banner

Berita back to homepage

IMG_4297 (crop) MENCARI CINTA ILLAHI DENGAN IBADAH SUNAT DAN ZIKIR(0)

Kehidupan di dunia tanpa sebarang amalan menuju ke alam akhirat bagaikan sia-sia kerana kesempatan yang Allah berikan kepada kita hanyalah sementara.

Presiden dR Rozmey Group (dRG, Datuk Dr Che Rozmey Che Din berkata, Solat Tahajud, zikir dan munajat pada satu per tiga malam yang terakhir adalah lebih baik dari dunia dan isinya.

“Solat sunat di waktu satu per tiga malam adalah dilakukan bagi mendapat kecintaan dari Illahi untuk memperoleh kemudahan di dunia dan akhirat.

“Ianya juga sebagai pintu kejayaan dan rezeki yang hebat,” katanya yang merupakan seorang insan yang kini semakin disegani ramai kerana kejayaannya dalam segala cabang perniagaan.

flyers maahad tahfiz DARUL ROZMEY MAAHAD TAHFIZ(0)

dR Rozmey Group (dRG) menerusi Yayasan dR Rozmey telah menubuhkan sebuah pusat akademik berunsurkan islamik yang diberi nama Darul Rozmey Maahad Tahfiz bertempat di Country Height, Jenan, Kedah.

Maahad tahfiz berkenaan bakal menempatkan seramai sepuluh orang melalui pengambilan terbaru yang hanya membabitkan pelajar lelaki yang berumur antara 8 tahun hingga 11 tahun sahaja di mana keutamaan diberikan kepada anak yatim dan fakir miskin.

Datuk Dr Che Rozmey berkata rancangannya membina Maahad tersebut adalah sebagai perjuangan dan satu sumbangan kepada agama Islam yang dicintainya.

Beliau berkata Maahad Tahfiz akan memberi peluang kepada anak yatim dan fakir miskin bagi mendapatkan pendidikan secara percuma di situ.

“DDR yakin dengan membina Maahad Tahfiz ini, usaha untuk menaikkan generasi yang bertaqwa pada masa akan datang dapat dilahirkan di sini.

“Ini adalah salah satu tanggungjawab ddr sebagai seorang usahawan muslim untuk menjadikan akhlak sebagai asas kehidupan generasi akan datang,” katanya.

Menurutnya, orang ramai yang berminat boleh menghubungi pihak syarikat di talian 010-5469945 / 04-9178026 atau mengambil terus borang permohonan di kaunter pejabat dRG.

560519_10151603897881517_232811484_n DDR TERIMA ANUGERAH DUTA PEDULI UMMAH(0)

Sikap prihatin dan tanggungjawab sosial yang ditunjukkan oleh presiden dR Rozmey group (dRG), datuk Dr Che Rozmey Che Din mendapat perhatian daripada sebuah badan NGO yang aktif dalam menangani pelbgai isu dihadapi oleh umat Islam dalam negara termasuk luar iaitu Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM).

Anugerah disampaikan oleh Presiden Mapim, Mohd Azmi Abd Hamid bertempat di Masjid Al-Falah, USJ 9, Selangor baru-baru ini.

Menurut Datuk Dr Che Rozmey, beliau amat terharu ketika menerima penganugerahan terbabit dan menyatakan sumbangannya terhadap umat Islam yang memerlukan adalah ikhlas dan merupakan tanggungjawab sosial sebagai usahawan muslim berjaya tanpa mengharapkan sebarang balasan.

“Alhamdulillah, ddr mengucapkan terima kasih di atas penghargaan ini dan bukan ini yang diharapkan untuk semua sumbangan yang telah dilakukan tetapi ikhlas sebagai tanggungjawab sosial terhadap umat Islam, dan ini yang dikatakan cara ddr iaitu dakwah tujuan bisnes ddr,” katanya.

Di samping penganugerahan itu, beliau turut menerima beberapa anugerah lain dalam majlis berkenaan iaitu anugerah sijil Pembangunan Masjid Nour Ar Rozmey dan plak penghargaan daripada Presiden Mapim, Mohd Azmi Abd Hamid.

1146429_10151590222786517_1896729629_o TABUNG YAYASAN dR ROZMEY MENDAPAT SAMBUTAN(0)

“Hasil daripada sumbangan orang ramai, kita berjaya mengumpul kutipan sebanyak RM3,000 untuk tabung yayasan pada Hari Koperasi Negara baru-baru ini,” kata Datuk Dr Che Rozmey Che Din.

Menurut presiden dR Rozmey Group (dRG) itu, hasil berkenaan akan disumbangkan ke dalam akaun yayasan bagi tujuan menyalurkan dana-dana tertentu kepada aktiviti-aktiviti kebajikan yang dijalankan termasuk dalam dan luar negara.

“Ini membuktikan wujudnya sikap prihatin masyarakat kita yang tidak segan menghulurkan sumbangan untuk membantu mereka yang memerlukan.

“Sambutan yang menggalakkan pada Hari Koperasi Negara baru-baru ini apabila gerai dRG turut diserbu pengunjung-pengunjung yang datang dari seluruh Malaysia untuk mendapatkan produk dRG dan tidak ketinggalan menyumbang kepada akaun yayasan,” katanya.

887071_423254507758030_1191207977_o PEMBEDAHAN KEDUA MANGSA ASID(0)

Dana Untukmu Rosnani yang dilancarkan dR Rozmey Group menerusi Yayasan dR Rozmey telah berjaya mengutip hasil sumbangan menggalakkan daripada orang ramai yang bersimpati terhadap nasib mangsa simbah asid, Rosnani Hussin.

Hasil sumbangan terbabit telah membolehkan Rosnani menjalani pembedahan pertama pada Jun lalu yang melibatkan bahagian mulut dan hidung.

Menurutnya, keadaan kesihatannya bertambah baik selepas pembedahan itu dan seterusnya bakal menjalani pembedahan kedua pda hujung bulan ini.

“Pembedahan seterusnya ini melibatkan bahagian leher bakal menelan kos sebanyak RM8,000 hingga RM10,000 bertempat di hospital sama iaitu di Hospital Universiti Sains Malaysia.

“Alhamdulillah, ini semua adalah hasil bantuan orang ramai yang sudi membantu mengisi dana yang dilancarkan oleh dR Rozmey Group dan saya sangat berterima kasih kepada mereka yang prihatin,” katanya.

Pembedahan yang akan dikendali Prof. Dr. Ahmad Shukri itu diharap dapat membantu Rosnani kembali bernafas dan makan seperti biasa, kos keseluruhan yang diperlukan ialah sekitar RM60,000.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun CIMB bernombor 0203-1331-1655-25 atas nama Rusnani Hussin atau boleh juga mengunjunginya di alamat No 3830, Jalan Inang, Taman Ria Jaya, Sungai Petani.

website HPM INFO MENARIK DI LAMAN SESAWANG dR ROZMEY GROUP (dRG)(0)

Teknologi maklumat di era globalisasi kini telah membuktikan bahawa mempunyai kaedah pembujukkan yang mantap dan berkesan.

Jadi, dengan menggunakan teknologi canggih masa kini laman sesawang korporat dR Rozmey Group (dRG) telah diciptakan untuk masyarakat bagi mendapatkan maklumat- maklumat yang mereka mahukan.

Menurut presidennya, Datuk Dr Che Rozmey Che Din, terdapat pelbagai info menarik di laman sesawang dRG untuk dikongsikan dengan pengguna dalam menangani masalah kesihatan termasuk kemudahan maklumat yang disediakan bagi pengguna yang ingin mendapatkan produk dRG.

“Bukan sahaja semata-mata info kesihatan malahan membuka ruang kepada masyarakat untuk berkongsi pendapat dan nasihat tentang masalah yang dihadapi,” katanya.

Katanya lagi, maklumat terperinci mengenai semua produk keluaran dRG juga dimasukkan di laman sesawang berkenaan demi memudahkan pelanggan untuk membuat rujukan.

“Jadi pengguna serta masyarakat seluruh Malaysia boleh melayari http://herbaprima.com.my/ jika inginkan pelbagai info yang menarik untuk mengenai perniagaan dRG,” katanya ketika ditemui.

DSC_4073 dR ROZMEY GROUP MERIAHKAN HARI KOPERASI MALAYSIA(0)

Sempena Hari Koperasi Malaysia yang bakal diadakan pada 23-25 Ogos 2013 ini, dR Rozmey Group (dRG) tidak ketinggalan dijemput bagi menyertai program terbabit menerusi penyediaan gerai jualan.

Hari Koperasi Malaysia adalah merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Program yang berlangsung selama tiga hari itu bertempat di Bandar Darulaman, Jitra, dijangka bakal mendapat sambutan menggalakkan di kalangan penduduk setempat dan agensi kerajaan dari seluruh Malaysia.

Presiden dRG, Datuk Dr Che Rozmey berkata, penglibatan dalam gerai jualan pada hari berkenaan adalah sebagai langkah mendekati penduduk setempat terutamanya pengguna produk kesihatan selain mengetengahkan jenama dR Rozmey Group.

“Kita menghargai jemputan daripada pihak Koperasi Malaysia untuk menyertai gerai jualan kerana yakin dR Rozmey Group merupakan jenama antarabangsa, dan bukan semata-mata memfokuskan kepada jualan,” katanya.

1147687_10151584736421517_1468892002_o YAYASAN dR ROZMEY LANCAR TABUNG SYRIA & MESIR(0)

dR Rozmey Group (dRG) melalui Yayasan dR Rozmey melacarkan Tabung Slematkan Syria dan Mesir dengan memperuntukkan dana sejumlah RM350,000 untuk misi bantuan kemanusiaan akibat krisis politik yang berlaku di kedua-dua negara itu.

Presiden dRG merangkap Pengerusi yayasan itu, Datuk Dr Che Rozmey Che Din berkata, sumbangan itu akan disalurkan khusus untuk penajaan anak yatim dan keluarga miskin, makanan, selimut, pembangunan perumahan dan infrastruktur, pembangunan hospital serta perubatan.

Menurutnya, daripada jumlah itu, sebanyak RM250,000 diperuntukkan untuk Tabung Selamatkan Syria, manakala RM100,000 untuk Tabung Selamatkan Mesir.

“Sumbangan berkenaan adalah hasil keuntungan perniagaan produk dRG yang mendapat sambutan di kalangan pengguna kami.

“Selain itu, kami mengalu-alukan sumbangan rakyat Malaysia untuk mengisi dana tabung ini dan Yayasan dR Rozmey akan menyalurkan terus kepada beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negara ini yang aktif dalam misi kemanusiaan di dua negara terbabit,” katanya, semalam.

Dr Che Rozmey berkata, dengan bantuan dan sumbangan rakyat negara ini, ia sekurang-kurangnya dapat mengurangkan penderitaan yang dialami rakyat di Syria dan Mesir yang kini sedang bergolak.

“Orang ramai boleh menghulurkan sumbangan ke Yayasan dR Rozmey melalui akaun Maybank 552068502300 atau datang ke pejabat dRG di Bandar Darulaman untuk sebarang pertanyaan,” katanya.

2 SAMBUTAN LUAR BIASA TERHADAP PRODUK dR ROZMEY GROUP(0)

Sejak mula beroperasi pada tahun 2006, dR Rozmey Group (dRG) telah menghasilkan pelbagai produk kecantikan dan kesihatan yang tidak pernah menghampakan dan mendapat sambutan hangat daripada pelanggan.

Presidennya, Datuk Dr Che Rozmey Che Din berkata, dRG kini terkenal dengan produk kesihatan yang memberikan kesan yang amat memberangsangkan iaitu Jus Mate 5 (JM5) bagi membantu pengguna yang mempunyai masalah berat badan berlebihan.

“Antara produk keluaran dRG selain daripada JM5 ialah seperti ESPRESSO XY yang membantu memulihkan masalah tenaga batin, Doc-K merawat sakit sendi, Gain-5 membantu penambahan berat badan, dR Silky memberikan bentuk tubuh badan yang ideal dan kulit yang cantik,” katanya.

Beliau berkata lagi, menyedari bahawa masyarakat kini terdedah dengan pelbagai penyakit beliau menghasilkan pelbagai formulasi hebat untuk membantu golongan yang menhidap penyakit kronik.

“Oleh itu formulasi produk dR Betes telah dihasilkan dengan bertujuan untuk memulihkan penyakit kencing manis, manakala dRQ10 merawat masalah lemah jantung dan stroke.

“Formulasi dR8 pula adalah bertujuan untuk merawat mata dan produk dR101 membantu kecerdasan minda serta produk dRII adalah untuk merawat penyakit kulit yang kritikal.

“Kesemua produk yang dihasilkan ini mengandungi pelbagai vitamin dan herba terpilih yang telah banyak membantu pengguna merawat pelbagai penyakit serta penggunaannya yang memudahkan dan selamat untuk pengguna,” tambahnya lagi ketika ditemui.

DSC_2150 MILIKI KERETA MEWAH DENGAN BISNES DRG(0)

“Ramai pengedar kini mampu memiliki kereta idaman selepas menjalankan bisnes bersama dR Rozmey Group (dRG),” kata presidennya, Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR).

Menurut beliau, pengedar yang setia menjalankan bisnes bersama-sama beliau kini sedang menikmati kejayaan dengan hasil penjualan produk keluaran dRG.

“Hal ini adalah kerana formulasi dR Rozmey terhadap produk-produk keluaran dRG memberikan keajaiban kepada pengguna,” katanya.

Katanya lagi, tambahan pula permintaan terhadap produk kini begitu tinggi kerana kepercayaan pengguna terhadap produk semakin meningkat menerusi testimoni yang diuar-uarkan kepada umum.

“Jelaslah terbukti bahawa produk yang dihasilkan kita memberikan kesan positif tanpa mengundang sebarang kesan sampingan terhadap pengguna.

“Jadi, inilah fenomena yang kita cetuskan untuk kepentingan bersama bukan untuk merungkai masalah kesihatan sekaligus mengubah nasib seseorang untuk meraih kejayaan menerusi bisnes yang diperkenalkan,” kata pengasas produk kesihatan itu.

Contacts and information

Social networks

Most popular categories