banner

Berita back to homepage

DDR RASMI SURAU AL-FALAH PROJEK USAHASAMA YAYASAN DR ROZMEY DAN PIBG SKBBD(0)

Hasil usahasama Yayasan DR Rozmey bersama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dalam pembinaan sebuah surau di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Darulaman (SKBBD) , Jitra, Kedah telah berjaya memberi keselesaan kepada pelajar-pelajar termasuk semua warga kerja di SKBBD terbabit untuk menunaikan kewajipan.

Presiden dR Rozmey Group (dRG), Datuk Dr Che Rozmey Che Din dijemput untuk merasmikan surau berkenaan yang diberi nama Surau Al-Falah dalam Majlis Anugerah Cemerlang SK Bandar Baru Darulaman Kali ke-16 baru-baru ini.

“Alhamdulillah, projek selama lima bulan ini berjaya disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan menggunakan kontraktor sendiri kerana lebih yakin dengan hasil kerja mereka dan hasilnya ternyata memuaskan semua pihak,” katanya.

Menurutnya juga, beliau bersyukur kerana menjadi sebahagian daripada mereka yang memberikan sumbangan dalam menjayakan projek pembinaan surau di sekolah terbabit dan berharap ianya diberkati Allah s.w.t.

SALAM MAAL HIJRAH(0)

Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi.

Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharam tahun baru bagi Takwim Hijrah. Namun Tahun Hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah.

Hijrah menurut pengertian umum ialah meninggalkan larangan Allah dan melaksanakan perintah-Nya, bagaimanapun dalam pengertian yang lebih luas, ia membawa maksud keluar daripada medan perjuangan yang sempit ke gelanggang yang lebih luas dan ia adalah pemisah di antara yang hak dengan yang batil.

Konsep hijrah yang dianjurkan Islam sangat sesuai dijadikan model dalam masyarakat berbilang kaum supaya hidup dalam kesepakatan dan aman sejahtera. Semangat itu juga konsisten dengan semangat Aidiladha yang baru berlalu. Di sebalik semua saranan itu, masih ramai umat Islam masih terhimpit dengan desakan globalisasi, kemiskinan dan kemunduran.

Kemunduran berpunca daripada sempitnya akal fikiran, ketidaksanggupan manusia untuk berubah, kejahilan serta sikap tamak dan rakus yang natijahnya memakan diri dan masyarakat.

Setiap umat Islam mesti bersemangat dan menanam cita-cita untuk berubah. Berubah daripada sifat yang kurang baik kepada yang lebih bermakna untuk diri dan masyarakat. Hakikat ini juga bermakna umat Islam harus berani melakukan perubahan dan pengorbanan.

Hijrah tidak akan terjadi jika umat Islam belum bersedia mengorbankan tabiat lama yang kurang baik seperti membuang masa, suka berhibur serta tidak berfikiran terbuka.

AIR BOLEH BANTU PULIHKAN PENYAKIT SERIUS(0)

KAJIAN para saintis mendapati amalan minum air sebaik bangun dari tidur setiap pagi mempunyai banyak manfaat. Japanese Medical Society berjaya membuktikan dalam kes-kes tertentu, amalan ini mampu memulihkan penyakit termasuk yang serius.

Di antara penyakit yang termasuk dalam penyelidikan persatuan perubatan di negara matahari terbit itu ialah sakit kepala, sakit-sakit badan, sistem jantung, artritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, lemak berlebihan, bronkitis, tibi, meningitis, buah pinggang dan jangkitan pada air kencing.

Bagaimanapun, amalan minum air kosong sebaik jaga dari tidur ini perlu mengikut beberapa peraturan untuk memastikan keberkesanannya.

Minum 4 gelas air (160ml) sebaik jaga dari tidur setiap pagi dan sebelum berus gigi. Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan atau minum apa-apa untuk 45 minit. Selepas 45 minit anda sudah boleh makan dan minum seperti biasa.

Anda perlu minum air selepas 15 minit mengambil sarapan, makan tengahari dan makan malam supaya makanan dapat dihadam dengan baik.

Bagi pesakit yang lanjut usia dan tidak larat minum empat gelas air sekali gus diperingkat permulaan, mereka boleh memulakan kaedah rawatan ini dengan meminum air secara berperingkat sehingga mampu mencapai empat gelas sehari.

Kaedah ini dipercayai mampu merawat pelbagai penyakit dalam tempoh tertentu. Jika anda amalkan meminum air mengikut kaedah yang telah diberikan di atas selama tempoh tertentu, penyakit seperti dalam senarai di bawah ini akan semakin baik.

1. Tekanan Darah Tinggi – 30 hari

2. Gastrik – 10 hari

3. Diabetis – 30 hari

4. Sembelit – 10 hari

5. Kanser – 180 hari

6. Tibi – 90 hari

Bagi pesakit artritis hanya perlu mengikuti rawatan tersebut untuk tiga hari. Rawatan ini tidak mempunyai sebarang kesan sampingan kecuali diperingkat awal pesakit mungkin kerap buang air kecil.

KERJASAMA YAYASAN DR ROZMEY BANGUNKAN PEWARIS ULAMA(0)

YAYASAN dR Rozmey bekerjasama dengan Pertubuhan Mujamma’ Ibnu Sunni Lit Talaqqi (MUSTAQ) di Pendang, Kedah bagi membentuk 10 calon sebagai ulama sekali gus menjadi pewaris dalam mengembangkan ilmu pengajian kitab.

Tempoh pengajian yang ditawarkan adalah antara tiga hingga lima tahun dan setelah mahir dalam ilmu agama, peserta terbabit boleh mendirikan banyak sekolah pondok di serata kawasan di negeri ini.

Presiden dR Rozmey Group (dRG), Datuk Dr Che Rozmey Che Din berkata, program itu adalah inisiatif MUSTAQ yang sudah lama dirancang tetapi tidak dapat dilaksanakan disebabkan masalah kewangan atau dana tidak mencukupi.

Menurutnya, beliau bersedia untuk menyalurkan sumbangan bulanan sebanyak RM20,000 bagi kemudahan prasarana dan infrastuktur di pusat pengajian pondok itu sepanjang program berkenaan.

“Sebagai permulaan, seramai 10 peserta akan diambil dalam tempoh tiga tahun untuk mencari pewaris ulama dan akan menambah bilangannya jika mendapat sambutan.

“Program seperti ini amat sesuai untuk meneruskan kesinambungan pusat pengajian pondok sedia ada, dan apabila ramai masyarakat memahami ilmu agama yang dipelajari sudah tentu negara Islam akan maju.

“Kita akan turut sama membantu memberi sokongan selain dana yang disalurkan dalam usaha untuk mencari pelapis ulama yang baru melalui program yang dirancang ini,” katanya.

Berikutan itu, mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pengambilan peserta ulama baru ini boleh menghubungi pejabat dRG di talian 04-9174366 atau Setiausaha MUSTAQ Abu Bakar Abdullah di talian 019-4410401 atau Tuan Guru Abdul Rahim di talian 013-4285331.

DDR TIDAK PERNAH KERING IDEA(0)

Sebagai usahawan berjaya, presiden dR Rozmey Group (dRG), Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) tidak pernah kekeringan idea.

Beliau sentiasa mencipta idea yang bernas dan mempunyai wawasan untuk mempertingkatkan lagi hasil kerjanya ke tahap yang boleh dibanggakan.

Menurut beliau, kelebihan yang ada padanya untuk berfikir secara meluas dan kreatif adalah anugerah daripada Allah SWT.

“DDR memanfaatkan kelebihan yang ada untuk membantu golongan yang mempunyai masalah kesihatan dan sentiasa bersyukur dengan setiap rezeki yang dikurniakan,” ujarnya.

Tambahnya lagi, beliau hanya membantu apa yang perlu dibantu dan hanya menjalankan kewajipan terhadap pencipta agar mendapat keberkatan daripadaNya.

Jenama dR Rozmey juga semakin dikenali ramai termasuk pasaran antarabangsa dan mengukuhkan tapaknya serta mendominasi perniagaan makanan kesihatan.

SOLAT HAJAT(0)

“Solat Sunat Hajat merupakan solat sunat yang didirikan untuk memohon hajat atau ketika berada dalam permasalahan dan kesukaran, ia dilakukan bagi mengharapkan pertolongan daripada Allah SWT dan memohon sesuatu perkara atau menolak sesuatu yang tidak diingini agar apa yang dihajati itu dikabulkan,” kata Datuk Dr Che Rozmey Che Din.
Menurut presiden dR Rozmey Group (dRG) itu, dalam kesibukan memajukan perniagaan produk kesihatan di bawah empayar dRG beliau tidak pernah mengabaikan tuntutan agama dalam mencari keredhaan Allh swt.
“DDR sering mengadakan solat sunat hajat di ibupejabat dRG bersama staff bagi memohon kesejahteraan dan bisnes dRG terus maju supaya dapat memberi nikmat rezeki dan kesihatan kepada semua masyarakat,” katanya.

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَان

Maksudnya:
Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka);Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. – al-Baqarah (2): 186

BANTUAN MEMBAIKPULIH RUMAH MISKIN DALAM MISI MEMBINA SEMULA GAZA(0)

Presiden dR Rozmey Group (dRG), Datuk Dr Che Rozmey Che Din bekerjasama dengan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) bagi misi membina semula Gaza menerusi pelaksanaan beberapa projek termasuk bantuan membaikpulih semula rumah-rumah miskin yang rosak akibat serangan rejim zionis.

Menurut Datuk Che Rozmey, peruntukan yang diberikan dalam misi bina semula Gaza itu telah dimanfaatkan dengan sebaiknya oleh pihak terlibat.

“Sehingga kini, sebanyak tiga buah rumah telah berjaya dibaiki dan memberikan keselesaan kepada keluarga yang menjadi mangsa serangan supaya mereka dapat meneruskan kehidupan dengan lebih selamat dan sihat,” katanya.

DDR BANTU PENGGUNA SELESAIKAN MASALAH DENGAN PRODUK DRG(0)

Tiada yang lebih menggembirakan bagi Datuk Dr Che Rozmey Che Din apabila melihat produk dR Rozmey Group (dRG) berjaya membantu menyelesaikan permasalahan kesihatan pengguna yang sebelum itu menderita pelbagai jenis penyakit.

Sebagai seorang doktor pakar, formulasi yang dihasilkan untuk 11 produk makanan kesihatan benar-benar berkesan sehingga memberi impak besar kepada keyakinan pengguna untuk terus menggunakan produk yang berjaya menghasil jutaan testimoni berjaya.

“Syukur kerana produk yang formulasi oleh DDR mampu merawat dan menyelesaikan masalah kesihatan yang dihadapi oleh pengguna. Selepas empat tahun berada di pasaran, produk dRG kini sudah memberi impak besar kepada pengguna 1 Malaysia,”katanya.

Datuk Dr Che Rozmey berkata kini kesemua barisan produknya berjaya memberi keyakinan pengguna untuk terus mencuba dan mengamalkan produk berkenaan selepas melihat kejayaan testimoni yang dipaparkan dalam akhbar Harian Metro.

PROGRAM IBADAH KORBAN DR ROZMEY GROUP(0)

Presiden dR Rozmey Group (dRG), Datuk Dr Che Rozmey Che Din berbesar hati mengadakan Program Ibadah Korban sempena sambutan Hari Raya Aidiladha bertempat di ibu pejabat dRG di Bandar Darulaman, Jitra, Kedah.

Menurut Datuk Che Rozmey,ibadah korban yg diadakan merupakan program tahunan menjelang Aidiladha bagi berkongsi nikmat ibadah korban bersama masyarakat sekeliling.

“Aktiviti penyembelihan, melapah, mengagih, membungkus, memotong, dan mengedar dilakukan sepenuhnya oleh kakitangan dan pengurusan dRG pada setiap tahun sempena program ibadah korban yang dijalankan.

“Kita berjaya menumbangkan sebanyak dua ekor lembu untuk dikorbankan dan daging terbabit dibahagikan sama rata kepada semua kakitangan dRG termasuk ibu tunggal dari kalangan masyarakat setempat, Rumah Anak Yatim hembusan Kasi Arau, Maahad Tahfiz Al Munir serta pondok angkat Makarimul Akhlak dan Ribat Muhajirin Megat Dewa,” katanya.

Beliau turut berharap kerjasama erat itu akan berterusan pada masa akan datang dalam usaha memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan.

PERNIAGAAN SATU IBADAH(0)

“Perniagaan adalah satu ibadah”, itulah yang menjadi pegangan kepada Presiden dR Rozmey Group (dRG), Datuk Dr Che Rozmey Che Din dalam memacu perniagaan sehingga ke tahap cemerlang.

Perjuangan yang dilakukannya bukan sekadar memberi ruang kejayaan kepada anak bangsa terutama pengedarnya malah beliau turut memberi contoh yang terbaik dalam setiap amalan dan pekerjaan yang dilakukannya.

Datuk Dr Che Rozmey berkata, kejayaan yang dikecapi hari ini adalah hasil nikmat yang diberikan oleh Allah yang maha Esa kepada umatnya yang sentiasa berdampingan dan mengingati-Nya.

“Kita perlu mengabdikan diri kepada Allah pada setiap masa. Jalan kejayaan akan menghampiri kita sekiranya kita sentiasa mengikut perintah-Nya dan tidak melakukan apa yang dilarang.

“DDR rasa nikmat yang dianugerah Allah semakin ketara apabila segala ikhtiar dan idea untuk memajukan perniagaan ini mendapat kejayaan dan rezeki yang mencurah-curah,” katanya.

Beliau berkata, perjuangannya untuk mengangkat martabat bangsa dan agama melalui perniagaan ini akan diteruskan ibarat selagi hayat dikandung badan.

Contacts and information

Social networks

Most popular categories