banner

Berita back to homepage

dsc_0023 dR PLACES BANTU GOLONGAN USAHAWAN(0)

“Enjin carian dR Places yang diperkenalkan menerusi label dR Rozmey ini adalah bertujuan membantu golongan ahli perniagaan untuk memperluaskan empayar bisnes mereka,” ujar Datuk Dr Che Rozmey Che Din ketika ditemui hari ini.

Label dR Rozmey Group (dRG) yang terkenal pada hari ini adalah terhasil daripada pencetusan fenomena yang dilancarkan beliau demi mengembangkan empayar bisnes yang beliau cipta.

Menurut presiden dRG itu, impak besar menerusi fenomena dR Rozmey mendorong beliau untuk memperkenalkan sistem dR Places ini yang menyediakan ruangan bisnes untuk mereka yang ingin bergiat di dalam bisnes.

“Servis dR Places merupakan sistem yang mempunyai kelebihan dan keunikannya tersendiri berbanding sistem enjin carian yang lain,” katanya.

Beliau berkata lagi, sistem yang dilakukan secara online ini lebih menjimatkan masa, kos dan idea dalam usaha untuk memperkenalkan kepada khalayak mengenai produk yang telah dihasilkan.

“Bukan itu sahaja malahan enjin carian dR Places lebih sistematik dan berkesan kerana segalanya telah disediakan melalui proses pengurusan pengiklanan dR Places.

“Selain itu, pengiklanan dalam mempromosikan produk keluaran mereka lebih berkesan kerana label dR Rozmey yang kini menjadi kegilaan pengguna sudah meningkat naik popularitinya.

“Jadi, mudah, cepat dan berkesan dengan hanya perlu mendaftar sahaja anda yang ingin mencipta kejayaan melalui bisnes akan menjadi kenyataan dan sebarang maklumat lanjut anda perlulah melayari www.drplaces.com ,” ujarnya lagi.

 

 

IMG_0627 DEKATKAN DIRI SERTA MOHONLAH REZEKI KEPADA ALLAH(0)

“Dekatkan diri dengan Allah S.W.T dan biasakan dengan permulaan perbuatan dengan doa serta mohonlah rezeki daripada-Nya,” Datuk Dr Che Rozmey Che Din ketika ditemui semalam.

Menurut Presiden dR Rozmey Group (dRG) itu, pesanan yang sering dititikberatkan oleh beliau itu adalah untuk semua warga dRG demi menerapkan nilai murni tersebut menjadi rutin seharian.

“Amalan sebegini sudah sememangnya perlu dididik di dalam kehidupan seharian bagi memastikan setiap perbuatan yang dilakukan adalah diredhai oleh Allah S.W.T.

“Bukan itu sahaja malahan ianya juga memudahkan setiap urusan yang dilakukan berjalan lancar tanpa sebarang gangguan mahupun masalah yang tidak dingini,” katanya.

Beliau berkata lagi, warga dRG adalah tenaga kerja yang berkualiti setiap amanah yang diusulkan menjadi pegangan mereka untuk melangkah menjadi diri mereka yang baik menjadi lebih baik.

 “Di dalam Al-Quran sudah jelas menyatakan bahawa mohonlah rezeki kepada Allah S.W.T kerana Dialah Maha Pemberi rezeki untuk makhluk sekalian alam dan janganlah sesekali kamu mengingkari ajarannya.

“Penerapan nilai murni ini dilihat bakal memberikan impak positif terhadap warga dRG yang bukan hanya ganjarannya diperolehi di dunia malahan ganjaran akhirat menanti mereka.

“Jadi, perolehan ganjaran yang lumayan menanti sekiranya kita senantiasa berusaha untuk mendekatkan diri dengan Allah S.W.T dan melakukan setiap perbuatan itu dengan hati jujur serta ikhlas,” ujarnya lagi.

gula_pasir KAWAL PENGAMBILAN GULA(0)

Gula merupakan sesuatu makanan tanpa khasiat yang tidak diperlukan langsung di dalam badan malah jika ianya diambil secara berlebihan akan berlakunya penyingkiran zat di dalam badan.

Jika berlakunya penyingkiran zat di dalam badan, antibodi di dalam badan akan menjadi kurang dan boleh menyebabkan tubuh badan mudah untuk dijangkiti penyakit yang berbahaya serta boleh mendatangkan kemudaratan terhadap kesihatan badan.

Menurut Datuk Dr Che Rozmey Che Din, jika pengambilan gula dalam badan berlebihan ianya membolehkan peningkatan gula dalam darah akan bertambah dan mengakibatkan individu menghidap penyakit kencing manis ataupun diabetes.

“Jadi, masyarakat perlu memastikan pengambilan gula didalam kehidupan seharian dapat dikurangkan dengan cara mengawal gula secara teratur,” katanya.

Beliau berkata lagi, pengamalan diet seimbang mengikut cadangan yang sesuai, bersukan dan perkara yang paling penting adalah sentiasa berdoa kepada Allah S.W.T untuk menghindarkan dari segala bencana dan penyakit.

“Oleh itu, masyarakat perlulah mengawal cara pemakanan dan gaya hidup jika mereka sayangkan kesihatan terhadap diri mereka kerana dengan cara sebegini membolehkan “pembunuh manusia” itu dihindari dan hidup di dalam keadaan yang sihat sejahtera

“Selain itu, kaedah lain untuk memulihkan penyakit kencing manis adalah dengan mengamalkan produk keluaran dR Rozmey Group (dRG) iaitu dR Betes formulasi ajaib dR Rozmey masa kini” ujarnya lagi ketika ditemui.

dana rusnani HARAPAN BARU ROSNANI HUSSIN(0)

“Alhamdulillah, selepas pembedahan keadaan kesihatan saya dalaman dan luaran bertambah baik berbanding sebelum ini dan sekarang saya sudah mampu menjalani kehidupan seperti biasa dengan baik bersama keluarga,” kata Rosnani.

Mangsa simbah asid, Rosnani Hussin, 47, bersyukur setelah berjaya menjalani pembedahan pertama yang melibatkan bahagian mulut dan hidung pada Jun lalu dengan kos mencecah RM8,500 atas bantuan orang ramai yang prihatin menghulurkan sumbangan dana Untukmu Rosnani yang dilancarkan pihak dR Rozmey Group (dRG) sejak Mac lalu.

Menurutnya, pembedahan terbabit telah memberi satu harapan baru buatnya jika sebelum ini dia hanya memikirkan nasib hidupnya yang tiada kesudahan akibat menjadi mangsa jenayah perompak sehingga meninggalkan kesan kepadanya seumur hidup.

“Atas sokongan orang ramai, keluarga dan rakan-rakan yang sentiasa memberikan sokongan kepada saya, impian saya untuk kembali pulih akhirnya tercapai melalui pembedahan ini dan mereka turut bersyukur melihat perubahan pada diri saya yang bertambah baik berbanding sebelum ini,” katanya.

Rosnani berkata, pembedahan seterusnya dijangka selepas hari raya nanti iaitu pada bulan Ogos yang melibatkan bahagian leher dengan anggaran kos pembedahan sebanyak RM8,000 hingga RM10,000.

Pembedahan yang akan dikendali Prof. Dr. Ahmad Shukri itu diharap dapat membantu Rosnani kembali bernafas dan makan seperti biasa, kos yang diperlukan ialah sekitar RM60,000.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun CIMB bernombor 0203-1331-1655-25 atas nama Rusnani Hussin atau boleh juga mengunjunginya di alamat No 3830, Jalan Inang, Taman Ria Jaya, Sungai Petani.

DRROZMEY CHANNEL dR ROZMEY GROUP HASILKAN VIDEO BERKUALITI(0)

Saluran dR Rozmey Channel yang telah memuatkan lebih 2000 video di laman youtube itu mempunyai pelbagai informasi menarik yang dapat dikongsikan bersama.

Menurut Presiden dR Rozmey Group (dRG), Datuk Dr Che Rozmey Che Din, penubuhan dR Rozmey Channel ini adalah bertujuan untuk memberikan informasi mengenai fenomena yang telah dicetuskan oleh beliau.

“Informasi-informasi terkini menerusi slot video yang dimuatkan adalah mengenai perniagaan, keajaiban produk, fenomena filem dan juga testimoni produk keluaran HPM.

“Dengan kelebihan dunia jalur lebar pengguna dapat menyaksikan secara langsung segala maklumat terperinci mengenai kejayaan demi kejayaan yang doktor hasilkan,” katanya.

Datuk Dr Che Rozmey berkata lagi, memanfaatkan kemajuan dalam bidang komunikasi dan teknologi (ICT) adalah perkara terbaik dalam menjalankan bisnes.

“DDR adalah usahawan yang mempunyai video yang paling banyak dimuatkan di dalam laman Youtube dan mempunyai saluran sendiri di laman berkenaan,” kata pemilik jenama dRG itu.

Beliau berkata lagi, berbalik kepada asas yang paling utama dalam mencapai kejayaan besar itu adalah kredibiliti, integriti, visi dan misi besar serta kebolehan  untuk mencapai kejayaan yang luar biasa dan inilah yang pengguna inginkan.

IMG_4348.edit PENGGUNA PILIH PRODUK dRG DI BULAN RAMADHAN(0)

“Makan secara sihat di bulan puasa adalah penting untuk menghindar beberapa masalah kesihatan yang biasa berlaku di bulan puasa seperti sembelit, makanan tidak hadam, kembung perut, pedih ulu hati dan kandungan gula rendah dalam darah,” kata Datuk Dr Che Rozmey Che Din.

Menurut presiden dR Rozmey Group (dRG) itu, penjagaan kesihatan di bulan puasa adalah penting agar kita dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna.

“Sambutan begitu menggalakkan daripada pengguna apabila permintaan produk meningkat menjelang ramadhan ini berikutan pengguna kini lebih mementingkan kesihatan.

“Kesemua produk dRG berfungsi merawat pelbagai masalah penyakit sama ada dari dalaman mahupun luaran.

“Hasil kejayaan testimoni dRG yang berjaya setelah menggunakan produk, pengguna lebih yakin untuk menjadikan produk dRG sebagai pilihan utama di bulan ramadhan bagi memastikan kesihatan yang baik dan tenaga berpanjangan,”katanya lagi.

puasa SALAM RAMADHAN(0)

Seperti mana kita tahu, bulan Ramadhan sudah kembali bersama kita. Sebagai umat Islam, kita seharusnya mengucapkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana dengan barakahnya memberi kita peluang lagi berjumpa dengan bulan yang paling Mulia-Ramadhan ini. Bulan Ramadhan adalah bulan yang ke -9 dalam Kalendar Islam dimana Umat Islam berlumba-lumba mengerjakan amal ibadah selain kita diwajibkan berpuasa di siang hari. Pada bulan ini masjid menjadi tumpuan masyarakat dengan mengerjakan solat sunat terawikh, tadarus Al-quran dan bersedekah.

Sebagai hambaNya, kita mestilah merebut peluang keemasan ini kerana bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh keberkatan. Dalam bulan ini juga terkandung seribu satu kelebihan yang tidak dapat kita cari di bulan-bulan yang lain antaranya adalah:

1. Bersabda Nabi (s.a.w) : Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadan. Pada awal malam bulan Ramadan bertiup angin di bawah Arasy bergeraklah daun kayu lemah-longlainya di dalam syurga. Terdengarlah desiran daun-daun kayu, hembusan sang bayu syurga yang teramat indahnya.Seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya lalu berdirilah di atas puncak mercu syurga itu. Lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah, kata bidadari pula: Apakah malam ini namanya? jawab Malek Ridwan (malaikat), Hai bidadari yang cantik manis, inilah malam awal Ramadhan, Lalu Allah berfirman: Hai Ramadhan bukalah pintu syurga Bab AlJanan untuk orang-orang yang berpuasa daripada umat Muhammad (s.a.w). Hai Malek Ridwan tutuplah pintu neraka Al-Jahim daripada umat Muhammad (s.a.w), hai Jibrail belenggukan syaitan, lontarkannya ke dalam lautan supaya tidak membinasakan umat Muhammad akan puasanya.

DSC_2153 JANGAN ABAIKAN PELUANG(0)

“Sekiranya kejayaan yang anda inginkan jangan sesekali abaikan peluang yang terhidang manfaatkan sepenuhnya agar ianya berjalan lancar,” nasihat Datuk Dr Che Rozmey Che Din kepada golongan rakyat Malaysia apabila ditanya mengenai kejayaan yang dimilikinya.

Menurutnya, kejayaan yang dimiliki hari ini adalah berkat usaha beliau merebut peluang keemasan suatu ketika dahulu dengan hasil penyelidikan mengenai produk kesihatan yang dianggap sebagai penemuan baru penawar segala penyakit kronik.

“Bak kata pepatah jika tidak dipecahkan ruyung dari mana hendak mendapatkan sagunya yang memberikan maksud begitu mendalam supaya masyarakat hari ini bersungguh-sungguh untuk mengejar cita-cita yang dinginkan,” katanya.

Presiden dR Rozmey Group (dRG) itu berkata lagi, sebelum menemui kejayaan sebenar pelbagai ujian dan cabaran harus dilalui sepanjang perjalanan kehidupan seharian.

“Disamping itu, risiko dan sifat hasad dengki di dalam kelompok masyarakat kita sendiri memang tidak boleh dipisahkan semasa kita berada dikemuncak untuk mengecapi nikmat kejayaan.

“Namun harus diingatkan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa segala musibah buruk yang berlaku itu ada hikmah disebaliknya dan kebaikan akan diraih sekiranya anda bersabar dengan ujian-Nya.

“Bukan senang nak senang, bukan susah nak susah anda lah yang bertanggungjawab dalam menentukan masa depan anda dan tiada siapa dapat memberikan kejayaan kepada anda kecuali anda sendiri.

“Jadi, usaha, doa dan tawakallah kepada Allah S.W.T kerana kurniaan-Nya adalah sesuatu yang indah dan manis rasanya serta janganlah sesekali lupa kepada-Nya sekiranya kita sedang mengecapi kejayaan,” tegasnya lagi.

IMG_0672 DAKWAH TUJUAN BISNES dRG – ‘DDR WAY’(0)

“Kejayaan dalam kehidupan ini bermula dari diri kita, pastikan Allah tujuanmu , Allah wali mu dan Allah segalanya kerana semua yang kita mahu adalah kepunyaanNya, inilah cara ddr,” kata presiden dR Rozmey Group (dRG).

Menurut presiden dRG, Datuk Dr Che Rozmey Che Din beliau sentiasa berpegang kepada agama yang satu dalam apa juga yang dilakukan termasuk dalam menerajui bidang perniagaan yang diceburi.

Beliau berkata lagi, sebelum memperolehi kejayaan seperti kini banyak dugaan dan halangan yang ditempuhi dalam melakar sesebuah kejayaaan.

“DDR belajar cara pantas sebagai muslim untuk raih kejayaan luar biasa dan ajaib, kekal dan selamat.

“Jawapan yang ddr jumpai hanya cara Rasulullah saw, ini saja cara paling pantas ajaib power dan mudah.

 “DDR pilih bisnes dan hidup cara al quran dan sunnah, bisnes dRG adalah untuk fisabilillah dan dakwah,baginda Rasul SAW tauladan untuk ketemui Tuhan Ku,” ujarnya lagi.

ddr LABEL TERKENAL PRODUK HEBAT(0)

Organisasi gergasi dR Rozmey Group (dRG) kini semakin maju dan terkenal di seluruh Malaysia termasuk negara luar akibat daripada fenomena yag telah dicetuskan oleh pemiliknya sendiri iaitu Datuk Dr Che Rozmey Che Din .

Ini adalah kerana label dR Rozmey yang menjadi kegilaan golongan ahli perniagaan dan keberkesanan serta keajaiban produknya yang begitu mujarab memberikan kesan yang amat positif terhadap pengguna.

Menurut presidennya, berkonsepkan ajaib, berkesan dan selamat produk keluaran dRG ini sudahpun diketahui  tenyata ianya memberikan keberkesanan yang ketara tanpa mewujudkan sebarang risiko terhadap penggunanya.

 “Fenomena produk label dR Rozmey ini akan ddr perluaskan menerusi pelbagai produk kesihatan.

“Selain itu, ddr juga menjangkakan bahawa tahun baru ini merupakan medan untuk menghasilkan kejayaan baru menerusi produk-produk dRG sekaligus melakar sejarah sebagai ahli perniagaan terkemuka,” katanya ketika ditemui.

Beliau berkata lagi, hanya ramuan yang terpilih iaitu berasaskan herba dan vitamin sahaja digunakan untuk menghasilkan kesemua produk dRG yang telah banyak membantu pengguna merawat pelbagai penyakit serta penggunaannya yang memudahkan dan selamat untuk pengguna tanpa memberikan sebarang kesan sampingan.

Contacts and information

Social networks

Most popular categories