banner

Berita back to homepage

TELUR AYAM TIRUAN PENGGUNA WASPADA, LANUN CIPTA TELUR TIRUAN,(2)

LANUN produk tiruan akan melakukan apa saja untuk memastikan mereka mendapat keuntungan segera walaupun menyedari kesihatan pengguna akan terancam.

Terbaru, lanun ini terus menipu pengguna dengan menghasilkan telur ayam tiruan yang pastinya mengejutkan pengguna yang mungkin tidak pernah terfikir bahawa perkara sebegini boleh berlaku.

Namun bagi lanun tiruan mereka akan mencipta apa saja barangan keperluan pengguna bagi mengaut keuntungan segera tanpa menghirau habuan kesihatan dan bahaya yang akan berlaku pengguna.

Tahniah dan terima kasih kepada Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang mendedahkan penipuan lanun tidak bertanggung jawab itu kepada pengguna.

Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan segera bagi membanteras penipuan itu yang jelas mampu mengganggu kadar metabolisme dalam badan, hati dan otak jika di makan pada kadar yang kerap.

TindaDDR menyeru pengguna dan masyarakat lebih berhati-hati dalam mendapatkan barangan keperluan di pasaran. Jangan mudah terpengaruh dengan harga murah yang ditawarkan oleh lanun terbabit.

DSC_1420 PENGGUNA DEGIL BAHAYA MENANTI(0)

MASIH  terdapat pengguna yang masih berdegil untuk membeli produk Jus Mate 5 (JM5) tiruan di toko jamu, farmasi, kedai ubat, salun kecantikan  dan semua kioks di pasar raya di seluruh negara walaupun kita sudah mewartakannya sebagai premis yang menjual produk tiruan.

Presiden dR Group (dRG) Datuk Dr Che Rozmey Che Din. berkata walaupun pihaknya  sudah memberi amaran secara berterusan di dalam media massa termasuk meletakkan pelekat amaran produk tiruan pada produk dRG di bawah label Herba Prima  Marketing (HPM), pengguna masih terus berminat mendapatkan produk di tempat terbabit.

“Kita harap pengguna  mengelak daripada membeli di lima tempat terbabit yang diwartakan sebagai premis yang bersekongkol dengan lanun produk tiruan untuk menjual produk JM5 tiruan dengan harga yang murah dan tidak berkesan.

“Pengguna boleh terus mendapatkan produk dRG secara terus daripada ibu pejabat dRG atau melalui usahawan dRG yang sah melalui belian secara ‘online’  dan produk ini akan dihantar dari syarikat dengan menggunakan agen  penghantaran Skynet,” katanya.

Datuk Che Rozmey berkata penampilan kotak baru JM5 dan dR-II yang lebih berkualiti  pasti akan melenyapkan produk tiruan yang hanya memikirkan keuntungan tanpa memikirkan kesihatan  pengguna.

SUAMIPUKUL SUAMI BELASAH ISTERI MENGIDAM(4)

Hanya kerana isterinya yang mengandung meminta buah munggai  dan lempuk durian, seorang lelaki 30-an di Bandar Baru Sentul membelasah isterinya   dengan menendang dan menumbuk selepas berang isterinya meminta makanan yang sukar didapati.

Kejadian itu tidak sepatutunya berlaku kerana sebagai seorang suami, lelaki berkenaan  sepatutnya faham akan kehendak  dan naluri  isterinya yang ketika sedang mengandung. Pendedaahan ini dipaparkan oleh akhbar Harian Metro hari ini yang menjadi berita di halaman utama.

Tindakan itu jelas menunjukkan lelaki itu tidak dapat mengawal perasaan dan emosi selepas isterinya  beberapa kali meminta  pelbagai makanan dan buah-buahan yang sukar diperolehi di ibu kota selepas disahkan mengandung dua minggu. Apa pun jawapan yang diberikan oleh lelaki, dia perlu bertanggung jawab atas tindakan yang dilakukan terhadap isterinya.

TindaDDR berharap lelaki berkenaan diberi kaunseling oleh pihak yang bertanggung jawab agar dia lebih memahami tanggunhjawab sebagai seorang suami yang bakal bergelar seorang ayah nanti.

poco-pocoharam-surat MUFTI PERAK HARAMKAN TARIAN POCO-POCO(1)

MUFTI Perak, Tan  Sri Harussani Zakaria melalui Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak  memutuskan bahawa tarian poco-poco yang  semakin popular di kalangan masyarakat negara ini adalah haram kerana ia mempunyai unsur kepercayaan agama Kristian  selain pemujaan roh.

Keputusan itu dicapai pada Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak kali ke-186 yang bersidang dari 24 hingga 26 Januari lalu dan akan diwartakan dalam tempoh terdekat ini.

Beliau berkata, kajian mendapati tarian itu  sering diamalkan di Jamaica  dan penganut kristian  dan tidak sesuai dengan budaya masyarakat Islam di negara ini.

TintaDDR berharap masyarakat dapat menerima keputusan yang dikeluarkan oleh Mufti Perak berkenaan dan Majlis Fatwa Kebangsaan perlu segera mengeluarkan kenyataan bagi menyelaraskan keputusan terbabit di setiap negeri bagi dilaksanakan.

jepun AMBIL BARANG KEPERLUAN SAHAJA(0)

CUKUP  menarik untuk dikongsi  apabila masyarakat Jepun yang terbabit dalam tsunami dan gempa bumi baru-baru ini hanya mengambil barangan mengikut keperluan mereka  sahaja apabila mereka menerima bantuan daripada agensi yang terbabit.

Walaupun mereka dilanda musibah dan kekurangan makanan dan barangan  keperluan,  masyarkat Jepun hanya mengambil pakaian mengikut saiz  yang dipakai dan  mereka juga akan mengambil makanan mengikut keperluan pemakanan mereka sahaja.

Informasi menarik didedahkan oleh salah seorang wartawan TV3 yang bersiaran dari matahari terbit itu dalam rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) yang bersama-sama konvoi bantuan Kelab Putera 1 Malaysia dalam misi bantuan kemanusian di situ.

Mungkin ramai yang akan beranggapan masyarakat Jepun ini  tidak perlu berbuat demikian kerana mereka perlu menerima apa saja bantuan yang diberikan dalam keadaan sukar yang dihadapi oleh mereka sejak kejadian gempa bumi dan tsunami itu.

Namun inilah budaya mereka yang diamalkan yang menjadikan satu masyarakat yang begitu optimis dan tidak suka akan pembaziran sekiranya bahan keperluan itu tidak diperlukan.

David Villa penjaring terbanyak sesi kelayakan Euro DAVID VILLA WIRA SEPANYOL(0)

SKUAD bola sepak Sepanyol antara pasukan gergasi terlibat dalam aksi kelayakan Euro 2012 yang bakal berlangsung di Poland- Ukraine.

Antara barisan pemain-pemain terkemuka yang terlibat di dalam skuad La Rojas itu adalah seperti David Villa, Carlos Puyol, Iker Casilas dan ramai lagi.

Namun yang menjadi tumpuan pada sesi kelayakan Euro pada tahun ini adalah pemain lincah yang menggalas jawatan selaku penyerang pasukan iaitu David Villa.

David Villa dikatakan muncul selaku wira Sepanyol apabila menyumbangkan dua gol dalam menumpaskan Republic Cech pada awal pagi semalam.

Ketika menentang Republic Cech Sepanyol dikejutkan dengan gol pendahuluan yang dijaringkan oleh Jaroslav Plasil pada minit ke-29 hasil rembatan luar kotak penalti yang berjaya menewaskan goalkeeper nombor satu dunia itu.

Akibat kekasaran yang berlaku Sepanyol dihadiahkan sepakan penalti serta David Villa menyempurnakan sepakan itu sekaligu menyamakan kedudukan.

Skuad Republic Cech akhirnya akur dengan kelincahan yang dimiliki oleh David Villa kerana berjaya menembusi benteng pertahanan dan menyumbat gol kemenangan skuad Sepanyol sekaligus melakar sejarah untuk dirinya selaku penjaring terbanyak.

David menganggap bahawa jaringan gol yang dilakukan adalah untuk pembakar semangat pasukan dan dia berjaya memperoleh penjaring terbanyak seperti yang diinginkan.

ROZITA CHE WAN / HABIB JEWELS FASHA SANDHA DAN ROZITA CHE WAN DISENARAI AKTRES SEKSI(3)

SIAPA yang tak kenal dengan kedua-dua aktres yang popular hari ini dengan seorangnya bergelar “Pelakon Paling Kontroversi” manakala seorang lagi pula bergelar “Janda Meletup.”

Melalui penyelidikan terhadap satu kajian kedua-dua aktres ini mendapat undian tertinggi daripada khalayak umum mengenai penyelidikan mencari ‘5 Artis Paling Seksi’ pada tahun ini.

Kedudukan carta diterajui Fasha Sandha yang mendahului artis-artis lain dengan rating sebanyak 14.76 peratus iaitu 578 undian hasil undian daripada orang ramai.

Manakala mengekori rapat dari belakang adalah seorang lagi artis yang boleh dianggap seperti ‘pisang goreng panas’ iaitu Rozita Che Wan yang mendapat peratusan sebanyak 10.31 peratus dengan 404 undian.

Apabila ditanya terhadap kedua-dua artis yang nama mereka semakin hari kian mekar di Malaysia ini mereka mempunyai jawapan tersendiri.

Fasha berkata, seksi anugerah semulajadi. Jadi, usah terus memegang persepsi negatif ataupun memandang serong kepada seseorang pesona yang digelar seksi kerana istilah itu adalah subjektif dan luas.

“Barangkali, karakter yang pernah saya bawa dalam lakonan membuatkan peminat melabelkan saya seksi di mata mereka,” ujar Rozita pula.

Jadi, ini menunjukkan bahawa masing-masing mempunyai alasan dan jawapan yang jelas mengenai setiap perlakuan serta  perkara yang dilakukan mereka.

Oleh itu, setiap penampilan melambangkan keperibadian seseorang dan penampilan juga berperanan penting dalam menentukan persepsi utama khalayak terhadap seseorang itu.

Seharusnya kita mesti beristiqamah dan berfikiran rasional sebelum melakukan sesuatu perkara yang boleh mendatangkan keburukan kepada diri sendiri.

POLIS SELAMAT HARI POLIS DAN AMALKAN GAYA HIDUP SIHAT(0)

TintaDDR mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Polis ke 204 kepada semua warga Polis Di Raja Malaysia (PDRM) di seluruh negara baru-baru ini.

Semoga semua warga PDRM yang teruys memberi perkhidmatan yang terbaik kepada negara selaras dengan cabaran yang bakal ditempuhi oleh setiap pegawai dan anggota polis.

Tahniah kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar yang melancarkan Program Gaya Hidup Sihat semalam bagi memberi pendedahan kepada warga PDRM tentang kepentingan gaya hidup sihat, kesedaran dan garis panduan kesihatan mengenai kepentingan menjaga kesihatan masing-masing.

Sebanyak 657 ke jantung dicatatkan dikalangan pegawai, anggota, penjawat dan pesara PDRM dan daripada jumlah itu 111 kematian direkodkan.

Jesteru itu, semua warga PDRM perlu menyahut saranan pimpinan tertinggi itu yang mahukan setiap warganya berada dalam tahap kesihatan terbaik dengan mengamalkan gaya hidup sihat.

TintaDDR juga berharap rakyat Malaysia terus mengamalkan gaya hidup sihat termasuk menukar tabiat pemakanan yang menjadi faktor  utama kepada penyakit kronik seperti penyakit jantung, kencing manis dan sebagainya.

PROJEK METRO PROGRAM KEROHANIAN MAK NYAH(2)

Tahniah kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kerana menganjurkan program kerohanian selama kepada golongan mak nyah di sebuah lokasi rahsia di Jelebu, Negeri Sembilan.

Seramai 17 golongan menghadiri program tiga hari itu dengan pelabagai   aktiviti termasuk kuliah agama, kaunseling, latihan lasak serta bimbingan kerjaya supaya mereka dapat kembali ke pangkuan masyarakat dan hidup sebagai lelaki normal.

TintaDDR   yakin program sebegini perlu diteruskan bagi mendekati golongan mak nyah yang sering dipandang sepi oleh masyarakat akibat tindak tanduk segelintir golongan atau rakan mereka yang terbabit dalam kegiatan tidak bermoral.

Golongan mak nyah harus membuktikan kepada masyarakat kehadiran mereka dalam program terbabit bakal memberi impak kepada kehidupan baru mereka sebaik mereka tamat program berkenaan.

Masyakarat pula perlu memberi peluang kepada golongan terbabit untuk kembali ke pangkal jalan dan memilih jalan kehidupan yang terbaik bagi menjamin masa depan yang hakiki.

Sumber gambar; Harian Metro

TIGA JENIS JODOH(0)

Pemilihan jodoh yang bersesuaian perlu dalammenjana kebahagiaan rumahtangga

PEMILIHAN jodoh dalam meneruskan kehidupan untuk meneruskan perjalanan hidup sememangnya perlu dititik beratkan.

Hal ini penting kerana ianya menjadi satu keutamaan untuk pasangan mencipta kebahagiaan untuk kekal hingga keakhir hayat.

Oleh itu, menjadi tanggungjawab terhadap masyarakat untuk memilih jodoh dan berikut adalah antaranya yang terbahagi kepada tiga:-

1)      JODOH DARI SYAITAN

iaitu lelaki dan perempuan yang berjalan berpegangan tangan dan menuju ke arah kemaksiatan. Apabila si perempuan tadi mengandung, barulah si lelaki tadi menikahi perempuan tersebut.

2)      JODOH DARI JIN

iaitu lelaki yang menyukai seorang perempuan yang tidak menyukai dirinya, lalu dibomohkan dan disihirkan perempuan itu untuk setuju berkahwin dengan lelaki tadi.

3)      JODOH DARI ALLAH

iaitu pandangan dua pasang mata iaitu lelaki dan perempuan sehingga menusuk ke dalam jiwa. Lalu,lelaki itu pun masuk meminang perempuan tadi. Perempuan tadi menerimanya. Mereka bernikah dan bercinta selepas itu kerana cinta selepas kahwin adalah satu2nya cinta yang diredhai ALLAH.

Memupuk kasih sayang dan bercinta sampai ke syurga. Itulah yang digelar “Syurga Cinta” tanpa berlakunya sebarang bentuk kemaksiatan.

Contacts and information

Social networks

Most popular categories