banner

Berita back to homepage

SELAMAT HARI POLIS DAN AMALKAN GAYA HIDUP SIHAT(0)

TintaDDR mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Polis ke 204 kepada semua warga Polis Di Raja Malaysia (PDRM) di seluruh negara baru-baru ini.

Semoga semua warga PDRM yang teruys memberi perkhidmatan yang terbaik kepada negara selaras dengan cabaran yang bakal ditempuhi oleh setiap pegawai dan anggota polis.

Tahniah kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar yang melancarkan Program Gaya Hidup Sihat semalam bagi memberi pendedahan kepada warga PDRM tentang kepentingan gaya hidup sihat, kesedaran dan garis panduan kesihatan mengenai kepentingan menjaga kesihatan masing-masing.

Sebanyak 657 ke jantung dicatatkan dikalangan pegawai, anggota, penjawat dan pesara PDRM dan daripada jumlah itu 111 kematian direkodkan.

Jesteru itu, semua warga PDRM perlu menyahut saranan pimpinan tertinggi itu yang mahukan setiap warganya berada dalam tahap kesihatan terbaik dengan mengamalkan gaya hidup sihat.

TintaDDR juga berharap rakyat Malaysia terus mengamalkan gaya hidup sihat termasuk menukar tabiat pemakanan yang menjadi faktor  utama kepada penyakit kronik seperti penyakit jantung, kencing manis dan sebagainya.

PROGRAM KEROHANIAN MAK NYAH(2)

Tahniah kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kerana menganjurkan program kerohanian selama kepada golongan mak nyah di sebuah lokasi rahsia di Jelebu, Negeri Sembilan.

Seramai 17 golongan menghadiri program tiga hari itu dengan pelabagai   aktiviti termasuk kuliah agama, kaunseling, latihan lasak serta bimbingan kerjaya supaya mereka dapat kembali ke pangkuan masyarakat dan hidup sebagai lelaki normal.

TintaDDR   yakin program sebegini perlu diteruskan bagi mendekati golongan mak nyah yang sering dipandang sepi oleh masyarakat akibat tindak tanduk segelintir golongan atau rakan mereka yang terbabit dalam kegiatan tidak bermoral.

Golongan mak nyah harus membuktikan kepada masyarakat kehadiran mereka dalam program terbabit bakal memberi impak kepada kehidupan baru mereka sebaik mereka tamat program berkenaan.

Masyakarat pula perlu memberi peluang kepada golongan terbabit untuk kembali ke pangkal jalan dan memilih jalan kehidupan yang terbaik bagi menjamin masa depan yang hakiki.

Sumber gambar; Harian Metro

TIGA JENIS JODOH(0)

Pemilihan jodoh yang bersesuaian perlu dalammenjana kebahagiaan rumahtangga

PEMILIHAN jodoh dalam meneruskan kehidupan untuk meneruskan perjalanan hidup sememangnya perlu dititik beratkan.

Hal ini penting kerana ianya menjadi satu keutamaan untuk pasangan mencipta kebahagiaan untuk kekal hingga keakhir hayat.

Oleh itu, menjadi tanggungjawab terhadap masyarakat untuk memilih jodoh dan berikut adalah antaranya yang terbahagi kepada tiga:-

1)      JODOH DARI SYAITAN

iaitu lelaki dan perempuan yang berjalan berpegangan tangan dan menuju ke arah kemaksiatan. Apabila si perempuan tadi mengandung, barulah si lelaki tadi menikahi perempuan tersebut.

2)      JODOH DARI JIN

iaitu lelaki yang menyukai seorang perempuan yang tidak menyukai dirinya, lalu dibomohkan dan disihirkan perempuan itu untuk setuju berkahwin dengan lelaki tadi.

3)      JODOH DARI ALLAH

iaitu pandangan dua pasang mata iaitu lelaki dan perempuan sehingga menusuk ke dalam jiwa. Lalu,lelaki itu pun masuk meminang perempuan tadi. Perempuan tadi menerimanya. Mereka bernikah dan bercinta selepas itu kerana cinta selepas kahwin adalah satu2nya cinta yang diredhai ALLAH.

Memupuk kasih sayang dan bercinta sampai ke syurga. Itulah yang digelar “Syurga Cinta” tanpa berlakunya sebarang bentuk kemaksiatan.

KASIH SAYANG SUAMI ISTERI KUNCI KEBAHAGIAAN(1)

PASANGAN suami isteri merupakan ketentuan Allah S.W.T yang dikatakan sebagai jodoh untuk menongkah arus kehidupan bersama-sama.

Pertemuan yang merupakan takdir Allah S.W.T terhadap seluruh pasangan suami isteri dimuka bumi ini adalah merupakan kunci kebahagiaan rumahtangga.

Dijadikan kaum hawa adalah dari rusuk adam sebagai pembantu untuk memimpin bersama-sama dalam memperjuangkan kebenaran berlandaskan hukum syarak.

Peristiwa yang dikeluarkan oleh pihak Harian Metro hari ini berkisarkan suami dibelasah isteri begitu mengecewakan kerana menyalahi ajaran yang dituntut dalam Islam.

Mangsa, seorang lelaki yang berusia lingkungan 53 tahun yang terlantar akibat sakit buah pinggang kronik teruk dibelasah isterinya.

Hanya kerana meminta menghidangkan makanan dan diurut badan yang sakit lelaki itu dibelasah teruk dan ditendang oleh isterinya yang tiba-tiba mengamuk.

Adegan yang berlaku hampir 30 minit itu berlaku dirumah mereka iaitu di Jalan Cempaka dan mangsa tidak dapat berbuat apa-apa tindakan tetapi hanya mampu memnutup kepala menggunakan kedua-dua tangannya serta merayu agar berhenti melakukan perbuatan itu.

Hal ini tidak sepatutnya berlaku di dalam isu kekeluargaan rumahtangga dan sekiranya berlaku permasalahan yang begitu rumit segalanya perlulah melalui perbincangan.

Sedarkah anda wahai golongan hawa bahawa syurgamu itu dibawah telapak kaki suami samada ianya baik mahupun ianya sudah jelas menjadi hak milik kamu.

Jadi, peristiwa sebegini seharusnya menjadi iktibar dan pengajaran terhadapa kita bangsa 1 Malaysia dan melaksanakan tanggungjawab yang sudah dituliskan dengan seikhlas serta sejujurnya

DATUK T: KONSPIRASI, MUSLIHAT @ KEBENARAN(0)

SIAPAKAH Datuk T yang tiba-tiba menjadi fokus dan tumpuan utama masyarakat termasuk pihak polis, pemimpin politik selepas beliau tampil mendedahkan video seks individu yang didakwa sebagai pemimpin tertinggi parti pembangkang melakukan hubungan seks dengan seorang wanita dipercayai pelacur dari China.

Pendedahannya kepada sekumpulan wakil media cukup mengejutkan dan menjadi bahan utama paparan media massa dan tidak terlepas media baru.

Pelbagai pihak tampil memberi penjelasan termasuk Penasihat Parti Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membuat laporan polis dan menafikan pembabitan beliau dalam video terbabit.

Manakala dua ahli parlimen bebas, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim dan Zulkifli Noordin menyifatkan isu video berkenaan adalah satu muslihat politik untuk mengalih isu DNA yang kini menjadi tumpuan utama yang membabitkan kesnya di mahkamah.

Datuk T yang dipercayai seorang lelaki Melayu berusia 50-an enggan menyerahka n video asal itu kepada pihak polis dan mahukan satu suruhanjaya awam bagi menyiasat individu yang terbabit dalam video berkenaan.

Adakah ia satu konspirasi seperti yang didakwa oleh Anwar atau satu muslihat seperti yang didakwa oleh dua ahli parlimen bebas.

Apapun, biarlan pihak yang bertanggung jawab terutama pihak polis menjalankan siasatan terhadap kewujudan video berkenaan. Biarlah undang-undang menentukan siapakah yang patut dipersalahkan.

AWASI ANAK-ANAK ANDA(0)

PERMATA ummah. Inilah gelaran yang sewajarnya diberikan oleh kanak-kanak masa kini kerana mereka adalah merupakan pemimpin di masa hadapan.

Kanak-kanak yang diibaratkan seperti kain putih yang harus dicorakkan dengan sebaiknya adalah merupakan aset untuk negara.

Bertindak sebagai ibu bapa yang betanggungjawab untuk menjaga dan mengawasi mereka adalah merupakan faktor penting untuk memastikan keselamatan berada ditahap yang memuaskan.

Keselamatan menjadi kepentingan utama untuk kanak-kanak kerana gejala penculikan semakin menjadi-jadi kebelakangan ini.

Hal ini kerana gejala penculikan ini menjadi satu pekerjaan yang mudah terhadap golongan yang diklasifikasikan sebagai penyamun untuk mendapatkan wang.

Selain itu, kebanyakkan kanak-kanak juga menjadi mangsa manusia yang bertopengkan syaitan demi memuaskan nafsu serakah mereka.

Oleh itu, kita haruslah waspada dengan isu-isu sebegini dan jadilah sebagai masyarakat yang prihatin dalam usaha untuk memberikan kesejahteraan dan keselamatan negara supaya cemerlang, gemilang dan terbilang.

TAHNIAH PELAJAR SPM(0)

TAHNIAH TintaDDR ucapkan kepada 9,239 calon yang mendapat keputusan cemerlang dengan mendapat semua A dalam setiap mata pelajaran dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun lalu.

Keputusan cemerlang iitu bukan sahaja mengembirakan pelajar itu sendiri malah membabitkan ibu bapa, pihak sekolah terutama guru-guru yang mendidik anak bangsa itu.

Bagi yang mendapat keputusan sederhana, anda tidak perlu bersedih kerana terdapat begitu banyak peluang yang terdapat di institusi pendidikan di negara ini untuk anda melanjutkan pelajaran.

Tahniah buat Lembaga Peperiksaan Malaysia yang buat pertama kalinya calon-calonya boleh memperolehi keputusan melalui sistem pesanan ringkas atau SMS.

Ini memudahkan pelajar termasuk ibu bapa untuk mengetahui keputusan dengan cepat sekiranya mereka tidak dapat hadir ke sekolah untuk mendapatkan keputusan berkenaan.

DDR BIAYAI EMPAT GURU DI SEBUAH MAAHAD TAHFIZ BUKIT PINANG, KEDAH(0)

PELAJAR ebuah Sekolah Maahad Tahfiz di Bukit Pinang, Kedah menerima khabar gembira apabila Presiden dR Group (dRG), Datuk Dr Che Rozmey Che Din sudi membiayai gaji empat orang pendidik yang bertugas di sekolah berkenaan.

Sumbangan itu membolehkan empat guru berkenaan memberi khidmat terbaik kepada pelajar sekolah berkenaan di samping meringankan beban yang ditanggung oleh pengurusan sekolah terbabit yang berdiri atas kaki sendiri untuk beroperasi.

Datuk Che Rozmey berkata, sumbangan itu adalah sebahagian daripada tanggung jawabnya sebagai hamba Allah yang membantu golongan yang memerlukan terutama pelajar-pelajar yang di situ yang mendokong dan menjiwai syiar Islam.

Beliau berkata, semoga dengan sumbangan itu ia dapat meringankan beban pihak sekolah yang terpaksa menanggung kos operasi dan pengurusan secara sendiri.

“DDR kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh pengendali sekolah ini yang begitu komitet dalam menegakkan syiar Islam walaupun beroperasi dalam keadaan serba kekurangan, ” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

1 REMAJA 1 MASYARAKAT(1)

Peningkatan jumlah remaja perempuan yang melarikan dari rumah cukup membimbangkan dan perlu diberi perhatian oleh semua pihak bertanggung jawab termasuk ibu bapa.

Kecederungan remaja terbabit melarikan diri antaranya disebabkan pengaruh teman lelaki, keinginan untuk bekerja di bandar, pengaruh rakan sebaya dan masalah keluarga.

Tred melarikan diri ini perlu dibendung untuk memastikan remaja terbabit tidak terjerumus ke dalam aktiviti yang tidak sihat sehingga memberi kesan kepada remaja terbabit.

Remaja itu sendiri perlu sedar akan tanggungjawab mereka seorang anak yang perlu menjaga dan menghormati ibu baba mereka yang memegang amanah yang cukup besar dari Allah.

Jangan mudah terpengaruh dengan rakan, teman lekaki dan kata hati sekiranya ingin membuat sebarang tindakan yang pasti mengundang masalah kepada keluarga.

1 Remaja 1 Masyarakat. Sudah tibanya masanya masyarakat memain peranan penting dalam membentuk sahsiah remaja. Kalau sepuluh tahun dulu, ibu bapa memberi kebenaran kepada jiran untuk menegur atau merotan anak sekiranya ternampak dia melakukan sesuatu yang tidak baik, kenapa amanah itu tidak berlaku pada masa sekarang.

KONSULT DDR @ HQ dR GROUP(0)

Dapatkan khidmat rundingan kesihatan secara percuma dari Presiden dR Group (dRG), Datuk Dr Che Rozmey Che Din yang komitet untuk membantu pengguna yang mengalami permasalah kesihatan. Temui DDR di ibu pejabat dRG seperti berikut;

Hari : Sabtu & Ahad
Masa : 11.00 pagi – 1.00 petang
2.30 petang – 5.00 petang


Sila hubungi talian 04-9174366 untuk sebarang pentanyaan lanjut.

Contacts and information

Social networks

Most popular categories