banner

Berita back to homepage

DDR WUJUDKAN PUSAT QIRAATI PERCUMA(0)

KEPRIHATINAN Datuk Dr Che Rozmey Che Din untuk beramal dan membantu masyarakat meningkatkan ilmu keagamaan mendorongnya untuk membuka sebuah pusat Qiraati di Taman Tunku Maheran, di sini.

Pusat Qiraati secara percuma itu akan dikendalikan oleh tiga pendidik yang berpengalaman luas dan sudah pun mempunyai bilangan pelajar hampir 50 orang.

“Ini adalah satu jalan kebajikan yang ddr lakukan untuk berkongsi nikmat kejayaan kepada masyarakat setempat terutama kepada anak-anak kita yang perlu ilmu agama di peringkat awal.

“Moga dengan dengan kewujudan pusat Qiraati ini penduduk setempat dapat menghantar anak mereka untuk membaca Al-Quran dengan lebih baik dan mendalami ilmu yang berkaitan dengan lebih hebat hasil bimbingan tiga ustaz tadi,” katanya ketika ditemui semalam.

Datuk Che Rozmey berkata di samping melebarkan empayar perniagaan dR Group (dRG), beliau akan tetap memberi tumpuan dalam program pembangunan ummah selaras dengan perjuangan untuk menegakkan syiar Islam dalam kehidupan.

AIR PETAI MENANGIS DI SYAKI VIRUS KENCING TIKUS(1)

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengingatkan orang ramai supaya tidak meminum air yang kononnya keluar dari sebatang pokok petai ‘menangis’ di sini kerana ia mungkin mengandungi virus kencing tikus (leptospirosis)

Pegawai Pendidikannya, N. V. Subbarow berkata, sehubungan itu orang ramai perlu berhati-hati kerana banyak punca penyakit berjangkit disebarkan oleh binatang atau serangga termasuklah leptospirosis yang disebarkan melalui air.

Beliau berkata, tindakan meminum air berkenaan hanya mendedahkan orang ramai kepada risiko termasuk penyakit kerana tidak mengetahui punca sebenar air tersebut.

Slimming Suit(2)

dR. Rozmey Slimming Suit dihasilkan dengan teknologi tinggi di mana serbuk siramik yang berkualiti telah di tambah ke dalam produk ini. Serbuk ini mampu menyerap dan menyimpan sebahagian besar infra merah. Fungsi infra merah ialah ianya dapat meningkatkan sistem mikrosirkulasi pada tubuh manusia dan mengaktifkan molekul air di dalam tubuh badan. Ianya juga mampu membakar lebihan lemak dan melangsingkan badan serta menjaga kesihatan.

Safee sali kebanggaan Negara(0)

Kecemerlangan safee sali di negara jiran telah membuktikan beliau antara pemain bolasepak yang di segani di rantau asia sekaligus menaikkan nama Malaysia di mata dunia.

Tahniah buat safee sali semoga beliau terus memartabatkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa – TINTA DDR

SAFEE JARING GOL KEMENANGAN PELITA JAYA(0)

Gol tunggal Mohd Safee Mohd Sali pada perlawanan sulongnya telah membawa kelab Pelita Jaya menang 1-0 ke atas kelab Sriwijaya FC di Stadium Singaperbangsa, Karawang, Jawa Barat petang ini.

Jaringan Safie yang memakai jesi nombor 55 jelas menggamatkan peminat fanatik kelab itu yang begitu teruja dengan kehadiran pemain kebangsaan dan Selangor itu.

Sasaran Safee untuk meledakkan gol peribadi ke-110 peribadinya akhirnya tercapai dengan jaringan emas dalam perlawanan tadi yang disaksikan puluhan ribu peminat Pelita Jaya.

Tahniah TintaDDR ucapkan kepada Safee yang jelas membuktikan anak Malaysia mampu bersaing di negara luar dan seterusnya mencipta nama di sana.

TINTA DDR(0)

TINTA DDR :
” Fikirkan permusuhan kita akan dimusuhi, fikirkan kebencian, kita akan dibenci. Tetapi sekiranya kita fikirkan kasih maka kita akan dikasihi. Ini adalah undang-undang alam. Kita menjadi seperti apa yang kita fikirkan “

MUTIARA KATA(0)

TINTA DDR :
” Usah sangka kereta jenama paling mahal tidak memberikan masalah. Ada kalanya meragam juga. Usah sangka orang yang serba kekurangan itu tidak membahagiakan, ada kalanya dia lebih mengerti “

MUTIARA KATA(0)

TINTA DDR :
” Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan “

PUJA POKOK PETAI, JAUHI KHURAFAT(1)

TINDAKAN Jabatan Hal-Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) meletakkan notis amaran pada sebatang pokok petai yang dikatakan ‘menangis’ di Kampung Lembah Raja, Pinang Tunggal adalah satu langkah tepat bagi mengelak orang ramai melakukan perkara yang bercanggah dengan ajaran Islam.

Ini kerana amalan terbabit bercanggah dengan Seksyen 3 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996.

Berita mengenai kejadian pokok petai itu mengeluarkan titisan air menyebabkan orang ramai menyerbu kampung itu termasuk mengambil peluang untuk menadah air berkenaan selepas pemiliknya, Abdul Ghani Husin menyedarinya pada Jumaat lalu.

Selain notis amaran, pihak JHEAIPP turut menghantar pegawainya untuk memantau keadaan di kampung berkenaan untuk mengelak sebarang aktiviti yang bertentangan dengan ajaran Islam.

TintaDDR percaya kejadian ini adalah satu hikmah dari Allah Maha Pencipta dan orang ramai perlu mengelak daripada melakukan sebarang tindakan yang boleh memesong akidah diri dan umat Islam keseluruhannya.

Semoga pihak berwajib akan terus memantau setiap kejadian dan aktiviti yang berlaku di seluruh negara agar orang ramai khusus orang Islam tidak mudah percaya dan terpesong dengan fahaman dan kejadian yang berlaku sehingga boleh memudaratkan ummah.

MUTIARA KATA(0)

Didiklah anak-anakmu itu berlainan dengan keadaan kamu sekarang kerana mereka telah dijadikan Tuhan untuk zaman yang bukan zaman engkau – Saidina Umar Al-Khattab

Contacts and information

Social networks

Most popular categories