banner

Berita back to homepage

62982_perut_buncit_thumb_300_225 TIPS ELAK PERUT BUNCIT(0)

Semua wanita pasti mengidamkan perut yang kempis dan bebas dari sebarang benjolan lemak. Namun, pemakanan dan gaya hidup hari ini yang semakin diabaikan, ramai wanita mengalami masalah perut buncit.

Ada enam panduan boleh dicuba wanita yang impikan perut kempis. Caranya adalah dengan melengkapkan hidangan harian dengan sekurang-kurangnya semangkuk buah-buahan. Vitamin yang terkandung dalam buahan segar bukan saja baik untuk kulit malah mengandungi fiber untuk melancarkan sistem perkumuhan.

Minum banyak air kerana air tidak mengandungi kalori tapi bersifat mengenyangkan dan melancarkan sistem metabolisme tubuh.

Hindari minuman beralkohol. Ia mungkin tidak mengandungi lemak namun mempunyai kandungan kalori yang tinggi. Minuman beralkohol juga menyebabkan peningkatan pengeluaran hormon kortisol menyebabkan perut bahagian bawah menjadi buncit.

Amalkan cara duduk tegak kerana apabila duduk dalam keadaan membongkok, perut bahagian bawah akan kelihatan lebih besar. Untuk melatih otot sentiasa kencang, amalkan mengemut otot perut ketika sedang duduk. Kemudian tarik bahu ke belakang dan dagu ke atas. Sandarkan punggung bawah dekat pada penyandar kerusi. Amalan ini membantu membaiki postur badan anda.

Lakukan semua kerja rumah sendiri seperti membersihkan rumah, mengemas kamar tidur atau ketika menonton televisyen, anda boleh melakukan aktiviti mengangkat beban. Ia bukan saja dapat membakar 350 kalori sejam tapi turut membakar lemak yang berkumpul pada perut anda.

Lakukan senaman latih tubi di rumah ketika mempunyai waktu terluang. Caranya sangat mudah sama ada ketika atau sebelum tidur. Cukup sekadar 10 hingga 15 kiraan setiap hari.

MoLPAy PEMBELIAN PRODUK dRG DI HUJUNG JARI(0)

dR Rozmey Group (dRG) kini meningkatkan perkhidmatan belian online dengan lebih banyak pilihan kaedah pembayaran bagi memudahkan pengguna membuat pembelian samada dalam dan luar negara.

Presidennya, Datuk Dr Che Rozmey Che Din berkata, pengguna kini boleh memilih beberapa kaedah pembayaran secara atas talian antaranya menggunakan Debit Transfer, MOLPay/FBX Payment dan terkini Paypal.

“ Berikutan permintaan tinggi di kalangan pengguna melalui pembelian online termasuk pengguna dari luar negara, kita telah meningkatkan kaedah pembayaran secara atas talian bagi memudahkan pengguna,” katanya.

Menurutnya, pembelian secara dalam talian boleh dibuat di laman web http://mall.drrozmey.my/ dengan menggunakan kaedah pembayaran perbankan internet dan deposit tunai, kad kredit sama ada Visa atau Master Card melalui Paypal serta kaedah Sistem Pembayaran Elektronik Malaysia (MEPS FPX)

1238806_10151603898286517_507454762_n KOMITMEN DDR MENERUSI YAYASAN DR ROZMEY(0)

Keprihatinan dan komitmen Presiden dR Rozmey Group (dRG), Datuk Dr Che Rozmey Che Din dalam membantu masyarakat sama ada secara individu dan berkumpulan dari dalam dan luar negara telah mendorong beliau untuk menubuhkan yayasannya sendiri yang diberi Yayasan Dr Rozmey.

Datuk Che Rozmey turut melancarkan Tabung Selamatkan Syria dan Mesir sebanyak RM350,000 dana diperuntukkan untuk misi bantuan kemanusiaan akibat krisis politik yang berlaku di negara berkenaan menerusi Pertubuhan Islam Malaysia (IKRAM).

Datuk Che Rozmey berkata, sebelum ini sumbangan sebanyak RM1.5 juta untuk membina Masjid Nour Ar-Rozmey di Khan Yunis, Gaza yang boleh menempatkan 4,000 jemaah dalam satu masa turut diperuntukkan.

“Kita juga akan membina sebuah pondok atau ribat di Makam Imam Al-Muhajir, Hadralmaut, yaan bernilai RM1.3 juta, salah satu kota tertua dan terkenal di dunia,” katanya.

Menurutnya, komitmen untuk membantu masyarakat bukanlah satu perkara baru baginya malah ia sudah bermula sejak memulakan bisnes produk kesihatan sejak 2006 dan membelanjakan lebih RM1 juta untuk kerja kebajikan.

“Kita mengambil sekolah angkat dan pondok angkat, membantu perbelanjaan rumah anak yatim, masyarakat setempat dari masa ke semasa yang mengalami masalah bencana alam dan pelbagai bentuk bantuan lain termasuk memberi produk percuma kepada mereka yang mengalami masalah kesihatan.

“Terbaru, yayasan turut membantu membina sebuah surau di sebuah sekolah di Jitra dan membaik pulih asrama pondok dan masjid di beberapa tempat di sini bagi memberi kemudahan yang terbaik kepada pelajar dan penduduk setempat,” katanya.


fb print screen PENINGKATAN KOMEN POSITIF DI LAMAN SOSIAL DDR(0)

Pelbagai maklumat padat yang dipaparkan di laman sosial facebook milik Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR) berjaya menarik puluhan ribu pengguna laman sesawang terbabit kerana daya tarikan yang berbeza daripada syarikat pengeluar kesihatan lain dan hasilnya kini sering menerima komen positif dari masyarakat.

Menurut presiden dRG itu, perubahan ini dilihat selepas beliau membuat perbandingan dengan komen yang pernah diterima sebelum ini dan menunjukkan masyarakat mula memberi perhatian.

“Komen dan cadangan yang bernas banyak diterima dan saya sentiasa mengambil kira cadangan yang diberikan untuk dipertimbangkan,” katanya.

Perubahan ini dilihat selaras dengan kejayaan dR Rozmey Group (dRG) dan DDR sendiri yang terus meningkat naik di kalangan masyarakat.

Ramai yang mula memberi pandangan secara positif terhadap publisiti yang meluas oleh media cetak mahupun elektronik terhadap DDR.

Perubahan ini dilihat mampu mempengaruhi masyarakat untuk menjadi lebih berjaya dan menjadikan DDR sebagai usahawan contoh yang berjaya.

DSC_2153 PERNIAGAAN SELAMAT DAN MUDAH(0)

Menyertai dR Rozmey Group (dRG) merupakan satu keputusan yang tidak sia-sia kerana perniagaan yang dijalankan dRG adalah selmat dan tidak berisiko.

Ramai ahli yang telah menjadi pengedar memperolehi pendapatan mencecah lima angka di mana kebanyakan mereka ini bermula dari ‘zero’ dan kini mereka terus meninggalkan anda yang masih belum bertindak dan mereka ini berusaha untuk mendapatkan apa yang mereka mahukan.

Bisnes dRG dijamin berjaya menerusi pelan pemasaran yangmudah, tiada bayaran pendaftaran serta keahlian adalah seumur hidup selain produknya diakui berkesan oleh ribuan testimoni.

Produk yang terjamin hasil kajian daripada pakar perubatan yang terkenal dan diiktiraf serta disokong kuat oleh pakar penyelidik obesiti, Datuk Dr Che Rozmey Che Din sendiri.

Bergelar usahawan dRG juga akan memberi kebebasan bekerja pada bila-bila masa dan dimana jua.

Itulah yang dikatakan selamat dan mudah.

1187119_10151631084701517_1852396037_n DDR BANTU TIGA BERADIK YATIM PIATU(0)

Presiden dR Rozmey Group (dRG), Datuk Dr Che Rozmey Che Din berbesar hati menziarahi tiga beradik yatim piatu di Kampung China, Kupang, Kedah pada 15 September, Ahad lalu.

Dalam kunjungan itu, Datuk Che Rozmey melahirkan rasa simpati apabila melihat kanak-kanak terbabit yang tinggal bersama ibu saudara mereka, Siti Sakinah Rosli dalam serba kekurangan setelah kematian ibu bapa akibat kemalangan jalan raya lima tahun lalu.

Menurut presiden dRG itu, tiga beradik berkenaan iaitu Muhammad Izzat, 7, Muhammad Danial Hafifi,6, dan Muhammad Hairil,5 menarik perhatian beliau untuk memberi bantuan bagi meringankan penderitaan yang ditanggung dengan mengambil mereka sebagai anak angkat.

“Kita bersetuju untuk mengambil kanak-kanak ini sebagai anak angkat dan InsyaAllah akan menjaga kebajikan mereka demi masa depan mereka”.

“Kita akan memberi perbelanjaan tiap seorang RM200 sebulan dan perlindungan insuran untuk mereka, semoga dengan bantuan ikhlas ini sedikit sebanyak dapat menceriakan mereka dan meringankan penderitaan yang dihadapi,” katanya ketika ditemui di ibu pejabat dRG.

jualan amal - latest JUALAN AMAL BAGI MENGISI TABUNG YAYASAN dR ROZMEY(0)

Satu jualan amal oleh dR Rozmey Group (dRG) diadakan bagi mengisi tabung Yayasan dR Rozmey bertujuan untuk menjayakan Misi Bina Semula Gaza.

Pemilik label dRG, Datuk Dr Che Rozmey Che Din berkata, jualan amal ini telah dijalankan sejak pelancaran Misi Membina Semula Gaza yang bertujuan menggerakkan tabung Gaza untuk mengumpul dana bagi membantu mangsa Palestin akibat kekejaman rejim Zionis.

“ Kita memilih untuk mengadakan satu jualan amal bagi mengisi tabung Gaza yang telah dilancarkan Mac lalu dan kita yakin jualan amal ini akan mendapat sambutan dari orang ramai yang berminat dengan cenderahati khas dari Yayasan dR Rozmey.

“ Semoga dengan sikap prihatin masyarakat terhadap penderitaan rakyat Palestin ini, kita dapat membantu membina semula negara mereka yang musnah,” katanya.

Menurutnya, cenderahati yang boleh didapati daripada jualan amal ini adalah T-shirt, Mug, Key-chain dan Pen khas dari Yayasan dR Rozmey.

Bagi yang berminat untuk membantu menjayakan jualan amal ini boleh menghubungi terus ke ibu pejabat dRG di talian 04-9178026 / 04-9174366 untuk pertanyaan lanjut.

katamotivasi SEMANGAT DAN KEINGINAN UNTUK MENCAPAI KEJAYAAN(0)

Untuk berjaya, seseorang perlukan semangat dan keinginan yang tinggi disamping ilmu pengetahuan supaya kejayaan yang dicapai akan bertahan lebih lama.

Inilah formula Datuk Dr Che Rozmey Che Din yang sering berkeinginan tinggi untuk mencapai ke tahap yang boleh dibanggakan.

Baginya, keinginan tanpa ilmu didada ibarat mengemudi sebuah kapal yang tidak ada haluan. Tanpa hala tuju yang ditetapkan, maka terumbang-ambinglah kapal tersebut.

Begitu juga dalam perniagaan, dengan hanya keinginan dan semangat yang tinggi tetapi tiada ilmu pasti sesebuah organisasi akan runtuh sekelip mata.

216797_438805839504589_2131798088_n 11 BARISAN PRODUK BERKUALITI DAN TERBAIK(0)

dR Rozmey Group (dRG) kini gah sebagai syarikat pengeluar produk kesihatan terbaik di pasaran menerusi keberkesanan produknya yang sentiasa mendapat sambutan dan memberi manfaat kesihatan kepada pengguna seluruh negara.

Presidennya, Datuk Dr Che Rozmey Che Din berkata rangkaian produknya tidak mengandungi sebarang bahan kimia yang boleh membawa kesan sampingan.

Antara produk dRG adalah Jus Mate 5, dR-II, Gain 5, DOC-K, dR Silky, dR-Hepar, dR 8, dRQ 10, dR Betes, dR 101, dan Espresso-XY.

“Kesemua produk ini mempunyai khasiat untuk masalah kesihatan tertentu dan terbukti berkesan apabila ribuan testimoni tampil membuat pengakuan setelah mendapat hasil memuaskan,” katanya.

Tambahnya lagi, pengguna tidak akan hampa dengan keberkesanan produk ajaib dari dRG ini dan apa yang penting adalah supaya pengguna tidak hanya bergantung kepada produk makanan kesihatan dan ubat-ubatan sahaja tetapi perlu juga mengamalkan gaya hidup yang sihat serta banyakkan senaman walaupun hanya 5 minit sahaja.

adk izfar DDR TAJA KANAK-KANAK SAKIT KULIT KRONIK(0)

Penderitaan seorang kanak-kanak berusia dua tahun dari Kampung Enggor, Kuala Kangsar, Perak yang mengidap penyakit kulit mendapat perhatian daripada Presiden dR Rozmey Group (dRG), Datuk Dr Che Rozmey Che Din.

Adik Azfar Fitri Quzaimy yang dijangkiti penyakit ‘pyoderma gangrenosum’ atau dikenali sebagai sakit kulit mati bernanah dijangkiti penyakit aneh itu sejak empat bulan lalu menyebabkan kulitnya kelihatan seperti melecur terbakar dan mengelupas hingga menampakkan isinya.

Datuk Dr Che Rozmey berkata, selepas terbaca kisah adik Azfar menerusi akhbar Metro, beliau terpanggil bagi membantu meringankan penderitaan yang dihadapi dengan memberi sumbangan produk perawatan kulit dR-II secara percuma.

“Kita berharap dengan sumbangan ini dapat memulihkan penyakit kulit yang dihidapi adik Azfar dan dapat menjalani kehidupan seperti kanak-kanak sihat lain.

“Moga keadaan kesihatan adik ini akan cepat sembuh dengan izin Yang Maha Kuasa,” katanya ketika ditemui di ibu pejabat dRG, semalam.

Contacts and information

Social networks

Most popular categories