banner

Berita back to homepage

IMG_0639.edit ‘BERDAKWAH DALAM PERNIAGAAN’(0)

SETIAP kali beliau berkata-kata, pasti ada kalimah keramat yang dilontarkan. Terfikir juga bagaimana anak kelahiran Kuala Krai Kelantan ini mampu ‘BERDAKWAH’ dan melontarkan idea bernas dalam setiap kali bertutur kata.

Seakan-akan tidak percaya dan terpegun apabila Presiden dR Rozmey Group (dRG), Datuk Dr Che Rozmey Che Din bercakap tentang kehidupan insan bernama manusia.

Barangkali inilah anugerah Pencipta yang memberikan kelebihan kepada hamba yang sentiasa mendekatkan diri dan dan menjadi insan yang cemerlang.

Doa,usaha, ikhtiar, kejujuran dan keikhlasan yang diterjemahkan itu adalah hasil perjalanan hidup yang dilalui oleh Datuk Dr Rozmey yang menjadikannya lebih perkasa.

“DDR melihat perniagaan ini dan setiap cabang perniagaan baru sebagai satu wadah perjuangan yang perlu diteruskan. Asas utama dalam perjuangan ini adalah kita perlu kenal Allah.

“DDR perlu kenal diri dan sentiasa mendekatkan diri dengan Allah. Apabila kita sayangi Allah dan tahu arah tuju hidup yang bersifat sementara ini, kita akan dapat merasai nikmat dan ganjaran yang diberikan-Nya.

“DDR akan memperuntukkan masa pada waktu pagi untuk ‘bermanja’ atau mendekatkan diri dengan Allah. Selepas seharian mencari rezeki, masa ini adalah yang mustajab untuk menzahirkan diri dan memohonkan keberkatan dari-Nya,” katanya ketika ditemui di sini.

IMG_9774 FIKIR SECARA LUAS(0)

Berani bertanggungjawab atas segala risiko yang diambil merupakan salah satu pegangan Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) untuk berjaya sehingga ke hari ini.

Beliau yang juga merupakan Presiden dR Rozmey Group (dRG) sentiasa mencipta pasaran untuk memastikan penjualan dRG terus meningkat.

“Sekiranya penjualan produk menjadi perlahan, kita tidak perlu menyalahkan situasi seperti berlakunya kegawatan ekonomi, seharusnya kita perlu bangkit mencari penyelesaian sendiri.

“Berfikir secara luas dan mencari strategi bijak adalah perkara terpenting untuk kita menaikkan semula jualan dan terus mencipta pasaran,” katanya.

Walaupun produk yang dipasarkan pernah merosot, namun itu bukan alasan bagi DDR untuk menyerah kalah, malah beliau terus bangkit dengan strateginya yang tersendiri.

Menurut DDR lagi, setiap perniagaan pasti ada risikonya tetapi sebagai usahawan beliau perlu bijak untuk mencari penyelesaian dan bertanggungjawab ke atas risiko yang diambil.

1795558_10151914880326517_440131167_n 1,000 HADIRI SEMINAR USAHAWAN MUSLIM(0)

Lebih 1,000 peserta menghadiri seminar Usahawan Muslim yang dianjurkan Yayasan dR Rozmey (dRG) di Dewan Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Lebuhraya Sultanah Bahiyah pada 04 Februari 2014 lalu untuk meningkatkan kemahiran dalam peluang perniagaan.

Majlis dihadiri Pengerusi yayasan itu, Datuk Dr Che Rozmey Che Din dan tetamu jemputan khas dari Indonesia, Murabbi Ustaz Yusuf Mansur yang juga ulama dan tokoh terkenal di Republik itu.

Dr Che Rozmey berkata, beliau berpuas hati dengan sambutan orang ramai yang sanggup datang dari negeri lain semata-mata untuk berkongsi rahsia kejayaan dengan Murabbi Yusuf dalam selok-belok perniagaan.

sidang media hospital.crop YAYASAN DR ROZMEY BINA HOSPITAL SHEIKH DR ROZMEY(0)

Yayasan Dr Rozmey kini meneruskan perancangan untuk membantu rakyat Syria yang dilanda pergolakan dengan pembinaan sebuah hospital lima tingkat diberi nama Hospital Syeikh Dr Rozmey dengan anggaran kos lebih RM3 juta.

Pengerusinya, Datuk Dr Che Rozmey Che Din berkata, kos pembinaan hospital yang akan didirikan di Marj Osbiq di Bandar Azza itu tidak termasuk penyediaan peralatan dan kemudahan lain.

Menurutnya, pihaknya juga mengalu-alukan golongan korporat, ahli perniagaan dan badan bukan kerajaan (NGO) membantu meringankan penderitaan penduduk negara itu yang memerlukan bantuan terutama pembinaan hospital.

“Hospital itu akan didirikan di atas tanah wakaf milik penduduk dan kami akan menyalurkan peruntukan dana RM300,000 bagi tempoh 12 bulan pertama ini tidak termasuk peralatan dan kemudahan lain.

“Setakat ini, Yayasan Dr Rozmey sudah menyalurkan dana RM350,000 dan terbaru dana RM150,000 diberikan untuk bantuan ketika musim sejuk melalui Tabung Kemanusiaan Musim Sejuk.

“Menerusi Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dan Malaysian Life Line For Syria, kami berusaha melaksanakan projek pembinaan hospital di Syria itu,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Bandar Darulaman, Jitra, Kedah.

BANNER_SEMINAR_USAHAWAN_MUSLIM.edit YAYASAN DR ROZMEY ANJUR SEMINAR USAHAWAN MUSLIM(0)

Pertama kali di Malaysia, ekslusif rahsia keajaiban usahawan bakal dikongsikan bersama Murabbi Ustaz Yusuf Mansur Pendakwah no.1 dari Indonesia yang juga merupakan Ulama’ dan Tokoh Korporat dibawakan khas oleh Yayasan DR Rozmey.

Menurut presidennya, Datuk Dr Che Rozmey Che Din, semua masyarakat wajib hadir ke seminar ini jika ingin memperoleh ilmu usahawan berjaya.

“Seminar yang julung kali diadakan ini menjemput orang ramai untuk hadir bagi menyertai acara yang bermanfaat dan mengetahui rahsia kaedah paling luar biasa, mudah, selamat dengan jaminan Allah s.w.t.

“Pastinya peserta mampu berjaya sebagai usahawan muslim dunia dan akhirat dan mampu memajukan ummah serta memperkasakan agama Allah s.w.t, katanya”.

Tambahnya lagi, seminar ini terbuka kepada semua orang ramai secara percuma bertempat di Dewan Kolej Insaniah, Alor Setar pada 04 Februari 2014 jam 2.30 petang.

DSC_4073.small CIPTA IDEA SAMBIL MEMBANTU(0)

Sebagai seorang ahli perniagaan berjaya, Presiden dR Rozmey Group (dRG), Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) tidak pernah kekeringan idea.

Beliau sentiasa mencipta idea yang bernas dan mepunyai wawasan untuk mempertingkatkan lagi hasil kerjanya ke tahap yang boleh dibanggakan.

Menurut beliau, kelebihan yang ada padanya untuk berfikir secara meluas dan kreatif adalah anugerah daripada Allah SWT.

“Saya memanfaatkan kelebihan yang ada untuk membantu golongan yang mempunyai masalah kesihatan dan sentiasa bersyukur dengan setiap rezeki yang dikurniakan,” ujarnya.

Tambahnya lagi, beliau hanya membantu apa yang perlu dibantu dan hanya menjalankan kewajipan terhadap pencipta agar mendapat keberkatan daripadaNya.

Jenama dR Rozmey juga semakin dikenali ramai dan dRG juga sudah mengukuhkan tapaknya serta mendominasi perniagaan makanan kesihatan.

IMG_9600 ATASI RISIKO DAN CIPTA PASARAN(0)

Presiden dR Rozmey Group (dRG), Datuk Dr Che Rozmey Che Din sentiasa mencipta pasaran untuk memastikan penjualan produk dRG terus meningkat.

Berani bertanggungjawab atas segala risiko yang diambil merupakan salah satu pegangan DDR untuk berjaya sehingga ke hari ini.

“Sekiranya penjualan produk menjadi perlahan, kita tidak perlu menyalahkan situasi seperti berlakunya kegawatan ekonomi, seharusnya kita perlu bangkit mencari penyelesaian sendiri.

“Berfikir secara luas dan mencari strategi bijak adalah perkara terpenting untuk kita menaikkan semula jualan dan terus mencipta pasaran,” katanya.

Menurut DDR lagi, setiap perniagaan pasti ada risikonya tetapi sebagai usahawan beliau perlu bijak untuk mencari penyelesaian dan bertanggungjawab ke atas risiko yang diambil.

Kini, terbukti produk dRG berjaya mendapat tempat di hati masayarakat berikutan sokongan yang diberikan oleh masyarakat kepada dR Group dan DDR sendiri.

ddrshow2one GUNA KREATIVITI UNTUK BINA KERJAYA(0)

Presdien dR Rozmey Group (dRG), Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) sentiasa menyarankan stafnya menggunakan kreativiti yang ada untuk membina kerjaya di dRG.

“Pengalaman dan segala kemahiran yang dimiliki perlu diadaptasi dalam tugasan supaya kerja yang dihasilkan berkualiti dan menepati kehendak syarikat,” ujarnya.

DDR juga sentiasa mengingatkan agar staf melontarkan idea yang bijak untuk membantu membangunkan syarikat dan menjadikan dRG sebagai satu syarikat yang terunggul.

“Beri fokus sepenuhnya terhadap kerja yang dilakukan dan sentiasa komited dengan tugasan untuk memastikan tugas yang dilakukan adalah sempurna,” katanya.

Sebagai majikan yang bertanggungjawab, DDR akan sentiasa memastikan stafnya menjalankan kerja dengan baik dan tidak melakukan kesilapan yang boleh memberi kesan kepada syarikat.

IMG_42199(edit) dR ROZMEY GROUP LABEL ANTARABANGSA(0)

Label dR Rozmey Group (dRG) kini menghampiri matlamat dalam meluaskan empayarnya di mata dunia.

Menurut presiden dRG, Datuk Dr Che Rozmey Che Din, label dRG yang telah dikenali semua warga Malaysia kini juga semakin mendapat tempat di pasaran luar menerusi fenomena yang sering tercetus daripada keberkesanan produk kesihatan yang diakui oleh ribuan testimoni.

“ Kejayaan dRG terbukti apabila kita kini telah mula melangkah ke pasaran global dengan tertubuhnya PT Rozmey International (PTRI) yang bertapak di Indonesia.

“ Kita telah mencapai matlamat untuk membawa label dRG ini ke pasaran global apabila produk-produk kesihatan dRG telah mula diterima negara luar termasuk di pasaran Arab,” katanya.

Sementara itu, Datuk Dr Che Rozmey turut melahirkan rasa syukurnya di atas kejayaan yang berjaya diraih sehingga dapat membawa label dR Rozmey Group ke persada antarabangsa dan beliau yakin produk kesihatan dRG akan turut mencipta satu fenomena luar biasa di peringkat global.

1402166_10151791128131517_774998730_o SUMBANGAN IKHLAS DDR(0)

Yayasan dR Rozmey berhasrat membawa pasangan suami isteri, Rusdi Rani, 38, dan Siti Aisyah Ariffin, 40, yang kehilangan tiga anak perempuan serentak menunaikan umrah tahun depan.

Pengerusinya, Datuk Dr Che Rozmey Che Din berkata, langkah itu untuk melupakan tekanan dilalui mereka selepas kehilangan tiga anak kesayangan dalam kejadian menyayat hati.

Beliau berkata, walaupun sedih dengan apa yang berlaku, hidup perlu diteruskan dan semua yang berlaku ujian daripada Allah.

Dr Che Rozmey turut menyampaikan sumbangan peribadi berjumlah RM1,000 kepada Rusdi sebagai perbelanjaan untuk mengadakan kenduri arwah dan kegunaan harian.

Contacts and information

Social networks

Most popular categories