banner

Berita back to homepage

MILIKI KERETA MEWAH DENGAN BISNES DRG(0)

“Ramai pengedar kini mampu memiliki kereta idaman selepas menjalankan bisnes bersama dR Rozmey Group (dRG),” kata presidennya, Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR).

Menurut beliau, pengedar yang setia menjalankan bisnes bersama-sama beliau kini sedang menikmati kejayaan dengan hasil penjualan produk keluaran dRG.

“Hal ini adalah kerana formulasi dR Rozmey terhadap produk-produk keluaran dRG memberikan keajaiban kepada pengguna,” katanya.

Katanya lagi, tambahan pula permintaan terhadap produk kini begitu tinggi kerana kepercayaan pengguna terhadap produk semakin meningkat menerusi testimoni yang diuar-uarkan kepada umum.

“Jelaslah terbukti bahawa produk yang dihasilkan kita memberikan kesan positif tanpa mengundang sebarang kesan sampingan terhadap pengguna.

“Jadi, inilah fenomena yang kita cetuskan untuk kepentingan bersama bukan untuk merungkai masalah kesihatan sekaligus mengubah nasib seseorang untuk meraih kejayaan menerusi bisnes yang diperkenalkan,” kata pengasas produk kesihatan itu.

KANAK-KANAK LUMPUH DAPAT TAJAAN PRODUK dRG(0)

Penderitaan seorang kanak-kanak dari Sri Kembangan, Selangor yang lumpuh dari paras pinggang dan tidak boleh berjalan serta bercakap mendapat perhatian daripada Presiden dR Rozmey Group (dRG), Datuk Dr Che Rozmey Che Din semalam.

Adik Mohd Aiman yang menderita masalah saraf jelas begitu gembira bersama keluarganya apabila berpeluang bertemu presiden dRG untuk mendapatkan nasihat berkenaan masalah yang dialami dan secara tidak langsung mendapat penajaan produk minda dan saraf, dR101 serta produk untuk masalah jantung dan stroke ,dRQ10 daripada beliau.

Datuk Dr Che Rozmey berkata, selepas melihat keadaan adik Mohd Aiman yang menderita masalah saraf sehingga menyebabkannya lumpuh, kanak-kanak itu disyorkan untuk menggunakan produk dR101 dan dRQ10.

“Kita terharu dengan kesanggupan keluarga adik Mohd Aiman yang sanggup datang dari jauh semata-mata untuk mendapat khidmat nasihat dan keinginan untuk mencuba produk dRG”

“Sebagai tanda penghargaan, kita memberi produk dR101 dan dRQ10 secara percuma untuk adik ini mencuba mengikut sukatan yang ditetapkan. Moga keadaan kesihatan adik ini akan cepat sembuh dengan izin Yang Maha Kuasa,” katanya ketika ditemui di ibu pejabat dRG, semalam.

SALAM AIDILFITRI DARI dR ROZMEY GROUP(0)

Ramadan berlalu pergi dengan seribu keinsafan, kini syawal menjelang tiba.

Semoga seluruh umat Islam sentiasa dilimpahi barakah oleh Yang Maha Kuasa.

dR Rozmey Group (dRG) mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam terutama pengguna-pengguna produk dRG, usahawan-usahawan, dan warga kerja dR Group, ampun maaf dipinta.

Kepada pengguna jalan raya berhati-hati ketika memandu dan semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju.

SUMBANGAN BAJU RAYA KEPADA ANAK YATIM(0)

Seramai 120 orang anak yatim daripada Pusat Jagaan Baitul Mahabbah Al Hashimi, Kuala Nerang, menerima sumbangan pakaian hari raya daripada dR Rozmey Group (dRG).

Sumbangan disampaikan presiden dRG, Datuk Dr Che Rozmey Che Din dalam satu majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim pada Jumaat lalu, 02 Ogos 2013.

Menurutnya, sumbangan pakaian raya ini adalah program tahunan anjuran Yayasan dR Rozmey yang merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial dan membuktikan bahawa dRG tidak pernah lupa kepada golongan yang memerlukan.

“Seperti tahun-tahun sebelumnya, kita berusaha untuk membantu anak-anak yatim dengan meluangkan masa serta memberikan sumbangan kepada mereka supaya tidak rasa terpinggir menjelang Hari Raya nanti,” katanya.

Beliau berharap berharap sumbangan itu sedikit sebanyak dapat memberikan keceriaan kepada anak-anak yatim untuk menyambut Syawal yang bakal menjelang.

“Mereka berasa sangat seronok dan terlalu gembira dengan sumbangan baju kurung baru, baju melayu lengkap malah songkok dan tudung juga turut diberikan,” ujarnya lagi.

BELI YANG ASLI JAUHI TIRUAN(0)

“Pastikan yang original dan bukannya tiruan,” tegas Datuk Dr Rozmey Che Din.

“Kita nasihatkan kepada pengguna supaya mendapatkan produk dR Rozmey Group (dRG) hanya yang asli kerana ianya selamat digunakan tanpa memberi kesan yang negatif berbanding produk tiruan yang akan memberikan kesan seperti penyakit buah pinggang dan kanser merbahaya.

“Jika pengguna menggunakan produk dRG yang asli hanya formulasi dR Rozmey pengguna akan menyaksikan suatu keajaiban terhadap perubahan diri mereka,” ujarnya.

Beliau berkata lagi, kesemua produk dRG berkesan merawat pelbagai masalah kesihatan secara dari dalaman dan telah terbukti hasil ribuan testimoni yang telah berjaya mendapat keberkesanan setelah menggunakan produk kesihatan dRG.

Sebaliknya, tiada sebarang kesan yang akan diperolehi sekiranya pengguna tersalah membeli produk tiruan malah memberi kesan bahaya kepada kesihatan mereka.

“Jadi, demi mengelakkan perkara sebegini berlaku terhadap pengguna kita menggalakkan semua pengguna baru mahupun lama mendapatkan produk formulasi dR Rozmey secara terus di pejabat dR Group (dRG),” kata pengasas produk ajaib itu.

JANGAN SAMBIL LEWA CEGAH PENYAKIT(0)

Pelbagai kempen yang telah dilakukan oleh kerajaan untuk membantu rakyat Malaysia dalam mempertingkatkan kesihatan diri mereka.

Namun segala kempen yang dilakukan tidak diendahkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab demi menghindarkan mereka dari pelbagai penyakit kronik yang mengakibatkan kematian.

Presiden dR Rozmey Group (dRG) Datuk Dr Che Rozmey Che Din berkata, disarankan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa kesihatan diri adalah perkara penting di dalam kehidupan dan perlu dititik beratkan.

“Sikap sambil lewa masyarakat terhadap kesihatan diri adalah disebabkan oleh masalah individu yang terlampau mengejar dunia tanpa memikirkan tentang kesihatan tubuh badan mereka.

“Selain itu, ianya berpunca daripada masalah rutin pemakanan seharian yang sukar dikawal menyebabkan kesihatan diri terganggu dan mudah terdedah kepada penyakit,” ujarnya ketika ditemui.

Beliau berkata lagi, pengawalan pemakanan merupakan faktor penting dalam meningkatkan kesihatan diri supaya tampil dengan lebih cergas dan bertenaga.

“Disamping itu, masalah hidup dalam kemiskinan juga mewujudkan kelekaan terhadap individu itu dalam mengejar cita-cita mereka menjadi punca kesihatan diabaikan.

“Sehubungan itu, amalan gaya hidup sihat iaitu senaman fizikal perlu dilakukan bagi mempertingkatkan kesihatan diri,” katanya lagi.

JUALAN AMAL YAYASAN dR ROZMEY GROUP(0)

Satu jualan amal bagi mengisi Tabung Gaza dR Rozmey Group (dRG) telah dilancarkan melalui Yayasan dR Rozmey.

Pemilik label dRG, Datuk Dr Che Rozmey Che Din berkata, jualan amal ini telah dijalankan sejak pelancaran Misi Membina Semula Gaza yang bertujuan menggerakkan tabung Gaza untuk mengumpul dana bagi membantu mangsa Palestin akibat kekejaman rejim Zionis.

“ Kita memilih untuk mengadakan satu jualan amal bagi mengisi tabung Gaza yang telah dilancarkan Mac lalu dan kita yakin jualan amal ini akan mendapat sambutan dari orang ramai yang berminat dengan cenderahati khas dari Yayasan dR Rozmey.

“ Semoga dengan sikap prihatin masyarakat terhadap penderitaan rakyat Palestin ini, kita dapat membantu membina semula negara mereka yang musnah,” katanya.

Menurutnya, cenderahati yang boleh didapati daripada jualan amal ini adalah T-shirt, Mug, Key-chain dan Pen khas dari Yayasan dR Rozmey.

Bagi yang berminat untuk membantu menjayakan jualan amal ini boleh menghubungi terus ke ibu pejabat dRG di talian 04-9178026 / 04-9174366 untuk pertanyaan lanjut.

ANAK YATIM CERIA DAPAT BAJU RAYA BARU(0)

Keceriaan jelas tergambar pada raut wajah 24 anak yatim apabila staff dR Rozmey Group (dRG) membawa mereka membeli-belah sempena Aidilfitri di butik berdekatan Jitra di sini, pada 20 Julai 2013 bersamaan 11 Ramadhan, Sabtu.

Mereka yang berusia antara tujuh dan 12 tahun itu adalah penghuni Pusat Jagaan Rumah Hembusan Kasih, Arau, Perlis.

Program tahunan itu diadakan bagi meraikan anak-anak yatim dan memberikan harapan kepada mereka dalam meniti Syawal yang menjelang tiba.

Kesemua anak yatim itu diberi peruntukan seorang bagi membeli pakaian termasuk baju kurung dan tudung untuk perempuan manakala baju melayu dan songkok untuk lelaki sempena merayakan Aidilfitri.

Anak-anak yatim itu turut diraikan dalam majlis berbuka puasa anjuran Yayasan dR Rozmey di ibu pejabat dRG.

BOLEH BERGAYA PADA AIDILFITRI(0)

Sejak kecil, Fauziah Ya’acob, 25, mengalami masalah berat badan berlebihan kerana faktor keturunan menyebabkan dia langsung tidak pernah terlintas untuk menurunkan berat badannya.

Dia yang menetap di Pulau Pinang berkata, ketika di alam persekolahan, ramai rakan sekelas menegur kerana memiliki saiz badan lebih besar berbanding pelajar lain di sekolah itu menyebabkan dia malu, tetapi hanya mampu memendam perasaan.

Katanya, baru-baru ini dia pernah mencuba produk melangsingkan badan dibeli di pasar raya untuk mengurangkan berat badannya, tetapi gagal malah langsung tidak menunjukkan penurunan.

Menurutnya, dengan pembelian tiga kotak Jus mate 5 (JM5) pada harga RM480, dia terus menjadi ahli dRG dan mengamalkan produk itu dua kali sehari seperti disarankan Lydiawani dengan mengurangkan pengambilan nasi malah memperbanyakkan makan buah-buahan serta sayuran.

Katanya, selepas menghabiskan 11 kotak JM5, dia berjaya mengurangkan berat badannya kepada 55kg daripada 105kg selepas tiga bulan mengambil produk itu.

“Saya sangat gembira kerana mampu memakai baju kurung bersaiz 36 pada Aidilfitri ini berbanding 46 sebelum ini dan saya rasa ia sangat berbaloi sejak menggunakan produk JM5.

IBU TUNGGAL BERSYUKUR TERIMA SUMBANGAN(0)

”Saya bersyukur di atas sumbangan ini, saya mengucapkan terima kasih atas bantuan ini kerana ia dapat meringankan sedikit beban saya,” kata Siti Mariam ketika ditemubual.

Siti Mariam Said, 49, dari perumahan awam Jitra di sini, berkata dia bersyukur kerana menjadi salah seorang antara yang terpilih sebagai penerima sumbangan pada majlis yang amat bermakna bukan saja kepada dirinya, malah kepada ibu tunggal lain kerana dapat meringankan beban mereka membuat persiapan Aidilfitri tidak lama lagi.

“Saya terharu dengan sumbangan ini, tiada kata-kata dapat diucapkan hanya terima kasih kepada presiden dR Rozmey Group (dRG), Datuk Dr Che Rozmey Che Din dan anggota Yayasan dR Rozmey.

Siti Mariam bersama lima ibu tunggal lain dari kawasan setempat tersenyum gembira dan melahirkan rasa syukur setelah dimaklumkan terpilih sebagai penerima sumbangan hamper berisi barangan dapur sempena Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-anak Yatim anjuran Yayasan dR Rozmey baru-baru ini.

Sumbangan disampaikan presiden dRG yang turut bersyukur kerana dapat berkongsi nikmat bersama golongan yang memerlukan sempena bulan ramadhan yang mulia ini.

Contacts and information

Social networks

Most popular categories