banner

Berita back to homepage

ASHRAF VS ALEESHA(1)

HASRAT seorang pemuda untuk menukar jantina kepada wanita tidak kesampaian apabila Mahkamah Tinggi Kuala Trengganu menolok permohonan lelaki semalam.

Pemuda itu, Mohd Asraf Hafiz Abdul Aziz, 26, dari Kampung Telaga Daeng, Seberang Takir sebelum itu memohon untuk menukar jantina dengan nama Aleesha Farhana Abdul Aziz.

Keputusan penting menamatkan kebimbingan orang ramai yang agak terkejut dengan keputusan pemuda itu untuk menukar jantina dengan alasan tidak memiliki sifat lelaki sejak kecil selain memudahkannya untuk memasuki pusat pengajian tinggi sebagai seorang wanita.

Pemuda itu patut bersyukur dengan anugerah yang Allah berikan kepadanya dan tidak sepatutnya mengubah apa-apa yang cipta termasuk menukar jantina.

Semua pihak harus berusaha untuk memberi sokongan kepada pemuda berkenaan agar dia menerima dirinya dan kembali ke jalan yang benar.

Semoga kes terjadi itu akan memberi iktibar kepada semua pihak termasuk ibu bapa dalam usaha membentuk peribadi anak-anak dengan ilmu agama dan nilai jati diri peribadi muslim.

TERUS SOKONG PASUKAN HARIMAU MALAYA(0)

PEMINAT setia pasukan Liverpool pasti memenuhi Stadium Bukit Jalil petang ini untuk menyaksikan pasukan kesayangan mereka bertemu dengan pasukan Harimau Malaya di bawah bimbingan Datuk K. Rajagopal.

Pertemuan bersejarah itu pasti dinantikan oleh semua peminat bola sepak di negara ini dan pendedahan ini amat diperlukan oleh skuad muda Harimau Malaya yang diketuai oleh Safiq Rahim.

Kekalahan kepada Arsenal harus dijadikan sebagai pembakar semangat kepada mereka untuk terus menampil aksi menarik menarik serta mampu memberi aksi terbaik kepada pasukan terbaik dunia.

Bukan kemenangan yang dipinta tetapi semangat juang ‘Malaysia Boleh’ harus ditanam dalam setiap pemain yang beraksi bagi menghadapi pemain terbaik dunia yang turut disokong oleh ribuan penyokong fanatiknya petang ini.

Peminat tempatan juga harus memberi peluang kepada pasukan Harimau Mua untuk beraksi pada petang dan terus memberi sokongan yang tidak berbelah bagi kepada pasukan negara.

Sokongan padu dari peminat negara amat diperlukan seperti yang disuarakan oleh Rajajopal dalam akhbar hari ini yang meminta peminat memakai baju Malaysia dan tidak memperlekehkan pasukan negara.

TintaDDR yakin pasukan Harimau Malaya mampu menunjukkan aksi terbaik pada petang ini. Pengalaman berharga ini amat penting sebagai bekalan untuk bertemu dengan pasukan Singapura dalam kelayakan Piala Dunia nanti.

MENGAPA GRADUAN GAGAL DALAM TEMUDUGA(0)

TintaDDR tertarik dengan topik yang dibincangkan dalam akhbar Berita Harian sisipan Varsiti hari ini yang membicarakan mengenai kegagalan graduan dalam menghadapi temuduga.

Kegagalan graduan dikaitkan dengan perkara remeh antaranya berpakaian kurang kemas seolah-olah mereka memandang remeh etika profesionalisme semasa menghadiri temuduga.

TintaDDR melalui pengalaman pihak pengurusan dR Group (dRG) turut mengalami masalah yang sama seperti yang diutarakan dalam akhbar berkenaan.

Selain etika pakaian, ramai graduan yang menghadiri temuduga tidak membuat persedian dan persiapan yang sepatutnya termasuk mengkaji bidang kerja yang dipilih dan latar belakang organisasi terbabit.

Dengan membawa segulung ijazah dan diploma yang dimiliki, mereka menganggap perkara yang dibincangkan di atas adalah remeh dan tidak penting.

Lebih mendukacitakan lagi, ada graduan yang takut untuk memilih bidang kerja mengikut kelayakan ijazahnya dan lebih rela menggunakan sijil akademik yang lebih rendah dengan alasan mereka tidak mampu dan tidak bersedia untuk memikul tanggung jawab itu nanti.

TintaDDR berharap sikap sebahagian graduan ini perlu dikikis untuk memastikan tempoh mereka melanjutkan pelajaran di peringkat tertinggi itu tidak sia-sia dan merugikan semua pihak termasuk ibu bapa.

Keyakinan diri, sikap positif, berani mencuba dan ketrampilan diri perlu disemat dalam setiap graduan yang bakal menghadapi temuduga.

JANGAN TINGGALKAN ANAK DALAM KERETA(0)

KEMATIAN seorang pelajar tahun empat di Seremban seperti yang dilaporkan dalam akhbar hari ini akibat tertinggal dalam kereta lebih enam jam wajar diberi perhatian oleh ibu bapa dan kita semua.

Kes yang membabitkan kematian kanak-kanak dalam kereta yang tinggalkan oleh ibu bapa sering dilaporkan dan kes itu terus berlaku walaupun ia secara tidak sengaja.

Kita sering melihat sebahagian ibu bapa sering meninggalkan anak mereka bersendirian di dalam kereta dengan keadaan enjin yang dihidupkan terutama diperhentian stesyen minyak, kedai 24 jam dan kawasan Rehat dan Rileks (R&R) di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan.

Keadaan itu jelas mengundang bahaya kepada keselamatan anak yang ditinggalkan dalam kereta terutama apabila tingkap ditutup rapat dan tiada pergerakan udara berlaku di dalam kereta berkenaan.

TintaDDR berharap ibu bapa akan memberi perhatian agar kejadian yang sama tidak akan berulang kepada anak yang kita sayangi.

TANGGUNG JAWAB BERSAMA TANGANI ISU SOSIAL(0)

Semua pihak perlu menghayati statistik terbaru ini iaitu sejumlah 235,000 bayi atau sembilan peratus daripada keseluruhan 2,28 juta kelahiran yang didaftarkan antara tahun 2006 dan 2010 adalah bayi luar nikah dan daripada jumlah itu 34.5 peratus aatau 81,00 adalah Islam.

Kajian terbaru Universiti Tunku Abdul Rahman membabitkan 2,800 remaja berusia antara 15 dan 25 tahun itu mendapati 21 peratus pernah mengadakan hubungan seks sebelum berkahwin.

TintaDDR mengajak semua pihak termasuk ibu bapa, pemimpin, jiran, persatuan penduduk, pengurusan sekolah, kolej dan universiti dan komuniti masyarakat melihat angka ini sebagai satu tanggung jawab untuk kita sama-sama menanganinya.

Jangan biarkan anak bangsa terus hilang arah dan memilih keseronokan bersosial sebagai pilihan utama dalam hidup mereka.

Jiran sepakat membawa berkat. Cubit paha kiri, paha kanan terasa. Pepatah yang perlu diiterapkan semula agar gejala yang berlaku ini dapat ditanggani secara bersama.

RAWATAN TERAPI PERCUMA dR PRESTIGE(0)

Presiden dR Group (dRG), Datuk Dr Che Rozmey Din menjemput pengguna 1 Malaysia untuk mencuba terapi elektrostatik mesin dR Prestige secara percuma di ibu pejabat dRG di Jitra.

Perkhidmatan produk terbaru itu bermula jam 9.00 pagi hingga jam 6.00 petang dan amat sesuai untuk pengguna yang mengalami permasalahan kesihatan.

JANGAN AMBIL MUDAH, JALANI PEMERIKSAAN KESIHATAN(0)

Ramai yang kurang memberi tumpuan kepada penjagaan kesihatan terutama yang membabitkan pemeriksaan kesihatan secara berjadual.

Mungkin ada di antara kita yang sentiasa menjalani pemeriksaan kesihatan setiap tiga bulan atau dua kali setahun. Mungkin juga ada diantara kita yang tidak pernah langsung melakukan pemeriksaan kesihatan.

Pelbagai alasan diberikan termasuklah sibuk, takut dan ada juga yang mengganggap pemeriksaan itu tidak penting memandangkan dia sihat, aktif bersukan dan sebagainya.

TintaDDR mengajak semua pengguna untuk menjalani pemeriksaan kesihatan di klinik kerajaan atau swasta bagi memastikan tahap kesihatan kita sentiasa dalam keadaan terbaik.

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Terdapat terlalu banyak kes yang membabitkan serangan penyakit secara mengejut terutama yang membabitkan golongan lelaki.

Ayuh!!! bertindak untuk kesihatan yang konsisten.

SYABAS SKUAD HARIMAU MALAYA(1)

Kelekaan pemain pertahanan Malaysia di separuh masa kedua perlawanan menyebabkan pasukan Taiwan berjaya menjaring satu gol sebagai bekalan untuk bermain di padang sendiri pada 3 Julai nanti.

Malaysia yang mendahuli 2-0 melalui jaringan kapten Safiq Rahim pada minit ke 27 dan Mohamad Aidil Zafuan Abdul Razak minit ke 54 gagal mempertahankan kedudukan itu apabila pemain Taiwan, Chen Po Liang berjaya menjaringkan gol pada minit ke 75 bagi merapatkan jurang gol.

Namun begitu pujian harus diberikan kepada skuad bimbingan K. Rajagopal apabila berjaya mencatakan kemenangan dan mempamerkan aksi perlawanan yang boleh dibanggakan peminat bola sepak negara.

TintaDDR yakin skuad Harimau Malaya mampu mengekalkan rentak kemenangan apabila bertandang ke Taiwan pada Ahad nanti.

Semua pemain harus fokus kepada perlawanan penting itu bagi mengalas harapan rakyat Malaysia bagi melayakkan diri ke aksi pusingan ketiga kelak.

Selamat berjuang skuad Harimau Malaya!!!

JANGAN MUDAH TERPEDAYA(0)

Hajat seorang wanita untuk mendapatkan bentuk badan langsing tidak kesampaian apabia dia terpedaya dengan tipu muslihat sebuah pusat rawatan melansingkan badan di Ipoh.

Wanita berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Rozita, 30 mendakwa pusat rawatan itu menipunya dengan mendakwa berat badannya turun 10 kiligram selepas mendapat rawatan di situ selepas mengeluarkan kos sebanyak RM3,900.

Namun dia mula menyedari dirinya tertipu apabila mendapatkan rawatan di sebuah hospital di Ipoh apabila doktor memintanya untuk menuruknkan berat badan.

Menyedari keadaan itu dia membuat tuntutan di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) dan syarikat berkenaan perlu membayar ganti rugi kepadanya dalam tempoh 14 hari.

TintaDDR berharap pengguna akan lebih berhati-hati dalam usaha untuk menurunkan berat badan.

Jangan mudah terpengaruh dengan tipu muslihat pihak terbabit yang hanya memikirkan soal keuntungan termasuk lanun produk tiruan yang bersekongkol dengan pihak tidak bertanggungjawab untuk menjual produk tiruan di pasaran terbuka.

USOP WILCHA HANGATKAN HOT FM(3)

KEHADIRAN Usop Wilcha dalam konti Hot FM pagi ini telah menghangatkan lagi konti stesyen radio yang terkenal dengan tag Lebih Hangat Daripada Biasa.

Celotehnya yang bersahaja dan tag “kita bakor aje’ menyebabkan peminat tidak kering gusi dan ini pasti memberi satu impak positif kepada ranking stesyen radio berkenaan

Gandingan bersama Farah Fauzana, Faizal Ismail dan AG menggamatkan konti stesyen berkenaan apabila topik oreintasi dipilih untuk menyambut kehadiran pelakon filem Hantu Kak Limah Balik Rumah.

Kehadirannya pasti ditunggu oleh peminat Hot FM yang inginkan angin perubahan dalam segmen AM Krew bergandingan dengan Krew
Mampukah populiriti Usop Wilcha menarik minat pendengar stesyen radio lain untuk bersama Hot FM dan seterusnya melonjakkan ranking stesyen radio berkenaan.

Contacts and information

Social networks

Most popular categories