banner

Berita back to homepage

anakyatim2 SALAM TAKZIAH – AL FATIHAH(1)

Salam takziah kepada kesemua 16 mangsa yang terbabit dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat.

Dalam kejadian pada pukul 2.30 petang semalam itu mengakibatkan 25 orang terdiri daripada penghuni, warden dan kakitangan rumah anak yatim itu tertimbus. 16 orang ditemui mati manakala sembilan yang lain cedera, tiga daripadanya kritikal.

Semoga roh mereka dirahmati Allah dan mangsa yang kritikal dan cedera sembuh dengan segera. Bersama kita sedekahkan Al-Fatihah untuk mangsa terbabit.

ahmad fetri FEDTRI YAHYA PILIH GURU JADI TEMAN HIDUP(3)

TintaDDR ingin mengucapkan tahniah kepada pengacara dan personaliti Malaysia Hari Ini Fedtri Yahya, 30, yang memilih seorang guru,Nurul Anati Ismail, 26, sebagai pasangan hidupnya selepas enam bulan berkenalan. pada 28 Mei ini.

Majlis akad nikah akan diadakan di rumah pengantin perempuan pada 28 Mei ini di Pengkalan Machang, Pasir Mas, Kelantan dan pasangan terbabit akan majlis sederhana bertema tradisional pada tarikh berkenaan di sebelah perempuan manakala pada 11 Jun depan di Arena Square, Pengkalan Baru, Pantai Remis, Perak.

ikim SLOT TAJAAN dR GROUP DI IKIM.FM , 2.30 PM (19.4.2011) !!!(2)

Pastikan untuk bersama slot tajaan dR Group untuk mendapatkan info-info produk dan kesihatan daripada presiden dR Group Datuk Dr. Rozmey Che Din yang akan keudara pada jam 2.30 petang(19.04.2011) ini di IKIM.FM

Pastikan anda TIDAK KETINGGALAN

IKIM.FM http://www.ikimfm.my/ikimfm/

ONG NIAT MURNI BERAKHIR TRAJEDI(1)

Niat murni seorang lelaki untuk membantu pasangan suami isteri yang tersepit akibat kemalangan jalan raya berubah menjadi trajedi apabila dia dirempuh dari belakang oleh sebuah kereta berhampiran Tesco, Ampang, awal pagi kelmarin.

Akibat kejadian itu, Ong Kim Koon, 52 hilang kaki kanan dari paras paha manakala kaki kirinya patah akibat dirempuh sebuah Toyota Estima yang memecut laju sebelum melarikan diri.

TintaDDR kagum dengan sikap Ong yang menunjukkan sikap murni untuk membantu pasangan suami isteri yang tersebit dalam kenderaan Perodua Viva. Namun kecuaian pemandu lain menyebab dia menderita sepanjang usia.

TintaDDR berharap orang ramai yang melihat kejadian dapat menghubungi polis untuk memastikan pemandu Toyata Estima yang melarikan diri dapat diberkas agar nasib Ong terbela.

kencing WARGA EMAS BELASAH DAN KENCING MUKA ISTERI(0)

TintaDDR terkejut apabila membaca akhbar Harian Metro hari ini apabila seorang warga emas bukan sahaja menumbuk dan memukul isterinya dengan tongkat tetapi turut kencing muka isterinya yang dikahwininya sejak 26 tahun lalu hanya kerana diminta untuk membuang sampah.

Tindakan tidak beradab itu suami durjana itu yang jelas sukar diterima akal memandangkan isterinya hanya meminta tolong untuk membuang sampah.

Mengapa dia sanggup memperlakukan isterinya sedemikan rupa sehingga menjatuhkan maruah isterinya yang dikahwini sejak 26 tahun lalu.

TindaDDR berharap pihak berwajib dapat mengambil tindakan segera kepada warga emas berkenaan yang masih bersikap panas baran walaupun usia ditelan zaman.

Warga emas berkenaan juga perlu diberi kaunseling Islam agar mengetahui akan tanggung jawabnya sebagai ketua keluarga.

Ada

logo1belia1malaysia 1 MALAYSIA 1 BELIA(2)

GOLONGAN belia hari ini menjadi perhatian kerajaan Malaysia kerana mereka merupakan generasi akan datang yang bakal mengambil alih negara kelak.

Namun sedikit mengecewakan tinta DDR adalah mengenai kehidupan mereka kini terjebak dengan gejala sosial yang semakin menjadi-jadi pada era serba canggih ini.

Hal ini berlaku adalah kerana golongan belia yang dianggap sebagai pelapis untuk memimpin negara terdedah dengan budaya barat yang semakin hari menular di negara in tanpa batasannya sekaligus menjadi ikutan kehidupan seharian mereka.

Jadi bertindak sebagai masyarakat yang prihatin terhadap belia hari ini kita sepatutnya memberikan penekanan yang mantap terhadap budaya kita yang semakin pupus dimamah dek arus pembangunan dan memupuk sifat murni supaya gejala buruk sebegini dapat dielakkan.

Bak kata pepatah meluntur buluh biarlah dari rebungnya iaitu kita seharusnya menitik beratkan sejak awal kelahiran sebelum meningkat remaja mengenai corak kehidupan yang positif.

Sekiranya ajaran dan didikan berlandaskan ajaran Islam diberi secukupnya permasalahan sebegini sedikit sebanyak mengurangkan kadar golongan belia yang terlibat dengan budaya pnegatif itu.

Maka disitulah lahirnya generasi yang mempunyai pengetahuan yang tinggi memikul tanggungjawab mereka untuk megara pada masa akan datang.

Oleh itu, tinta DDR berharap memohon kepada masyarakat agar sifat tuding menuding jari diantara satu sama lain berlaku tetapi sebaliknya kita bersepakat agar berjaya membanteras gejala buruk ini dengan sebaiknya.

SIAPA YANG BERSALAH(1)

Tindakan seorang pemuda di Kampung Alor Madi, Alor Setar yang membakar rumah keluarganya hanya kerana ibunya tidak memberi wang sebanyak RM200  adalah tindakan yang tidak wajar dilakukan dan perlu diberi perhatian oleh pelbagai pihak termasuk masyarakat.

Kejadian seperti ini bukan pertama kali berlaku malah kejadian yang membabitkan anak membelasah, menendang, menumbuk, menikam dan lebih dasyat lagi apabila membabitkan kejadian membunuh ibu bapa kini menjadi topik perbicangan di media massa.

Ada yang mengaitkan dengan masalah sosial seperti penyalahgunaan dadah  dan tidak kurang juga yang dikaitkan dengan tekanan jiwa yang dialami oleh suspek itu sendiri.

Yang tidak bersalah akan menjadi mangsa. TintaDDR percaya kemelut yang berlaku kepada institusi keluarga di Malaysia ini pasti ada jalan penyelesainnya.

Jalan terbaik adalah kembali kepada asas paling utama iaitu kenal Allah, Rasul dan Islam itu sendiri.

USAHA AYAH SELAMAT DUA BERADIK(1)

Kesungguhan dan doa seorang ayah di Kampung Perpat, Kota Serang Semut, Kedah mencari dua anak perempuannya yang berumur 12 tahun dan 14 tahun yang tidak pulang ke rumah selepas ke kedai runcit dimakbulkan Tuhan apabila dia sendiri menemui anaknya lapan kilometer (km) dari kampungnya pagi semalam.

TintaDDR kagum dengan semangat Mohd Sofi Sudin, 39, yang tidak berputus asa mencari kedua anak perempuannya sehingga dia sendiri berjaya memberkas seorang lelaki yang membawa lari anaknya dengan  sebuah kereta Perodua Kancil.

Dengan bantuan orang ramai, lelaki berkenaan berjaya ditangkap di sebuah stesyen minyak di Tebengau, Simpang Empat Sala, Alor Setar selepas kenderaannya dipercayai kehabisan minyak.

Moga kejadian ini  menjadi iktibar kepada semua terutama remaja yang perlu lebih berhati-hati apabila keluar rumah terutama ketika waktu petang.

Dunia akhir zaman MISS UNIVERSE PAHANG 2010(2)

TINTA DDR semakin hari semakin ‘confuse’ dengan peredaran era globalisasi yang semakin meningkat maju hari ini sehingga tidak berapa kenal samada pertandingan yang berlangsung itu “Miss atau Mr Universe 2010.”

Kecoh diruangan internet dan laman sosial facebook mengenai isu pertandingan ratu cantik yang berlangsung di Pahang baru-baru ini.

Melibatkan bapok-bapok atau nyah seluruh Malaysia berhimpun melakukan pertandingan yang dilangsungkan dengan penuh gilang gemilang.

Golongan rakyat 1 Malaysia kini begitu terkilan dan marah terhadap pertandingan yang dianjurkan ini kerana pertandingan itu seolah-olah mendorong dan menyokong mereka untuk kekal sebagai ‘nyah’.

Disamping itu, pertandingan sebegini juga boleh mengakibatkan generasi-generasi akan datang terjebak dengan gejala-gejala yang begitu menjijikkan itu.

Menjadi persoalan seluruh rakyat Malaysia adalah siapa yang meluluskan agar pertandingan sebegini dilangsungkan dengan begitu meriah sekali? Dan untuk apa pertandingan yang dianjurkan itu dilangsungkan?

Pelbagai persoalan yang menyelinap masuk ke kotak pemikiran masyarakat seluruh pelusuk negara ini mengetahui tujuan sebenar program sebegitu dianjurkan.

Jadi, berkesempatan ini tinta DDR memohon agar tidak lagi berlaku perkara sebegini pada masa akan datang dan berharap agar pihak yang bertanggungjawab tampil memberikan keterangan sekaligus merungkai persolan yang menimbulkan kekusutan terhadap golongan bangsa 1 Malaysia terutamanya yang beragama Islam.

IMG_6259 DDR: BILA FILEM KEDUA ?(2)

RAMAI pengarah filem di Malaysia termasuk dari Indonesia dan Thailand menghubungi dan menghantar kertas kerja kepada Datuk Dr Che Rozmey Che Din untuk jalinan kerjasama dalam menghasilkan filem kedua selepas 2 Alam.

Fenomena ini berlaku selepas mereka melihat kegigihan dan komitmen penerbit dR Movie Production itu dalam memasarkan filem 2 Alam dengan acuan dan cara tersendiri.

TintaDDR melihat perkara ini sebagai satu perkembangan yang positif dan difahamkan Datuk Che Rozmey akan terus berkarya dalam industri hiburan dan filem.

Adakah beliau akan menghasilkan filem kedua yang lebih mencabar, penuh kontroversi dan lebih baik dari 2 Alam. Sama-sama kita tunggu perkembangan terkni juwatan produk kesihatan di Malaysia.

Contacts and information

Social networks

Most popular categories