banner

Berita back to homepage

SIKAP PASANGAN KEMBAR PERLU DICONTOHI(0)

Jika sembilan tahun lalu, ibu mereka memberi harapan sepenuhnya ketika menjalani rawatan pemisahan kembar siam di Hospital King Fahd Notional Guard, Bandar Perubatan King Abdul Aziz, Riyard, Arab Saudi, kini tiba giliran pasangan Ahmad dan Muhammad Rosli untuk menjaga ibu mereka yang menderita kanser payu dara.

Pasangan kembar siam yang kini berusia 13 tahun itu membantu melakukan kerja rumah termasuk menjaga ibunya, Aisah Kanda, 35, yang banyak menghabiskan masa di tempat tidur akibat masalah kanser terbabit.

TintaDDR yang membaca laopran Metro Ahad hari ini tersentuh dengan semangat yang ditunjukkan oleh kedua-dua pasangan kembar itu walaupun mereka mengalami kekurangan .

Moga cerita ini menjadi panduan kepada anak-anak lain di luar sana tentang pentingnya kita menjaga dan membalas jasa kedua ibu bapanya yang sebelum ini banyak berkorban demi melihat kejayaan kita.

MARLON KEMBALI KE KEDAH(1)

Peminat hijau kuning pasti teruja hari ini apabila awang import yang pernah membantu pasukan kenari itu meraih tiga kejuaraan selama dua musim berturut-berturut berminat untuk kembali ke Kedah bagi musim 2012.

Marlon Alex James yang menjadi nadi utama kepada kejayaan pasukan Hijau Kuning akan menjalani sesi ujian di Alor Setar pada pertengahan Oktober ini bersama beberapa pemain import lain termasuk dari Republik Czech.

Ketika pasukan lain sibuk memperkemaskan pasukan mereka bagi menghadapi Piala Malaysia, pengurusan Persatuan Bola Sepak kedah (KFA) terus bertindak pantas memanggil Marlon selepas dicadangkan oleh pengurus dan Ketua Jurulatih, Wan Jamak.

Kehadiran dua pemain import untuk setiap pasukan pada Liga Super musim baru nanti diharap dalam meningkatkan kualiti dan mutu bola sepak negara yang sudah menampakkan peningkatan selepas beberapa aksi lalu.

TindaDDR berharap persatuan bola sepak negeri tidak berburu-buru untuk mengambil pemain import dan pastikan pemain terpilih itu benar-benar berkualiti dan bukannya konsep tangkap muat sahaja.

Pastikan kehadiran mereka dapat membantu meningkatkan kualiti pemain tempatan dan mampu menarik penonton untuk ke stadium.

LANGKAH DRASTIK TANGANI ISU DNA BABI(2)

Isu DNA babi yang terdapat dalam makanan dan minuman terus menghantui umat Islam di ini apabila hari ini Jakim mengesahkan mentega Pure Creamery Butter-Golden Chun dari New Zealand mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi.

Setelah sekian lama berada di pasaran dan kemungkinan terdapat pengguna Islam yang sudah menggunakan produk mentega itu, Jakim berjaya mengesan bahan terlarang itu selepas membuat analisis bahan yang sama digunakann oleh pengusaha kek lapis di Sarawak yang sudah disahkan mengandungi DNA babi.

Malah wakil mentega itu sendiri sudah mengesahkan kewujudan bahan itu dalam produk keluaran mereka.

TintaDDR berharap pihak kerajaan terutama Jakim mencari jalan yang terbaik untuk menangani masalah itu bagi memberi satu jaminan keselamatan kepada orang Islam di negara ini.

Kekurangan anggota dan kesukaran untuk mengesan bahan terlarang itu bukanlah satu alasan yang harus diberikan setiap kali isu itu ditimbulkan oleh orang ramai termasuk oleh media.

Kerajaan sendiri harus mengambil langkah yang drastik bagi memastikan Jakim dapat menjalankan amanah yang dipikul tanpa sebarang kekakangan termasuk menambah kakitangan, mempercepatkan proses pembinaan makmal Jakim yang masih dalam proses pembinaan.

WIGAN ATHLETIC MINAT UJI BADDROL BAKTIAR(1)

JIKA benar seperti apa yang dilaporkan dalam akhbar Kosmo hari ini mengenai hasrat kelab Liga Perdana Inggeris, Wigan Athletic yang dilaporkan mahu menawarkan ujian percubaan kepada pemain skuad bola sepak kebangsaan, Badrul Bakhtiar, ini adalah satu berita yang amat positif untuk bola sepak negara.

TintaDDR juga sempat melayari laman web bola sepak United Kingdom, www.eyefootball.com dengan tajuk Baddrol Bakhtiar to join Wigan dan ternyata jelas memaparkan hasrat kelab untuk memberi peluang kepada pemain Kedah itu beraksi dengan kelab yang sedang meningkat naik itu.

Walaupun Badrol belum menerima surat rasmi daripada kelab terbabit, TintaDDR berharap ia akan menjadi kenyataan dan pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) perlu membuat tindakan susulan untuk memastikan hasrat yang dinyatakan dalam laman web itu menjadi kenyataan.

Sudah pasti perkembangan terbaru itu akan meningkatkan lagi semangat anak muda yang baru 23 tahun itu untuk terus beraksi cemerlang terutama ketika bersama skuad Harimau Malaya.

NABIL NIKAH 30 SEPTEMBER(3)

BEKAS pramugari syarikat penerbangan Air Asia menjadi pilihan artis komedi, Ahmad Nabil Ahmad,29 untuk menjadi isterinya dengan memilih tarikh 30 September ini sebagai tarikh bersejarah untuk disatukan sebagai suami isteri.

Nabil yang pernah terbabit dalam pelbagai kontroversi termasuk gambar ciumnya dengan seorang wanita mengambil keputusan untuk menamatkan zaman bujang bersama Nazirah Ayub, 23, yang dikenali sejak enam tahun lalu.

TintaDDR tertarik dengan kenyataan Nabil yang berhasrat untuk membawa isteri dan ibu bapanya untuk mengerjayakan umrah selepas majlis perkahwinannya nanti.

Juara Raja Lawak musim ketiga pasti tidak sabar untuk menunggu tarikh keramat berkenaan selepas mengharungi pelbagai dugaan dan cabaran sebagai seorang artis termasuk percintaannya dengan Irma Hasmie yang terputus selepas dua tahun bercinta.

Apa pun yang berlaku TintaDDR ingin mengucapkan selamat pengantin baru kepada Nabil dan Nazirah yang akan diijab kabul pada 30 September nanti.

SELAMAT BERJUANG DATUK LEE CHONG WEI(0)

PERTEMUAN antara Datuk Lee Chong Wei dan pemain China, Lin Dan dalam perlawanan akhir kejohahan dunia pada petang ini pasti dinantikan oleh rakyat Malaysia yang pasti ingin melihat kejayaan berpihak kepada permain nombor satu dunia itu.

Aksi final itu pasti menarik dan mendebarkan kerana kedua-dua pemain itu mempunyai corak permainan yang tersendiri yang mampu memikat hati penonton.

Pada peringkat separuh akhir semalam, Chong Wei mengalahkan juara bertahan Chen Jin dari China 21-13, 21-9 dalam masa 44 minit di Wembley Arena, London.

Chong Wei akan bertemu Lin Dan dari China yang mara ke peringkat akhir perseorangan lelaki selepas mengalahkan Peter Gade dari Denmark, 22-24, 21-7,21-15 dalam masa 75 minit.

TintaDDR yakin Chong Wei mampu mengalahkan Lin Dan dan menjadi rakyat Malaysia pertama yang menjuarai piala berkenaan. Selamat berjuang !!!

Penghijrahan Amer (Ruffedge), Azan (Ruffedge), Lah (V.E), Zaff (V.E) dan Pot (Innuendo)(0)

TintaDDR merasa kagum dengan kemunculan kerohanian Al Mawlid yang dianggotai dalam meluaskan lagi syiar Islam menerusi lagu nasyid.

Penghijrahan yang mereka lakukan itu jelas memberi suntikan baru kepada industri muzik dengan kepelbagaian genre muzik terutama lagu yang berunsur ketuhanan dan agama Islam.

Penampilan yang jauh berbeza jika dilihat dengan personaliti mereka sebelum ini adalah satu perubahan positif yang boleh memberi inspirasi kepada ramaja Islam untuk terus mendekati dan mencintai kehidupan berteraskan cinta Allah dan Rasul.

TintaDDR sentiasa mendoakan kumpulan Al Mawlid akan berterus berjaya dengan menggunakan plotform kesenian ini untuk berdakwah kepada masyarakat khususnya kepada remaja melalui lagu-lagu berunsur nasihat, selawat dan ketuhanan.

ISU HALAL HARAM CEMARKAN RAMADAN(0)

Ketika umat Islam menjalani ibadah ramadan, isu makanan halal dan haram terus menjadi bualan di dada akhbar. Terbaru, Jabatan Kesihatan Negeri Perlis mengesahkan sosej ayam yang dicampur pulut selain produk kepingan ayam tanpa jenama yang dijual secara meluas di negeri itu mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi yang dipercayai di bawa masuk dari Thailand.

Situasi ini pasti mengejutkan pengguna dan peniaga makanan itu sendiri terutama di negeri Perlis yang menggunakan bahan itu untuk dijual secara meluas terutama sekali di Sungai Bahru, Perlis. Bagi pengguna sendiri yang pernah membeli sosej yang dijual di situ, pasti akan merasa serik dan kecewa dengan apa yang berlaku.

Sebelum itu, di Sarawak pengusaha kek lapis dikejutkan dengan mentega yang digunakan mereka mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi yang sudah digunakan sejak sekian lama dalam menghasilkan kek yang begitu sinonim dengan negeri Sarawak.

Apa yang pasti keadaan yang berlaku itu akan memberi impak kepada peniaga yang sudah sekian lama menggunakan bahan berkenaan sebagai bahan utama dalam menghasilkan kek berkenaan.

TintaDDR berharap pihak bertanggungjawab dapat mengambil langkah segera dan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terbabit yang mengambil mudah akan isu halal haram itu.

Sampaikah bila pengguna akan terus tertipu dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab ini. i

PILIHAN MALAYSIA GEMPUR THE BLUES(0)

KOMBINASI pemain senior dan skuad bawah 23 Olimpik menjadi ramuan terbaik jurulatih Ong Kim Swee bagi menghadapi skuad elit liga Perdana Inggeris, Chelsea di Stadium Bukit Jalil, malam ini.

Kehadiran skuad yang dibarisi oleh pemain terbaik dunia seperti Fernando Tores, Didier Drogba, Ashleu Cole dan ramai pemain terbaik kelab The Blues itu pasti memberikan aksi terbaik kelas dunia kepada peminat dan pemain negara yang bakal beraksi pada malam ini.

Kehadiran puluhan ribu peminat fanatik The Blues dan peminat Harimau Malaya pasti memberi semangat kepada kedua-dua pasukan untuk beraksi dan menyajikan perlawanan bermutu tinggi.

TintaDDR yakin pasukan Pilihan Malaysia akan memberi saingan terbaik seperti yang ditunjukkan oleh skuad Datuk K Rajagopal semasa menentang Liverpool minggu lalu.

Selamat berjuang kepada skuad Pilihan Malaysia dan kepada peminat bola sepak negara, teruskan memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada skuad negara.

SEMANGAT KAMIKAZE PASUKAN WANITA JEPUN PERLU DICONTOHI(0)

kEJAYAAN pasukan bola sepak wanita Jepun muncul sebagai juara baru Piala Dunia di Jerman semalam harus dijadikan inspirasi kepada pasukan bola sepak Harimau Malaya yang bakal beraksi dalam dua pertandingan kelayakan iaitu kelayakan Piala Dunia pusingan kedua dan Olimpik.

Tidak banyak perhatian diberikan kepada pasukan matahari terbit yang tampil sebagai pasukan bukan pilihan dari Asia sehingga mereka berjaya layak ke akhir menumpaskan pasukan pilihan, Sweden.

Semangat juang ‘Kamekaze’ yang ditunjukkan oleh pasukan wanita Jepun walaupun mereka hampir tewas perlu diambil oleh setiap pemain negara terutama skuad Harimau Malaya yang bakal bertandang ke Singapura sabtu ini.

Peningkatan mutu permainan dan semangat juang tinggidalam dua perlawanan persahabatan menentang kelab dunia, Arsenal dan Liverpool harus dijadikan modal besar untuk di bawa ke sana nanti.

Sokongan padu dan berterusan peminat bola sepak negara turut ditagih dalam usaha untuk memberi sokongan moral kepada setiap pemain anak didik Datuk K Rajagopal itu.

Aksi sepakan percuma Safiq Rahim dan sentuhan emas penyerang Safie Ali pasti ditunggu-tunggu dalam perlawanan pusingan kedua di Singapura nanti.

Marilah sama-sama kita sebagai rakyat Malaysia berdoa untuk kejayaan pasukan Harimau Malaysia. Tiada yang mustahil dan Malaysia BOLEH!!!

Contacts and information

Social networks

Most popular categories