 35, yang banyak menghabiskan masa di tempat tidur akibat masalah kanser terbabit.

TintaDDR yang membaca laopran Metro Ahad hari ini tersentuh dengan semangat yang ditunjukkan oleh kedua-dua pasangan kembar itu walaupun mereka mengalami kekurangan .

Moga cerita ini menjadi panduan kepada anak-anak lain di luar sana tentang pentingnya kita menjaga dan membalas jasa kedua ibu bapanya yang sebelum ini banyak berkorban demi melihat kejayaan kita.

MARLON MARLON KEMBALI KE KEDAH(1)

Peminat hijau kuning pasti teruja hari ini apabila awang import yang pernah membantu pasukan kenari itu meraih tiga kejuaraan selama dua musim berturut-berturut berminat untuk kembali ke Kedah bagi musim 2012.

Marlon Alex James yang menjadi nadi utama kepada kejayaan pasukan Hijau Kuning akan menjalani sesi ujian di Alor Setar pada pertengahan Oktober ini bersama beberapa pemain import lain termasuk dari Republik Czech.

Ketika pasukan lain sibuk memperkemaskan pasukan mereka bagi menghadapi Piala Malaysia, pengurusan Persatuan Bola Sepak kedah (KFA) terus bertindak pantas memanggil Marlon selepas dicadangkan oleh pengurus dan Ketua Jurulatih, Wan Jamak.

Kehadiran dua pemain import untuk setiap pasukan pada Liga Super musim baru nanti diharap dalam meningkatkan kualiti dan mutu bola sepak negara yang sudah menampakkan peningkatan selepas beberapa aksi lalu.

TindaDDR berharap persatuan bola sepak negeri tidak berburu-buru untuk mengambil pemain import dan pastikan pemain terpilih itu benar-benar berkualiti dan bukannya konsep tangkap muat sahaja.

Pastikan kehadiran mereka dapat membantu meningkatkan kualiti pemain tempatan dan mampu menarik penonton untuk ke stadium.

mentega LANGKAH DRASTIK TANGANI ISU DNA BABI(2)

Isu DNA babi yang terdapat dalam makanan dan minuman terus menghantui umat Islam di ini apabila hari ini Jakim mengesahkan mentega Pure Creamery Butter-Golden Chun dari New Zealand mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi.

Setelah sekian lama berada di pasaran dan kemungkinan terdapat pengguna Islam yang sudah menggunakan produk mentega itu, Jakim berjaya mengesan bahan terlarang itu selepas membuat analisis bahan yang sama digunakann oleh pengusaha kek lapis di Sarawak yang sudah disahkan mengandungi DNA babi.

Malah wakil mentega itu sendiri sudah mengesahkan kewujudan bahan itu dalam produk keluaran mereka.

TintaDDR berharap pihak kerajaan terutama Jakim mencari jalan yang terbaik untuk menangani masalah itu bagi memberi satu jaminan keselamatan kepada orang Islam di negara ini.

Kekurangan anggota dan kesukaran untuk mengesan bahan terlarang itu bukanlah satu alasan yang harus diberikan setiap kali isu itu ditimbulkan oleh orang ramai termasuk oleh media.

Kerajaan sendiri harus mengambil langkah yang drastik bagi memastikan Jakim dapat menjalankan amanah yang dipikul tanpa sebarang kekakangan termasuk menambah kakitangan, mempercepatkan proses pembinaan makmal Jakim yang masih dalam proses pembinaan.

Contacts and information

Social networks

Most popular categories