banner

Berita back to homepage

5598b7cffdb844679b9a0b168212e783 TAHNIAH KERAJAAN NEGERI MELAKA(2)

TintaDDR ingin merakamkan ucapan tahniah kepada kerajaan Melaka dan Kementerian Kesihatan kerana mewartakan lima kawasan seluas 338 hektar di negeri itu sebagai zon bebas asap rokok.

Mulai 15 Jun nanti, perokok tegar di negeri itu dan pelancong tidak dibenarkan merokok di bandar warisan dunia, Melaka Raya, Melaka International Trade Centre (MITC), pusat bandar Alor Gajah dan pusat bandar Jassin.

Langkah berani itu mungkin tidak disenangi oleh perokok tetapi ia amat baik dalam melindungi orang ramai terutama wanita dan kanak-kanak daripada tertedah kepada asap rokok yang boleh memudaratkan kesihatan.

TintaDDR berharap kerajaan negeri lain mengambil langkah sama dan mencontohi negeri Melaka bagi memastikan masyarakat hidup dalam keadaan sihat tanpa asap rokok.

LINA ATLIT SUKAN NEGARA PERLU CONTOHI LI NA(0)

ATLIT sukan negara perlu mengambil semangat dan mencontohi pemain tenis China, Li Na yang muncul sebagai pemain pertama Asia memenangi gelaran Grand Slam selepas menjuari Terbuka Perancis.

Semangat dan komitmen yang tinggi sepanjang pembabitannya dalam karier tenis akhir membuah hasil apabila dia berjaya memecahkan monopoli pemain tenis dari Eropah, Amerika dan Rusia yang sering menghalang untuk bergelar juara.

Walaupun sukan tenis tidak sebegitu popular seperti sukan badminton di China, Li Na kini menjadi ikon baru di Asia dan menjadi kebanggaan rakyat China.

TintaDDR berharap atlet di negara ini khusus dalam sukan tenis mengambil Li Na sebagai sumber motivasi untuk terus berjaya dalam sukan yang masih belum berjaya melahirkan bintang sukan terkenal.

Kita berharap sukan tenis di Malaysia juga mampu melahirkan bintang tenis terkenal bertaraf dunia seperti Li Na.

ec14f06ec0834065a7abb0ba0f5be6f1 RASUAH CEMAR SUKAN NO 1 MALAYSIA(3)

Adakah skandal rasuah pada tahun 1994 dan 1995 yang melibatkan lebih 100 pemain serta jurulatih yang disyaki mengatur keputusan perlawanan Piala Malaysia dan Liga Perdana akan berlaku pada pada tahun ini.

Mungkinkah hukuman yang pernah dikenakan kepada 26 pemain yang di dibuang daerah dan tindakan Lembaga Disiplin FAM pula menggantung penyertaan antara satu hingga lima tahun terhadap 57 pemain serta seorang penolong jurulatih tidak cukup kuat untuk menghalang pemain dari terus terlibat dalam gegala tidak bermoral ini.

Pendedahan oleh jururlatih T-Team di media mengenai kewujudan pemain kelab berkenaan yang terbabit dalam gejala rasuah cukup mengecewakan peminat bola sepak di negara ini termasuk pengurusan pasukan yang seolah-olah tertipu dengan tindakan permain terbabit.

TintaDDR berharap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selaku badan induk sukan nombor satu di Malaysia mengambil langkah drastik untuk mengekang masalah ini dari terus berlaku demi menyelamatkan maruah sukan bola sepak negara.

Persatuan bola sepak negeri juga perlu bekerjasma dengan FAM dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat pemain dan individu yang terbabit sehingga mereka di bawa ke muka pengadilan.

BUANG BAYI SELAMATKAN BAYI YANG TIDAK BERDOSA(0)

Seolah-olah hilang akal dan kembali ke zaman jahiliah, bayi yang tidak berdosa dibunuh dengan begitu kejam oleh mereka yang tidak berperikemanuasian yang hanya memikirkan jalan mudah untuk melepaskan masalah yang ditanggung.

Terbaru, seorang bayi yang baru dilahirkan dan masih bertali pusat ditemui mati dengan kepala berkecai akibat dibuang dari tingkat lima sebuah pangsapuri di Sentul Utama, malam kelmarin.

TintaDDR merasa sedih dengan kes yang berlaku ini dan individu yang bertindak membunuh bayi itu jelas begitu kejam hanya semata-mata untuk menutup perbuatan tidak bermoral mereka.

Mengapa bayi yang tidak berdosa perlu menjadi mangsa sedangkan pelbagai jalan lain boleh diambil oleh individu berkenaan untuk menyelamatkan bayi berkenaan.

Jelas kepincangan yang berlaku dalam masyarakat itu perlu dilihat dengan lebih mendalam oleh pihak yang berwajib dan institusi kekeluargaan juga perlu diperkemaskan selain memilih jalan kerohanian untuk kenal Islan dan Yang Maha Pencipta.

8338cee04dfb402e853a6fe52efbbffa TUN MAHATHIR KELUAR IJN(1)

TintaDDR mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat beristirehat kepada Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang dibenarkan keluar daripada Institut Jantung Negara, kelmarin.

Perkembangan itu jelas menggembirakan seluruh rakyat Malaysia yang sentiasa mendoakan akan kesejahteraan beliau yang mula dimasukkan ke dalam IJN pada 18 Mei lalu akibat jangkitan dada.

MESI BARCELONA JUARA(1)

Pedro Rodriguez, Lionel Messi dan David Villa menjadi pemusnah kepada Manchester United untuk merangkul kejuaraaan Liga Juara-Juara awal pagi tadi buat kali keempat apabila membenam juara Liga Inggeris, 3-1.

Perlawanan yang mendebarkan itu cukup menghiburkan dan juara Liga Sepanyol yang dibarisi oleh pemain terbaik dunia membuktikan mereka adalah kelab terbaik yang perlu dihormati.

Jutaan peminat bola sepak dunia termasuk di Malaysia pasti terhibur dengan perlawanan malam tadi yang menyaksikan penyerang Englang turut mencatatkan nama sebagai penjaring dalam perlawanan yang menawarkan hadiah RM545 juta untuk juara dan RM315 juta untuk naik juara.

LIGA JUARA PERTEMBUNGAN TERHEBAT LIGA JUARA-JUARA(0)

MAMPUKAN pasukan Mancester United membalas dendam terhadap kekalahan dua tahun lalu kepada Barcelona dalam perlawanan akhir liga Juara-Juara pada awal pagi ini.

Perlawanan terhebat itu yang berlangsung di Stadium Wembley, London pasti dinantikan oleh peminat bola sepak di seluruh dunia termasuk di negara ini.

Pencaturan kedua-dua jurulatih iaitu Sir Alex Ferguson bagi Manchester United dan Pep Guardiola (Barcelona) amat penting untuk memastikan piala kebanggaan itu dapat dibawa pulang oleh pasukan masing-masing.

Ramai yang memilih pasukan Barcelona berdasarkan kepada prestasi semasa dan barisan pemain terbaik dunia yang berada dalam kesebelasan utaman pasukan Sepanyol itu.

Nama besar seperti Messi, David Villa, Andres Iniesta, Xavi Hernandez, Daniel Alves menjadi pasukan Barcelona cukup digeruni oleh pasukan lawan terutama ayam tambatan mereka, Messi.

Namun kejayaan Manchester United menjuari Liga Inggeris dan kebangkitan pemain seperti Wayne Rooney, Hernandez dan Ji Sung di lihat mampu memberi ancaman kepada pasukan lawan mereka.

TindaDDR yakin perlawanan pada awal pagi ini akan menjadi satu perlawanan terbaik dalam sejarah Liga Juara-Juara.

FUTSAL TAHNIAH HARIAN METRO DAN KOSMO(1)

PEMBABITAN dua akhbar harian utama, Harian Metro dan Kosmo dalam penganjuran bola sepak Futsal adalah satu usaha positif ke arah pembangunan bola sepak negara terutama dalam melahirkan pemain berbakat untuk mewakili negara.

usaha itu dilihat mampu menarik minat rakyat di negara ini untuk terus aktif bersukan khususnya dalam pertandingan yang dianjurkan.

Karnival Futsal Metro yang diadakan setiap tahun terus mendapat sambutan yang hebat daripada pasukan yang bertanding manakala Kosmo melalui Rentap Futsal Kosmo tampil dengan pelbagai katerogi baru sehingga mendapat sambutan luar biasa dari pasukan dari seluruh negara.

Ini jelas dilihat apabila kedua-dua akhbar melalui laman sukan memperuntukkan ruang yang banyak untuk menyiarkan mengenai berita mengenai pertandingan futsal yang dianjurkan termasuk pasukan yang terbabit.

Keadaa ini jelas memberi impak yang positif kepada pembangunan sukan futsal di negara ini khusus dalam menarik golongan remaja untuk bersukan.

TintaDDR ingin mengucap tahniah kepada pengurusan akhbar Harian Metro dan Kosmo yang tampil menganjurkan sukan 1 Malaysia itu.

d1d0d30cb17e4f16a3f3baacd3193d9f RASUAH BOLA SEPAK NEGERI SEMBILAN: DI MANA SILAPNYA(0)

Peminat bola sepak negara terkejut apabila Menteri Besar Negeri Sembilan yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS), Datuk Seri Mohamad Hassan membuat laporan polis mengaitkan pasukan Piala Presidennya terbabit dalam mengatur keputusan perlawanan sehingga menjejaska prestasi pasukan berkenaan.

Sehingga kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah pun menerima laporan polis mengenai siu rasuah berkenaan.

Apa yang berlaku ini jelas mengecewakan peminat setia Hoben Jang Hoben itu yang sentiasa memberi sokongan padu kepada pasukan Negeri Sembilan khusus skuad pelapis Piala Presiden setiap kali perlawanan berlangsung.

Ramai peminat memberi reaksi yang pelbagai dalam laman sosial termasuk mengaitkan isu rasuah dengan skuad Liga Super Negeri Sembilan yang menunjukkan prestasi hambar pada tahun ini.

Perletakan jawatan Wan Jamak sebagai ketua jurulatih dan kemasukan jurulatih baru, Mohd Azrai Khor Abdulah tidak memberi perubahan besar kepada pasukan yang,menunjukkan aksi terbaik pada tahun lalu.

TintaDDR berharap tiada pemain Liga Super yang terbabit dalam aktiviti tidak bermoral itu yang jelas akan memberi impak besar kepada masa depan pasukan dan individu itu sendiri.

Jika terbukti ada pemain yang menerima rasuah, keputusan tegas oleh badan induk, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) perlu dilaksanakan sebagai hukuman kepada pemain terbabit.

PNBS sendiri perlu meyakinkan peminat Negeri Sembilan agar mereka terus menyokong pasukan kesayangan mereka dan menyerah isu itu kepada PBNS untuk bertindak.

53b9df2ef4e74d78a8c31edc07052902 LELAKI MOHON TUKAR NAMA WANITA(1)

Tindakan seorang lelaki di Kuala Trengganu yang memohon Mahkamah Tinggi, Kuala Trengganu membenarkan dia menukarkan kepada nama perempuan jelas menjadi topik perbualan masyarakat.

Mohd Ashraf Abd Aziz, 25 memohon menukar namanya kepada Aleesha Farhana Abd Aziz selepas menjalani pembedahan menukar jantina do Thailand antara 2008 hingga 2009.

Dia mendakwa lebih cenderung kepada perwatakan wanita meminta mahkamah membenarkan menukar jantina bagi membolehkan dia menjalani kehidupan sebagai seorang wanita seterusnya menlanjutkan pelajaran ke instirusi pengajian tinggi sebagai seorang wanita.

Timbalan Mufti Trengganu berkata, perbuatan menukar jantina tetap haram disisi Islam dan berdosa besar dan ia mengubah kejadian yang Allah ciptakan. Alasan kononnya mempunyai naluri wanita tidak boleh diterima kerana asal kejadian lelaki dan perasaan itu hanyalah hasutan dan mainan syaitan.

TintaDDR berharap rakyat Malaysia bersama-sama doa akan lelaki itu akan sedar dan kembali ke hukum Allah dan menarik balik petisyen memohon mahkamah menukar namanya kepada wanita.

Contacts and information

Social networks

Most popular categories