banner

Berita back to homepage

dR-11(0)

dRII merawat masalah kulit seperti jerawat,jeragat,psoriasis,alahan kulit dan pigment hitam…dRII dapat mengembalikan kecerahan kulit,menegang payudara dan memelihara sel-sel kulit yang sihat dan melicinkan kulit agar kelihatan muda…

GUNA BARU JUAL(0)

konsep ‘Guna Baru Jual’ perlu dipraktikkan sebaik memulakan langkah untuk menjalankan perniagaan ini.Berkongsi pengalaman selepas menggunakan produk HPM.Ketahui cara membuat belian secara online dari HPM.Wujudkan laman sosial sendiri seperti Facebook,Tagged,Blog dan lain-lain untuk mempromosikan dan berkongsi maklumat perniagaan..

PERAGUT MUSUH NEGARA(0)

Kes kejadian ragut semakin menjadi-jadi pada hari ini, begitu banyak sekali berita-berita yang kita baca dan lihat di media masa mengenai kejadian ragut yang tidak mengira golongan wanita dan lelaki, ini amat membimbangkan kerana peragut bukan sahaja meragut tetapi cenderung juga untuk membunuh bila mereka terdesak.

Apakah sebenarnya yang menyebabkan berlakunya kes-kes ragut? adakah ramai yang suka memperagakan barang-barang berharga yang menarik perhatian mereka atau golongan penganggur yang malas untuk bekerja atau penagih dadah?

banyak sudut yang perlu di ambil berat, masyarakat sekeliling juga harus sentiasa peka dengan perkara ini sebab ianya semakin serius dan membahayakan nyawa.

bersama-sama kita hapuskan budaya RAGUT !!!

PERAGUT JUGA ADALAH PEMBUNUH – TINTA DDR

dR-BETES(0)

Ramuan yang diadunkan dalam dR-Betes ini mampu menghasilkan tenaga dari gula yang terkandung dalam badan, memberikan rasa kenyang dan membentuk otot-oto baru dan mengurangkan sel-sel lemak. Ini membolehkan metabolism badan berlaku secara maksimum dan dapat pula meningkatkan pengeluaran insulin dan mengurangkan rintangan pada insulin.

astro PEMINAT RESAH TIADA SIARAN LANGSUNG LIGA M DI RTM(1)

RAMAI  peminat bola sepak  Malaysia mula melahirkan rasa kecewa dan bercakap-cakap di warung kopi, media internet dan sebagainya  apabila tiada siaran langsung Liga Malaysia (Liga M) disiarkan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Keadaan itu berlaku apabila Astro Media yang merupakan salah satu rangkaian  daripada syarikat televisyen berbayar negara, Astro telah menandatangani kontrak penajaan bersama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dengan jumlah RM120 juta bagi tempoh empat tahun tersebut.

Tahun lalu, peminat bola sepak  dihidangkan dengan perlawanan pilihan secara langsung setiap minggu oleh RTM yang menjadi penyiar rasmi  liga M dan TM sebagai penaja utama sejak beberapa tahun lalu.

Namun selepas Astro Media menaja Liga M, peminat hanya berpeluang untuk menonton siaran langsung melalui Astro 801 dan keadaan inilah yang meresahkan peminat terutama yang tidak mempunyai rangkaiann televisyen berbayar itu.

Mungkin bagi peminat bola sepak yang sudah mempunyai rangkaian itu atau mereka yang mampu memiliki rangkaian berkenaan tidak mempunyai banyak masalah untuk mengikuti perkembangan pasukan pilihan mereka secara langsung di Astro 801.

Bagaimana pula dengan peminat terutama di luar bandar yang tidak berkemampuan untuk mengikuti siaran langsung berkenaan kerana mereka tidak mempunyai saluran berkenaan.

Kita berharap FAM dapat melihat keadaan ini memandangkan sukan  bola sepak  adalah sukan no 1 Malaysia dan selaras dengan seruan “Rakyat Didahulukan” yang menjadi gagasan 1 Malaysia.

Pihak RTM juga perlu mencari jalan untuk meneruskan siaran langsung Liga M ini walaupun mereka perlu membayar hak siaran kepada Astro untuk menyiarkan perlawanan pilihan terbabit agar peminat bola sepak yang menjadi penyokong setia kepada pasukan masing-masing dapat terus setia bersama pasukan mereka.

selamatkan anak ini SELAMATKAN BAYI YANG TIDAK BERDOSA(0)

KISAH pembuangan bayi semakin berleluasa kini dan ianya sudah menjadi seperti bermusim kerana setiap tahun ianya juga menjadi rutin kehidupan mereka yang tidak bertanggungjawab.

Kes pembuangan bayi yang menjadi sejak beberapa tahun lalu mencatatkan peratusan yang begitu tinggi berbanding tahun sebelumnya.

Moral dan budaya yang tidak beretika ini seharusnya perlu dielakkan supaya tidak terjebak dengan gejala pembuangan bayi yang tidak berdosa ini.

Sedangkan haiwan pun tahu sayangkan anak-anaknya inikan pula manusia yang mempunyai akal fikiran yang dikurniakan Allah S.W.T untuk berfikir secara waras.

Bayi yang tidak mengenal erti dosa dan pahala dibuang serta dicampak seperti sampah menjadi mangsa perbuatan keji segelintir manusia yang tidak bertanggungjawab. Adakah itu yang dianggap berfikiran secara waras.

Kita sebagai manusia yang dijadikan sebaik-baik kejadian serta dikurniakan keistimewaan berbanding makhluk lain seharusnya memikirkan tentang perbuatan yang dilarang oleh Islam ini.

Kisah yang menyayat hati ini dikongsi oleh akhbar Harian Metro hari ini tentang penemuan mayat bayi di dalam beg plastik di Sungai Kayu Ara, petaling Jaya, Selangor petang semalam.

Bayi yang ditemui mati itu dijumpai ditebing sungai dalam keadaan berbungkus empat lapisan beg plastik yang berbau busuk dan dikerumuni lalat.

Sedarkah kita manusia yang lahir di dunia ini ingin merasai kehidupan seperti insane yang lain diperlakukan dengan sekejam ini.

Walaubagaimanapun sifat sebegini perlulah dibuang jauh dari pemikiran kita supaya prkara sebegini tidak akan berulang lagi dan sikap keprihatinan masyarakat mengenai permasalahan ini perlu dititikberatkan.

selamatkan anak ini

GAIN 5 UNTUK MENAIKKAN BERAT BADAN(0)

GAIN 5, satu lagi formulasi ajaib Dr. Rozmey, terbaik , selamat dan berkesan mampu menambah berat badan dan pertumbuhan otot-otot badan anda serta mengaktifkan berjuta sel badan dan organ penting badan berfungsi secara maksimum.

dR-II telah terbukti berkesan(0)

dR-II telah terbukti dapat merawat segala jenis penyakit kulit dan telah melahirkan ramai testimoni yang telah berjaya pulih dari masalah penyakit kulit mereka. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk kesihatan dan kecantikan keluaran HPM, sila layari laman web www.herbaprima.com.my

Dr. Rozmey Terlibat Program Realiti?(0)

Panas dari ketuhar! Dengar khabar penerbit filem Dua Alam iaitu Datuk Dr. Rozmey bakal terlibat dalam sebuah program realiti. Nampaknya selebriti kontroversi ini tidak berputus asa malah terus bangkit setelah kegagalan filem terbitannya tahun lalu.

Apa yang GUA dengar, program realiti yang bakal disertainya akan melibatkan wang juta-juta. Wow! Namun GUA masih samar akan penglibatan Dr. Rozmey dalam program realiti tersebut.

Program realiti jenis apa pun masih GUA cuba untuk risik-risik. Mungkinkah beliau akan dilantik sebagai Pengetua AF9? Gamat jadinya industri muzik kita nanti jika dia menjadi pilihan bagi menggantikan Ahmad Dhani yang khabarnya ditukar di saat-saat akhir.

GUA masih samar, program realiti apakah yang bakal disertai beliau. Atau mungkinkah penglibatannya nanti hanya sebagai peserta, atau sekadar juri tetap atau mungkinkah sebagai pengacara?

Kalau sebagai juri bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana beliau berpengalaman sebagai jutawan dan mampu untuk berkongsi pengalamannya tentang jatuh bangun dalam bidang perniagaan.

Lepas ini GUA kena lah risik-risik stesen televisyen mana pula yang akan menerbitkan program realiti ala The Apprentice. Mana tahu, kalau-kalau ada yang berminat mahu menukar persepsi masyarakat terhadap Dr. Rozmey kepada seorang yang berpengaruh sehebat jutawan hartanah Donald Trump.

Kita tunggu saja pengumumannya nanti kalau betul Dr. Rozmey akan terlibat dalam mana-mana program realiti tidak lama lagi. Kalau betul lah gosip yang GUA dengar ni…

dR. Rozmey Slimming Suit(0)

dR. Rozmey Slimming Suit dihasilkan dengan teknologi tinggi di mana serbuk siramik yang berkualiti telah di tambah ke dalam produk ini. Serbuk ini mampu menyerap dan menyimpan sebahagian besar infra merah. Fungsi infra merah ialah ianya dapat meningkatkan sistem mikrosirkulasi pada tubuh manusia dan mengaktifkan molekul air di dalam tubuh badan. Ianya juga mampu membakar lebihan lemak dan melangsingkan badan serta menjaga kesihatan.

Contacts and information

Social networks

Most popular categories