banner

Berita back to homepage

GUNA KREATIVITI UNTUK BINA KERJAYA(0)

Presdien dR Rozmey Group (dRG), Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) sentiasa menyarankan stafnya menggunakan kreativiti yang ada untuk membina kerjaya di dRG.

“Pengalaman dan segala kemahiran yang dimiliki perlu diadaptasi dalam tugasan supaya kerja yang dihasilkan berkualiti dan menepati kehendak syarikat,” ujarnya.

DDR juga sentiasa mengingatkan agar staf melontarkan idea yang bijak untuk membantu membangunkan syarikat dan menjadikan dRG sebagai satu syarikat yang terunggul.

“Beri fokus sepenuhnya terhadap kerja yang dilakukan dan sentiasa komited dengan tugasan untuk memastikan tugas yang dilakukan adalah sempurna,” katanya.

Sebagai majikan yang bertanggungjawab, DDR akan sentiasa memastikan stafnya menjalankan kerja dengan baik dan tidak melakukan kesilapan yang boleh memberi kesan kepada syarikat.

dR ROZMEY GROUP LABEL ANTARABANGSA(0)

Label dR Rozmey Group (dRG) kini menghampiri matlamat dalam meluaskan empayarnya di mata dunia.

Menurut presiden dRG, Datuk Dr Che Rozmey Che Din, label dRG yang telah dikenali semua warga Malaysia kini juga semakin mendapat tempat di pasaran luar menerusi fenomena yang sering tercetus daripada keberkesanan produk kesihatan yang diakui oleh ribuan testimoni.

“ Kejayaan dRG terbukti apabila kita kini telah mula melangkah ke pasaran global dengan tertubuhnya PT Rozmey International (PTRI) yang bertapak di Indonesia.

“ Kita telah mencapai matlamat untuk membawa label dRG ini ke pasaran global apabila produk-produk kesihatan dRG telah mula diterima negara luar termasuk di pasaran Arab,” katanya.

Sementara itu, Datuk Dr Che Rozmey turut melahirkan rasa syukurnya di atas kejayaan yang berjaya diraih sehingga dapat membawa label dR Rozmey Group ke persada antarabangsa dan beliau yakin produk kesihatan dRG akan turut mencipta satu fenomena luar biasa di peringkat global.

SUMBANGAN IKHLAS DDR(0)

Yayasan dR Rozmey berhasrat membawa pasangan suami isteri, Rusdi Rani, 38, dan Siti Aisyah Ariffin, 40, yang kehilangan tiga anak perempuan serentak menunaikan umrah tahun depan.

Pengerusinya, Datuk Dr Che Rozmey Che Din berkata, langkah itu untuk melupakan tekanan dilalui mereka selepas kehilangan tiga anak kesayangan dalam kejadian menyayat hati.

Beliau berkata, walaupun sedih dengan apa yang berlaku, hidup perlu diteruskan dan semua yang berlaku ujian daripada Allah.

Dr Che Rozmey turut menyampaikan sumbangan peribadi berjumlah RM1,000 kepada Rusdi sebagai perbelanjaan untuk mengadakan kenduri arwah dan kegunaan harian.

PESAN DDR: GUNAKAN FACEBOOK UNTUK MANFAAT BERSAMA(0)

Laman facebook kini mengalami satu fenomena apabila ramai yang telah bertukar dari friendster, myspace, tagged dan sebagainya ke facebook.

Mungkin kerana fungsi facebook yang lebih mesra pengguna dan lebih menarik menjadikan ianya semakin disukai ramai sehinggakan ada yang ketagih akannya.

Jika ditanya kepada sesiapa sahaja mengenai berapa kali mereka membuka facebook dalam sehari, pasti jawapannya berkali-kali.

Inilah yang dikatakan fenomena. Namun bagi Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR), laman facebook seharusnya dijadikan perantara seseorang individu dengan rakan-rakannya untuk berkongsi maklumat, pengalaman, idea dan perkara-perkara berfaedah untuk manfaat bersama.

DDR turut berpesan agar rakan-rakan facebook menggunakan laman ini dengan sebaik mungkin serta memberi pendapat yang positif dan membina sahaja.

dR ROZMEY CHANNEL BANTU SAMPAIKAN MAKLUMAT KEPADA PENGGUNA(0)

dR ROZMEY GROUP terus mencipta sejarah di Malaysia apabila lebih Lebih 1.2 pengunjung sudah melayari paparan video Youtube dalam dR Rozmey Channel.

Perkembangan ini adalah satu kejayaan yang luar biasa apabila lebih 2000 video yang dihasilkan sendiri oleh Unit ICT dRG berjaya menarik perhatian pengguna dari seluruh dunia yang ingin mendapatkan info-info menarik mengenai dRG.

Presiden dRG, Datuk Dr Che Rozmey Che Din berkata, fenomena yang berlaku itu adalah hasil komitmennya dalam membangunkan platrorm ICT sebagai pemacu untuk perkembangan perniagaannya.

Beliau berkata, media sosial termasuk You Tube menjadi medium utama untuk pangguna mendapatkan maklumat terkini dan sumber pengiklanan terbaik dan terpantas untuk memasarkan idea bisnes.

“Kita akan terus memberi fokus kepada pembangunan platform ICT dan pemasaran secara terus atau online yang kini menjadi trend baru dalam strategi pemasaran” katanya.

PRODUK dRG PILIHAN UTAMA MASYARAKAT(0)

Herba Prima Marketing (HPM) atau kini lebih dikenali dengan label dR Rozmey Group (dRG) merupakan syarikat pengeluar produk makanan kesihatan yang tidak asing lagi kerana keberkesanannya dikagumi ramai.

Presidennya, Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) merupakan tunjang utama kepada kejayaan dRG kerana sentiasa mengeluarkan idea besar dan terus memastikan dRG mendahului pesaing yang lain.

Menurutnya, bukan sesuatu yang mudah untuk bertahan dalam industri ini berikutan terdapat pelbagai cabaran dan rintangan dan hanya mereka yang ‘kuat’ sahaja mampu bertahan lama.

“Tidak kira apa jua perniagaan yang kita ceburi sekalipun, ada jatuh bangunnya dan sentiasa peka dengan keadaan sekeliling agar kejayaan terus bersama dengan kita.

“Kita tidak boleh cepat berpuas hati walaupun sudah mengecapi kejayaan dan mendahului pesaing kerana banyak lagi cabaran dan dugaan yang akan datang menguji kita kelak,” katanya.

Produk dRG kini sudah mendapat tempat di hati masyarakat serta menjadi fenomena kepada golongan obesiti yang ingin mengurangkan berat badan.

Keberkesanannya juga diakui ramai pihak dan testimoni berjaya yang dipaparkan di media cetak serta elektronik telah bayak membuka mata ramai pihak untuk mencuba produk daripada dRG.

/p

TEKNOLOGI CANGGIH BANTU LANCAR BISNES(0)

“Era globalisasi hari ini merupakan dunia yang terdedah kepada kecanggihan teknologi maklumat yang berperanan penting untuk mendapatkan maklumat dengan lebih pantas,” ujar Datuk Dr Che Rozmey Che Din.

Jadi, dengan segala kepentingan teknologi maklumat yang ada beliau telah memanfaatkan sepenuhnya tentang kemudahan ICT dalam melancarkan bisnes secara online.

Beliau yang juga presiden dR Rozmey Group (dRG) berkata, bisnes online mampu mencapai sasaran jualan berbilion ringgit sebulan jika ianya dikembangkan mengikut acuan dRG demi membangunkannya untuk berdiri lebih kukuh dan bertambah maju dari sebelumnya.

“Tambahan pula fenomena jenama dRG diperluaskan menerusi dR Places yang menyediakan ruangan iklan untuk penggemar bisnes mempromosikan barangan mereka,” katanya.

Beliau berkata lagi, bisnes secara online yang dihasilkan oleh beliau adalah bertujuan untuk memudahkan pengedar berurusan dengan pihak dRG hanya dari rumah bagi mendapatkan produk-produk dRG.

“Selain itu, ianya juga dapat melahirkan usahawan yang berjaya dari rumah dan menambahkan bilangan pengguna sekaligus menjadikan dRG sebuah organisasi contoh terhadap organisasi lain ,” ujarnya lagi.

DDR SUMBANG PAKAIAN DAN KEPERLUAN ANAK-ANAK YATIM(0)

Presiden dR Rozmey Group (dRG), Datuk Dr Che Rozmey berbesar hati menyampaikan sumbangan barangan keperluan harian dan pakaian kepada anak-anak yatim Rumah Hembusan Kasih, Arau.

Seramai 10 orang anak-anak yatim Rumah Hembusan Kasih kelihatan ceria apabila dibawa oleh staff dRG untuk membeli-belah pakaian di sebuah pasaraya berdekatan.

Majlis itu turut diisi dengan bacaan doa bulan muharam oleh anak-anak yatim berkenaan.

Sumbangan ikhlas itu adalah sempena memperoleh keberkatan dan fadhilat pada 10 Muharam iaitu hari Asyura dengan melakukan beberapa perkara sunat selain berpuasa.

p class=”MsoNormal”

DDR SUKA BERMOTIVASI(0)

Sepanjang bergelar usahawan di syarikat milik sendiri, Presiden dR Rozmey Group (dRG), Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) sentiasa berfikiran positif dan optimistik dalam segala tugas yang dilakukan oleh beliau.

Beliau juga tidak pernah takut untuk mengeluarkan kenyataan ‘berani’ kerana yakin dengan kredibiliti beliau sendiri sebagai usahawan berjaya untuk mencapai kejayaan yang diidamkan.

DDR juga dilihat sebagai seorang yang suka memberi motivasi dan semangat kepada orang lain untuk berjaya seperti beliau.

Sifat seperti inilah patut dicontohi orang lain kerana beliau dilihat sebagai seorang usahawan Melayu yang berjaya hasil usaha gigih beliau selama ini.

Selain itu DDR sentiasa mengambil perkara negatif untuk dijadikan pengajaran bagi meningkatkan lagi usaha untuk mengatasi masalah yang dihadapi.

KELEBIHAN OREN DALAM PRODUK dRG(0)

BARISAN produk yang dikeluarkan oleh dR Rozmey Group (dRG) mengandungi perisa oren. Pengasas produk ini, Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) memilih perisa oren bagi setiap produknya kerana oren mengandungi pelbagai khasiatnya yang tersendiri.

Antaranya, oren mengandungi serat makanan yang sangat diperlukan oleh tubuh bagi pertumbuhan dan perkembangan tubuh badan yang normal di samping ianya kaya dengan vitamin dan mineral.

Khasiat yang terkandung di dalamnya juga membantu menurunkan risiko terkena beberapa jenis penyakit kronik seperti penyakit kardiovaskular, strok, kanser dan sebagainya.

Selain merupakan sumber vitamin C yang baik, buah yang mengandungi karbohidrat, postasium, folat, kalsium, thiamin, niasin, Vitamin B6, fosforus, magnesium, iron riboflavin dan asid pantotenik ini juga mempunyai kadar kandungan kalori yang sangat rendah. Ini bermakna ianya selamat dimakan oleh mereka yang sedang berusaha menurunkan berat badan.

Walaupun oren mengandungi karbohidrat tetapi ia merupakan karbohidrat sederhana yang terdiri daripada fruktosa, glukosa dan sukrosa. Karbohidrat kompleksnya berupa serat makanan yang amat baik untuk kesihatan.

Serat makanan ini akan mengikat khasiat-khasiat yang larut di dalam air sehingga dapat memperlambatkan proses pengosongan perut serta proses pencernaan dan penyerapan khasiat makanan. Ini bermakna ia akan membuatkan perut terasa kenyang dengan lebih lama.

Oren merupakan sejenis antioksidan yang sangat baik. Ini kerana Vitamin C merupakan vitamin yang paling terkenal daripada buah oren. Vitamin mudah larut ini memainkan peranan penting dalam proses pembentukan jaringan saraf di dalam tubuh badan, pembentukan ligament, tendon, kulit, pembuluh darah dan tulang. Di samping itu, ianya juga membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka dan meningkatkan ketahanan tubuh dari jangkitan kuman dan penyakit lain.

Vitamin C yang terkandung di dalam buah oren bukan hanya bermanfaat kepada kesihatan, malah ianya juga baik untuk kecantikan kulit. Ini kerana Vitamin C dikenalpasti sebagai agen antioksidan yang sangat kuat dan mampu melawan radikal bebas yang boleh mencetus pelbagai jenis penyakit.

Contacts and information

Social networks

Most popular categories